Monday 30 June 2014

PRUNNING - GRAPES

Assalamualaikum!

Lama  pulak tak update. Bawak diri katanya sekarang. Hahahah

Aku dah mula kerja start dari hari rabu haritu. Tapi sebab rumah aku ada 4 orang then including asri and wife dia. Total semua 6 orang. Semua kena gilir2 cuti. Seorang mesti ada cuti sehari. Aku start cuti dulu, means hari rabu la first day. Then continue dengan yang lain.

Sekarang aku buat prunning anggur, tapi bukan dengan richard. Tapi orang lain la.Dekat Cobram. Means 1 jam 30 minit perjalanan. Aku dalam kereta macam biasa. membuta! hahaha


So, pergi la beli gunting untuk prunning. Dia kena ada 2 gunting. Satu kecik dan satu besar. Yang besar untuk dahan besar dan yang kecik untuk ranting2 la.



Warehouse terbesar!



Ni antara contoh gunting yang kena beli. Ini yang kecik punya.



kerja kena pakai sarung tangan ya!


Mesti nak tahu macam mna sebenarnya prunning ni kan?

Prunning ni kita kena gunting atau potong dahan2 untuk bagi tumbuh dahan baru masa spring nanti. Tapi sebelum nak prunning kena tunggu semua daun luruh habis. Itu yang lama nak tunggu tu. Kadang2 kena tunggu seminggu atau sebulan. tssssskkkkk!

Selalunya prunning belah atas akan diberi contract. Satu pokok dalam $0.35 cent. Dan kadang2 ada jugak yang diberi hourly. Ada yang hourly sejam $13 atau $14. Ikut farm la. Sekarang yang aku pergi ni jauh dan buang masa dekat perjalanan pergi balik la.

Kalau buat belah bawah kena mecangkung atau jalan itik. Bontot jangan ada hati nak bagi cecah tanah ea. Tapi kalau bos tak dak, aku duduk je. Macam biasa, cover2 lah sikit kan. heee. Macam kitaorang buat belah bawah, so dapat la hourly. Sebab bawah takes time sikit nak buat dan tersangatlah sakit. Dia punya kejang. Fuhhhhh!!! Dari bontot sampai ke tumit. Lepas tu muscle sure cun punya dekat tangan sebab kau main gunting je. =________="

Lepas ni badan macam athlete la. hahaa

Macam gambar yang first ni. Nampak berselirat nak mampus kan? Belah atas ni la kena prunning. Ini blok lain. Blok yang aku kena buat ni blok yang dah prunning atas. Tinggal bawah je. Kalau belah atas, potong ranting2 dan dahan2 yang berselirat tu. Bagi bersih bahagian atas dia. Nampak je ranting potong je. Janji kemas. Tapi jangan la potong sampai hilang semua dahan. Agak2 la. haha




sebelum prunning.



Ni pulak lepas prunning gambar dekat bawah ni. Lepas buang semua dahan2 dan ranting2 baru nampak bersih, ini la prunning belah atas. Sebab dan bagi tumbuh dahan2 dan ranting yang baru.

Dan kat bawah tu pulak buang semua ranting2 yang tumbuh dekat tanah. Sebab bila ada ranting yang tumbuh dekat tanah, nanti berselirat dan dia akan paut dekat paip tengah2 tu. Nampak tak paip yang memanjang tu?

Then clearkan kawasan tu. Jangan bagi berselerak sangat. Kiranya bersihkan lah. Kalau ada ranting dekat bahagian tengah2 pun kasi potong je. Sebab nak bagi berbuah belah atas je. heee





Selepas prunning



contoh pekerja tengah prunning. bahahaa ^.^



Disebabkan hourly, smoko pukul 10am, lunch pukul 12.30pm dan last smoko pukul 3.30pm.
Mula kerja pukul 7.30am sampai 4.30pm.

Kalau time makan laju je semua mencicit lari nak pergi makan. Ada amoi ni siap bawak dapur gas kecik tu dalam kereta sebab nak makan panas2. woooo!!

Aku bawak roti telur je kot. Hahahaa




ini time smoko. Kebulur makan. 



Ni geng lelaki. Masa ni wife asri cuti. So aku la sorang perempuan.

Mesti tertanya2 kan. Tak solat zohor dengan asar ke?

Aku solat okay dekat farm. Terpulang la. Bagi aku kat mana2 pun tak pa. Janji boleh solat. Nampak ruang tepi kereta tu?

Situ la tempat aku solat. Bawak tikar, bawak satu botol 2 litter punya air ambik air sembahyang. :)





nampak tak bekalan dalam kereta? penuh uolls!



Ini pulak blok baru untuk anak pokok. 



Farm yang aku buat ni besar nak mampos. Aku pun boleh sesat.



Shed dekat farm!



Yang pakai sweater biru merah belakang aku ni apit, kawan En. Mon dari kecik. Then yang belakang sekali tu pejal. Pun kawan En. Mon. Ni semua geng 18 dia. Then yang pakai spek tu asri dan yang sihat ni En.Mon. heeee




Do yo saw the Kangaroo?


Dekat sini banyak gila kangaroo. Aku tak tipu. Masa tengah buat kerja kan, tetiba dia datang lari2 main kat belakang. Tak pun dia makan daun2. Banyak wei. Yang kecik ada, yang besar pun ada. Kalau yang besar, berdiri sama tinggi dengan pejal kot. Fuuhhhh!!

Aku rasa macam nak bawak balik sekor je. hahaa

Okay la. Banyak sebenarnya aku nak cerita. Tapi tak sempat nak update. Malas! :)

Nanti aku update lagi.

Terima kasih sudi baca.

xoxo
ladymonster

notakecik : RALAT : INI MASA SEBELUM PUASA. HARI RABU SAMPAI HARI SABTU. Hari ahad cuti sebab first puasa. Sebab contractor aku tu orang turki dan islam. Selamat menyambut bulan puasa!

Saturday 28 June 2014

SEMBANG KAK BEDAH - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

Assalamualaikum!

Selamat menyambut ramadhan. Bertemu lagi dengan ramdhan kali ni. Harap banyak yang boleh diperbaiki. Dan banyak yang boleh dimulakan kembali. InsyaAllah.

Kak bedah mohon maaf kalau ada tersalah kata, tertulis dalam blog. Tercaruts, termaki, terkutuks. kak bedah minta maaf.

Kali ni berpuasa di perantauan. Takdak lah rasa perantau sangat. Tapi budak rumah kak bedah ni, baru first puasa dah pasang lagu raya. Damn! Haaha

Esok cuti, kak bedah update lagi ea. InsyaAllah.

Teruma kasih sudi baca.

Xoxo
kak bedah

Tuesday 17 June 2014

GOOGLE - MASAK - MAKAN

Assalamualaikum!

Lamanya kak bedah menghilang. Bukan malas. Kak bedah demam, sesema, batuk. Maybe sebab dah masuk musim sejuk kot. Kadang2 cuaca kejap panas, kejap sejuk ketui ais. Dah 3 hari demam tak kebah2. Nasib baik tak kerja lagi.

Sepatutnya aku kerja hari ni, tapi richard nak 3 orang je. Umah aku pulak ada 4 orang. Takpe lah, suruh, pejal, apit dengan En.Mon pergi dulu. Lagipun apit dengan pejal baru je sampai. Macam aku dulu jugak, datang tak dak keje. Lepas tu baru ada keje. Tolong apa yang aku mampu lah. Duit makan rumah pun aku dengan En.Mon dahulukan. Nanti dah stabil baru bayar.

Sebab aku duduk rumah je, so gatal tangan nak masuk dapur masak apa yang ada. Heee

Aku jenis kalau bosan2 mula lah nak masak. Aku suka western sikit. En.Mon tak suka sangat. Dia kata tak kenyang. Hahhaa. Perut boya dia ni. Ngeeee ^_______^

Semalam aku layan insta lepas tu nampak benda alah ni. Terus macam. Woww. Sedapnya. Tunjuk dekat En.Mon, terus ajak keluar beli barang. Pukul 11 malam okay. Pukul 12 malam makan. Mau tak gemuk aku. Hahah. Kengkonon nak buat macam ni. Tapi kenapa jadi lain ntah. Sebab bubuh chess overdos kot. Hahha



Diorang punya telur kuning sebijik, aku punya je hancur. Hee




Ni la rupa dia. Haha lain bebenor. 


Cara buat dia, macam kat atas. Senang je. Cuma jangan potong dalam sangat masa nak buat 4 segi tu. Nanti bocor tak sedap. Aku bubuh garam dengan black pepper sikit bagi rasa. Lepas tu letak sos sweet sour kat atas masa nak makan. Pergh!! Terangkat beb!

Lepas tu ini last week punya kot. Aku tak ingat pulak. Teringin nak makan western. Tapi sesi campak apa yang ada dalam fridge. Haha




Sedap uolls. Aku tak tipu.



Carrot, brocolli rebus bagi empuk sikit. Jangan lama sangat. Perap dada ayam dengan black pepper, sos tiram, serbuk kunyit dan kari sikit. Letak garam, gula then perah lemon sikit.

Bakar around 30minit jangan letak brocolli dengan carrot lagi. Lagi 10minit baru masukkan. Kalau ada lebihan perapan tadi gaul carrot dengan brocolli. Siap!

Makan panas2 dengan sos. Kalau ada mashed potato lagi umphhh!!!

Last 2 weeks aku keje makan moi(bahasa utara) atau bubur nasi. Tak kisah la berlauk atau campur semua. Janji moi. Mungkin aku selalu tengok ah hoong bawak moi kot. Tu yang jadi macam teringin gila. Heee




Aku lebih prefer macam ni. Moi berlauk. Sedap!



Moi aku suka yang jenis lembik berair, En.Mon suka pekat. Bergaduh je keje aku dengan dia ni. Grrrr

Lauk dia pulak, mince meat, brocolli, carrot, kobis. Bawang merah, bawang putih goreng, masuk mince meat, letak oyster sauce then tomato sause sikit, masuk sayur, garam. Tadaaaa. Siap. Sedapnya. Macam nak masak lagi je rasa. Haha




Ramen versi melayu. Haha


Ini aku rasa last 2 weeks jugak. Masa ni tetiba teringin nak makan ramen. So, potong kobis, carrot, cili padi sikit, brocolli. Rebus semua sekali. Aku masak style koboi je. Janji sedap. Heee. Lepas tu aku tambah sikit black pepper.

Berapi mulut2 kena dengan cili padi. Hilang terus rasa ramen. Hahaa. Eh, aku letak mince meat sikit. Itu yang selera makn tu. Kena pulak time ni hujan. Meleleh air liur weiii. Jap lagi nak pergi cari ramen lah. Hee



Sedapnya lahai.



Ini lama punya ni. Aku tak ingat bila. Aku layan insta then tengok benda ni. Sedapnya. Terus rasa nak buat. Tapi rupa dia macam biasa lah. Huduh! Tapi sedap uolls. Jangan nak kutuk2. Hahaa





See, lain kan rupa dia. Janji sedap. Haha



Aku suka apple pie, tapi aku suka yang hancur2. So, yang ni memang sedap aku buat. First buat dan yeay. Sedap macam apple pie Mcd. Perasan sangat! Hahaha

Resepi dia?

Apple merah potong dadu, 3 biji pun dah banyak dah. Lepas tu rebus sampai dia lembik, tambah air kalau dia tak lembik lagi. Dah lembik sikit, korang masukan gula dengan serbuk kayu manis, kalau tak dak letak je kayu manis sebatang. Kacau sampai dia serasi.

Macam aku suka yang hancur2, so aku lenyek lagi sampai dia betul2 hancur. Kan ada yang untuk mashed potato. Aku bantai je. Janji sedap.

Untuk doh ni, aku bantai sebab tak dak yeast. Hahaa

Tepung, telur sebijik, garam, air suam. Uli then jadikan leper. Time nak buat panjang2 ni aku hentam. Itu yang herot petot tu. Takpa. Nanti aku cuba lagi. Heee

Tu je untuk kali ni. Harini masak sardin je. Kena jimat balik. Hahaa

Nanti aku update lagi eh. Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : nak minta mama pos rencah2 la. Sini aku cari tak jumpa. =,=

Friday 13 June 2014

KE MELBOURNE!

Assalamualaikum.

InsyaAllah kalau rezeki aku, isnin ni aku start pruning anggur. Tapi jauh jugak. Dekat bernalla sana. Dalam 1jam 45minit. Aku malas nak pindah2. Pening kepala nak angkut2 barang.

Sekarang budak rumah aku dah tinggal 4 orang. Yang lain ada yang pergi swanhill, balik Malaysia dan pergi tempat lain. Tapi next week lagi 2 orang datang dari Malaysia. Kawan En. Mon jugak. Mati lah riuh rumah bedah oiii.

Last week aku ke Melbourne. Sebab dah bosan sangat duduk rumah. So kita jenjalan ke Melbourne uolls. Gituu..

Ikut hati nak shopping banyak benda. Nasib baik aku ni penyabar. Sikit lah. Hahaa. Banyak nau sale. Sebab nak clearance masuk stock baru. Bertabahlah untuk bulan 12 nanti uolls. Hahaa

Aku bertolak dalam pukul 8.30am sampai sana dalam pukul 11.15 lah. So google ke Nelayan. Haritu member aku bawak pergi makan norsiah. Bagi aku tak sedap. Melayu punya kedai, tapi tawar gila. Aku tak rasa pedas, tak rasa masin.

Bagi aku Nelayan sedap gila. Masin, manis, pedas semua cukup. Tapi ini indonesian punya kedai. Macam masakan minang sikit. Sedap uolls. Aku tak tipu. Murah la jugak. 3 lauk $9 tak silap aku.

Korang cari signboard nelayan eh.




Senang jugak nak cari jalan ke sini. Sebab dia tengah2 town. Jalau norsiah dia jauh lah sikit dari town.

Ni alamat dia. Pepandai lah korang google. Hee

265 swanston st, Melbourne.


Ni kat dalam kedai makan. Bagi aku sangat selesa. Kalau lunch hour agak pack.




Lepas makan terus ke Melbourne Central. Tak jauh pun dari Nelayan ni. Sebab dia satu jalan dengan swanston street. So, no worries.

Kat sini segala outlet ada. Korang tak payah nak risau. Dari baju, jam, handbag, candy, food semua ada. Agak besar, sebab dia ada 2 bangunan berdepan. Satu block untuk agak branded punya kedai. Satu lagi macam local punya la. Not to branded. Tapi still okay. Best!

Then kat dalam tu ada shopping complex lagi, Myer. Cari je dalam tu, nanti dia tembus ke belah lagi satu. Tak silap aku setiap tingkat ada. Besar. Dan macam2 ada jual. Ketaq aku tengok. Haha

Then aku pergi survey fossil. I is like. Heee





































Then aku pergi pulak pusing2 tengok kasut. Amboi. Semua sale.









Ni semua sale gilo babas kot





Semua new design



Habuan aku lepas aku pergi DFO,  direct factory outlet. Situ aku terembat sweater converse satu. Eh. Lupa aku beli baju dekat uniqlo sehelai dekat melbourne cemtral. Aku beli baju heat teach. Sekarang kan sejuk. Kengkononya. Tapi sedap pakai.














Then ini dah pos ke malaysia. InsyaAllah nanti sampai la tu. Heee









Terima kasih sudi baca. Nanti aku update lagi k

Till then

Xoxo
Ladymonster

Wednesday 11 June 2014

BARANG2 PENTING

Assalamualaikum.

Harini aku satu rumah berebut2 toilet. Ni semua salah cili kering!!
Kengkononya nak makan sambal pedas2 la kan. So pergi lah ke asian shop beli cili kering 2 bungkus. 2 bungkus okay. Satu bungkus $3.50. Melampau sangat. Nasib baik sebab teringin. Hahha

Pejal yang blend. Aku malas nak masuk campur. Sekali masak ya tuhan pedasnya. Baru letak dekat mulut dah rasa panas dia. Pedas sesungguh. So, dari malam tadi gilir2 lah pergi toilet. Rasakan penangan dia! Nak sangat pedas. Haha

Eh! Melalut banyak pulak. Aku nak cerita lain hari ni sebenarnya.

Harini aku nak cerita barang apa yang korang perlu bawak. Untuk orang yang cheapskate macam aku ni biasalah memang aku bawak travel bag je. Jimat dah tu. Dan aku memang tak ambik insuran flight pun haritu. Korang jangan macam aku. Tak bagus. Heheee

Aku suggestkan korang bawak stok makanan banyak2. Nanti korang dah jimat duit makan. Sebab masa mula2 datang memang kena jimat sikit lah.

__________________________________________________________________________

Makanan

Macam biasalah. Benda wajib yang korang kena bawak Maggie. Korang bawak lah banyak pun takpe sebab nanti jimat sikit. Bawak lah sorang 4 ke 5 bungkus besar tu.

Korang bawak lah sardin ke, tuna chunk ke. Yang ready made punya. Senang sikit nanti kot2 malas nak masak ke.

Bawak lah serunding ke, keropok kering ke. Tapi serunding tu beli yang kedap udara la. Jangan bawak yang korang pack sendiri. Kadang2 immi sini merapu jugak.

Biskut. Bawaklah segala jenis pun takpa, oreo, tiger, biskut kering. Kang nak kudap2 nak kena beli, kena keluar duit lagi. So situ dah jimat banyak dah.

3 in 1 ke, oat apa ke. Bawak lah. Janji ada spare nak makan kan. Jadi bab makanan korang tak payah la nak risau sangat nanti. Heee

Kalau beras semua tu tak payah la. Beli sini je lah. Melampau beras pun nak bawak. Hahaa

__________________________________________________________________________

Pakaian

Kalau macam aku sekarang bulan 6 dah masuk sejuk, bawak lah sweater dengan seluar panjang. Plus stoking. Nanti tak payah nak beli lagi. Bawak lah stoking 4 pasang pun. Sebab boleh pakai kat rumah dengan pergi kerja.

Korang bawak baju nak jalan 2 sepasang, habuan nak rembat buat kerja sehelai 2 dengan untuk duduk rumah sikit. Tapi baju keje beli sini pun takpa. Sehelai baju $6 pun dapat kat sini.

Kasut korang bawak untuk jalan dah la. Kasut kerja sport shoes beli sini je la. Tapi kalau beg korang tak lebih muatan lagi sumbat la sport shoes bodo2 nak pakai pergi keje, jangan bedal nike lah, adidas lah. Mahai tu. Nanti dah ada duit sikit, beli safety boots dekat sini untuk kerja. Pelan2 la kan.

Kalau lelaki ada bawak je topi satu buat spare sebab panas nanti kena pakai topi.

__________________________________________________________________________

Medicine

Kalau korang ada lelah ke, bawak lah ubat ea. Bawak lah panadol, koyok, tiger balm ke. Jangan bawak minyak angin akar kayu yang kampung tu. Kang kena tahan pulak.

Losyen, lipbalm sebab nanti bibir sure kering gila.

__________________________________________________________________________

Gadget

Bawak lah laptop. Penuhkan hard disk anda dengan movie ea, sebab nanti kalau bosan ada jugaj benda nak layan.

Mp3 kalau ada layankan je. Penuhkan. Sebab nanti bosan jugak buat kerja tak dak lagu. Heee

__________________________________________________________________________

Card bank

Make sure korang tukar ke Debit Card k. Banyak kali aku cerita ni. Heee
__________________________________________________________________________

Others

Sleeping bag korang jangan lupa. Atau korang malas bawak. Nanti beli je dekat sini. Macam aku datang haritu tak bawak. Mengelupur sejuk. Hahaha

Bawak lah jarum dengan benang yang satu set tu dalam bekas kecik. Kot2 ada terkoyak ke.

Buku note kecik untuk catit korang punya gaji dan kerja berapa hari. Jadi kalau contractor bayar tak cukup ke, korang boleh trace balik.

Toiletries tu pandai2 lah korang. Takkan aku nak cerita jugak. Heee
__________________________________________________________________________

Tips : untuk packkan barang korang. Make sure korang letak baju dekat bawah. Then belah atas letak makanan. Untuk jimat space.


Okay. Until then. Nanti aku update lagi ea.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : next month nak pergi melbourne lagi lah. Eh! Hahaa

Tuesday 10 June 2014

TIPS PENTING

Assalamualaikum.

Mahap. Kak bedah busy sangat. Tapi kak bedah sendiri pun tak tahu apa yang kak bedah busykan. Heee

Aritu aku ada post tentang tips kerja. Kali ni tentang meloloskan diri. Amboi. Over sangat ayat tu. Haha

__________________________________________________________________________


LELAKI ATAU PEREMPUAN

Aku sarankan korang beli sesiap return tiket. Ada eh tiket yang kita dah booked then boleh tukar tarikh. Aku pernah dengar. Tapi tak pernah buat. Orang KG lah katakan. Tsskkk =,=

Kalau korang pandai buat yang tu. Korang buat macam tu. Jimat sikit untuk masa terdekat.

Lepas tu bawaklah camera compact ke kalau canggih sikit bawak lah DSLR. travel journal ke. Maps ke. Catitan tempat2 best dekat australia. Tunjuk yang korang ni memang pelancong. Gitu!

Tak payah la bawak barang2 nak kerja terus. Kang tak pasal2 sangkut kat airport hantar balik. Hehee

Barang keje kita beli sini. Murah.


LELAKI PEREMPUAN

Kalau korang datang macamni senang la sikit. Sebab dia tak syak sangat. Tapi macam biasa. Korang bawak la apa yang patut macam korang ni datang nak jalan2.

Tiket balik tu pun macam biasa lah. Beli return atau booked tiket tu.

__________________________________________________________________________

BOOKED HOSTEL

Benda ni WAJIB. Korang patut booked hostel dekat Melboirne atau Sydney, semalam ke 2 malam ke. Terpulang lah. Janji korang ada alamat nak taruk dalam card nak isi dalam flight nanti.

__________________________________________________________________________

JANGAN BAWAK

Rokok
Jangan lebih 50 batang. Korang pandai2 la kira sendiri. Tembakau tak silap aku 500gram. Kot. Tu aku tak sure.

Korang lapa beli la apa2 nak makan. Tapi lepas tu tinggal je dalam flight. Nanti check payah.

Jangan nak bawak bunga cengkih ke, kayu manis ke, daun kari ke,. Tak payah. Hahha. Nanti kena pulak.

Susu ke, daging ke. Tak payah la. Korang beli yang pack sesiap. Itu kdg2 boleh lepas.

Duit jangan bawak lebih dari $10,000 aud. Banyaknya. Kalau banyak ni aku dah tak datang keje sini. Haha

__________________________________________________________________________

BOLEH BAWAK

Makanan
Korang boleh bawak sardin, serunding yang siap pack kedap udara tu. Jangan dalam bekas. Ikan masin kedap udara. Keropok ikan siap pack. Maggie. Bihun ke. Ikan bilis ke. Tambah2 ada logo Tesco or Giant. Takpa la. Sebab memanh siap pack kemas.

Janji semua yang dah pack sesiap. Bukan kita pack sendiri.

Gadget
Aku cadangkan bawak lah laptop dan sila penuhkan hard disk anda dengan movie. Sebab kalau bosan ada jugak benda nak tengok. Macam aku, mati bosan lah. Haha

Kalau ada mp3. Bawak je. Nanti time petik boleh dengar lagu.

Plug kat sini lain macam sikit. So, sampai je nanti korang pergi beli plug. Around $6 to $12 satu. Senang sikit nanti nak charge.

__________________________________________________________________________

Nanti aku update barang apa yang korang nak kena bawak pulak k. Untuk jimat budget korang.

Until then.

Thanks sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : saka shopping menjadi2 pulak sekarang. Grrr













Jam ni killer kot. Aku beli untuk orang je. Nanti aku nak beli untuk aku pulak. Mihiii


Saturday 7 June 2014

WEDDING DAY! CONGRATULATIONS!

Assalamualaikum!

Hey hey hey!!

Tahniah kepada kawan aku noor zayani razali sebab dah kahwin dah. Semoga berbahagia hingga ke syurga. InsyaAllah. Amin.



Sorry tak dapat datang majljs hang. Tahniah!



And yes! Yesterday i go to celebrate my boss wedding at the aussie hotel. They get married at the morning and then we celebrate in during lunch time.

Congratulation sam and voa!!! May God bless of you and happy ever after.

Sam is my supervisor at the shed and voa with me at the tomato cherry. They meet each other at the shed and then fall in love. After finished the season and yesterday they got married. Im so happy for both of you!

Voa looks so beautiful yesterday with the creamy pearl gown and sam looks so different with the coat.









Only family members and our boss invited to this ceremony. And im the only worker that they invited. Because sam said that im his sister and im one of their family member. so touching. =_________=




The boss and the boys table. 



Voa family member. All of them lives here



 Because they know that i will coming so for those who want to drink they need to go the boys side and all of us ordered salmon and no pork. :)




Apa ntah nama dia. Salmon apa ntah. Tapi sedap uolls. Kak bedah tak tiipu. Lincin kak bedah bedal.



And the present. Well because of the limit budget, i need to d.i.y the present by myself. To the night before i asked En.Mon go to K-Mart and buy the stuff. And the night i start sketch on it.




oh yes! I didnt have an idea what to sketch =,=



They need to write their name because maybe they have others name to write.




Including the card also d.i.y by myself. Hehee



The celebration start at 11.30pm, and i dont have any good ones to wear, 10pm sharp at Big W buy blouse and also the the jacket. Get ready at my house and then 11.20pm En.Mon send me to the aussie hotel.

Okay. Thanks for reading. Till then.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : ter sempat lagi tangkap gambar semalam. Mihihii




Maybe im not the perfect girl to you but im trying my best.

Tuesday 3 June 2014

OPTUS PREPAID

Assalamualaikum.

Ada benda lagi yang aku tertinggal nak cerita.
Nanti bila korang sampai sila pergi beli sesiap starter pack simcard eh!
Sebab nanti emergency ke, apa2 ke korang tak dak lah terkial2 nak cari public phone kan. heee

Aku cadangkan guna Optus Prepaid. Sebab murah, dan banyak rate plan. Ikut korang nak pilih yang mana pun. Heee









Optus ni macam celcom la aku rasa. Sebab murah. Line memana pun ada. Tapi kengkadang gila jugak. hahaa. Sila rujuk link Optus yang warna biru tu okay. Korang boleh tengok rate plan yang ada.

Macam aku guna $2 per day. Sehari $2 dia tolak, free sms, free call optus ke optus. Then 500mb data. Bagi aku cukup lah. Sebab data pun aku share wifi dengan En. Mon. Jimat la jugak.

Kalau korang sampai pergi cari center dia. Merata ada. Dunt worry. Lepas beli jangan lengang kangkung balik pulak. Suruh dia aktifkan terus. Sebab kat sini, dia punya sistem semua by online. Nanti korang balik, nak register online kan dah mengagau nak kena cari internetkan. Minta dia akatifkan terus. Dia akan minta nama, no passport tak silap aku.

Lagi satu korang boleh pergi beli simcard dekat Woolworths or Safeway. Simcard dia $2 je. Tak mahal pun. Then korang register online. Kalau tak boleh jugak. Sila call customer service. Sebab aku dulu2 pun bengong. Buat tak jadi, call je senang. Walaupun dia register nama aku salah. =,="




Contoh Starterpack Woolworths. $2 je tak silap aku.





Atau korang boleh pergi beli kat safeway jugak. Sama je.




Cuma bezanya, kalau korang beli woolworths ni korang kena register sendiri lah. Apa lah. Renyah la sikit. Kalau pergi Optus center semua dia tolong buatkan. Kalau dia tanya korang cakap lah nak duduk dalam seminggu lebih ke. Kan. heheee

Kalau tak jumpa center, korang boleh pergi cari dekat 7E. Kat situ pun ada. Tapi macam biasa lah. Register sendiri okay. Heehee

Kalau nak recharge korang boleh beli dekat Woolworths ke, 7E ke, sebab memang ada. Tak susah pun. Korang boleh beli dekat kaunter masa bayar barang jugak. Dia ada $10 sampai lah $50 tak silap aku. Bila korang dah ada account kat sini. Korang boleh la nak recharge by online je. heee

Okay lah. Tu je aku nak cerita. Nanti aku cerita lagi k.

Terima kasih sudi baca.

xoxo
Ladymonster

notakecik : Aku suka beli barang dekat safeway sebab murah. heee