Sunday 24 February 2019

TERINGAT

Hi!

Tetiba teringat kisah masa nak balik Malaysia. So aku update lah kejap bagi pengubat rindu eh. 
Masa minggu akhir aku keje tu Sam dengan Voa dah memang beriya-iya ajak makan dekat rumah dia. Dia masak jangan cakap la weh. Sampai sekarang aku teringat lagi ikan salmon dengan pulut dia tu. Macam tu pun sedap gila kot. Green curry dia lagi la ya tuhan sedap gila. Pekat, pedas, lemak, manis semua cukup.

Masa makan dekat caravan dia tu lepak sampai malam, lepas tu Erlina pulak ajak makan bakso dia masak sebab aku nak balik. Sebab dia dah janji yang dia masak bakso. En.Mon makan memang berselera la. Padahal baru je kot balik dari rumah Sam dengan Voa. hahaaha

Minggu akhir tu la jugak aku memang shopping gila2. Macam-macam aku beli lepas tu makan jangan cakap la. Shish kebab tu memang aku pergi makan sesaja sebab takut rindu. Bila aku tanya kawan aku kedai tu dah tak dak. Aku ingat kalau murah rezeki nak pergi sana, nak makan kat situ. Memang sedap sebab dia punya resepi tu memang sedap.

K-mart dengan Coles memang aku rindu sebab dulu selalu pergi bila nak beli barang. Victoria cake dekat Coles aku masih terbayang-bayang beb.

Oh Gloria jeans punya coffee dengan ice chocolate pun terbayang-bayang. Dulu asal cuti je mesti melepak situ minum sambil gossip2 lepas tu pergi cuci mata beli barang. Keje menghabiskan duit je. Boot yang aku beli dulu pun elok lagi cuma nak kena jahit tepi sebab benang dia dah terkeluar.

Aku nak cerita pasal immi sebenarnya ni. Terpanjang la pulak. haha

Nanti lah aku update pasal immi pulak k.

Bye

Kak bedah

Tuesday 19 February 2019

SELEPAS 3 TAHUN

Dah nak tiga tahun aku balik dari Australia.

Rindu?

Tipulah kalau aku cakap tak rindu. Kalau korang tanya apa yang aku rindu?

Aku rindu sebab tak jem, balik keje still ada masa nak lepak2 pergi beli barang, weekend nak kelaur pun tak rasa stress sangat. Beli barang makan pun murah, nak shopping lagilah! Tunggu time sale winter tak pun summer memang lagi la best.

Sekarang balik kerja memang tak lah aku nak keluar pergi beli barang. Buang masa sangkut dalam jem lepas tu sampai rumah je dah letih buat apa pun tak larat kot. Bukan merungut. Aku habaq apa yang aku rasa. Halahh tak payah la marah. hahhaa

Mesti ada yang cakap. Eh move on lay beg! Dah lama kot balik Malaysia. =,=

Aku rasa banyak benda aku nak update cuma tak ada masa nak update sebab malas lepas tu banyak benda yang dah lupa. ahhahaa

Kalau ada masa lagi nanti aku update eh.

Kak bedah