Thursday 30 October 2014

BARU LEJEN!

Assalamualaikum!

Lama sangat dah ni aku tak update blog. hehee

Macam biasa lah, bila dah kerja nak update pun malas. Layan mengantuk lagi best. hahahaa
Sekarang aku kerja cabut rumput. Cabut rumput????

Kalau kat Malaysia memang tak wujud aku rasa cabut rumput ni. Katanya membazir, tapi kalau dekat sini cabut rumput tu penting untuk tumbesaran pokok. Gitu!

Biasanya aku pergi kerja keluar rumah dalam 6.00 am la sebab nak hantar daniel dekat mooroopna then terus pergi farm. Dalam 25min la jugak. Sehari dua ni memang ada fog pulak, sebab sejuk jugak pepagi . Tapi lepas pukul 9.00 am merasa balik panas dia. hahaaa




kabus



Aku pernah kena kabus yang paling teruk sekali masa nak pergi kerja pukul 4.00am masa dekat packing shed. Fuhhh!! Naik dengan richard, nasib baik tak accident. Terhuyung hayang sebab memang tak nampak langsung jalan. Bahaya weh! Lampu dari jalan bertentang pun tak nampak. =.=















Sekarang aku kerja dengan Latif. Contractor lama aku dulu, sebab cabut rumput ni contract tapi untung kalau siapa yang boleh buat laju Half day je dah dapat $100. Kalau hourly 8jam baru boleh dapat $100. hehee

TAPI!

KENA CEPAT LAH. hahahaa

Tapi nak laju pun bagi aku kena ambik masa setahun baru betul2 boleh buat duit. Orang cakap baru lejen! hahaa







Farm ni jenis tanam berperingkat. Dia ada 3 blok, yang aku buat cabut rumput ni pokok dia dah besar, second blok still medium then last blok baru je tanam anak pokok dua hari lepas. So, nanti masa nak petik buah sempat lah pokok blok lain masak. Gitu!








Kerja aku just cabut rumput keliling pokok tomato ni je. Kalau tak dak jalan lenggang kangkung je lah. heheee

Tapi blok ni dia punya rumput macam babeng, bukan sikit2 dia punya penuh. Secekak kadang2, kalau nasib baik ada lah sikit2. hehee

Nampak gambar dekat bawah ni. Penuh rumput kan?











So, just cabut je rumput tu. Senang je kan?? Tapi senang tak senang jugak lah untuk 400m. Terberak kalau baru2 biasa nak buat. Serius aku cakap!




just cabut rumput keliling pokok tomato




Bos tak kisah nak cabut macam mana pun. Nak meniarap ke, nak guling ke, nak bongkok ke, nak jalan itik ke. Janji rumput keliling anak pokok tu cabut. Tapi jangan sampai pokok tu patah ke, mati ke. Kang tak pasal tak bayar gaji. =.=




bongkok boleh




Aku dah cuba gaya semua ni kecuali meniarap. hahahaa. 

Itu untuk yang paling malas atau tak larat sekali boleh la guna gaya tu. Tapi kalau siapa yang cepat buat kerja jalan itik atau merangkak paling laju la. Matyee dengan En.Mon kalau buat kerja dua orang diorang dah 2 row, aku baru 1 row. hahaaa

Memang laju nak mampos buat kerja. So, pukul 1 kadang2 dapat $110 dah balik rumah memang betul2 kerja half day. Kadang2 paling malas mesti dapat $60 atau $80 per day.




merangkak boleh



jalan itik pun boleh


Satu lagi yang best buat kerja ni memang cepat kurus. En.Mon baru kerja 4 hari dah nampak susut. Aku baru kerja 2 hari pun dah terasa fit badan. Kalau tak letih je, ini rasa lah kuat sikit. 

Ada orang semangat nak kurus, sebab winter dia cakap makan je. Summer kena turun balik. Kita tengok nanti eh! hehhee





kurus dah sikit!




Row ni panjang, so nanti habis 200m akan ada RnR. Sebenarnya ni tempat sambungan paip je. Tapi memang kalau sampai sini akan stop dulu rehat jap before sambung balik. Sebab tu panggil RnR. hahaaa




sambungan paip








Masa ni bust row yang terakhir. Aku dah tak buat dah sebab dah flat. Kang kalau sambung memang melayang aku. hahaa

En.Mon dengan mat yee je buat 5 row aku 3 row je lepas tu jade water girl bawak air hat RnR. hahaa

Dari jauh dah nampak diorang terbaring yang matyee dah lambai2 tangan. Help! Help!





lepak dekat RnR




Kalau musim summer ni memang aku suka buat air manis lepas tu letak dalam icebox semalaman. Pagi tu masa nak pergi kerja fuuuuuuuuu. Sejuk ketui aih. Tapi pukul 10 am dah cair dah. hahaaa





tapi terasa sejuk lagi tu kira nyaman la kan.



nampak aku bawak air sengih terus. haha



ni la mat yee. Still available!








Habis je row lepak2 map kat kereta then sambaing balik. Macam biasalah resepi aku bawak bekal pergi kerja roti canai sorang sekeping. Tapi malam tadi En.Mon paksa aku masak kari. So, roti canai cicah kari. Bahagianya hidup! hehee









Air ais kena ada baru sedap. Harini matyee tak datang sebab dia petik cherry. Pret datang keje harini. Mula2 dia sama steady je dengan aku. Tapi bila dah dapat teknik memang pecut macam En.mon lah. Aku selamat tinggal. hahhaaha









Last row aku dengan En.Mon gembeng sesama. Pret buat satu row sorang. Harini sakit lutut sebab tanah keras. Bos tak bukak air, cinonot betul! =.=

Ini En.Mon baru lepas ukur panjang row. hahaa

Harini kan hari jumaat so bust half day je lah. Pukul 11.30am balik dapat sorang $60. Itu pun sebab En.Mon malas matyee tak dak, geng buat laju tak datang dia pun lunyai je. Aku budget buat 2 row je, tapi dapat buat 3 row pun kira hebat dah tu. hehee









Aku dah buat 3 draf. Doakan aku sempat nak update yea. Kalau tak bersawang lah blog ni hahaaa

Jumpa lagi nanti.

xoxo
Si sakit lutut

notakecik : susah jugak tau kerja kat sini. Jangan ingat petik buah tu pun senang. Susah jugak tau. =,=



BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA!

Assalamualaikum!

Harini baru semangat nak pergi kerja sekali hujan daa. Padahal pagi before pergi kerja aku dah cakap dekat En.Mon harini macam nak hujan je. Dah sampai rumah matyee baru turun lebat gila. No wonder lah semalam panas nak mampus. Dengan cooler rosak. Pffffff!

Semenjak dua menjak ni aku memang suka makan sup. Gila musim panas baru nak makan sup, time winter sejuk geding tak teringin pulak. Ceit!

Fishball satu pack $12, nasib baik la banyak. Tapi mahai nak mampuih. Lepas tu buat sup sayur makan panas2. Sedapnyaaaa!




aku makan ratah je




En.mon makan dengan meggie laaaa




Lupa pulak aku nak cerita, kan haritu aku ada cerita yang ada sorang brader ni akan sampai bulan 10 kan. Alhamdulillah dah selamat sampai dah pun. Sekarang kerja dengan latif. Kadang2 jumpa jugak dekat farm masa buat kerja.

Terima kasih orang malaysia tolong belikan tudung senang dengan rokok untuk En.Mon. Tak dak la aku pergi kerja tudung bau ikan masin lah, ayam goreng lah. Tehee!





nak masuk rumah








Sekarang ramai yang datang sini sendiri lah, agent lah. Aku tak kata salah kalau nak datang sendiri tapi make sure ko tahu nak pergi mana. Jangan sampai tempat lepas tu tak dak hala tuju. Kesian diri sendiri dengan nanti peningkan orang.

Ada orang call aku haritu cakap nak minta tumpangkan 2 malam sorang perempuan ni. Dia jumpa dekat train station tak dak siapa datang pick up. Aku okay je nak tumpangkan tapi aku tak kenal pun perempuan tu. Rumah aku nk bukan aku sorang je duduk. buatnya time aku semua pergi kerja dia rembat segala mak nenek dalam rumah ni mampos. Rumah aku ni dah la rumah unit. Kecik je hoiii!. Duduk 6 orang pun dah macam sardin. Hello! Manusia sekarang bukan boleh percaya.

Sini Australia. Sedangkan Malaysia pun boleh buat cerita sedih ini kan pulak Australia. Bukan aku tak nak tolong, tapi bahaya!

Kang dah tolong jadi lain tak pepasal satu rumah maki aku. Susah tahu bila jadi macmani. Aku pulak jenis kalau orang minta tolong jadi serba salah kalau tak tolong. Aisshhh!

Aku minta tolong sorang ni untuk tumpangkan rumah dia pun dia tak berani sebab tak kenal. See! Dia cakap kat aku jangan mudah percaya dekat orang. Kat sini macam2 boleh jadi. Banyak kes macam ni dah jadi dekat sini. Cakap kena tipu lah apa lah. Padahal nak merembat orang yang tolong tu. =.=

Aku nak pesan satu je. Kalau dah tahu nak travel, sensorang pulak tu. Sila lah prepared duit emergency. Boleh jugak tidur dekat caravan tak pun motel. Kalau dah jadi macam ni macamna? Sini bukan malaysia ko boleh lepak sampai 3 pagi kat train. Hurrmmmm!

Kalau perempuan nak datang lagi lah. Jangan lah assume semua orang akan tolong. Jangan selamber badak cakap $90 cukup untuk seminggu! Ya tuhan. Aku yang datang berdua ni pun dekat $2000 prepared. Punya takut nanti kalau jadi apa2 susah. Tempat tidur semua aku risau. Yang korang jangan datang belenggang relax je tunggu kat train. Bahaya tahu tak!!!!

Google sesiap kat mana nak cari motel kalau sampai tempat baru if tak dak orang datang ambil. Kalau boleh nak datang tu make sure ada link atau kawan. Korang tak takut ke kalau jadi apa2???

Aku dulu datang memang gamble gila datang nak cari kerja. Tapi at least ada jugak duit emergency if apa2. Yang lagi gamble duit bawak $90 je ni tak risau ke? Aku yang pening. =.=

Tu je aku nak bebel.

K bai.

xoxo
fening!

Saturday 25 October 2014

PANCING!

Assalamualaikum!

Dapat jugak kek harijadi, walaupun aku yang suruh En. Mon beli kan. Bahahaaa!

Ini last week puny cerita tau. Aku kan kerja packing shed sekarang. So, ada lah geng baru. Wahh!! meiah sangat uolls, baru lah merasa sembang2 kak kiah dan kak bedah. teheeeee

Nama kawan aku ni Joey, dia ajak aku pergi mancing dekat area sini jugak. Aku ingatkan jauh, rupanya dekat Riverside Plaza je pun. 









Sungai dia aku tak berapa nak suka sangat sebab air dia jenis berbau sikit. Tak macam sungai Malaysia,   kalau pegang air tak lah busuk. Ini kalau pegang memang confirm aku basuh tangan. hahaa

Lepas tu air dia tak mengalir deras. Slow motion gitu ala2 sopan santun. hahaa





pokok2 mati banyak




Aku pergi tiga orang haritu. Memula Joey datang ambil aku lepas tu pergi ambil Cecilia atau Nana. Dia suruh panggil nana or granny la sebab dia cakap dia dah tua sikit. Tapi kuat je aku tengok.

Nana ni orang Philippine dah kahwin orang sini so kiranya memang citizen sini lah. Tapi jangan memain kau ini memang gila gadget kau2 punya ni beb. hhahaa

Mula2 aku tengok dia main candy crush guna Samsung S4, tetiba tukar guna Iphone 5 lepas tu sekali lagi aku pusing main guna Samsung tab 10.1 dah. Hamboihh sakan. Phone lain battery dah low so dia cas kat power bank. Aku power bank pun tak dak ni. Apa cerita beb. hahaa




nana


Aku mana reti pancing2 ni semua tapi minat. So, aku duduk terconggok je lah tengok Joey pasang segala mata kail. Aku pasang cacing je pandai. hehee









Dia memang selalu pergi pancing kalau bosan2. Kalau tak dak geng pun dia selambe je pergi sorang. hahahaa

Joey ni dah kira senior okay kat sini. Dia dah 3 tahun duduk sini, memang segala benda lah dia tahu.

Lupa nak cakap. Kat sini kalau nak mancing kena ada lesen okay. Boleh beli lesen pancing dekat kedai pancing atau dekat K-Mart. $25 untuk setahun, so pancing lah sampai muntah pun. hahhaa

Kalau tak dak lesen nanti kena tahan merasalah kena denda $200 itu dah RM600 malaysia tu. hahaa. Lagi satu dia ada spesis yang boleh tangkap dan tak boleh, kiranya ikut season lah. Lepas tu kalau anak ikan atau size kecik kena lepaskan balik. Ikan yang bersize besar je boleh.

Cerewetkan, kalau kat Malaysia segala benda kita angkut bawak balik. hahaaa









Yang paling best cacing ni Joey ambik belakang rumah dia, lepas tu dia bela je dalam bekas ni. Kalau habis baru dia topup balik. Kiranya dah macam pets dia pulak. hahahaa

Banyak jugak cacing dalam bekas ni. Dalam 20 ekor jugak lah. wehuuuu!!










Dia kata dia siap bagi makan dekat cacing2 ni, bagi makan kobis, tak pun bagi sayur2 lain. Sekali sehari lembabkan tanah dia. hahahaa. Siap buatkan lubang dekat penutup bekas untuk sistem udara kata dia. pun boleh. heeee

Kalau aku time nak manning lah baru cari cacing. hehee









Well madam biasa lah aku kan suka picnic2 ni, so sebelum datang aku siap goreng cucur bawang dengan kentang. Tapi cili sos pulak tak dak. Ceit!

Tapi still sedap. Aku kalau goreng mesti minyak banyak. Macamna orang goreng minyak tak banyak??? konpius aku.









Aku macam biasalah lepak lepas tu tukang pegang pancing je. hahaa. Sekali sekala nak jugak merasa pegang pancing ni macamna. hahaa









Banyak kali jugak terlepas sebab tali tak tebal. Mata kail pulak kecik je. Ikan dia bapak besar weh. Lepas tu nasib baik lah dapat sekor. Murray kot. Ikan air tawar terbesar sekali dekat Australia. Ikan ni ikut season ea nak tangkap. Sekarang dah boleh la. hehee

Ikan ni tak bersisik lepas tu tulang dia kat tengah je. Mat salleh suka ikan ni, kalau ikan lain jenis bertulang Y tu. Menyampah aku makan. Grrrrr!!

Tapi ikan ni paling susah nak basuh sebab berlendir nak mampos. Dah macam ikan keli. =.=









Aku lah tukang saukkan ikan ni. Tukang sorak pun aku jugakk. hhaaa









Nana macam biasa tengah2 tidur terbangun dengar aku dengan Joey bising2. hahaa. Lepas tu bawak keluar masuk dalam plastik. hheee










Dapat sekor je lepas tu balik sebab nana husband dia dah nak sampai rumah. hehee. Ikan tu Joey kasi aku bawak balik rumah. Thanks joey!


Bila balik rumah semua semangat tengok ikan. Semua nak pergi mancing esok sebab cuti. hahhaa

Esok tu pergi lah buat lesen En.mon semua beli mata kail siap. Gambar yang kali ni tak dak. Sorry!





tukang siang ikan




Dapat dua ekor hoiii!! Sekor Murray cod, sekor lagi ikan apa ntah. Ikan yang lagi satu tu memang banyak tulang weh. Jenis tulang Y pulak tu. Menyampah aku nak makan, asyik kena belek je isi ikan dulu. hahaaa

Macam biasalah tukang siang ikan mestilah En.mon. Aku geli sikit ikan ni tapi lepas tu basuh ikan aku ambil alih balik. heheee. Tapi kalau bab potong ayam, daging memang tugas aku la. En.mon tak suka potong ayam, so kira adil lah kan. weee~

Aku bukan suka sangat ikan sebab mama aku tak makan ikan. Kalau kat rumah pun goreng ikan temenung 2 ekor sampai ke malam tak habis. hahaaa

Tapi kadang2 makan lah. Kalau goreng garing2 aku makan, kalau half cooked susah sikit nak telan. Tapi kalau kambing rare or medium fav aku lah. heheee









Siang basuh semua aku tukang masak. Sweet sour ikan murray cod. Goreng kasi garing dulu baru umphh!

Isi dia macam ikan siakap sikit, rupa pun dah nak sama sikit2. Cuma dia tak semanis ikan siakap lah. hehee

Nanti kita pergi mancing lagi eh. Buat stok makan rumah jimat sikit, semua boleh merasa. hehee







Seronok jugak pergi mancing lepak2 bawah pokok, tenang je rasa. Kalau next week tak kerja boleh la pergi lagi. hehehe

Nanti aku update lagi okay.

Terima kasih sudi baca

xoxo
bukan kaki pancing

notakecik : aku nak buat kimchi tapi nanti kang kena bebel dengan En.Mon pulak. haishhh

Friday 24 October 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah semalam genap lah umur aku 24 tahun 1 hari. hhhaaa. Dah terasa dah tua dia hoii. Setahun bhai dah duduk sini. Merasa lah semua ranjau2 kehidupan backpackers ni. ekekee

Masa aku datang sini, flight aku 25.10.2013. Harini jugak 25.10.2014. Cukup setahun harini kerja dekat negara orang, hidup merantau paling jauh seumur hidup aku. Selepas birthday aku mula hidup baru. Dan sekarang aku merasa hidup baru untuk setahun. Harap2 tahun depan merasa umur baru dekat Malaysia lah. InsyaAllah. hehee

Semalam aku kerja. Macam tacing lah jugak kan bila kena kerja time birthday. So, macam biasa pagi tu dengan perasaan malas nak mampos aku bangun solat semua goreng roti canai 2 keping untuk bekal aku, meggie untuk En. Mon. Tetiba pusing belakang ada orang tutup muka untuk paperbag ni. Bahahaaa

Nasib baik tak terpelanting senduk kat muka dia. hehee. Siap ucap selamat hari jadi semua. Tengah2 seronok sedih pulak. hahaaa

Patutlah sehari sebelum tu semangat tanya aku macam2 pasal Pandora ni. Ada udang sebalik mee rupa-rupanya. hhaaa




taceh En.Mon




Ingatkan nak ajak aku keluar beli hadiah rupanya dia beli sesiap dah. Sweet sangat ni. Dah lama tak sweet2 sekali dia sweet kencing manis aku. hahaa

Sehari sebelum tu aku balik kerja lambat. En.Mon balik dulu, tapi bila sampai rumah dia tak dak pun. Aku call En.Mon cakap pergi ambik daniel, sebab sekarang memang En.Mon yang pergi ambil dia kerja. So, tak kisah lah. Tapi macam curious sebab masa sampai rumah dia macam kelibut. Rupanya sorok barang. hahahaa









Dah lama aku aim benda ni, tapi nak beli masa student dulu tak mampu. Budak2 tajaan Mara mampulah pakai mahal2, makan sedap2. Iolls ni makan meggie je hari2. bahahaa





siap berbalut




Lepas tu masa nak bukak eh, ada dua kotak. Wahhh. Baik sangat beli charm sesiap ni. Pandai jugak dia shopping eh.

Lagi semangat lah aku nak bukak. hahaaa










Lepas tu siap cakap, "saya janji before balik Malaysia gelang ni dah penuh dengan charm okay. Sebulan sekali kita beli satu."

Jangan dah dapat gaji tak belikan sudah lah. Memang terpelanting lah senduk kali ni. bahahaa. Eh!










Terima kasih En.Mon sebab kasi hadiah siap suweet2 lagi.

abeyu!

Owh! Aku ada kembar dengan kawan2 yang sama birthday sengan aku. Tak pun yang selang sehari je. hehee

Syafiqah birthday dia 22.10.2013. Aku tak jumpa pulak FB dia. Kawan aku dari sekolah rendah sampai lah sekarang.

Kalau raya jelah baru jumpa pun. Kalau tak memang payah betul nak jumpa. Balik Malaysia nanti lah baru jumpa balik eh. Dulu aku duduk setaman dengan dia. Rumah pun selang berapa je, tapi tak pernah pun main sekali. bahahaaaa



23.10.1990



Muhamad Faiz bin Supri (betul kot nama ayah dia.)

Ni kawan aku dari sekolah rendah sampai lah sekarang. Dulu rapat lah. Dah besar2 masuk U nak jumpa memang berzaman lah. bahahaa

Masa form 5 dulu aku sekelas dengan dia, kiranya kalau celeb birthday memang sesama lah. Aku panggil dia abang long. teheee

Aku paling ingat masa tu ada kem dekat pulau pangkor lepas tu kena bawak barang2 nak masuk hutan nak masak2. Tapi beg tu berat gila. Faiz ni lah yang offer nak tolong bawakkan beg. Memang berat kot, dengan nak panjang gunung segala bagai. Thanks faiz!

Selamat hari jadi kawan, semoga panjang umur murah rezeki. :)




24.10.1990



Nilah kembar aku! Syukri bin Osman. Atau nama gelaran dia Syux Maniac.

Mula2 aku kenal dia masa dekat Uitm Chendering. Masa tu dia tengah buat textile punya apa ntah. Dengan muka masam dia, senyum pun tak nak. Tapi lepas tu kamcing gila jangan cakap lah. hahaa. Sampai sekarang aku panggil dia kembo!

Masa aku pindah Uitm Shah Alam dia lah yang paling bosan sebab tak dak geng katanya. hahaa

Tapi lepas dia masuk Uitm Shah Alam, yihuuu aku ada geng balik. hahaa

Dia lah banyak tolong aku, bawak aku pergi library, kelibut teman aku pergi print gambar lah, aku tak sempat nak makan tolong tapau kan. Siap final aku pun dia tolong design kan tahu. hahahaa




syuk chan




Dia paling minat marathon ke, camping, hiking lepas tu paling minat jackie chan. Siap photoshop lagi. Kalau dia baca blog aku ni matik lah kena bebel. hahaaa

Sekarang dia ada bust group hiking GENG KAKI HENJUT. Tapi aku tak sure dah ada FB or Instagram ke belum.

Terima kasih kembo sebab sudi jadi kembo aku lain bapak lain mak. Terima kasih sebab memang banyak gila ko tolong aku, jaga aku, nasihat aku. Semoga berjaya dunia akhirat.

Sorry! not available. He is taken by someone! here




24.10.1990




Amalina aida a.k.a am a.k.a ayam. Nama ni dapat masa study Uitm Chendering dulu. hahaa

Dulu dia ni paling hardcore, kalau dengor lagu mesti yang jenis nak pecah gegendang telinga punya. Tapi baik hati, suka tolong orang and one more thing she is my kembar too. heee

Dulu masa study, amni memang paling hebat lah design so aku memang berguru lah dengan dia. Almaklumlah aku kan kekampungan sikit. Dulu nak buat email pun tahu! Sedih kan. hahaa

Dia paling suka binatang, kucing ke, arnab ke, guine pig ke. Segala mak nenek dia suka. Masa study dulu dia ada bela kucing dalam bilik. Lepas tu bela arnab dengan guine pig pulak. Siap beli makanan kucing bagi makan dekat kucing2 dekat hostel.

Sekarang asyik wassap je lah. Rindu nak pillow talk mek am weii. Tunggu aku balik kita lepak sesame eh. heheee.

I lap you am. Terima kasih sebab sudi tolong aku dulu, bagi nasihat macam2. Terima kasih kembar. heeee

Happy birthday semoga jump jodoh yang di cari. hiksss

----

Aku ada sorang lagi kembar. Same birthday 24.10.1990. Elya Marlina.

Satu kelas dengan aku start form 2 sampai form 5. Putih melepuk, geng kepala gila2. hahaaa

Kalau smbang dengan dia mesti nak gaduh je, ada je. Lepas tu kalau bab gossip pun hebat. hahaa. Dia ni paling bertahun aku tak jumpa ni. Hilang mana entah. Tapi nasib baik lah ada FB nasib baik aktif lagi. Ang dah kawen ke elya oii? hahhaa

Dulu masa add math aku dengan dia la paling gelojoh pinjam buku lee howe chong tiru jawapan. hahaaa

Aku dengan dia sesama menyampah math, add math, fizik, kimia dengan bio. Asal kelas bio je aku duduk dengan dia sembang2 tulis atas kertas lepas tu menguap tak ingat doniaa. hahaa

Elya! balik malaysia jumpa aku. hahaa. Miss you elya, selamat hari jadi semoga murah rezeki nanti aku kawen sponsor baju kawen eh. heee




28.10.1990



Najma Erni binti osman a.k.a cik naj.

Dulu aku memang tak sebulu langung sengan dia masa dekat Uitm Chendering. Gaduh toksah cakap lah. Ada je kes. Tapi kes tumbuk2 tu tak dak lah kan. hahaa

Dulu aku sebilik dengan dia, so ada sedih ada gembira lah. Dulu sebelum tidur dah tutup lampu semua mesti pillow talk lepas tu sampai semua tertidur. Najma dia paling suka kucing. kucing dekat hostel tu dah kira kucing dia dah. makan dengan dia, tidur dengan dia. Manja nak mampoih. hehee

Aku ingat lagi, masa tu ptptn memang dah surut. Setiap hari selasa ada pasar malam dekat depan Kampus. Selalunya aku pergi, sebab ritual mingguan lah. Lepas beli mesti makan sesama dalam bilik aku reramai. Disebab kan aku tak dak duit aku pun buat kerja dekat bilik lain. Sekali dia datang belikan aku nasi minyak fav aku. Tacing weh,

Terima kasih najma sebab sudi tahan dengan perangai aku. Sudi jadi kawan aku. Sesama gaduh, sesama gelak. Aku sayang ko!

Happy birthday in advance. heheee

Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


--

Well, happy birthday Scorpio-ians!!!!

Sambil update blog sambil mengenang kisah dulu2. Lawak ok. haahaa

Itu jelah cerita aku. Dah tua dah oiii, tapi perangai still macam budak2 matik lah. Bila nak berubah ni. hahaaa

Terima kasih sudi baca.

xoxo
birthday girl (walaupun dah lepas)

notakecik : aku nak kek harijadi, En.Mon malas nak layankan. hahaa