Sunday 23 February 2014

SKIN DOCTOR

Assalamualaikum.

Hari kak bedah cuti lagi. Hoih. Memanjang cuti aih. Risau den.

Harini aku tak masak pun. Panaskan lauk semalam je. Ayam sambal. Malas pulak nak masak. Aku pun bukannya rajin sangat. Bermalasan2 dihari cuti. Phew!

Dah habis bebel. Sambung balik. Sebenarnya aku nak cerita pasal SKIN DOCTOR. Aku ada cerita pasal aku pergi Chemist haritu kan. Ya. Time tu la aku beli benda ni. Aku dah lama cari nak pakai something untuk kulit aku ni ha.

Kulit muka aku ni berminyak, cepat berjerawat. Lepas tu bekas jerawat mesti payah nak hilang. Masa dekat Malaysia, aku pakai Fair&Lovely. Okay je, kulit aku memang tak dak masalah sangat la. Kat sini kulit aku makin teruk pulak. Jerawat la. Berminyak la. Itu belum lagi kalau musim2 bulan mengambang. Tension je. =_________=

Masa dekat Chemist, aku pusing2 cari product2 yang okay. Sebab sebelum ni aku pernah baca review beberapa product. Ada yang kata okay. Ada Yang kata tak okay. So, aku pilih SKIN DOCTOR ni.

Dia bukan la pencuci muka ke apa. Dia ada satu set. Tapi aku just beli night cream je. Skin Doctor ni ialah untuk melambatan kedutan2 kat muka. Keremajaan kulit. Gitu. Dia untuk regenerates, renews dan repairs. Almaklumlah. Muka dah macam kawah bulan. Kulit mati pun banyak kan.

Dalam Skin Doctor ni ada PhytoCell. Apa tu? Ia terdapat didalam Swiss apple yang cell yang jarang dijumpai, tahan lama dan ia unik dan aktif. Dia boleh melambatkan penuaan di kulit wajah.

Renovage boleh menambahkan kelembutan, ketegangan dan juga menghindarkan kulit kering dan kusam. Untuk memastikan kulit sentiasa lembut dan cerah.

Matrixyl 3000 mengurangkan kemunculan kedutan di kulit dan memberi kesan lincin kepada kulit.

Dan yang terakhir sekali ialah Choronodyn. Melawan kekusaman dan memberi kecerahan kepada kulit.

Kita tunggu result lagi 30hari ya. Aku baru guna 3 hari je ni. Keep waiting. Phew!

Skin doctor - Stem Cell Science

30ml. Wangi dan cepat meresap dalm kulit. Tak melekit2.


Okay. Tu je kak bedah nak bebel. Nanti kak bedah update lagi eh. Jumpa lagi nanti.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Si hodoh

Notakecik : dah lama tak cakap dengan manusia yang betul2 manusia. Heh!

Friday 21 February 2014

TERBELI KERETA

Assalamualaikum.

Hamboih tajuk. Gerun aih baca. Macam jutawan sangat uolls. Haha

Sebenarnya aku dengan En.Mon memang nak beli kereta pun dekat sini. Banyak kali la jugak pergi survey kereta. Pusing sana sini. Tengok2 mana yang murah. Tengok2 mana yang berkenankan.

So haritu irene tempat kerja aku tu nak jual kereta dia. $1000 je. Ford apa ntah. Tapi si mat yie ingat $2000 something. Bila call balik, dia dah jual kat orang lain. Bukan rezeki la. En.Mon share dengan mat yie beli kereta ea.

So, haritu bos Latip datang cakap member dia nak jual kereta. Semalam sesi perkenalan dan beli terus. Wah. Kaya sangat uolls. Bahahaa. Matiklah kena keji nanti.

Lepas mintak discount segala bagai. Dia bagi $600 je. Tapi roadtax kena buat baru. Setahun $600, kalau tengah tahun $300 je. Then tukar nama dalam $80. Pikir punya pikir. Terus on je. So, kereta ni dah jadi hak milik En.Mon dengan mat yie.

Macam tak percaya kan $1000 pun dah boleh beli kereta kat sini. Kalau kat Malaysia? Setahun gaji pun dok guling2 lagi? Ketara sangat perbezaan ni. Hurmm

Tengah check minyak hitam semua. Yang tinggi tu mat yie. Yang badan macam stone cold to bos aku. Latip

Tengah bodek mintak murah sikit. Heee

Latip bos ke, mat yie bos? Konpius. Hahaha

Jump baterry. Baterry dah weak.




Test drive kengkonon. Menyampah aku. Hahaha

Renyeh dua2 dapat beli kereta, aku layankan je.

Rumah aku ni port layan shisha bos dengan kawan dia. Sebab nak hisap shisha kat rumah tak boleh. Bini tak kasi. Hahah

So, lepas sesi jual beli kitaorang keluar beli barang. Lagi satu abg mus dengan abang lan dah nak balik malaysia. Tapi diorang pergi Adelaide duulu, sebab naik flight dari sana murah sikit berbanding naik dari Melbourne.

Then pergi la ke Chemist. Abang mus nak beli barang sikit. Aku pun terbeli satu barang jugak. Memang dah lama cari. Tak pe, nanti aku cerita pasal tu. Hee

Lepas ke chemist ke Master Kebab, diorang tapau nasi and ayam untuk makan dalam bus, dari shepparton ke Adelaide 10jam. Kalau aku pengsan dah tu. Kalau train takpe lagi. Ini bus. Hahaha

Kat sini paling sedap charcoal chicken die. Fuh. Lazat kau. Serius. Macam ayam pangang la. Tapi berempah punya. Memang umph. Tapi semalam tak makan pun. Kenyang lagi kot.

Dah nak balik Malaysia dah. Sayonara!
Lepas lepak2, ke safeway diorang beli meggie untuk nak travel. Aku pulak beli yogurt dan mini pavlova. hoih. Sedap hoih.



Harini aku masak nasi beriyani + sup ayam + salad. Mentang2 la cuti. Mihihi

Nanti aku update lagi eh. Esok aku dah kerja. Lambat lagi la nak update. =,=

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : harini kawan aku kawen. Mas ayu dolmat a.k.a kuning telur. Tahniah. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amin.

Thursday 20 February 2014

TERBELI LAGI

Assalamualaikum.

Ya ya ya. Harini kak bedah cuti lagi yea. Sebab buah tak dak. Semalam pukul 6pm something richard call cakap ambik gaji dekat K-Mart. So aku pun pergi la ambik gaji. But, benda yang tak best bila gaji aku tak cukup. Ni yang den tak berkonan ni.aku kira lain. Kenapa dapat lain. Nanti kena jumpa Sam. Tanya dia balik. I is moody!

Sebab termoody. Jom shopping. Hahaha. Mati lah. Tershopping lagi. Tapi aku tak beli apa pun. Sebab ingat nak cari blouse. Tapi tak dak la pulak. So terbeli benda lain. Heheee

Sekarang ni musim panas, tapi sejuk kot. Duduk rumah pakai stoking, pakai sweater. Pelik betul aku rasa. Padahal summer ni, tapi sejuk. Sebab sejukkan aku pun terbeli la sweater. #alasanjelebih#

Macam2 warna ada, tapi aku tak tau kenapa aku mesti nak warna turquoise ni. Padahal ada warna lain. Aku dah ada kot warna seakan2 warna turqoise ni. Tapi aku nak jugak beli. Hehee

Selesa dan ada macam2 size. Heee

Then lepas pusing2 aku beli kasuit baru. Sport shoes untuk pergi kerja. Sebab tumit aku memang sakit gila banyak sangat berdiri. Kasut pulak tak dak span. Itu pun murah. Aku macam. Wow. Murah kot. Cantik pulak tu. First time aku beli kaler pelik2 camni. Terkejut En.Mon. sebab dia pun dah faham kot aku memang suka earth colour. Sekali sekala kan.


Rasa muda sangat uolls. Hahaha
Lepas tu pusing2 je. Dah rasa tak dak apa sangat. Aku ajak En.Mon pergi Coles sebelah. Sebab sekut and snack bar aku untuk bekfas dah habis. Haritu aku nampak allice makan milo snackbar. Macam sedap je. Then ada promotion. 2 box for $6, so ambik la 2 box. Aku makan ni kalau nak pergi kerja. Sebab pagi2 aku tak lalu makan. So makan ni lapik perut. Sebab dia mix milo dengan oats. Kenyang la jugak. Sebelum ni aku makan snackbar lain. Kali ni try lain pulak.

Sedap dan konyang. Lapik perut kan.

Sekut oreo sekotak baru $1. Murah oii.
Then aku terpandang pulak area bakery. Benci betul aku dengan desert ni. Semua sedap2 kot. Aku rasa macam nak nangis je. Sebab teringin sangat. Dah tak mampu nak tahan. So beli la red velvet and orea. Oreo tak sempat snap aku dah tolan. Haha. Then lagi 2 kotui bagi dekat budak rumah share2. Sedap oih. Rasa nak beli lagi. Hahaha

Sedap oih. En.Mon mana suka manis2 ni. Tapi kali ni dia telan. Hahah
Habis pusing2 dekat Coles En.Mon nak beli barang sikit, dia nak beli daging burger dan sosej halal. Aku selalu beli yang halal dekat Afghanistan shop je. Sebab kalau beli kat lain memang tak halal la. Itu yang dapat makan burger tu. Heee. Then aku ternampak pulak benda ni. Sedap kot. Dulu kalau orang balik Mekah mesti aku dapat benda ni. So beli la sikit. Lepas gian. Heee

Aku tak tau nama apa ni. Tapi manis sangat. Sedap. Rasa susu. Ada buah2 dalam dia. Then kenyal2 sikit. Nyums!
Misi mencari barang aku dah habis. So balik rumah masak ayam masak lemak cili padi. Sebab kat Coles aku beli serai, teringin pulak nak makan masak lemak. Heee jadi jugak akhirnya. Sedap oiih. Heee



Nanti apa2 aku update lagi eh. Jumpa lagi nanti. 

Terima kasih sudi baca.

Xoxo 
Ladymonster

Notakecik : kasuit2 budak2 comey nak mampuih. Geram aku rasa.

Wednesday 19 February 2014

ZUCHINNI

Assalamualaikum!

Lama betul aku tak update blog. Sebab aku balik kerja letih. Nak tengok FB pun tak sempat. Ni pulak nak update blog kan. Haha

Semalam aku start kerja pukul 7am. Itu pun diorang cakap kerja sampai pukul 3pm je sebab buah tak banyak. Sekali pukul 4 lebih tukar buah roma pulak. Katanya sembilan bin. Sekali 24 bin kot. Gilos. Pukui berapa nak balik ni? Sekali pukul 12am baru sampai rumah kot.

En.Mon dah tunggu kat luar. Dah la sejuk gilos semalam. Dah lama tak hujan, semalam hujan sikit2. So harini memang sejuk nak mampus. Aku duduk rumah pun pakai stoking, baju 2 lapis. Pheww. Summer tapi sejuk nak mampus kot.

Sebab aku balun sampai 12am, so harini OFF. Oyeah! Raso nikmat sangat rehat puas2. Tidur atas katil. Golek2 dengan penuh nikmat. Bangun lambat, makan tidur. Best gila kot. Heee

Okay2 sambung story semalam balik.

Semalam pagi2 aku duduk dekat packing, lepas tu dalam pukul 9am Sam panggil suruh aku buat packing zuchinni sebab pukul 2pm nak loading barang. Aku buat dengan alicce sampai pukul lepas lunch lepas tu yuki dan fanny datang tolong pulak.

Bos mula2 cakap nak 40 box je. Sekali nak 200 box. Gilos. Mana sempat kot. Wawaa. Memang buat kelam kabut kot.

Zuchinni mula2 kena basuh sebab pokok dia menjalar atas tanah. Tapi kena basuh dengan sabun. Gatal kot tangan aku. Habis merah2. Dah la sarung tangan aku terkoyak. Aish. Sodih betul. Nasib baik lepas tu yuki tolong potong dengan allice. Aku dengan fanny susun dalam box.


Yang baju merah tu allice die tengah cari buah yang elok. Tu bersusun dalam box nak kena susun.

Sesi basuh zuchinni dalam bin. Gatal tangan kot.

Sesi susun zuchinni dalam box. Lotih sero!


Pukul 3 lebih dah siap. Fuh lega rasa. Then pergi sambung buat tomato besar. Lepas sambung buat buah tomato roma pulak. Aku tension betul kalau buat roma ni. Menyampah pun yea. Aku duduk dekat grader, aku memang tak berani nak buang buah merah kot. Dah la banyak nak mampus buah merah. Sakit hati kot. Yang packing marah2 cakap banyak buah merah. Geramnya!

Lepas smoko lantak. Aku malas pergi grader, aku masuk packing. Syiok kot. Eksaited iolls.

Dah lama kan tak masuk packing. Pukul 10pm lagi 7 bin. Azabnya! Semua moody je. Kaki aku pun dah sakit. Lenguh jangan cakap la. Lepas packing kena staking pulak sebab esok nak loading. Then ada sesi karate box gabus putih tu. Sebab nak musnahkan box yang rosak. Apa lagi, sesi musnah diteruskan. Memang aku tumbuk kasi pecah. Terkejut sam tengok aku. Sebenarnya aku tengah marah, memang habuan lepas marah la. Legaa.

Aku lepas pukul 10pm tu aku dah jadi hyperactive. Kenapa ntah. Orang lain angkat kotak dah lembik. Aku pulak tenga lebih. Sebab apa? Sebab aku minum air V-Power. Air tenaga, macam 100 plus or redbull la. Tapi ini bergas. Kalau tak minum aku boleh pengsan kot. Letih wei. Tapi aku minum kalau betul2 tak larat je.






Balik je rumah En.Mon buatkan buger kambing. Lapaq wei. Aku makan sekut je lepaih lunch. Sebab aku dah balun habis time lunch. Sedih nau!


Gambar terpusing. Mahap - 3 bijik dia buat kat aku. Tapi aku makan sebijik je. Kenyang kot.
En.Mon kalau masak memang tak boleh dinafikan. Eh. Ayat drama sangat. Hahaha. Dia teror masak sebenrnya. Sedap okay burger tak berapa burger ni. Aku makan sebijik je. Lagi 1 dia bedal, lagi 1 simpan makan esok je la. Hahah. Kalau aku makan 33, saka ke apa. Haha

Dan harini sesi basuh baju dan kemas bilik. En.Mon jadi chef. Aku kemas beg aku yang menimbun baju tak lipat. Hahaha. Dia masak pedal masak sambal. Oih sedap oih. Terliur aku tengok gambar ni balik. Hahaha

Sesi diet diteruskan. Hahaha

Esok tak tau la kerja ke tak. Sebab buah pun tak dak. Duit duit duit. Eh! Melampau. Hahaha

Nanti aku update lagi eh.  Terima kasih sudi baca.

Till then.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : aku teringin nak masak nasi beriyani la. Hurmm



Saturday 15 February 2014

POTONG 3JAM

Assalamualaikum!

Harini aku balik kerja dalam pukul 6pm. Sebab start kerja pukul 5am. Mengantuk nak mampuih. Kerja menguap je aku. Grrrr ;O

Pepagi lagi Sam(supervisor aku, asal Thailand) suruh aku masuk packing. Tak payah grader. "Ajilah, today you go inside packing. No need to glader okay." Dia memang cakap pelat thailand english. Boleh bayangkan kan. Hahaha

Aku memang seronok masuk packing. Sebab rushing. So masa tu tak terasa sangat. Kalau kat grader, kejap2 tengok jam. Sangat mengugat keimanan okay.

Pukul 9, bos pangil sisca. Dia mengamuk sebab buah second teruk bebenor. Banyak rubbish masuk dalam box. Apa lagi, redo balik 5 bin. Not good okay!

Lepas smoko, sisca suruh aku duduk kat grader buah second. Buang semua big mark, buah yang ada hitam. Sbb tak nak bagi bawah jammed. Buah masuk macam ayaq terjun. Tensi gue!

Bukan tak suka duduk grader, tapi perasaan serba salah nak buang buah. Hahaha. Kang aku buang, bos tengok buah yang aku buang dia kata okay. Aku pulak pantang nampak calar sikit. Laju je tangan buang. Matiklaa... hahahaa

Sebab aritu bos ada sound sorang budak baru kat first grader. "You know what are you throwing? Its money. My money. Not your money. F**k off " Terus kena berhenti kerja. Esok tak payah datang. Haishhh. Itu yang buat aku lagi debor tu. =_______="

Tapi banyak kali jugak bos datang check bin. Tapi dia tak kutip buah. Means okay la tu. Phewwwww. Leeegaaa aihh. Kalau dia mai ja, jantung aku dah dup dap dup dap. Risau kot. Hahaha

Lepas lunch kerja macam nak mati. Sebab memang mengantuk + buah banyak. Kata balik awal. Tapi pukul 6 jugak balik. Aishh. Diorang cakap esok libur. Tapi bos cakap tak cuti. Eee, tak suka tau mainkan emosi yang dah ambil mood nak cuti ni. Tssskk

Masa nak balik, lepas staking semua kotak. Bos memang akan announce berapa jam kerja. "Today work, 8hours 25minutes." Semua macam tercengang. Kerja start pukul 5am kot. Takkan 8 jam je. Rupa2nya dia potong okay 3jam pagi yang rubbish masuk box to. Siot betul. Saja kan. Mentang2 la bos. Menyampah pulak aku harini. Eeee.... 3 jam kot. $36 = rm108(plus minus la).

Today tak dak ong maa. Semua muka monyok je. Bos suh ambik zuchini free pun semua menonong balik. Tensi2. Hahaha




Takpelah, nak buat camne. Esok la nampak gayanya kena buat elok2. Lakau tak kena buat lagi. Pffff

Okay lah. Nanti apa2 aku update eh. Jumpa lagi nanti.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : malasnya nak pergi kerja. Tapi ingatkan duit. Aishhh.

Thursday 13 February 2014

PACKING SHED - TOMATO

Assalamualaikum.

Harini aku update 2 story okay. Aku ada cite yang sekarang dah tak pickingkan. En. Mon je yang picking sekarang. Aku dah masuk packing sheed tomato. Aku kerja ni pun cony yang tolong.

So far, alhamdulilah aku kerja. No problem. Kawan2 best, kerja memang la penat. Tapi tak dak stress sangat. Aku pergi kerja dalam pukul 4.15 am, itu kalau aku kerja start pkul 5am. Kalau start pukul 4am, pkul 3.15 aku dah keluar kot. Haha >_____<

Masa first masuk aku dekat first grader. First grader ni ada 4 atau 6 orang. Aku kena buang semua rubbish or buah yang rosak. Dan kena cari buah second. Buah second tu kalau yang ada mark, contoh kulit dia tak flawless la. Tak dak la mengerutu sangat. Hahaa

Kat sini syiok sebab kau buat kerja kau je. Tapi yang tak syiok bila bos datang check rubbish bin. Ada je buah cantik yang buang. Matiklaaaa. Aku kengkadang. Ada jugak terbuang. Terbuang laa. Bukan sengaja okay. Hahaha

Nampak tak buah yang yang dok bergolek tu?


Buah bergolek dengan jayanya. Kalau machine laju. Matik laa.. haha



Ni longkang rubbish yang dibuang yea.


Atas ni la buah tu akan bergolek2.



Lepas buah bergolek2 dengan manja dan berjaya dipilih. Buah akan pergi ke second grader. Kat situ pun aku pun aku pernah kerja sampai harini. Hahah. Kat situ aku kena buang buah2 yang tak cantik dan asingkan buah second yang ada mark. Sebab aku akan pilih buah2 yang cun melecun je.

Tapi kerja kat situ yang tak tahan dia. Tangan lenguh nak mampus. Aku rasa macam tangan aku panjang 3cm pulak. Boleh cenggitu? Hahaha



Sama macam roller dekat first grader. Kt depan tu buang rubbish. Yang second kat belah atas belakang tu.


Duduk
 kat atas ni best, sebab boleh taw perkembangan semasa. Haha


Lepas grader akan ada third grader untuk buah second tapi sama je function dia dengan grader lain.

Then masuk pulak ke packing. Aku rasa aku seronok kat packing sebab dia kelam kabut dan rushing. Dan boleh bergerak. Kalau kat grader kaki tak bergerak. Berdiri la kau kat situ sampai kejung. Hahaha

Packing ni dia ada full colour, colour, 3/4 colour, 1/2 color and green. Masa dekat grader tengok buah tak cantik langsung. Bila dah masuk kotak. Macam tak percaya. Semua cun melecun. Kalah che ta kot. Hahaha

Satu lagi, kat packing ni happening. Kecoh je mulut. Lepas tu ada je yang buat lawak. Hahaha. Tapi masa aku dekat second grader pun best sebab pauline suka buat lawak. Mengekek aku gelak kau. Bos nampak matiklaa. Hahaha



Ni packing dari atas.


Buah akan masuk tray ikot saiz and colour.






Bersepah2 buah kat lantai.


Masa ni ah goh tengah buat lawak. Hah


Rehat smoko pagi 15minit. Lunch pkul 12pm, 30 minit. Smoko pukul 3pm 15 minit. Kalau sampai malam pukul 6pm lagi 15 minit. Alhamdulilah, aku nak solat senang. Bos and supevisor baik.

Gaji pun alhamdulilah berbaloi la jugak. Tapi aku tengah cari kerja lain jugak kalau ada. Okay lah. Nnti aku update lagi k.

Jumpa lagi nanti.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo,
Ladymonster

Notakecik : esok kerja tomato cherry. Pukul 4am dah start. Means pukul 3.15am dah keluae rumah. Pukul 2,30am dah kena bangon. Phewww >_____<

Wednesday 12 February 2014

SELAMAT HARI JADI MAMA

Assalamualaikum.

Lama pulak tak update blog eh.
Aku sekarang payah pulak nak online sebab aku balik kerja pun dah lewat. Balik rumah terus bantai tidur. Mengantuk pun yea. Letih jangan cakap lah kan.

Hari ni 13 feb. Hari ni hari jadi mama aku. Selamat hari jadi mama. Semoga panjang umur. Murah rezeki. Sihat selalu. Selalu di lindungi Allah. Semoga bahagia selalu.



Aku memang degil nak mampus. Tapi mama aku memang paling tahan dengan aku. Degil, panas baran, ketegaq. Semua complete dengan aku. Tapi mama memang kuat. Masa abah meninggal, mama sedih sangat. Mama pengsan time tu. Aku baru 9 tahun. Aku ingat lagi suasana time tu. Sedih. Pilu sangat hati aku.

Tapi mama kuat sangat. Mama cuba bagun balik lepas abah meninggal dunia. Mama belajar bawak kereta, mama kena belajar lain2. Mama kena belajar survive sendiri. Even macam2 masalah mama kena tanggung mama still kuat.

Macam2 jadi kat family aku. Tak cukup makan la. Orang cakap macam2 la. Orang dengki la. Makan sambal ikan bilis untuk seminggu. Kereta rosak tak dak orang nak tolong, orang ambik kesempatan. Time susah semua orang tak pandang. Even family kau sendiri. Family belah abah aku? Belah mak aku? Semua sama je. Mak lang belah mama aku je yang betul2 ambil berat. Yang lain, ambil berat sebab nak ambik kesempatan.

Manusia kan. Tak semua orang nak tolong kita, berada di susah dan senang. Aku ingat apa yang jadi dari aku kecik sampai besar. Masa kecik2, pergi kenduri semua orang tak layan. Dah besar baru semua datang nak baik2. Aku ingat semua. Kalau nak ingat siapa yang buat taik kat aku. Siapa yang buat baik dengan aku dan family. Semua aku ingat. Tapi biarlah. Allah yang balas.

Aku sayang mama. Tapi aku bukan jenis yang reti nak approach. Aku jenis macam ni. Tapi aku selalu pikir camne nak bagi mama aku happy. Aku nak bawak mama jalan2, nak shopping dengan mama. Nak bagi mama happy. InsyaAllah tak lama lagi impian aku akan tercapai. InsyaAllah. Aku akan cuba sebaik mungkin.

Mama pandai masak. Paling tip top. Cakap je nak makan apa. Semua mama masak sedap nak mampus. Kalau makan memang aku tak tengok kiri kanan. Apa yang mama masak tak sedap. Semua sedap kot. Aku pun tengah dalam process belajar masak sebenarnya. Aku nak masak sebijik rasa macam mama masak. Tak nak rasa lain. Macam teror je kan. hahaha

Mama pandai jahit baju. Semua baju sekolah, baju raya semua mama yang jahitkan. Nak beli pun kalau ada duit lebih. Baju yang mama buat semua sedap pakai. Tapi aku tak pandai pun nak jahit baju. Hahaha. Tak menurun langsung wei. Mama merepek je kat aku sebab macamna nak kahwin kalau jahit baju tak lepas, aku jahit kalau terkoyak boleh la. Nak buat baju kurung? Tak menjadi laa.. >____<

Mama pandai sulam baju, sulam kain saprah. Mengait. Semua mama pandai buat. Semua lapik2 kat rumah semua mama yang kait. Semua saprah kat rumah semua mama yang sulam. Aku pernah jugak sulam saprah dulu. Nak masih digunakan. Bangga woii. Hahaa. Ada satu saprah mama kaitkan ada nama kami semua kat setiap penjuru saprah.

Mama pandai melukis, mama kreatif. Sebab mama kan mengajar sekolah tadika. Semua mama lukis sendiri kat sekolah, mama lukis lukisan kat dinding. Lukis kartun. Buat benda2 kreatif. Mama pandai melukis. Cantik. Mungkin tu menurun kat aku kot. Aku minat seni. Arwah abah aku pun pandai melukis mama cakap.

Mama baik hati. Kalau orang minta tolong mesti mama tolong punya. Tak kisah la apa pun. Mama mesti tolong punya. Mama garang kecik2 dulu. Tapi itu yang baiknya. Mama didik aku sebaik mungkin. Terima kasih mama.

Terima kasih mama sebab banyak tolong akak. Jaga akak. Bagi kasih sayang secukupnya. Cukup makan minum, cukup pakai semua. Terima kasih mama.

Selamat hari jadi yang ke-50 mama. Semoga bahagia selalu. Nanti akak balik kita pergi jalan2 taw. Tunggu akak balik k. Sayang mama. I luv u mama till jannah.

Xoxo
Anak mama

Notakecik : hari ni beg makanan aku kena rembat. Kat rumah sendiri kot.

Masa majlis tunang aku. Eceh!

Antara orang terpenting dalam hidup aku.

Majlis convo aku.

Friday 7 February 2014

PUJUK KE AMBIK HATI NI?

Assalamualaikum.

Hati gue udah senang bangat hari ni dong. Hahahaa. Padahal tengahari tadi bukan kemain lagi marah eh.

Lepas aku mengamuk semua bagai tu. Aku malas nak masak. En.Mon yang masak untuk lunch. Sejukk macam ketui aih teruih hati den. Aishhh

Lepas aku bebel non stop macam kiah propa baru la En.Mon datang pujuk. Itu pun dah lewat petang dah. Then bro fuad call cakap nak datang rumah nak minta tolong En.Mon potongkan rambut dia sebab esok dia nak pergi Melbourne dah. Nak kerja kat sana. Dapat housekeeping. Aku? Masih disini. Erk!

Lepas potong rambut tu minta tolong bro fuad bawak pergi asian shop sebab nak beli barang sikit then nak pergi Big W nak beli rice cooker. Tapi sebab kawan dia bersembang lama nak mampus. Maka, aku dengan En.Mon cakap nak balik je. Panas kot tunggu dalam kereta tu.

Sampai je rumah diorang ni baru je balik. Laju je En.Mon ajak pergi Big W. Katanya dah lama tak dating. Auww. *silamuntahdarah

Terus google dan zassss dengan pantas. Rupanya dalam 15 minit je kot dari rumah aku nak ke Big W. Ceit. Sebab sebelum ni selalu pergi Coles or Safeway je.

Masuk je terus ke Big W. Sebab sebelah tu ada Woolworths besar. En.Mon nak beli singlet. Nak jadi orang Oz katanya, keluar rumah pakai singlet. Pun boolehhhh! Hahaha

Dia rembat satu. Then pergi melilau beli rice cooker. Yang kecik sekali baru $13. Homaii. Murah okay. Cun! Kasi angkat satu. Lepas tu pusing2 aku nampak mug besar. Sebab aku tak pernah ada mug lagi. Dan mug kat rumah ni kadang boleh tahap kulat. So aku beli satu $3.45, okay lah ka .

Settle semua, berangan En.Mon nak beli Tv dengan DvD. Sekali tengok harga terdiam kau. Sehari kerja punya gaji tu. Fengsan. Hahaa

Then keluar pergi beli air pepsi then lepak minum jap. Lepas tu misi ke safeway. Konon2 nak beli air orange homebrand $1 tu. Tapi tak dak. Habis lah pulak. Nampak Iced Coffe Latte. Macam sedap je.angkat satu. Hehee

Pusing2 dalam safeway teringat beli sabun basuh baju sebab dah habis. Homebrand jugak. Baru $2.75. Habis puaing2 marilah keluar pulang. Tapi termasuk kedai bag pulak. Damn! Aku memang ada masalah dengan bag dan kasut. Kasut boleh mahapkan lagi. Kalau bag. Aku memang tak boleh tahan. Nafsu shopping membuak2. Ahaha

Tetibe En.Mon bagi greenlight. "Ambik la satu. Awak pun tak dak pursekan. Saya bagi beli."

Terkesima den. Terua buat muka Puss in the Boot. Hahaa. Apa lagi nafau shopping tahap 9 terus. Tangan kanan pegang handbag, tangan kiri pegang purse. Lepas tu terus mengucap. Melampau betul. Aishh

Lepas bertenang aku pun ambik la purse ni selepas si tapis beberapa kali dan beberapa design. Hati aku tetap choose design ni. Kesian mak cik tu nak tutup kedai tapi tak boleh sebab aku dok sibuk pilih. Jangan marah mak cik. Duit ni duit. Ngeeee

Balik rumah terus sengeh sampai telinga kau. Tralalaaa. Happy!

Lepas tu terfikir. Ni nak pujuk ke ambik hati ni? Hehee

Apa2 pun thanks En.Mon. I lap you. Hehee

Jumpa lagi nanti.

Terima kasih sudi baca!

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : esok aku kerja pukui 5 dah start. Hoi tidoq woi tidoq. Nite!

Thursday 6 February 2014

BENGANG

Assalamualaikum.

Lama tak update eh. Mahap. Bizi memanjang. Hari ni aku cuti sebab memang tiap hari jumaat OFF DAY. Hari tidur seharian kau. Lega dapat tidur dengan aman. Dah lama kot aku tak tidur dengan aman dan lebih 5 jam sehari. Selalunya aku tidur pukul 9.30pm bangun kul 3.30am atau 4.30am. Sadiskan. Tsskk

So bangun je dlm pukul 1. Hehehe. Lambatkan. Biasalah. Dasar pemalas. Diorang pergi semayang jumaat aku baru start masak. Lepas potong ayam semua, aku mandi semua settle. Barula nk start masak. Sekali richard call cakap nak bagi gaji. Wah2. Hidung kembang terus. Tapi dia suruh ambik dekat K-Mart. Dari rumah aku nak pergi K-Mart dalam 10 minit naik kereta. Tapi diorang tak balik solat jumaat lagi.

Then call richard cakap minta tolong dia ambikkan. Dia cakap okay. Sekali En.Mon balik dia kata call richard lagi 10minit kita pergi ambik. Sebab En.Mon pergi solat jumaat 2 trip. Sebab ada satu kereta je kan. First trip tu dia balik.

Then aku pun siap2 la. Barang masak semua aku tingal balik dalam fridge. Sekali tuggu tak balik2. Aku dah syak diorang ni pergi singgah memana. Then betul... richard dah call. Sam cakap tak nak tunggu lagi dah. Dia nak balik Tantura. Maknanya esok la baru aku dapat gaji. K fineeee.

Aku kalau boleh dapat gaji harini nak beli barang2. Dah tak dapat. Mengamuk kejap aku tadi. Grrrrrr!!

Malas dah nak fikir apa2. Mari makan. Hehee

Nanti aku update lagi k.

Kbai

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster