Wednesday 29 April 2015

HAI MALAYSIA! BYE AUSSIE!

Assalamualaikum!

Hai Malaysia. Bye Australia. Ehhhhh! Sarcastic sangat! Hahahaa

Alhamdulillah sekarang tengah kira hari je lah ni. Doakan lah aku selamat sampai selamat jejak kaki di tanah Malaysia. Dah lama tak merasa panas ni weh. Aishhh! Aku risau balik Malaysia panas tak tahan. Ececeeee. Macam nak kena lempang je aku ni kan. Ala main-main je lah. Jangan ingat aku ni bebetul pulak. Heheee

Harini last day aku dekat packing shed. Sedih rasa pulak bila nanti tak boleh nak dengar bunyi bising2 machine. Dah tak boleh bau tomato yang busuk nak mampus tu. Nanti tak merasa smoko dengan lunch. Tak merasa lah sejuk2 geding dekat shed pepagi pukul 4.00 am. Aaaaaaaa. Banyak benda yang aku akan rindu nanti. Banyak benda yang aku akan ingat dan mungkin banyak benda yang aku nak buat balik atau datang balik. Heheee

Nothing imposibble! 😁😁

So sepatutnya harini aku kena kemas2 semua barang dah ni. Tapi tak mampu jugak nak kemas lagi sebab aku baru je balik dari caravan sam dengan voa. Diorang masak untuk aku sebab aku dah nak balik. Ahhhhh. Mesti aku rindu gila masakan voa nanti sebab dia masak sedap oiii. Memang rasa pure Thailand lah kira-kiranya. Nanti tak dak siapa dah nak jerit "ajeelah oiiiiiii, finishhhh!!!" Hahahaa

Haihhhh! Tiap kali tengok bag nak kemas sepatutnya seronok. Tapi aku tengok bag sedih pulak sebab rasa sayang nak tinggal Australia. Aku rindu spring, autumn and winter except summer. Bahahaa. One thing yang aku mesti rindu sistem gaji dia. Every wednesday tutup buku, then jumaat dah dapat gaji. Every week you get your salary then can shopping and saving. Mesti aku tak terbiasa dengan sistem gaji nanti.

Balik malaysia nanti tengok lah apa yang nak aku buat. Aku pun tak plan apa oun lagi. Banyak lagi yang aku tak planning. Tapi yang pasti balik nanti aku mesti nak makan bihun sup itik dekat kemunting tu. ohhhsem babe!!!

I will missed Australia. See you another 3 years bebeh!

Nanti aku update lagi eh!

Xoxo
Tak eksaited nak balik. Hahaa


Wednesday 15 April 2015

SEMBANG KOSONG!

Assalamualaikum.

Disebabkan aku cuti harini so sesi lepaking bermula lah dengan En. mon untuk sesi free wifi. Biasalah aku man suka bab free wifi ni. Tapi tu lah kengkadang laju kengkadang lembab macam shifuuuddd. Sabar je lah. Nak update blog pun berzaman. Sebab lembab sesangat aku update guna ipong je lah. Aku nak update gambar hoiihhh!!!

Sekarang minggu ni musim hujan pulak. Minggu ni hujan 3 hari. Ada yang just drizzle ada yang selebat lebat alam. Harini a bit cloudy and windy but not to cold. Just nice weather. Sebab cuti mood nak masak pun malas. Aku keluar pun tak mandi. Bahaha!!! Kantoi lah pecah rahsia aku.

Semalam saja sembang2 dengan jack mat salleh tukang driver truck dekat shed. Aku tanya dia berapa hari lagi picking tomato? Dia cakap paling lama lagi 15 hari. Paling cepat 10 hari je dah habis. Wohoiiii! Lagi cepat tahun ni bhaiii. Kira ngam2 lah aku beli tiket balik. Eh! Hahahaa

Tahun ni tak berapa panjang macam last season. Buah pun tak berapa banyak. Machine pun sokmo rosak. Bos aku ni tukar kepala (big machine) tapi body tua tak tukar dah lama. Hahaha. Ladang tengah packing buah bercampaur color lah. Bercampur size lah. Hari2 pulak budak baru tukar2 orang je. Feening aku nak ajar sensorang. Boleh size small dia campur dengan size large. Ni lagi nak bunuh aku. T_________T

Tapicukup lah dua tahun tapi kalau ada peluang aku nak datang balik. Tapi tu lah kalau ada rezeki lah dan tak kena banned. Kalau tak duduk la kat Malaysia dulu eh. Tapi sekarang betul ke Malaysia panas sangat? Ni yang lemah ni. Dah lama tak berpanas ada yang keluar peluh jantan aku balik kang. Hahahaa

Balik ni apa plan aku pun tak sure. Macam nak sambung study. Macam nak kerja sendiri. Macam nak travel sensorang. Macam2 lah ada dalam kepala aku ni. Nak buat apa eh balik nanti??

Duit untuk travel tu ada lah sikit. Itu yang fikir tu nak pergi ke tak. Ke nak bawak family aku jalan2. Itu pun best jugak tu. At least happy sikit hati mak aku ni. Tak dak lah kena bebelab panjang lagi. Ngeeee~

Tak pun aku tanam tomato jugak balik ni. Haaa. Bos aku siap nak bagi biji benih pulak. Jenuh aku fikir lepas ke nak bawak balik? Kang lagi kena sangkut tak pepasal je. Tapi plan nak tanam tu memang kuat dah. Pengalaman dah ada. Size buah color semua aku dah faham. Cuma bab cuaca je aku tak faham lagi. Yang aku faham tomato tak boleh hujan dan terlalu panasssss. Okay. Nanti fikir.

Update pun dah habis sekarang aku nak balik. Dua jam dah duduk dekat sini. Jumpa lagi

Terima kasih sudibaca. Esok aku update lagi. Banyak cerita ni. Hehee

Xoxo
Iced chocolate lover!

Notakecik : kalau nak travel free ada cara?

Thursday 9 April 2015

SEMBANG KAK BEDAH - SHORT UPDATE




Assalamualaikum!

Lamanya kak bedah menghilang. Aku nak update pun tak sempat. Satu tak sempat satu lagi data pun dah nazak nak habis. Nak update memang tak mampu lah. Ini pun aku lepak minum dekat Gloria Jeans sebab nak update punya pasal tau. Haih rindu weh nak update sebenarnya. Dekat dua bulan tak update rasa macam rindu nak taip nak celoteh. Itu yang sanggup aku datang lepak kat sini. 

Nah aku belanja seketui!






Nampak tak kak bedah sekarang dah modern sikit sekarang. Wah over nau kak bedah sekarang eh! aku sekarang memang cari tempat yang ada wifi je. Tacing nau bila tak dak internet ni. Haih!

Kerja sekarang alhamdulillah so far so good still have a busy week. Eventhough not one week full only 4 or 5 days per week but its still alright. As long as there is a job there is nothing to worry about. Eh! Teromputih pulak. Bahahaaa. Matiklah kalau ada yang bahan kata aku tak sedaq diri ni. Amboi baru dua ayat taip omputih bukan semua omputih. Lek la bro. 

Bila dah masuk april ni biasalah dah masuk autumn sejuk2 dia dah mai dah. Duduk rumah pun memang pakai stoking la. Sweater pun aku dah start pakai bila kat rumah. Ni kan pulak pepagi keja pukul 4 mengigil aku nak bangun weh.

Tak lama lagi dah nak masuk winter lagi lah sejuk nak mampus. Tapi time winter aku mungkin duduk kat malaysia dah. Eh! InsyaAllah. Kalau panjang umur ada la tu dekat Malaysia. 

Dengar dengar macam hal jadi kat malaysia. Aku nanti lah balik malaysia fikir apa nak jadi ke. Apa nak buat ke. Kang fikir sekarang ada jugak yang botak kepala kang. Aku cuma risau nanti balik malaysia aku mesti macam terkejut dan tak terbiasa dengan sistem gaji balik. Hoiii dekat sini per week dapat gaji woii. Kat malaysia sebulan sekali. Omaigad!! I really get used with all this in australia. Sini seminggu sekali boleh shopping kot. Malaysia sebulan sekali? Wawaaaaaaa

Itulah orang cakap bila dah merantau jauh ni lagi banyak yang kita merasa dan lagi banyak yang kita dapat tengok dapat buat. Kadang2 kita sendiri pun tak sedar yang banyak benda lain dari benda yang kita biasa buat which is good. 

Aku dulu tersangat lah think in the box not outside the box. When im struggling alone here. Climb from the bottom to the top. Get rid all this bad things in my head. Then i realized something. When you were here you will know what it is. Not only in australia. If you were out of your comfort zone then you will feel it.

Wah terpanjang pulak ingat nak taip pendek je. Hehee

Itu je lah cerita kak bedah yang sekangkang kera ni. Nanti ada je wifi kak bedah update lagi okay. Thank you sudi baca. Nanti baca lagi. Eh! Hahaa

Xoxo
Kak bedah ostrolia.