Hamboih tajuk. Gerun aih baca. Macam jutawan sangat uolls. Haha
Sebenarnya aku dengan En.Mon memang nak beli kereta pun dekat sini. Banyak kali la jugak pergi survey kereta. Pusing sana sini. Tengok2 mana yang murah. Tengok2 mana yang berkenankan.
So haritu irene tempat kerja aku tu nak jual kereta dia. $1000 je. Ford apa ntah. Tapi si mat yie ingat $2000 something. Bila call balik, dia dah jual kat orang lain. Bukan rezeki la. En.Mon share dengan mat yie beli kereta ea.
So, haritu bos Latip datang cakap member dia nak jual kereta. Semalam sesi perkenalan dan beli terus. Wah. Kaya sangat uolls. Bahahaa. Matiklah kena keji nanti.
Lepas mintak discount segala bagai. Dia bagi $600 je. Tapi roadtax kena buat baru. Setahun $600, kalau tengah tahun $300 je. Then tukar nama dalam $80. Pikir punya pikir. Terus on je. So, kereta ni dah jadi hak milik En.Mon dengan mat yie.
Macam tak percaya kan $1000 pun dah boleh beli kereta kat sini. Kalau kat Malaysia? Setahun gaji pun dok guling2 lagi? Ketara sangat perbezaan ni. Hurmm
![]() |
Tengah check minyak hitam semua. Yang tinggi tu mat yie. Yang badan macam stone cold to bos aku. Latip |
![]() |
Tengah bodek mintak murah sikit. Heee |
![]() |
Latip bos ke, mat yie bos? Konpius. Hahaha |
![]() |
Jump baterry. Baterry dah weak. |
![]() |
![]() |
Test drive kengkonon. Menyampah aku. Hahaha |
![]() |
Renyeh dua2 dapat beli kereta, aku layankan je. |
![]() |
Rumah aku ni port layan shisha bos dengan kawan dia. Sebab nak hisap shisha kat rumah tak boleh. Bini tak kasi. Hahah |
So, lepas sesi jual beli kitaorang keluar beli barang. Lagi satu abg mus dengan abang lan dah nak balik malaysia. Tapi diorang pergi Adelaide duulu, sebab naik flight dari sana murah sikit berbanding naik dari Melbourne.
Then pergi la ke Chemist. Abang mus nak beli barang sikit. Aku pun terbeli satu barang jugak. Memang dah lama cari. Tak pe, nanti aku cerita pasal tu. Hee
Lepas ke chemist ke Master Kebab, diorang tapau nasi and ayam untuk makan dalam bus, dari shepparton ke Adelaide 10jam. Kalau aku pengsan dah tu. Kalau train takpe lagi. Ini bus. Hahaha
Kat sini paling sedap charcoal chicken die. Fuh. Lazat kau. Serius. Macam ayam pangang la. Tapi berempah punya. Memang umph. Tapi semalam tak makan pun. Kenyang lagi kot.
![]() |
Dah nak balik Malaysia dah. Sayonara! |
Harini aku masak nasi beriyani + sup ayam + salad. Mentang2 la cuti. Mihihi
Nanti aku update lagi eh. Esok aku dah kerja. Lambat lagi la nak update. =,=
Terima kasih sudi baca.
Xoxo
Ladymonster
Notakecik : harini kawan aku kawen. Mas ayu dolmat a.k.a kuning telur. Tahniah. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amin.
Read!
ReplyDelete