Wednesday 30 April 2014

SESUATU SANGAT

Assalamualaikum.

Ya ya ya. Aku malas update sekarang. Mahap.
Aku ingat tak dak story. Tapi godek2 tab banyak la pulak. Ceit.

Aku ada cakap last post pasal aku dengan En. Mon nak beli sesuatu kan. Sebenarnya dah lama kot, tapi baru nak update.



Nampak tak yang warna hitam tu? Itulah sesuatu tu. Alhamdulilah. 2hari selesai urusan tukar nama semua. Phew. Lega.

Harga?

Aku ada 2 kereta yang aku survey mula2. Satu bawah orang. Satu lagi yang ni dekat kedai. Harga dari owner sendiri memang murah, tapi nak buat roadtax balik, nak tukar nama and hantar pergi checking lagi. Harga dah sama macam kedai. So, keputusan dia. Aku ambik dekat kedai.

Kalau dekat kedai, siap semua kecuali tukar nama la kena pergi Vic Road. Vic Road ni macam JPJ la. Semua dah settle. Alhamdulillah. Kereta secondhand. Bukannya mahal sangat.

Dia bukak harga $2700. Tapi En. Mon ni pandai. Dia minta kurang sampai last harga dapat $2550. Pandai betul dia minta kurang. Sampai mamat tu pun jadi jual. Dia minta harga tengah. Aku duduk tepi geleng kepala je la.

Harga secondhand kat sini paling murah boleh dapat $2500. Itu pun paling murah. Lancer secondhand kat sini $3000. Meloncat En. Mon nak beli. Hahha. Kalau dekat Malaysia secondhand pun bepuluh2 ribu. Memang la dia ikut tahun. Tapi bagi aku mahal sangat. Tak mampu.

Dalam masa 2hari brader tu call cakap kereta dah siap. Kata siap dalam hari isnin. Sekali sabtu dah siap. Cepat betul. Alhamdulillah.

Tapi tak dak la cantik serba serbi. Ada jugak cacat cela dia. Macam kusyen ada koyak sikit. Nanti aku nak jahit lah. Amboi. Haha

Boleh jahit ke ni?



Victoria - the place to be

One thing yang aku pelik ni. Kenapa dekat Malaysia kereta still guna no plate yang macam plastik tu. Apa ntah nama dia. Aku pun dah lupa, kalau terlangar sikit pun patah. Dekat sini kenapa guna plate besi?

Bagi aku better guna yang plate besi sebab bagi aku tahan lama. Dan tak cepat patah. Bagi aku la kan. Pendapat aku la.

Lepas tu, bawak kereta pergi basuh. Sini car wash sendiri ya. Tak dak yang orang tolong basuh. Self service yea sini. Harap maklum.

Aku macam biasa la. Malas nak basah2 ni. Duduk dalam kereta je la. Heee


Self service. Kau basuh. Kau cuci. Kau lap. Hee $2 je sekali basuh.



Sengeh kawan eh. Hee
Yang wan pulak sembur air.

Semangat En. Mon lepas beli kereta ni. Nasib baik tak macam dia sayang momon la. Kalau macam momon mati la ku. Hahaa

Semalam test pergi Melbourne naik kereta baru. Eceh. Heee

Bukak sunroof tak tahan tu. Haha

Dah habis dah aku bebel. Esok aku keje. Dah kena tidur ni. Nanti apa2 aku update lagi eh.

Terima kasih sudi baca. 

Gudnight.

Xoxo
Ladymonster

TERIMA KASIH - SORRY

Assalamualaikum.
Lama menghilangkan diri. Sebab sekarang aku hari2 kerja. Aku kerja non-stop. Keluar subuh pagi, balik malam. Sampai budak rumah pun aku tak kenal lagi. Kalau diorang tengok aku, macam terkejut aku balik awal. Hahaa

Sekarang aku tak sempat masak. Basuh baju lagi la. Pusing2 rumah baru pun tak sempat. Busy bebenor.

Eh. Panjang pulak bebel. Aku nak cerita benda lain sebenarnya. Ada satu benda yang aku hairan dengan cara atau adab orang omputih ni. Sebab kalau tengok movie mesti tunjuk yang kurang ajar je kan. Contoh la, dok sebut "fuck, bullshit". Tapi bagi aku sama jugak macam kita orang melayu yang dok mencarut tu. Benda tu biasa bagi diorang.Tapi yang aku terkejut bila aku sendiri bergaul dengan diorang. A lot of different.

Perkataan Sorry and thank you memang always dekat bibir orang aussie. Walaupun perkara tu kecik nak mampus. Mesti dia say thank you.

Contoh la, kalau kat mart nak shopping then ada trolley kita terhalang tengah jalan tu. Kita alihkan sebab dia nak lalu. Dia mesti say Thank you, sorry. Padahal itu trolley kita yang halang. Dia mesti akan cakap sorry jugak.

Eventhough, kengkadang salah kita, bukan salah dia. Dia tetap akan say sorry. Thank you. Bagi diorang perkataan tu biasa dan dah biasa dipraktikan. Budak2 pun macam tu jugak. Aku terfikir jugak. Ini budaya atau adab diorang?

Ini kalau kat malaysia ni. Tengah2 jalan berlaga bahu pun tak say sorry. Lagi nak maki ada la kan. Kenapa kat malaysia tak boleh dibiasakan guna perkataan maaf dan terima kasih. Bagi aku susah betul masa kat malaysia dulu nak guna perkataan maaf atau terima kasih.

Aku sendiri pun mengaku. Dulu aku paling payah nak say sorry atau thank you, bagi aku macam tak ada apa2. Biasa je kot. Tapi bila kat sini, aku macam terkejut sebab perkataan tu memang guna. Bila orang orang cakap thank you, aku rasa macam di hargai sangat. Walaupun benda tu kecik je.

Kat sini banyak beza. Dari kecik2 sampai la ke tua. Semua biasa cakap sorry and thank you. Mungkin dari kecik dah didik macam tu. Dari sekolah or family sendiri.
Sepatutnya di Malaysia pun patut di biasakan guna maaf dan terima kasih ni. Tambah2 melayu. Melayu kan orangnya berbudi bahasa. Yea tak. Heee

Aku taip ni pun dalam kereta masa on the way balik dari keje. Tak sempat kot nak godek2 tab memalam. Aku dah membuta. Hahaa

Nanti aku update lagi eh. Jumpa lagi.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : Debor aku tengok bos. Ya tuhan. Handsome tahap tertinggi. Tambah2 kalau senyum. Hadoihh.

Thursday 10 April 2014

H.U.J.A.N

Assalamualaikum.

Vavvaa. Lamanya aku tak update. Kalau kat insta dengan FB je la aku rajin hapdate. Kalau blog. Lambat betul. Padahal cerita banyak. Pemalas!



Dua tiga harini hujan je. So memang aku tak kerja la kan. Duduk rumah. Golek2. Layan movie. Keluar dating. Eh!

Rabu haritu En. Mon cakap teringin nak makan yong tau fu. Ah sudah! Mana pulak aku nak cari bahan2. Dah la first time aku buat ni. Yang aku pulak terigin nak makan ikan goreng. Lama kot aku tak makan ikan goreng. Ikan goreng garing makan dengan nasi panas. Letak kicap. Perghhhh!

So ke Tasman la kita, Tasman ni macam mini market la or butcher. Semua ada. Tapi yang tak syiok. Ikan fresh tak ada. Sedih! Lepas tu aku beli seafood, isi ikan dengan isi ketam. En. Mon nak makan tom yam then suruh aku buat kuah yong tau fu.

Lepas pergi Tasman. Aku singgah Asia Shop. Nak beli kicap, sos dengan kacang. Sekali nampak kangkung. "Eh, ada kangkung la yang. Ajaib ni. Ambik seikat." Serius weh. Dah lama tak makan kangkung. Lazatnya. Seikat sikit. Dekat $2. Kalau kat Malaysia kutip tepi rumah je. Hahaha. Balik rumah google resepi. Yaaaaaaa. Sekarang zaman google resepi yea.

Nasib baik jadi uoolsss. Sedap. En. Mon makan sampai tersengih2. Suka hati sangat.


En. Mon memang hero kalau makan panas2. Tak melecur ke lidah dia. Kopius aku. Aku kalau makan panas2 dengan dia memang babai la. Lauk habis terus. Hahaha

Semalam aku keluar kengkononnya nak shopping la kan. So pergi ke Riverside Plaza. Semalam hujan. So gambar luar mall tu macamna? Nanti la aku update k. Hehee

Ingatkan meriah la sangat. Rupanya tak ada apa sangat pun. Meriah lagi Tesco or Giant kat Malaysia tu. Mostly orang kat sini jarang lepak2. Kalau ramai pun, time breakfast and lunch je. Nak kata melepak memang kurang.

Dah pusing2. Then aku dengan En. Mon kebulur. Nampak Kebab Boys ni. Jom try!

Kemain oder. Iskander kebab small portion + 5 pcs dim sim + 6 pcs nuggets. Itu pun En. Mon nak tambah pizza lagi. Sekali datang makanan. Kenyang sampai tak cakap. Hahaha

Interior design kemas + cantik.

Iskander kebab. Nasib baik aku oder small portion. Kalau large. Kenyang tak leh cakap la.

Nuggets + dim sim. Dimsim tu macam falafel then dia salut dengan kulit doh, Then goreng. Sedap. En. Mon suka sangat.

Ini pun share. Kenyang sangat kot. Lepas tu masuk Chemist. Vavava. Perfume yang aku nak tu ada. TOMMYGIRL. Murah pulak ty. Harga sepatutnya $60 lebih semalam tinggal $29. Terembat 1. Hahaha

Aku pun tak tau kenapa aku suka sangat bau dia. Dari dulu lagi kot. Entah. Wangi semacam.

Eh lupa. Semlam aku pkai jacket baru. Auwww. I is loiike.. mohon jangan cakap belakang. Hahaha

Kak bedah dah kurus ke? =______=

Cantik tak jacket kak bedah. Kak bedah suka sangat. Lepas ni nak cari boots. Mati laa.

Lupa pulak. Semalam aku pergi beli "sesuatu" lagi dengan En. Mon. Kalau cepat siap. Ahad atau isnin ni dapat. Heeee. Tunggu.!

Semalam sebelum beli sesuatu tu. Aku dengan En. Mon dah sipi2 nak angkat Iphone 5s sorang sebijik. Gila babs betul. Aku tak boleh dengan dia. Dua2 tak fikir panjang. Hahaha. Tapi nasib baik la tersedar awal. Kalau tak. Haishh. Nangis!

Semalam pergi JB HIFI dengan Dick Smith. Usha Iphone. Memang dah nak grab kot. Sipi je lagi. Hahaa. Sebab yang nak beli. Mula2 pergi cash converter. Iphone 5s $599. Phew. Lap peluh. Tapi ada calar la. So terus pergi nak usha. Hahaha. Melampaukan. Grrrr. Sebab dah sedor siri. Terus beli sesuatu tu. At least ada guna. Hahha. Itu pun aku dah jeling2 GoPro Hero+. Hahahaa

Harini aku mintak2 tak kerja. Aku malas. Hahaah. Tu je. Nanti aku update lagi.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : nak makan sate. Blurghhhh

Friday 4 April 2014

SERBA SALAH

Assalamualaikum.

Wah lamanya kak bedah tak jenguk blog ea. Dulu masa mula2 sempat la jugak aku updatekan. Sekarang balik keja je aku bantai tidoq dulu.

Badan nak kata sakit sangat tak jugak. Letih kadang2 la. Tapi masalah tak boleh tidoq malam aku ni. Menjadi2 pulak. Dah la kena bangun awal. Tidoq awal pun still tak mengantuk. T_______T

Back to story. Ikut plan aku nak balik bulan 6 ni. Tapi bos aku tak kasi balik lagi. Dia nak aku keja dengan dia lagi next season. Omaigucci. Aku terkejut okay. Sebab semua kat sini mostly cina dan indonesian. Aku sorang je melayu yang tersengeh2 macam kerang busuk. Hahaha

Sam supervisor aku tu cakap, "ajeelah, dont go back to malaysia. Stay here. Bos want you to work next season. He likes you."

Aku dah tersengeh2 dah. Ingatkan bos tak suka aku sebab aku banyak kali terbuang buah yang elok. Hahaha

Sekarang season aku mungkin akan habis around the end of april. Aku tengah cari job untuk next season pulak. Means season start bulan 5 sampai bulan 12. Sebab Shepparton dah masuk sejuk so mostly akan travel ke Quensland or Brisbane.

Sam ada ajak aku pergi sana. Bukan aku tak nak pergi. Tapi jauh sangat. Nak ke Bowen Quensland 4hari 3malam kalau naik kereta. Kalau nak naik flight kejap je. Tapi risiko tu pulak tinggi. Aishhh

Tengok nanti camne kalau season dah nak habis. Sekarang ni keja alhamdulilah. So far okay la. Ada la jugak duit nak menyimpan.tak banyak sangat. Tapi banyak jugak. Eh! Hahaha

Sekarang aku balik keja tak sempat masak, sekarang En. Mon je yang masak. Sekarang dia lagi terror masak dari aku kot. Sedap pulak tu. Sekarang aku share dengan wan sorang lagi budak rumah. Kalau dia masak menu wajib dia bubur ayam. Itu je lah. Bubur ayam je hari2. Tapi sedap.

Sekarang serba salah. Nak balik ke tak. Nak stay ke tak. Aishh. Igauan ngeri betul. Tengok la nanti macamna. Kalau ada rezeki. Aku duduk sini lagi.

Kat tempat kerja aku sekarang syiok. Sebab geng2 semua satu kepala dengan aku. Walaupun ada yang umur dekat 40. Tapi still ohsem.

Itu nanti aku cerita lain okay. Sebab tab aku dah lembab macam seeeputtt seeeduttttt!!!

Harini aku buat nanchos + avocado dip. Sedap. Tapi bagi aku tak boleh makan banyak2. Muak weh. Hahaa





Okay nanti aku update lagi. Babai.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster