Assalamualaikum,
Mata kuyu, mulut menguap!
Aku sekarang straight keja non stop. Dua minggu straight. Terguling-guling kau. Bengkak kat betis pun tak surut lagi. Malas nk sapu bam pun ea. Hahaa
Disebabkan aku berjemur je tongah panaih. So, aku kena la jaga kulitkan. Aku dah la sememangya tanned. Kang lagi overdos tanned. Tak mampu aku wei. Udah-udah ler zaman kecik je yang over tanned. Kang nak kahwin kang jadi dayang senandung. Tak sangup hoi, tak sangup!
Disebabkan tak sangup nak jadi dayang senandung, sebab kulit aku dah ada 3 fasa kegelapan. Serius! Aku tak tipu wei. So aku pun suruh la en.mon beli banana boat krim daripada haritu lagi kot. Tapi dia kata tak payah, membazir je. Bukan boleh putih pun. Cek, ni bukan pasai putih nipasai terbakaq kulit cek oii.
Macam aku, aku pakai tudung so aku just ttp muka dengan kain then pakai spek besau. Dia pulak pakai serkup muka to kan, alah yang nampak mata je to macam perompak selalu pakai to. (Over imagination!)
Sekali terbakar kat area mata, lelaju pergi beli kau. Baru sedaq pedih perit ea kulit terbakaq. Hahaa. Tapi en.mon beli bukan banana boat to la. Dia pergi beli jenama lain. Aku balun je la, janji muka aku elok. Ni seram sangat dah aku tengok.
Almaklumlah, kat sini cancer kulit menjadi-jadi. Thats why kulit mat salleh ni berbintik-bintik. Kalau datang sini, mostly klinik kat sini yang banyak ialah skin pharmacy or skin clinic. Serius kulit diorang tersangat lah berbintat.
Selain aku bawak sunscreen, aku bawak baby oil jugak sebab kengkadang bibir dan kulit tangan aku kering. So aku akan sapu pagi sekali then lepas lunch sekali. Bila kering sangat nanti pedih lepas tu mengelupas. Sakit wei..
Aku memang akan bawak spek hitam ni. Actually ni spek arwah abah aku. Before aku datang sini, aku bukak lemari geledah balik cari spek abah. Hahaa. Sebab kengkadang aku dapat yang bertentang matahari. Mak aii silau kau nak menghadap matahari sambil nak cari buah. Hahaa. Benda ni penting. Ya ya ya!
Last sekali aku bawak bam cap rimau ni. Sebab aku punya betis dah bengkak. Lagi satu aku cepat sakit belakang atau sakit pingang. Over! Dah macam orang tua kan. Muda-muda dah sakit pingang. Acano ni? Hurmm
Cream vitamin e ni aku bawak jugak. Tapi jarang guna. Tapi sebab nama pun perempuankan. Segala benda dia usung. Melampau!
Buat sementara ni. Itu je la yang aku akan bawak kalau pergi farm sebab nama pun perempuan. Ada ja yang tak kena. Kenapa ntah. Perempuan ja yang akan memahami aku rasa. Hahaa
Nanti aku update lain oke. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca. Blog aku ni hidup segan mati tak mahu je. Sadis.. terima kasih!
Notakecik : sebelah ladang aku to rupanya ladang lembu. Tapi kenapa lembu semua warna hitam? Hurmm
No comments:
Post a Comment