Assalamualaikum!
Lama eh aku menghilang? Busy sikit uolls walaupun gaji tak dapat lagi ni. Sedih uolls!
Haritu aku buat planting dekat packing shed yang aku kerja dulu. Aku planting untuk 2 blok jugak la. Ada la dalam dua hari jugak kerjanya. heee
Tapi kali ni planting machine 6 orang sekali jalan. Means sekali jalan 3 row la. Sebab satu row 2 orang akan gilir2 tanam. Kali ni aku sempat tangkap gambar treaktar planting ni. Boleh la jugak korang bayangkan cemana lah kerja dia kan. heee
![]() |
lori bawak anak pokok |
Blok kali ni yang aku buat tak lah sepanjang dah selebar farm yang aku buat dekat echuca tu. Tu nala (bahasa utara ; penang) punya besaq. Sehari nak tanam pun macam nak pengsan. Mau tercabut tangan aku rasa. Bahahaa
Kali ni blok dia kecik sikit, lepas tu row dia tak sepanjang row yang dekat echuca. Sebab kalau dekat echuca satu row akan habis 3 tray anak pokok. Tapi yang ni satu row 2 tray je.
Macam dekat echuca, satu trektar dua orang je planting. Ini 6 orang sekali jalan. So, tersangat lah cepat habis, tengok2 dah sampai last row. Lepas tu kalau ada tertinggal planting ke apa, masa tengah topup air tu pergi check row yang dah buat tadi. Cepat je siap satu row. Tapi yang tak best tak long hour lah. haihh =.=
![]() |
ni dia blok first aku buat |
Tada!!!!!
Ni lah dia rupa treaktar tu. Masa ni tengah nak isi air dekat tempat lain sebab pump ni rosak. Nampak dah macamna nak susun tray?
![]() |
yang berdiri tu sam |
Ni masa nak balik, bos tingal jap trektar dekat tepi. Aku suruh En.Mon tangkap gambar jap. heee
Dekat depan tu lah tempat letak tray, kalau habis tray kosong tu letak dekat belah atas balik. Konsep dia bila habis bawak turun or tarik ke bawah tray baru. Tray kosong letak belah atas atau boleh letak dekat belah tepi. Refer gambar kat bawah, Clear sikit tempat nak letak tray tu Tapi kalau untuk 2 orang punya treaktar masing2 ada. Tapi kalau untuk 6 orang ni, orang yang belah tepi je yang ada tempat letak tray kat bawah. hahaaa
![]() |
tempat duduk |
Nampak tong besar warna hitam dengan biru tu? Itu tong air, so nanti setiap couple akan ada sorang yang bawah tempat tray dia tempat bukan dan tutup air untuk roller. Sebab masa nak tanam kan dah ada lubang sesiap, roller tempat buat lubang tu akan ada air terus untuk bagi senang tanam dan tanah tak keras. Masa nak start row bukak air, sampai habis row nak pusing tutup air. Pandai2 lah control nak bagi air banyak ke sikit. Sebab banyak sangat nanti habis basah baju, sikit sangat nanti sakit tangan nak tanam anak pokok. See? heeee
Kerusi ni agak kecik la jugak sebab sempit2 kan nak duduk 6 orang, so sakit jugak belakang aku. Haahaa. Kaki macam biasa lunjur je kat bawah tu ha. So, memang rileks lah. Tangan je yang bekerja. hahaa
![]() |
seat untuk 6 orang |
Ni dia gambar anak pokok dalam white box tu. Dia bersusun macam ni la. Satu tingkat ni ada 4 tray anak pokok. Dia ada 3 side, memang banyak lah Macam first blok yang aku buat habis 2 white box, yang second blok 1 white box je habis. Kalau rajin kira lah ada berapa. teheeee
![]() |
masa ni dekat second blok, siap menyorok dalam box sebab sejuk |
Masa lunch untuk first blok tu seam kau, memang pret tidur tak bangun2 lah. Sampai pejal kejut baru bangun. hahaaaa
Dapat pulak lepaks bawah pokok macam ni. Dengan angin gila babeng kuat nak mampus, sejuk menggila pulak tu. Ni winter ke apa? =.=
Menyesal kot tak pakai baju 3 lapis. Dua lapis ni pun sejuk bukan main. Kena pulak air, ya tuhan! Tangan aku kebas tak rasa apa. Time lunch lah baru merasa nak panaskan tangan. Sebab smoko tak dak eh!
![]() |
berkelah sakan |
Diorang makan nasi lauk kambing bakar. Aku memang malas nak masak time tu. Pagi tu baru goreng roti canai instant punya. Sorang dua keping je pon. En.Mon dah tertelan airlior tengok diorang makan kambing bakar. Balik tu terus dia masak. Nasib lah Doc Faiz tu bagi daging korban. Stok makanan memang habis langsung kot. tskkkkkkkk ;(
![]() |
kena pulak tea o panas. phew! |
![]() |
tengok muka dia bila makan roti canai. choii sangat |
Roti canai sejuk beku makan dengan sambal ayam. Kan senang. Tapi serius aku cakap, gantung weh kerja farm makan roti canai 2 keping je. Memang tak cukup. hahahaa
Menggelupur lapar balik lepas tu. Kalau kerja farm paling kuat smoko kena makan sikit. Ini smoko tak dak, memang lapar terguling2 kot.
![]() |
tapi sedap jugak lapar2 pekena roti canai kejung ni. heee |
Ni masa dekat second blok ni, masa ni bos tengah isi air dekat tempat lain, farm sebelah pulak ada lembu. Semua pakat jakun tangkap gambar. hahaa
Si apit pulak pakai baju warna merah, dia acah2 lembu tu. Lepas tu ada dua ekor lembu yang besar sekali warna putih makin lama makin dekat ke pagar. Kengkonon taiko la tu. Nasib baik ada parit besar ni ha. hahaa.
Kalau namaak kat gambar tu ada sekor lembu jantan putih dok aim je. heeee
Korang nampak kenapa pret, pejal dengan En.Mon pakai plastik tu?
Sebab nanti tak basah masa nak tanam anak pokok. Sebab kengkadang masa nak tanam tu anak pokok akan letak dekat atas peha, memang kotor lah. Sejuk jangan cakap. hahaaa
Ni bos yang suruh pakai, farm before ni tak kasi pun. ;(
Sepatutnya aku kerja je semalam dengan harini tapi dekat echuca sebab blok baru tak siap lagi. Tapi sebab gaji tak dapat, nak isi minyak kereta pun tak dak. So memang tak dapat lah nak pergi. Sedih kan.
Duit pulak ngam2 ada $10, korek tabung tingal $15 cent je. Makanan pulak memang dah tinggal roti canai je. Sebab sekarang aku memang asing lauk dengan diorang. Cuma barang asas rumah je lah share. Macam beras, bawang, kentang, cili, segala sos. So, jimat lah jugak.
Dengan berbekalkan $10 aku keluar dengan En.Mon semalam tapi kena buat pilihan yang bijak. En.Mon nak beli nudget. Aku cakap NO!!!!
Sebab nudget sekali makan je kot, lepas tu tak sempat nak kenyang dah habis. So, first pergi Open 7 day beli Seafood $5 yang aku selalu beli tu. Itu pun tinggal 3 je lagi. Takkan nak makan ni je nanti kan, so rundingan cakap beli ni satu je. Okay set!
Lepas tu pergi Coles beli ayam halal yang dah siap potong punya. Satu pack baru $3.45 ngam beli satu pack. Sebab dalam tu ada la dalam 6 ketul aku potong sesiap asingkan untuk 3 kali makan. Jimat tak aku? Aku memang ikut cara mama prepared bahan mentah, potong sesiap asing ikut berapa banyak nak makan. Nanti bawak keluar je kalau nak masak. heeee
Siap beli ayam ada lagi $1 bersen2 hasil korek tabung jom pergi Safeway beli sardin. Masuk Safeway memang semata2 beli sardin satu tin lepas tu keluar. hahaahaa
Gaji bila lah dapat ni hoihhh! Aku memang dah nekad dengan En.Mon jangan sentuh langsung Maybank sebab nanti kalau sekali dah guna mesti nak guna lagi. So rasakan tak dak duit lagi bagus. Duit selit? Duit backup? Memang kali ni dah lincin weh!
Itu lah penting ada duit selit. Nanti dapat gaji aku nak selitkan balik. Sabar. Sabar. Sabar!
Aku pun tak berapa nak kuat ni. Tapi cool lagi. En.Mon dah start kusut. Aku tak jadi kusut so aku jadi neutral cuba jangan dua2 nak kusut. Kang lagi kusut. hahaa
Dia kata jumaat dapat gaji. Kalau tak dapat. Matiklah nak bayar sewa rumah!
Tu je kisah harini.
Nanti aku update lagi.
xoxo
Belum 'si kusut' lagi
notakecik : nasib budak rumah harini ada part time cleaner aku je dok rumah sebab tetiba kawan diorang call cakap nak guna lelaki 4 orang. So, menu aku dengan En.Mon harini moi (bubur nasi) je lah.
No comments:
Post a Comment