Wednesday 31 December 2014

WELCOME 2015!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tamat sudah 2014. Dan mula lah detik dan saat baru untuk tahun 2015. Hopefully everything gonna be alright. InsyaAllah!

Banyak benda nak share dan banyak juga nak story mory sebenarnya. InsyaAllahada masa nanti aku update eh.

Harap tahun 2015 boleh covers kan semua yang tak tercapai untuk tahun 2014.mihihiiii

Please be nice to me 2015.

Brace ourself and be strong!

And stay healthy yeah!

Thank you for reading.

Bubye 2014!

Welcome 2015!

Xoxo
Dari kejauhan

Sunday 21 December 2014

PANAS!

Assalamualaikum.

Sorry sebab dah lama sangat tak update. Sekarang demam dengan selsema pulak. Aku rasa sebab tengah2 panas bantai minum air ais dekat farm kot. Hahhaa

Tak pun sebab masa buat kerja tu racun2 dekat pokok tu jadi debu. Aku pun asyik bersin je walaupun dah tutup hidung. Haishh!

Dah la this week paling azab. Memang aku betul2 down habis lah. Letih nak mampos. Blok kali ni buah memang macam langsat. Aku pun pelik, ni apple ke langsat? Buah dia memang tak bagi chance nak rest tangan kejap. Blok ni paling lama kot buat. Satu row dekat 4 hari. Hahahaa. Rasakan!

Lepas tu minggu ni direct kerja non stop. Sepatutnya ahad cuti tapi manager farm nak habis cepat. So kena lah kerja semalam. Walaupun aku malas nak gila nak bangun pergi kerja. Badan memang betul2 down. Sampai member aku nak blah dari sini pun tak sempat nak jumpa sebab memang tak larat. Balik kerja je memang bantai tidur.

Harini pulak paling panas. 38·c weh! Pukul 8am dah terasa bahang dia. Aku rasa macam nak pengsan dah. Dengan baju lencun, tudung lagi lah lencun. Aku memang panas gila. Kejap2 minum air. Naik tangga je panas gila. Kalau buat bawah boleh jugak menyorok bawah pokok reduplah sikit. Hehehe

Lagi 10minit pukul 12pm semua dah jerit2 cakap nak go home. Semua buat kerja slow je. Ada sorang kakak indo ni terseliuh sebab terpijak buah apple. Bahaya weh kalau berjalan atas apple ni sebab dia memang lincin. Lepas tu sorang vietnam buat row sebelah aku ni tetiba jatuh tangga. Habis badan dia bercalar kena dahan pokok. Nasib baik dia sempat grab dahan besar. Aku terjerit pulak tengok dia jatuh. Tangga tinggi hoi bukan 4 step punya tangga. Hahahaa

Balik rumah memang baring atas katil sambil layan movie. Panas sangat, aku tak mampu nak bergerak. Aircond tak dak. T_____T.

Nanti aku update lagi k.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Nak air tebu

Notakecik : manusia ni kadang lupa nak ucap terima kasih. Termasuklah aku, insan yang lemah.

Saturday 20 December 2014

URGENT!

Assalamualaikum.

Just nak inform. Ada kosong untuk 3 orang perempuan. Tapi mesti sampai around 26 sampai 28 december sahaja.

Rumah sewa semua perempuan fully furnish. Tak kira la dah ada sini atau pun baru nak datang. If interested please leave your email. I will email you asap.

Sebab ada 3 orang tak jadi datang so kena cari yang lain2. Tapi yang betul2 tahan dan nak bekerja. Kalau banyak songeh nak jadi mak datin mohon jangan datang. Sebab nanti memang tak mampu nak bekerja.

Okay.

Nak tidur. Feenat. Hehee

Nite!

Xoxo
Penat cari orang

Tuesday 16 December 2014

JANGAN MAIN-MAIN BOLEH?

Harini kak bedah betul2 kecewa. 

Jangan main2 nak datang sini. Kak bedah dah confirm rumah bagai nak sewa. Siap owner masukan fridge, washing machine. Korang cakap tak jadi datang pulak. Korang ingat kak bedah ni apa? Tunggul kat sini. Nak datang cari, kalau tak nak nak lari cam gitu je. 

Sorry lah. Kak bedah tak nak tolong sesiapa dah. Kalau nak datang pandai2 lah survive sendiri. Kak bedah dulu datang terkontang kanting sensorang tak dak siapa tolong. Korang datang kak bedah tolong pun nak main2 lagi.

Pepandai lah nanti. 

Kak bedah pun manusia jugak. Balik kerja letih2 nak main2 cam gini. Memang sakit lah. Kalau nak datang bukan main manis mulut. Semua benda okay, sekarang semua jadi masalah. Kawan backstab lah. Sekarang korang pulak nak backstab kak bedah? Kak bedah tolong bukannya dapat apa pun. Dapat masalah nak arrange ada lah. Itu pun tak reti bersyukur lagi.

Eeeee. Sabar je lah dengan melayu ni.

Xoxo
Emoji muka marah

Thursday 11 December 2014

BERHENTI MERUNGUT!

Assalamualaikum!

Sebelum ni aku selalu rasa merungut dengan hidup aku. Aku rasa kenapa susah sangat aku nak berjaya macam orang lain? Kenapa aku tak pandai macam orang lain? Kenapa aku rasa semua benda susah. Susah sangat. Walaupun benda tu aku tahu. Aku pernah buat buat sebelum ni, tapi aku masih rasa susah.

Dan aku masih merungut tentang hidup!

Sampai ke saat ni aku masih merungut. Tapi sebab satu benda aku rasa apa yang aku merungut tu hilang. Aku rasa aku lah manusia yang masih tak bukak mata tentang hidup. Yang masih tak rasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.

Sepatutnya aku bersyukur sangat.

Apa yang Allah aturkan tu bersebab. Tak kan Dia nak uji seseorang tanpa sebab. Dan aku rasa sekarang aku di uji. Dan sebenarnya ni ujian yang paling kuat rasa. Ujian yang kadang2 aku rasa nak rebah ke bumi. Yang aku rasa menangis sepuas puas hati. Meraung. Dan aku rasa helaan nafas aku teramat panjang. Sampai aku rasa lega.

Sebelum ni aku selalu fikir lemah. Aku tak boleh buat semua benda. Tapi bila dekat sini. Aku mampu buat benda yang paling mustahil dalam hidup aku. Aku dah buat macam2 benda yang aku tak pernah buat. Sedangkan ada orang yang dah buat benda yang paling mustahil.

Seseorang yang memang bukak mata hati aku dalam diam. Walhal aku tak kenal dia. Dan aku sebenarnya nak tolong je. Tapi sebab tu aku rasa aku tak patut merungut dalam hidup!

Dia merasa benda yan perit dalam hidup. Tapi dia masih mampu tersenyum dan masih mampu nak mencuba walaupun kebanyakan orang kata mustahil. Tapi dia buat. Dan dah buat! Dia tak merugut tapi dia mencuba.

Aku rasa aku sepatutnya macam tu. Berhenti merungut dan hidup dengan aman. Jangan rasa aku tak mampu. Jangan rasa aku tak kuat. Semua orang boleh buat!

Dan aku akan berhenti merungut. Sekarang!

Doakan aku berjaya dengan misi aku sekarang.

Semoga aku mampu terus hidup dengan senyuman.

Mampu untuk berfikiran positive dan dikelilingi orang yang beraura semangat untuk berubah.

Siapalah aku untuk melawan takdir. Kalau itu apa yang Allah aturkan. Bersebab lah ia, bukan kerana suka.

Moga apa yang aku rasa dan aku buat berbuahkan hasil. Aku nekad. Aku cuba.

InsyaAllah.

Janji Allah itu pasti!

BERHENTI MERUNGUT!

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Manusia

Notakecik : aku manusia yang kadang2 terlupa watak dan peranan. 

Sunday 7 December 2014

TINNING APPLE

Assalamualaikum!

Eh! Terlama pulak aku menghilang. Sekarang badan dah rasa tak sedap sikit. So memang membuta je la aku. Semalam balik kerja pukul 2pm tidur sampai pukul 6pm. Then pukul 8pm aku bantai tidur balik sampai lah pagi besok. iaitu ini hari. Bangun tadi pun mengantuk lagi. hoih!

Ini hutang entry aku. Aku dah bayar dah ni eh!. hehehee

Selalunya pokok buah dekat sini memang akan tinning. Mostly apple, pear, nectarine, plum dan lain2 lah. Sekarang ni dah musim stone fruit. Stone fruit ni buah yang biji dia keras lah kiranya. Contohnya plum, nectarine, apricot dan lain2. Untuk musim apple dengan pear bulan 1 nanti baru start.

Sebelum tu meh nak tunjuk farm aku kali ni. Last season aku tinning farm lain, sekarang farm lain. Tapi farm ni sangat lah syiok. Pokok dia rendah sikit dari pokok farm last season. Farm last season maki2 aku. hahhaa

Tangga dia pun idok lah 10 kaki punya tangga. Dulu kalau bawak tangga pun aku dah terhuyung hayang. hahahaa




aku suka farm bersih macam ni.




Aku cukup tak berkenan kalau farm yang rumput panjang dah sampai lutut. Takut oih. Aku selalu bayang yang bukan2. Al maklum lah, sekarangkan dah masuk summer kot2 lah ada binatang Allah yang nak berjemur jugak. Tapi alhamdulillah selama aku kerja farm tak pernah jumpa lagi la. Kalau boleh tak payah jumpa pun takpa. =.=





renek kan pokok dia. =.=




Farm ni ada macam2 jenis apple, Gala, Fuji, Pink Lady, Granny Smith (apple hijau). Eh, pear pun ada tahu. Tapi tak banyak lah sangat pear sebab mostly memang apple je dia tanam.

Mula2 tinning pokok Gala dulu. Banyak jugak pokok gala. Satu row 2 orang means sebelah sebelah la, kiri kanan. Aku selalunya dapat belakang badan aku menghadap matahari. Berbelang badan aku. =.=

Aku lega farm ni sebab tak secerewet farm last season. Dia nak zig zag puny buah la dekat 1 dahan. Lepas tu tak nak itulah, inilah. Muka cengee (garang) jangan cakap lah. Say "Hai" pun tak, kalau dia tegur pun sebab ko tertinggal banyak buah je. Sadis tahu! T______T

Manager farm ni memang ok la, peramah terlebih la pulak. hahaa





ni pokok Fuji.




See? Rendahkan tangga dia? Kiranya 4 step je lah nak sampai atas. So tak dak lah gayat sangat. Tapi sebab aku pernah nak terjatuh last week so agak fobia la sampai sekarang. Nasib baik aku sempat grab dahan pokok. Kalau tak ibarat nangka busuk lah aku jatuh. hahaha

Masa ni aku buat Fuji, pokok still kecik dah renek. But! Buah dia Ya Rabbi banyaknya! Nak menangis aku rasa buat pokok ni. Serius weh! Buah dia kadang2 aku rasa macam buah langkat ke dukong ni? Banyak nak mampus. haha

One more thing yang aku perasan. Kalau pokok Fuji dia akan tanam sepokok sepokok. Kalau pokok lain dia akan tanam dalam susunan V.




nampak tangga dia kan?



Susunan V tu macam ni la. Satu row akan ada dua pokok kiri kanan dan kita boleh masuk tengah2 between the trees nak buang buah dari belah dalam. Dan pokok dia akan zig zag antara kiri dengan kanan. Korang boleh bayangkan kan? Tak boleh? Abaikan. hahaaa




V shape



Mula2 masa tinning akan buat belah bawah dulu, lepas buat belah bawah buat belah dalam then baru buat belah atas. Selalunya aku lambat belah atas la sebab tak nampak buah yang tersorok belah atas tu. Tapi kadang2 aku laju jugak. Cuma this week aku slow sebab belakang aku sakit.

Satu row tu akan ada panel ni. Kiranya siap buat satu panel sampai siap belah atas then baru masuk panel baru. Satu panel ni kadang2 ada 10 pokok. Kadang2 ada lebih jugak. Satu row panjang maybe ada dalam 10 or lebih panel la. Aku pun tak sempat nak kira. hahhaaa





ini la panel dia. Nampak kayu ni dah tahu lah sampai panel. heee




rendah je kan pokok dia. heee



Nindia buah pokok epal. See? Setangkai ada dalan 5 biji kadang2. So buangkan tinggal sebijij je. heeee. Tak silap aku ni pokok Gala.

Kalau untuk Granny Smith (apple hijau) tinggal setangkai 2 biji. Sebab apple hijau tak besar sangat.










Tinning tu amende? 

Tinning tu proses membuang buah supaya dapat mengekalkan standart size buah. Wah! skemanya ayat mak jemah uolls!. hahhaaa

Kiranya dia nak jaga size buah supaya tak kecik la, dia nak standart size. Sebab farm yang aku tinning ni memang company yang besar jugak eh.








Contoh setangkai ni ada 3 biji buah.







Then buangkan 2 biji untuk tinggalkan sebiji je setangkai.









Lepas tu jangan tarik sekali tangkai dia sebab nanti buah yang tinggal sebiji tu tak kuat sebab dah tertarik sekali dia punya belah bawah. Kalau boleh buangkan sekali dia punya tangkai ni ha. Baru betul. Tapi aku kengkadang ada je buang sekali tangkai. Sakit jari hoih nak putuskan dia punya tangkai dari buah tu. Kalau pagi okay lagi lah sebab tak berapa liat sangat, tapi kalau dah masuk lunch merasa lah sakit jari2. hahhaa





ini ada tangkai kan? buangkan dia jangan bagi bos nampak. hahaa




biarkan togel cenggini!



Bila dah siap tinning satu row mesti akan nampak penuh je row dengan buah dekat between row ni. Dah madam sawah apple aku cakap. Tapi baik2 japan atas ni. Lincin hoih. hahha




sawah apple




Selalunya aku akan bawak beg dalam row terus sebab malas nak lunch or smoko dekat kereta. Jauh hoi nak keluar daripada row ni ha. hahahaa

So, memang akan berkelah je lah dekat dalam row bawah pokok. hahhaa

Paling best haritu En.Mon nak makan nasi ayam okay dekat farm. Melampau gila aku rasa bawak bekal nasi ayam dekat farm. hahahaa. Tapi layan jugak. :)




nasi ayam versi orang paling pemalas




En.Mon jenis kalau makan nasi suka makan dengan benda2 keropok. Kiranya macam side dish la. Dulu memang stok papadom banyak gila. Sekali goreng dia sorang je 6 keping. Aku sekeping kadang2 tak habis sebab rasa dia pelik sikit. hahahaa

Keropok ni aku paling suka, Sweet Thai Chili. Masam2 manis sikit, sedap weh. Kadang2 aku makan keropok lagi banyak dari nasi. hahhaaa




kalau sale satu $1.50 or $1.20 kengkadang




Haritu je smoko dekat kereta sebab dah sampai hujung row malas nak angkut bag. Sebelum ni aku ergi dengan kereta matyee cuma sekarang lah aku pergi kereta sendiri sebab daniel dah tak guna kereta nak pergi kerja.




Kadang2 kalau aku malas aku beli je sesiap pack makanan yang reasy made punya. Halal okay dari Malaysia siap ada cop halal. Tapi mahal la jugak. 2 pack for $5, kalau masak pun jimatkan. Tapi sebab kadang2 malas dia semacam je so benda ni lah paling senang sekali. heheee





hokkien mee with chicken teriyaki




Minggu ni memang sokmo hujan je. Aku kalau hujan ni memang seronok. Rasa nak balik je, tapi nanti bila dapat gaji mula lah nak menagis. hahhaha

Ini pukul 11.45am dah turun shower or drizzle tapi melampau kot package sekali guruh, kilat semua. Tapi tak lama pun. Ngam2 habis lunch dah stop. Elok je matahari terpacak atas kepala. hahhaaa 

Cuaca dekat sini tak menentu, kadang2 dalam farm lebat. Tapi keluar gate farm kering macam tak pernah hujan pun. hahahaa




indo mee. Maggie goreng paling senang. hahaa



Disebabkan haritu hujan lebat sampai ke pagi. Esok tu pergi kerja aku lupa bawak baju spare. Memang terbaik lah. Pokok memang still basah dengan air hujan semalam tambah pulak dengan sejuk beku. Between row pulak berlecak gila. Baju aku basah macam baru lepas mandi sungai. kalau bawak shampoo kira boleh mandi lah. T__________T

Sebab berlecak bagai, so masa lunch tu memang selamat jemur kasut lah dengan stoking bagi kering sikit. Sebab aku tak bawak stoking spare. Lepas tu aku memang tak suka sikit kaki basah sebab tak nak kena kulat kaki tu. Kering sangat tu tak lah tapi better lah dari basah lencun tu. hahaaa




aku memang pakai 2 lapis socks sebab kasut ni keras lagi.



Last season aku dah merasa sakit keting aku sebab berlanggar dengan tangga. Kali ni i wear protection! Leg guard. Bahahahaaa. Pelik je cashier sport shop tu tengok aku beli guard ni. hahaaa.

Lantaklah janji keting aku tak berlekuk tahan kaki dekat tangga. Sakit dia jangan memain. Kalau korang merasa baru tahu. Macam nak menagis tahan sakit. huhuhu





air ketul ais tetap ada walaupun baru lepas hujan. hahaaa




nama dia suzy


Farm ni ada dua ekor anjing sekor nama suzy sekor lagi nama jackie. Aku tak suka sangat jackie dia punya ramah sampai aku naik takut. hahhaa

Kalau suzy ni aku suka. Kalau aku panggil je mesti datang duduk tunggu bawah pokok aku buat kerja. Dia paling suka En.Mon sebab En.Mon suka melayan dia main. Ala baling buah apple je pun. Baling buah lain tapi dia kutip buah lain. Janji kutip buah balik bagi dekat En.Mon. hahahaa

Lepas ni tak boleh la jumpa suzy lagi. sedihnya!

Tu je.

Nanti aku update lagi k.

terima kasih sudi baca

xoxo
rindu suzy

Tuesday 2 December 2014

SEMBANG KAK BEDAH - JANGAN TAMAK

Assalamualaikum.

Janji tak tertunai pulak walaupun niat nak up entry ada sebenarnya. Baru semangat nak update tinggal 100mb lah, En. Mon ajak keluar lah. Macamna kak bedah nak update cenggini. Dengan blog tetiba tak boleh nak upload picture. Haishh!

Kak bedah sekarang still kerja tinning. Alhamdulillah lega hati tak dak lah risau je. Tapi sekarang susah betul nak cari orang. Kalau dulu bulan 11 sampai terlebih orang nak kerja. Sekarang sampai tak cukup. T.T

Tapi itulah bila dah tak cukup orang ramai pulak yang jadi kelabu mata nampak kerja ok sikit. Kak bedah bukan nak riak tapi ini pandangan kak bedah sendiri sebab kak bedah pun kena benda ni. Sebab pengalaman mengajar kita untuk berfikir kan. Ewah sastera sangat!

Bagi kak bedah sekarang kak bedah pegang satu je. Senang je "jangan tamak". Sebab tamak ni kadang2 boleh buat kita rugi banyak sangat. Dulu kak bedah tak pernah pun percaya pepatah ni "orang tamak selalu rugi". But now, yes! Kak bedah berpegang pada tu. Biarlah orang kata kolot pun janji jangan tak dapat apa2 langsung.

Pengalaman pertama yang kak bedah betul2 rasa terkejut. Kalau siapa yang follow blog kak bedah mesti ingat yang kak bedha kerja dekat echuca tu. Masa tu kerja $13 per hour. Itu bawah sub contractor. Then kalau perasan ada mat salleh nama sam dia main contractor. Masa kerja cleaning dia offer kak bedah 5 orang direct bawah dia $16 per hour. Apa lagi terus ON je. Then lepas tu masa nak ambil gaji dia cakap "sorry i can pay you only $13 per hour."

Sebab apa? Dia suruh kak bedah peegi kerja dekat echuca 1jam 30minit dari sini semata2 kerja untuk 2 jam kak bedah tak nak. Hello buang minyak okay dah la jauh lepas tu kerja 2 jam. Nak cover minyak pun tak cukup.

Dia cakap kak bedah semua ni tak reti bersyukur, tamak sebab tak mau kerja bawah sub contractor. Dia yang janji lain tetiba buat lain. Ke tak hangin kak bedah. Dia sebenarnya dapat $22 per hour. Potong tax dia tinggal $18. Then dia kasi dekat sub con $16 per hour. Dia untung $2. So sebab dia nak untung $4 itu yang dia cari budak nak makan. Dan kak bedah lah terkena.

Lepas dari kes tu kak bedah rasa ada mat salleh yang baik dan ada yang memang macam $*$!/?($¥#. Sabar je lah! Ini namanya dugaan.

Lepas daripada tu kak bedah rasa baik jangan tamak. Apa yang ada kak bedah layankan je. Kang semua nak apa pun tak dapat.

Lagi satu kes kena dekat kawan rumah kak bedah. Diaorang 4 orang pergi kerja dengan sorang ni. Sejam $15. Then dapat direct dengan owner farm dapat $20 per hour then tetiba masa dapat gaji yang bawak diorang pergi kerja ni bagi $15 per hour. Sebab?

Kalau direct farm kena ada ABN NUMBER @ TAX FILE NUMBER. Kami semua memang tak dak lah. Yang bawak diorang ni guna ABN abang dia. Tapi agak2 lah sampai tinggal $15. Penipu sangat. Abang dia boleh cakap. "Macamna you punya gaji tinggal banyak ni you tak payah tau. Ini saya punya hal." Hoi! Orang kerja penat2 cenggitu dia boleh cakap. Memang mengamuk lah diorang.

Tapi!

Sebelum tu kak bedah dah bagi nama diorang untuk kerja dengan kak bedah $15 per hour tinning apple. Tapi diorang tolak bulat2 cakap nak ikut orang tu. Padahal diorang ni semua member En.Mon ni. Sebab dah janji nama diorang dengan contractor tu. Sampai bengang contractor tu dengan En.Mon.

Nampak tak? Tolak rezeki depan mata semata mata nak ambil yang lebih tinggi. At last dapat sama juga gaji. Sama jugak permainan dia. JANGAN TAMAK.

Ada lagi sorang elok2 kerja dengan kak bedah lari menyepi je kerja tempat lain. Bukan nak bagitahu nak pergi kerja lain. Kak bedah tak kisah ko nak melangut kerja mana pun. Tapi! Please bagitahu. Susahkan En.Mon nak menjawab dengan contractor dan supervisor. Kalau tak nak kerja. Cakap tak nak kerja jangan nak tetiba hilang je. Susah tahu?!

Kalau tempat baru boleh buat duit pergi lah sebab rezeki orang lain2. Tapi jangan buat macam ni, kak bedah tolong ikhlas, cenggini dapat balasan. Itulah, tolong susah tak tolong pun susah.

Kalau nak kerja kat sini pesanan kak bedah. JANGAN TAMAK. Apa yang ada kerja dulu, kalau betul rezeki tempat lain baru pergi.

Kak bedah dapat offer packing shed lain $15 per hour. Tapi kak bedah fikir tempat lama kak bedah still okay. Boss pun baik, walaupun $12 per hour itu rezeki kak bedah. Kak bedah terima je. Jangan tamak. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir cicir. Jenoh nak kutip. Kot dapat kutip, kalau tak dapat menangis tak berlagu lah. Hahahaa

Itu je yang kak bedah nak bebel uolls.

Terima kasih sudi baca.

Nanti kak bedah up entry lagi okay!

Xoxo
Kak bedah

Notakecik : misi sup ekor berjaya. Jenoh kak bedah rebus 3jam. Haih!