Ladymonster
Monday 30 December 2013
Pindah rumah!
Ladymonster
Monday 23 December 2013
Bundle hey bundle!
Assalamualaikum!
Lama betol kak bedah tak update eh. Mahap la. Agak kelibut sikit keadaan sekarang ni. Tak berapa nak tenteram hidup kak bedah ea.
Sekarang aku dah pindah rumah. Sob sob sob. Itu lain la aku cite. Ni aku nak cite pasal bundle. Hye bundle! Aku memang suka bundle dari dulu. Aku pun tak taw napa. Tapi aku memang suka beli barang bundle. Kasut ka, baju ka. Tapi kena cerewet sikit la. Aku boleh duduk 2jam belek bundle jah. Hahaa
Disebabkan aku kerja lain sekarang sebab aku dah start cuti smpai tengah bulan 1, so tadi aku pun beli la barang-barang yang aku kena guna. Dan aku pergi ke Vinnies. Salah satu tempat bundle yang bermacam-macam ada jual. Dari baju, seluar, dress, lemari, kasut, beg sampai la ke buku. Semua ada. Gambar tempat??? Mahap aku tak bawak tab lagi keluar kali ni. Sebab aku kelam kelibut. En.mon balik je rumah terus ajak aku pergi beli barang.
En.mon belikan aku sweter kengkonon nak buat pakai kerja, tapi macam sayang je aku rasa. Hahaa. So aku simpan boleh buat pakai keluar nanti. Hahaa. En.mon beli kat cotton on $10 je. Dia beli size S. Itu pun gedabak besar dengan aku, tapi ok lah kan. Teringat jugak nak beli ke aku. I lap u lah. Hahaa
Lepas to aku pun cari la sweter nak pergi keja. Kalau hujan pun takpa. Sebab senang, tak payah aku nak kelibut nanti kalau hujan. Harini aku tak kerja sebab hujan. Haha. $8 je untuk sweter ni. Oke la daripada beli baru kan. Haha
Then aku beli safety boot, $8 je sepasang. Sebab kengkadang kena masuk farm la, kena angkat tangga la. So kira selamat la sebab tak payah aku nak risau kaki rosak ka. Apa ka. Janji selamat. Ini pun kira murah nak mampus. Sebab aku tengok dekat K-mart hari tu yang baru $50 something. Homai! Tak sanggup mak nok nak beli baru. Hahaa
Terkenan pulak satu seluar ni. Kengkonon nak beli buat pakai pergi kerja lah kan. Sekali try, en.mon cakap ke aku. "Lawa kot seluar ni, tak payah buat kerja la. Seluar ni buat pakai jalan. Nanti kita beli seluar keja lain." Oh yeah. Memang lawa dan sangat sedap pakai sebab dia jenis getah. Aku dah makin kurus ni. Hahaha. Harga? $1 je kot. Aishh. Kenapa la aku tak ambik yang mustard color to.
Then aku terbeli pulak kasut jalan lagi satu. Ada warna purple tapi macam pelik je aku tengok. Hahaa. So aku pilih wana merah. Saiz besar sikit la. Tapi aku pakai memang ngam-ngam kaki aku. Kira cun sangat lah. Harga? $3 je kot. Hahaa
Last oke. Last aku beli tshirt lengan panjang sehelai. Habuan nak pakai kat rumah. Harga? $4 je. Dan bagi aku kain dia selesa dan labuh. Kira cun sangat lettew.
Dari apa yang aku tengok antara bundle Malaysia dengan Australia, banyak beza dia. Barang memang susun elok ja. Tak dak bersepah-sepah. Dia dah bahagi ikot area walaupun tempat dia kecik. Walaupun bundle, tapi fitting room tetap ada. Cantik dan selesa untuk try kot-kot la was-was tak muat kan. Macam aku tadi memang sure je muat. Over! Haha
Cashier yang jaga bundle to bukan la lelaki yang berjambang, pakai seluar koyak sana, koyak sini. Rambut menerbang, misai panjang. Sampai aku nak masuk tengok pun tak jadi. Cashier dia nenek umur dalam 50 to 60 something. So polite dan semua perempuan, senyum je. Aku nak bayar pun selesa.
Barang-barang dia pulak tak dak la yang koyak atau yang sepatutnya tak patut lagi untuk dijual. Haha. Tapi semua barang kemas, elok dipakai dan boleh dipakai. Cengitu baru ohsem ma. Sebagai seorang peminat bundle, aku harap bundle kat Malaysia akan lebih selesa dan akan lebih besar nanti dan aku tak sabaq nak balik Malaysia. Hehe
Jumpa nanti.
Monday 9 December 2013
BENDA PENTING!
Mata kuyu, mulut menguap!
Saturday 7 December 2013
Isnin - ahad.
Mengantuk teruk hari ni. Sighh
Wednesday 4 December 2013
First gaji!
Bella datang sepatutnya pukul 6.30pm. Tapi si jenny yang collect hutang rumah ni pukul 5 lebih laju je sampai rumah. Hamboih. Kau kalau bab duit. Laju je kan. Hahaha
Tuesday 3 December 2013
Hujan woi!!
Bumi Shepparton basah dengan hujan hari ni.
Sunday 1 December 2013
Makan besaq!
Selamat pulang ke Malaysia!!
Assalamualaikum!
Makin ramai pulak yang balik Malaysia. Yang nak balik pun ramai lah pulak. Aishh. Tergugat iman den kat sini. Dugaan betul. Bila dengaq orang nak balik Malaysia. Mula lah aku gelabah. "EH! Aku tak nak balik lagi ke?" Hahaa
Aku pernah cerita dulu budak rumah aku ada 12 orang kan. Tapi sekarang 2 orang dah pulang ke Malaysia. Kim salam kat orang kampong woi.. **lap ayaq mata
Sorang lagi dah pergi tempat lain. Sunyi pulak rumah ni.
AFIQ
Budak sabah dan tersangat lah muda. Umuq baru 19 tahun. Dia dah dekat 3 bulan datang sini thats why dia nak balik Malaysia dah. Mak dia bebel suh balik sebab visa dah nak expired. Dia datang sini dengan pak cik dia, abg jep duduk satu rumah dengan aku jugak.
Afiq ni dengan aku tak bayak cakap, dia selalu duduk dalam bilik je tak keluar. Kalau time makan je dia keluar. Baik je budaknya sampai pangil aku kakak. Alahai lomah semangat den. Aku cakap tak payah pangil kakak nampak nau tuo. Pangil je ajee. Baru rasa muda jelita. Gituuu..!
So last week dia pon fly balik ke Malaysia. Dah selamat sampai pun dekat sabah. Entah-entah sekarang dia tengah makan nasi lemak kan. Sambal udang ke, kerang ke. Sedapnya!!! Nak balik Malaysia. Wawaa
Balik Malaysia dia kata nak bukak family business. Apa2 pun all the best bro! Nanti kalau ajee pergi sabah bawak jenjalan okay. Heheee
ZARINA
Zarina ni seorang lagi perempuan yang duduk kat rumah dan satu bilik dengan aku. Dia sepupu dengan abg jep dan afiq. Asal sabah jugak. Dia ni pangkat kakak la, kira aku masih muda. Hahaa. Perasan kau! Ahhaa.
Tapi dia dah blah pergi tempat lama dia sebab lambat sangat start keja. 3 minggu dok saja tak dak keja. Dan akhirnya!!!! Arghhhh. Tingal la aku sensorang kat rumah, perempuan tunggal a.k.a wanita melayu terakhir. Bosan kau. Aku nak sembang pun tak dak geng dalam bilik. Bosan ya amat kot. Tak dak pompuan dah ka yang nak mai dok dengan aku kat sini. Hahaa
ARSYAD(ACAD)
Masa mula-mula masuk rumah aritu sek2 demo ni mari aku tengoh make. Budak rumah aku cakap depa ni dah macam pergi holiday baju suma jenjalan punya style. Aku pun kalih la belakang tengok, al maklumlah rabunkan aku bukan nampak orang pun. Hahaaa
Yang en.mon dah cuit-cuit aku. "Yang, saya pernah tengok la muka mamat ni. Muka dia macam mamat dalam gambar yang nik post kat fb to la. Betol la. Mamat yang macam pakistan to. Entah-entah kawan nik apa?".
Lepas habis makan suma aku dengan en.mon tegur la diorang ni. Dan yea! Memang demo ni sek2 nik kamal(nik kamal ialah kawan class aku masa degree, dan dia sekarang dekat swanhill). Sembang punya sembang macam-macam la cita kluaq. Bahaha. Mengekek aku gelak degaq cerita.
Acad ni memang aku mengaku dia ni pak lawak. Asal dia cakap je aku dah mengekek gelak. Apa ntah yang lawak aku pun tak taw. Hahaa. Maybe sebab pekat kelantan dia to kot. Dengan kelam kabut dia to yang buat aku nak tergelak. Heeehee
Sejak acad pergi rumah ni memang sunyi. Sampai en.mon pun terasa sunyi. Bosan je kawan. Sabaq2.
Sebab dia balik Malaysia?? Ummm. Aku tak nak cakap pasal sebab dia balik Malaysia. Tapi dia ni buat keputusan yang bijak, dia ambik cuti 3 bulan tanpa gaji dan dalam 3 bulan kalau dia nak keja dia balik Malaysia balik. Wah wah wah. Bijak betol keputusan dia. Aku? Nehi! Nanti lah bab ni aku cita lain k.
Gud luck to you acad!! Nanti balik Malaysia jangan lupa jemput aku dengan en.mon k. Hehee
Jumpa nanti bro!
Sekarang ni rumah ni memang dah sunyi, pukul 10pm lampu semua dah tutup. Sunyi gila! Aku rasa macam ramai yang nak angkat kaki je lepas 25 ni. Macam-macam masalah lepas ni. Sabaq.
Tunggu nanti aku update yang lain k. Jumpa nanti!
Notakecik : afiq gambaq yang pakai baju warna hijau kat tengah masa pergi farm. Dan gambaq acad pulak yang pakai spek yang galas beg besaq. Gambaq zarina tak sempat nak buat koleksi. Mahapppp
Saturday 30 November 2013
Birthday brader apat!!
Assalamualaikum and hye!
Eceh!
Last two weeks we have a small suprise birthday for one of us. Brader apat! Aku ada cerita siapa brader apat sebelum ni.
Acctually kami semua dapat tahu yang harini birthday dia masa balik dari keja sebab dia on9 lepas to ada hanip tercakap. "Eh! Arini birhday ko kan apat?"
Jeng2......
Apa lagi, mula la kecoh potpet2 plan nak kenakan apat. Hahaa. Nak bancuh tepung ngn telur la. Nak buat air tanah la. Korang nak samak ke apa. Hahaa. Kengkonon nak tunggu depan bilik air, lepas kluaq je nak baling telur bagai sebab brader ni jenis balik je terus mandi. Dia orang first mandi, then no 2 aku dan ke 3 en.mon. Aku memang sesiap prepared tunggu turn mandi je. Hehee. Last suma niat dibatalkan, membazir makanan itu amalan shaiitoonn... jimat2. Hee
Around pukul 4 something anip nak pergi safeway, aku ni jenis macam sian pulak birhday tak ada apa2. Tak sampai hati, so aku pun hulur 5dollar kat anip suh beli muffin ke, kek ke. Yang ngam2 dengan duit to. Anip keluar je umah. Aku bantai tidoq kat bilik. Lenaaa.......
Pukul 8 something en.mon kejut aku, dah lewat ni. Bila nak buat suprise birthday. Aku dengan lalok bangon pergi basuh muka, ambik kek. Rupanya depa yang lain dah pakat nak nyayi lagu sama2. Time aku bantai pulun tidoq to. Hahaa. Anip beli ke ala2 pavlova kot. Dia tambah duit sikit. Oke la too..
Happy birthday bro yang ke..... aku tak sure. Hahaaa. Semoga panjang umoq, murah rezeki. Cepat2 kawen lah yea. Amin...
Birthday aku tak sempat la nak celeb kat sini sebab masa aku datang ke OZ lepas birthday aku. Mungkin ini yang dikatakan takdir......
Notakecik : teringin nak makan sate. Wawaaa
Speed gear 5!
Assalamualaikum. Selamat ber'summer'an. Ngeee
Sambungan dari post yang lembab nak mampos aku post.
Ari ni ari sabtu dan YES AKU BEKERJA!!! Pagi ni aku tak terus sambung pokok yang besaq nak mampoih to. Aku kena buat pokok renek2 kat blok lain dulu. Aku dapat line sebelah nepal. And you know what? Aku ngan en.mon boleh habis sama2 dengan nepal ni. Padahal depa ni memang laju gila kot! Pokok kecik aku mengaku memang aku boleh speed. Kalau kena guna tangga pokok besaq. Lambat sikit la. Hahaa. Nak angkat tangga. Nak setting tangga la. Nak cari buah la. Macam-macam. Aishh
Lepas habis je terus pergi tempat semalam, pokok yang aku dapat besaq gedabak to. Dan-dan muka aku monyok seribu terus. Moody wei dapat pokok besaq padahal ada laki hat gagah perkasa boleh buat. Pfffff.
Semua orang dah nak habis panel dah. Tingal aku ngan en.mon je 2 orang yang last sekali kat blok belakang. Lepas lunch aku cakap kat en.mon suh speed. Dia kata buat rilek-rilek je. Tapi bila dia nampak couple hong kong to pun dah masuk line blok baru. Terus en.mon cakap "yang! Jom speed! Couple hong kong lambat to pun dah masuk block baru!". Haaa... taw gelabah bila tingal 2 orang ja kat blok belakang. Hahaa.
Aku tingal satu panel(1 panel = 10pokok) lebih kat blok belakang, couple to dah buat atas line blok baru belah atas dulu. Aku memang speed gila-gila kot kat blok belakang sebab nak make sure aku dapat ligan sama dengan depa. Memang laju. Aku boleh speed sampai aku boleh masuk blok baru. Selang 4 line dari couple to.
Dan...
Dannnn......
Dan....
Aku boleh sama pokok dan sama panel dengan dia sekarang. Dan aku buat bawah sama dengan dia. Boleh bayangkan tak betapa gila aku buat punya nak sampai sama dengan depa. Selalunya kalau buat atas satu panel(10 pokok) dekat 30minit. Ini aku speed belah atas 1 panel(10 pokok) dalam 15 minit. Sampai tak bercakap la aku dengan en.mon. Tangan je jalan. Laju jangan cakap la.
Kalau buat 1 tangan dia tak bagi. Tak pepasal kena fuckoff nanti. So aku guna 2 tangan walaupun tangan kiri aku tak berapa nak betol sangat. Mata tengok tengok petik.
Sampai supervisor aku terkejot aku ngan en.mon boleh sampai blok baru. Sama panel dengan diorang. Panel ke 3 pulak to. Dia siap tanya lagi, "you buat keleja talak cakap ha kali ni. Aiyoo. Saya ingat you dekat belakang lagi woo. Ini sudah sama dengan olang lain. Manyak laju haaa. Bagus2. Beg you saya sudah ambik letak lepan pokok sana. Baguish2!".
Nampak tak, nampak tak. Sampai beg aku pun dia tolong ambik letak depan line. Hahaa. Baru ohsem meh. Tapi sekarang tangan aku sumpah memang macam nak tercabut. Pingang aku lenguh nak mampos. Jari habis calar-calar. Aku pakai celotape sebab sakit nak petik buah. Sadis!
So ari isnin aku lega sikit. Boleh lengang kangkung buat keja sebab aku dah sama panel. Lalalaaaa... aku just risau kalau manager to mai ja. Aishhh! Garu kepala aku camni. Damn!
Semoga urusan aku dipermudahkan. Amin.
Notakecik : bau daun epal wangi. Lagi wangi dari bau epal. Pada aku la. Oh ya! Sebab aku buat laju. Banyak pulak dahan yang 'ter'patah. Lelaju sorok belah atas. Hahaa
Kerja. Kerja. Kerja
Assalamualaikum!!!
Aku sebenaqnya tension ni. Aku dah taip panjang berjela lepas to tak boleh update blog. Geram je aku! Tak pepasal kena taip bebalik. Pfffff
Sekarang aku dah start keja pukui 6.30am. Ya ya ya. 6.30am. Kat sini pukui 5 lebih dah terang benderang. Aku bangon selalunya pukul 5am. Mahap tuan belog memang tak mandi pergi keja. Tak kuasa aku nak mandi pepagi. Dah la sejuk nak mampos kot. Aku gosok gigi, cuci muka, ambik air semayang. To ja la yang aku mampu. Hahaa
Lepas solat suma aku prepared makan lunch and smoko nanti. Selalunya malam to aku akan masak, nasi goreng atau lauk. Sekarang aku beli roti prata besaq to cicah dengan sardin. Senang. Tak payah nak pikiaq. Dasar pemalas!!!! Air aku akan bawak 3 botoi sebab panas kadang-kadang memang tak cukup.
Post sebelum ni aku ada ceritakan barang apa yang aku bawak rasanya. Air, bekal makan and tisu baby to sebab muka, tangan memang hitam nak mampoih. Boleh tengok gambaq dibawah nanti ya. (Aku bawak bekal nasi putih ngan telur dadar buh kicap ja. Telur dadar dah habih time ni. Heee)
Banyak sangat bebel ni. Mari2. Kembali kepada cerita asal.
Aku berjaya tingal couple hong kong to satu panel kot. Satu panel bersamaan 10 pokok. Kena buat 2 kali means sekali buat atas je buang buah guna tangga, then bawah pulak buang buah. Aku berjaya tingalkan dia satu panel aku dah habis buat satu panel dia baru nk start. Satu line ada dalam 6 atau 7 panel la. Tapi pagi to manager to check line aku, siot je. Aku dah kecut! Sekali dia panggil en.mon. Dia cakap tak clean tak pepasal pagi to aku moody. Buat pun lembab je. Slow nak mampos. Mamat cina dari sabah sebelah aku ni pergi tolong couple hong kong ni. Depa memang laju, kejap je dah nak siap. Aku tinggai satu panel lagi baru nepal ni mai tolong. Lepas to minah couple to buat muka bangga siap dulu. Hello orang tolong 3 panel boleh la. Piiirahhhh!!! Bengang je aku!!!
Orang lain masuk line lain dah start kot. Aku baru je masuk. Aku tak taw la kenapa dengan supervisor aku ni. Perempuan cha ya nun alif. Padahal ada mamat hat hensem2, lelaki, gagah boleh buat pokok ni. Ni dia suh aku perempuan dengan en.mon buat pokok gila babi besaq. Besaq nak mampoih. Dah besaq macam pokok moktan. Buah dia pulak ya rabbi banyak gila!! Aku dah maki2 tengah buat kerja. Siot je. Kengkaum dia suma dia bagi pokok renek2. Aloh2 capai dengan tangan pun boleh kot. Dah la dahan kat bawah tak banyak. Aku punya berselirat nak mampoih. Bengang je aku. Pfffff!!!
Aku buat paling slow and memang tak dak mood langsung. Aku ngan en.mon je melayu, yang lain suma cha ya nun alif. Geng aku suma depa tauk nun jaoh tak taw celah mana. Arghhhh. Boleh gila aku. Dengan lagu tak dak. Dok layan lagu cong ciang cong ciang. Pening aku.
Ada gambaq kat bawah ni. Gambaq ootd aku lah sangat pergi kerja and gambaq budak rumah aku madie. Nak tunjuk contoh tinggi pokok. Ni kira pokok rendah la ni. Pokok yang aku dapat to. 3 kali alih tangga baru siap belah atas. Dengan pendeknya aku ni. Betis aku dah lebam kot sebab tahan kaki kat tangga. Aishhh
Terima kasih sebab sudi baca blog aku dan sesi luahan perasaan. Hahaa. Doakan aku tabah!
Notakecik : kasut besaq dari kaki. Kasut pinjam. Kasut aku dah haukkk!!!
Tuesday 26 November 2013
Suhu menggila!!!
Assalamualaikum.
Masih tak sempat nak post gambaq. Sebab aku memang tak bawak tab pergi farm, aku bawak hengpong 3310 ja. Takot hilang sepasai, takot panaih sangat pon ya. Sebab beg aku bawak letak kat depan row memasing. Kadang-kadang panaih. Kalau redup takpa la. To yang aku tak bawak. Janji this week aku akan publish gambaq sekali k.
Arini dah nak masuk 2 minggu aku kerja. Arghh. Sudah. Tangan aku dah start belang. Aku malas nak beli sarung tangan. Duit lagi. Aku dah runsing. Aku ada stoking yang jari to. Pagi tadi aku dah kekah jadi sarung tangan. Jimat2! Tak payah nak mengada nak beli. Masalah lagi satu sekarang. Topi. Wei. Hangat wei lani. Berasap kepala baq ang.
Arini aku pergi kerja pukui 6.40am. Start macam biasa pukui 7am. Smoko pukui 10am, setengah jam. Then sambung balik. Arghh. Hat time lepaih smoko nak p lunch yang aku letih to. Sebab 3 jam.3 JAM LAGI!!!!!!
Row semalam dah habis, sekarang masuk row baru dan aku dengan en.mon satu group dengan cina. Budak melayu geng aku suma tauk jejaoh. Ada cina malaysia. Tapi haram. Takat dok hai2 ada la. Nak sembang melayu. Bye2. Hahaa
Dua-dua belah aku couple gak. Ni tak boleh jadi ni. Kalau aku buat lambat kalah malu la. Tapi nak habaq ni, cina malaysia memang tersangat lah laju dekat sini, tambah2 yang otai2 to. Letak ja tangga teruih naik laju ja. Pffff. Kalau aku, setting kasik baik dulu. Kang jatuh mampoih. Nasib baik tangga kali ni rendah sikit. Bukan macam tangga yang first aku buat dulu. Hahaa. Aku arini memang buat laju, aku boleh potong suma couple yang lain. Oke la. Selang dalam 10 pokok. Tapi lengun jangan habaq laa..
Aku dah brapa kali cakap kat en.mon tengok jam pukui brapa dah la ni. Tensi je kawan dengan aku. Hahaa. Panaih wei arini. Elok nak sampai lunch ja. Supervisor aku jerit. GOO HOOMEEEE!!!!!
Hai meh??? Aku tanya cina sebelah row aku. "Can go back already meh?". Dia pun dok tanya orang depan sebab aku tengok row sebelah lagi rilek setting tempat nak makan dah. Siap bersila kot. Hahaa.
Ya ya ya. Arini balik awai sebab suhu cecah 34·c. Kalau kat malaysia boleh tahan la. Kat sini, mengelegak otak!!! Manager farm kasi suruh balik. Lega. Aku golek-golek pungung la balik. Tapi sayang pulak, lagi 2 jam je kot. Wawaaa
Dan yang paling tak best manager to cakap td. "Tomorrow 6.30am okay!". Damn!! What??? 6.30am.... pffff. Pagi kat sini memang sejuk menggila aku nak habaq walaupun musim summer. Pagi-pagi kalau pergi keja tengok kat tanah ada ja kot ais. Keraih elok ja. Hahaaa. Mampoih sejuk beku esok!!
Dan sekarang aku dok guling2 hangat dalam balik. Seb bek 2 fungsi heater ni. Sejuk dan panas. Walaupun kena tak muka kat depan dia baru rasa. Hahaha. Syukur wei. Syukur!!!!
Doakan aku boleh continue hidup kat sini. Kalau ada sesapa yang berniat nak keja sini. Boleh email aku. Tapi antara sangup atau tak ja. Aku dah cakap awai2 na. Ni email aku, ajeerahashim@gmail.com. Selamat ber'summer'an. Makin tanned lah aku balik ni. Kalah jLo. Hahaa
Notakecik : aku bawak balik epal muda nak buah nyicoh. Heheeee
Saturday 23 November 2013
Apple tining
Monday 18 November 2013
Perang dapur
Assalamualaikum.
Hari ni nasi goreng je sampai ke malam. Jimat! Sebab en.mon kalau masak berlauk dia suka kuah banyak. Larat pulak nak masak 2 3 4 jenis. Dah la sekarang tengah kering gilos ni. Kalau sardin pulak dia tak reti makan. Dia kata, kalau sardin makan ngan roti oke la. Ni nasi, eeeee.pelik. Bro! Awak yang pelik sebenarnya.**aku dah geleng kepala.
En.mon memang rajin masak. Pantang time makan dia ajak aku g dapur sesiap. Prepared barang masak. Tapi yang potong segala mak nenek aku, tukang basuh segala macam aku. Dia tunggu time masak je. Kengkonon chef la. Haha
Tapi, aku mesti gadoh kalau bab masak ni. Sayur buh dulu kalau goreng. Hoi! Lembik lah sayur to. Aku pejam je mata. Bawang aku potong bahagi 2, ikot mama aku la. Satu tumis satu lagi hiasan. Ini tidak. Campak terus sekali. Aku dah ketap bibir!!
Lepas to mengarah itu dan ini. Dia tak lepas sudip kat jari. Aku bengang je. Basuh pinggan aku mula la bebel sendri. Air sejuk kot, dia lepas guna hulur ke aku. Menyirap je darah ni!!
Cer kalau aku pulak yang masak. Membebel-bebel. Itu salah. Ini salah. Aku ikot style mama aku masak. Biar lah. Hahaha. Boleh tak cengitu? Kang ada yang reject jadi bini kang. Haha
Takpe lah en.mon jangan nanti lepas dah kawen nak pengang periuk belanga pon malas. Ahhh sudah! Time kat oberse bukan main nak masak eh. Hahaa. Tapi kenkadang dia masak oke jugak. Tapi kengkadang segala benda dia masuk. Nasi goreng bubuh kari la, rempah la, sos tiram la. Aku pun pelik nasi apa yang dia buat ni. Haha
Payah jugak kalau lelaki suka masak ni. Kalah chef wan aku cakap. Semua dia nak menang. Sabo je lah.
Arini aku bantai tido dari lepas lunch sampai petang. Maghrib sini pukul 8.05 mlm ea. Lama bebenor. Haha
Notakecik : balik malaysia mungkin aku dah boleh jadi penyayi. Sebab hehari praktis sensorang, bosan punya pasal. Perasan!!! Hahaha
Jimat ke tak?
Assalamualaikum!
**background lagu 150juta. Tolong bayangkan! Sekian
Sekarang pukul 12.53pm. Aku tak masak hari ni sebab makan magie je untuk minggu ni. Hehee
Disebabkan aku duduk 12 orang so, ada yang lone ranger dan ada y grouping. Contohnya aku grouping, makan minum beli sesama. Share la maksudnya. Budget seminggu dalam 30dollar. Tapi kengkadang ada lebih banyak. Yang lone ranger to rileks je aku tengok. Barang pun tak banyak sangat. Janji makan. Cukup la kan. Ini group aku dah masak macam kat Malaysia. Risau aku sebenaqnya. Tapi siapalah aku nak berkata-kata kan.
Telur homebrand sepapan tak sampai seminggu. Share 4 orang. Adakah itu jimat? Atau pun tidak? Ke aku yang tak reti budget lagi nieh.
**lambat siang orang kampung aku cakap.(lmbat nak kawen)
Minggu ni memang kering lansung poket termasuklah jugak fridge dan tempat stock simpanan makanan. Aku sampai tak boleh fikir nak makan apa. Semalam makan nasi dengan bawang goreng kicap. Can u imagine? Dah macam mat bangla aku rasa kat sini. Sadis...
**lap hingus
Payah jugak jadi gegurl ni. Kalau aku lepak je dalam bilik kata aku pemalas. Kalau aku keluar je bilik lelama menyembang en.mon jeling maut dah. Undur kaki balik bilik. Dah la aku sensorang gegurl. En.mon pulak tak nak menyembang. Hoih. Bosang wei bosang. Mu pahang dop?
**maapkan saya ganu saya xbetol.
Sekarang aku tengah wat kira2. Aku nak lone ranger ngan en.mon ke tak, ke nak grouping? Kalau lone ranger sakit jugak sebab en.mon makan tak reti budget lagi. Nasi sehari 3 kali nak makan kalau boleh. Erkkk!!
Sardin pulak dia tak reti makan. Kalau makan nak berkuah. Kalau berkuah tak makan. Hoih!!! Jangan cerewet boleh tak.
Serba salah aku, takpa lah tengok nanti macamna. Sekarang p tengok bawang ada ka tak. Dah la cili mahai nak mampoih. Sos cili pun hat cicah keropok ja yang juai. Depa ni tak reti makan pedaih ka. Pening aku aih.
Sebenaqnya grouping ni jimat ke lone ranger ni jimat?
Notakecik : boleh mental tak kalau cakap sensorang?
Wednesday 13 November 2013
Bukan senang nak jadi senang!
Assalamualaikum,
Ewah, tengok tajuk pun dah seram. Over nyah!
Blog aku memang aku kekadang aku tak suplly maklumat yang detail. Example, gambaq tempat ke, gambaq tiket, map atau yang lain. Sebab aku hapdate melalui tab. Nak masuk gambaq ikut susunan pun bersepah-sepah. Tension je aku rasa. Haha. Aku minta maaf. Mana yang aku mampu masukkan. Aku selit k.
Ikut plan aku kat Malaysia la. Beli tiket, fly, samapi sini cari keje. Nampak memang senang word "CARI KERJA" to. Tapi, ha.... ada tapi ok. Bila dah sampai sini baru kau tahu suasana dia. Baru kau tahu live kat sini macamna. Baru kau tahu kekadang mat salleh disesetengah kawasan tak suka senyum, tegur, apatah lagi nak bagi kau keje.
Macam plan aku, jadi nanny pun ok la. Kalau tak dak kerja lagi. Diorang punya detail kot nak ambik pekerja. Kalau kau xde TFL, jangan harap la diorang nak kasi. Kalau kasi pun kalau dia memang nak ambik orang yang illegal. Sebab illegal ni gaji dia murah berbanding yang ada TFL.
Aku dah apply dalam Gumtree semua. Kalau ada rezeki. Ada la kan.
**Gumtree to ala Mudah la kat Malaysia.
Dekat sebulan aku dah ada dekat Australia ni. Masa aku kat Sydney, Melbourne memang dia punya people peramah, senyum, mudah mesra dan kalau kau nak minta tolong pun agak senang la. Berbeza pulak di luar dari Melbourne and Sydney. Kau nak senyum pun scary. Muka diorang masam sokmo. Senyum jangan cakap la. Aku senyum macam senyum kat tiang. Pfff..... mostly apa yang aku rasa ni memang dari pengalaman aku la. Sebab maybe diorang dah mula rasa tak secure dengan keadaan kawasan diorang sebab ni bukan kawasan pelancongan. Maybe!
Aku sekarang under contractor Bella, india dari Malaysia. Muda lagi, around 30 something la. Memang ramai budak under dia. Rumah aku 12, satu rumah lagi 15, lagi satu 8, lagi satu 10. Dan tak silap aku ada lagi. Bella dia dapat ladang paling besar sekali untuk kali ni. Thats way dia perlukan ramai pekerja. Kalau keluar je rumah pergi kedai akan nampak muka taiwan, vietnam, kemboja, hong kong, indonesia dan ya, akgir sekali, MALAYSIA!! Hahaa. Kerja insyaAlah akan berpanjangan sampai ke bulan april. Tak silap aku, ada apple, pear, tomato dan lain.
Tapi disebabkan musim hujan terpaksa la hold. Aku tak pernah lagi kerja ladang ni. Doakan aku. Panas boleh tahan otai-otai ni cakap, sejuk yang paling tak tahan. Nak buat kerja pun gigil, buah beku kot. Aku yang nak tidoq ni pun pakai 3 lapis baju, 3 lapis sluaq, 3 lapis stoking. Sejuk kot. Memang sejuk.
Bila orang cakap, alah senang je nak cari kerja. Pergi umah orang cakap kau boleh service kemas umah semua. Nyah! Maunye tetibe die report immegresen kna tangkap. Free je aku fly Malaysia. Sebab aku HOLIDAY VISA memang tak dibenarkan bekerja. Itu masalah dia. Cakap memang senang. Nak hidup senang to yang bukan senang.
Its oke. This is what we call learning process and gain an experience. The best teacher is experience. Aku akan buat yang terbaik. Nak lari balik? Aku dah sampai sini. Alang-alang baik aku teruskan je. Orang boleh buat, kenapa aku tak boleh kan.
Usaha+redha+tawakal. Amin. InsyaAllah
Notakaki : kat sini banyak ujian!
Tuesday 12 November 2013
DFO (DIRECT FATORY OUTLET)
Assalamualaikum,
Kali ni aku hapdate tentang tempat yang aku rasa korang boleh pergi nanti TERUTAMANYA yang KAKI SHOPPING a.k.a SHOPPAHOLLIC. Tempat yang aku maksudkan ni di South Wharf. Shopping complex ni nama dia DFO DIRECT FACTORY OUTLET. Segala mak nenek cucu anak sedara semua ada jual kat sini. Aku yang gila mai sini. Semua murah weh. MOHON JANGAN CONVERT KEPADA RM.
Ada satu tempat dari town korang boleh pergi naik tram atau bus. Bus korang boleh beli Myki dan boleh turun di Montague St route 253. Kalau naik Free City Circle Tram route Number 35 dan turun di Missionto Seafares dan DFO seberang Yarra River.
Aku dari Flinders Street jalan kaki ke DFO. Ini pun si anip(hans, nama glamer katanya) yang ajak pergi sana. Bole bayangkan berapa jauh aku jalan. Macam nak tercabut kaki. Untuk yang berjalan kaki memang sakit sikit tapi jimat to banyak la.
Untuk yang nak shopping baju, kasut, baju a.k.a satu badan semua ada kat sini. Aku tgk Adidas around 30 - 150 dollar. Around to je harga dia. Memang murah, aku rambang mata sebenaqnya. Tapi TERPAKSA tutup hijab shopping KEJAP. Hahaa
Sepanjang perjalan kalau jalan kaki, aku jalan dari Flinders Street aku seberang Yarra River akan nampak Southbank then akan nampak Crown Entertaiment Complex, Melbourne Convention and Exhibition Center(MCEC). Aku tak sempat nak masuk MCEC sebab memang tak dak orang. DFO memang sebelah dengan MCEC, dari jauh dah boleh nampak dh.
Seronok jugak berjalan kekadang, segala mak nenek ko nampak. Tapi kena tahan kaki la. Peluh to tak sangat sebab sehjuk weh.
Kalau nak beli barang tunang ke, hadiah ke, nak bawak balik buah tangan boleh la nak beli kat sini. Kalau nak tengok map nanti boleh ambik di airport ada, ACMI pun ada. Nanti aku story to pulak k. Sekarang time masak. Sekian.
Notakaki : 1$ = RM3.20 atau lebih kurang.