Thursday, 11 December 2014

BERHENTI MERUNGUT!

Assalamualaikum!

Sebelum ni aku selalu rasa merungut dengan hidup aku. Aku rasa kenapa susah sangat aku nak berjaya macam orang lain? Kenapa aku tak pandai macam orang lain? Kenapa aku rasa semua benda susah. Susah sangat. Walaupun benda tu aku tahu. Aku pernah buat buat sebelum ni, tapi aku masih rasa susah.

Dan aku masih merungut tentang hidup!

Sampai ke saat ni aku masih merungut. Tapi sebab satu benda aku rasa apa yang aku merungut tu hilang. Aku rasa aku lah manusia yang masih tak bukak mata tentang hidup. Yang masih tak rasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.

Sepatutnya aku bersyukur sangat.

Apa yang Allah aturkan tu bersebab. Tak kan Dia nak uji seseorang tanpa sebab. Dan aku rasa sekarang aku di uji. Dan sebenarnya ni ujian yang paling kuat rasa. Ujian yang kadang2 aku rasa nak rebah ke bumi. Yang aku rasa menangis sepuas puas hati. Meraung. Dan aku rasa helaan nafas aku teramat panjang. Sampai aku rasa lega.

Sebelum ni aku selalu fikir lemah. Aku tak boleh buat semua benda. Tapi bila dekat sini. Aku mampu buat benda yang paling mustahil dalam hidup aku. Aku dah buat macam2 benda yang aku tak pernah buat. Sedangkan ada orang yang dah buat benda yang paling mustahil.

Seseorang yang memang bukak mata hati aku dalam diam. Walhal aku tak kenal dia. Dan aku sebenarnya nak tolong je. Tapi sebab tu aku rasa aku tak patut merungut dalam hidup!

Dia merasa benda yan perit dalam hidup. Tapi dia masih mampu tersenyum dan masih mampu nak mencuba walaupun kebanyakan orang kata mustahil. Tapi dia buat. Dan dah buat! Dia tak merugut tapi dia mencuba.

Aku rasa aku sepatutnya macam tu. Berhenti merungut dan hidup dengan aman. Jangan rasa aku tak mampu. Jangan rasa aku tak kuat. Semua orang boleh buat!

Dan aku akan berhenti merungut. Sekarang!

Doakan aku berjaya dengan misi aku sekarang.

Semoga aku mampu terus hidup dengan senyuman.

Mampu untuk berfikiran positive dan dikelilingi orang yang beraura semangat untuk berubah.

Siapalah aku untuk melawan takdir. Kalau itu apa yang Allah aturkan. Bersebab lah ia, bukan kerana suka.

Moga apa yang aku rasa dan aku buat berbuahkan hasil. Aku nekad. Aku cuba.

InsyaAllah.

Janji Allah itu pasti!

BERHENTI MERUNGUT!

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Manusia

Notakecik : aku manusia yang kadang2 terlupa watak dan peranan. 

2 comments:

  1. salam ajeerah. boleh tak share keja kat oz ni. ada agent tapi tak percaya sangat. ingat nak selamba pegi je. kalo sudi share info kat chempaka_an@yahoo.com boleh ye. terima kasih ajeerah.

    ReplyDelete