Thursday 23 January 2014

PACKING SHED - FIRST DAY

Assalamualaikum!

***Dah lama terperuk dalam draft. Harap maklum.

Semalam aku fenat gila! Dari pukul 6am sampai 6pm kerja. Cramp kaki aku!

Elok sampai je kilang aku macam blur2 kucing. First time kan masuk packing sheet. Terngaga aku. Tengok kotak bertingkek2. Hahaa

Lepas semua kumpul dia bagi ceramah sepatah dua then dia divide orang untuk buat kerja. Masa dia pilih untuk duduk dekat post 1, aku dan2 buat muka lemah gemalai a.k.a muka blur. "Okay you, go there!" Dan2 sengeh aih.

Post 1 to tempat first sekali untuk buang semua rubbish. Rubbish tu buah yang buruk, busuk or sunburn. Aku macam pelik. Eh, buah boleh kena sunburn jugak eh? Woww

Post 1 ni ada 6 orang. 3 perempuan dan 3 lelaki. Aku, cina malaysia sorang, indonesia 2 orang, cina taiwan 2 orang. Masa buah belum turun memang rileks gila. Sekali bin dah masuk, mengelupur kau buat kerja. >_____<

Masa mula2 buat aku blur jugak. Semua buah nampak sama je kot. Yang buruk and busuk tu bulih la nampak kan. Kalau yang sunburn tu.

Aih, kejap okay kejap tak. Kadang2 aku buang je buah yang elok kot. Eh! Terbuang. Bukan buang okay! Hello, dia punya tray tu jalan bapak laju. Ralit sikit je memang terlepas la banyak buah. Hahaha

Smoko pukul 9am. Aku bawak roti sebuku dengan nutella. Malas betul aku nak masak. Tak rajin pulak kali ni kerja. Dasar pemalas!

Lepas smoko tu machine asyik down je. Tengah2 syiok buat kerja machine down. Terus tak bersemangat. **propa!**

Tapi betul okay, kalau dah kau tengah kusyuk buat kerja tetibe kena stop. Potong betul lah. Tapi ok jugak. Dapat la aku rest. Tapi yang tak best aku kena berdiri je. Bayangkan aku berdiri for 11 hours. Oh may! Perhimpunan pepagi kat sekolah pun tak macamni taw.

Lenguh memang la lenguh. Balik je rumah aku macam nk pengsan. Esok kerja start pukul 5am. Means pukul 3.30am aku dah kena bangun. Sebab dari rumah aku nak pergi ke kilang dalam 45 minit jugak. Dalam kereta kerja aku terbongkang tidur. Ngantuk.

Nanti aku akan cerita details pasal kilang k. Doakan ada internet. Sebab aku memang tak sempat nak update blog bagai. Balik kerja terus tidur.

Ok. Jumpa lagi nanti.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Lady monster

Notakecik : bila bau tomato pun macam bau sardin. Ohmai. >______<

Tuesday 21 January 2014

BLUR

Short entry!

Assalamualaikum,

Tengah2 dok golek2 syiok ataih tilam bos aku call. "Hello, esok keleja haa. Pukui 4.30am. Pukui. 3.40 i pick up you okay. Kbai."

Aku dah macam. Whatt??? 4.30am start keje? Omaigadddd. Ini first time aku keje awal bebenor ni wooii. Aku patut tidur awal la kan. Tapi aku dah biasa tidur lambat. Bangun lambat. Matik lah. Tsk

Aku still macam tak boleh nak accept yang eaok aku kena bangon awai bebenor. Hahaha. Damn!

Ni yang tak syiok kena bangun awai ni. Oh man! Keras kejung la aku nak tunggu pepagi kat luar. =________=

Blur tak taw nak packing apa. Erk! Baju, seluar, kasut. Erk! Makan? Roti je la.

Nak tiduq awal. Kbai

Xoxo
Ladymonster

HAPPY BIRTHDAY NAJLAA!

Assalamualaikum!
Lupakan yang lepas mulakan kisah baru. Eceh!

This entry special dedicate to Najlaa. Kalau ko baca ni sila sengeh sampai telinga na.. ^____^

Happy belated birthday Najlaa

Sebenarnya birtday dia 1 january haritu. Bangun pagi tu aku rasa macam ada birthday someone harini. Tapi aku tak ingat siapa. Tapi asyik teringat si mok cik ni. Terus aku whatsapp segala mak nenek. Sembang2, gossip apa yang patut. Then tetiba aku baru teringat. Hoi harini birthday dia. Patutla aku teringat mok cik ni je. Hahhaa

Selamat ulang tahun kelahiran. Semoga panjang umur, murah rezeki, hidup di berkati. Bahagia sokmo. Jangan lupa aku. T____T

Aku pelik jugak macamana la aku boleh rapat dengan si najla ni. Padahal dulu aku geng lain. Hahha

Aku fast track dari diploma terus ke degree. Tapi aku ni bangang jugak. Tak pandai mana pun. Hahaha. Aku masa tu masuk part 2 Uitm Shah Alam, aku tak satu class sekali dengan dia. Tapi time pendaftaran masuk to. Aku dengan budak2 lain kena kumpul dalam class. "Mak aih garang betul budak ni. Kerek gila". Aku cakap dalam hati. Sebab time tu masa berkumpul dia tak senyum pun. Ceit. Aku tak pernah story kat ko lagi lala. Hahaha

Then masa part 3 aku rasa aku ada satu class dengan dia. Aku tak ingat apa. Tapi yang pasti class photo untuk minor memang aku satu class dengan dia. Duduk paling depan or 2 baris dari depan. Almaklumlah, aku ni kan jenis cepat mengantuk. Kalau duduk dengan geng diorang ni memang duduk depan. Merasa la menguap dia tahap dewa. Haha

Time class photo aku tak berapa rapat sangat. Rapat sikit2 je la. Then bila masuk part 4 aku dah tukar group. Sepatutnya aku group B. Tapi entah aku gatai sangat nak tukar group A. Sebab group B ni mostly group budak fast track dan budak lepasan politeknik. Dan budak group A ni mostly budak lepasan STPM. Then class yang selainnya class budak lepasan Diploma. Kiranya aku tersesat lah kan. Tapi syiokk. Enjoy aku rasa.

Time part 4 ni aku dah rapat dengan najla. Bila buat kerja group pun aku dah satu group. Pergi shoot mana2 pun pergi sekali. Tapi still tak berapa close laa. Aku kan jenis malas nak ambik port sangat. Lagi satu dia ni jenis ambik berat pasal hal2 akademik. Macam jadual ke, tarikh last isi pengecualian ke. Ada event ke. So aku banyak benda jugak tahu. Kalau ikot pemalas aku memang tak kemana la. Hahaha

Then dah masuk part 5 baru betul2 close. Dia tidur rumah aku. Sebab aku sewa luar. Dia pulak budak hostel. So kalau balik lambat berdesup sampai rumah aku. Hahaa

Satu lagi yang aku rapat dengan najlaa time tu nak praktikal. Aku dapat sama tempat dengan najla then dia sewa sebulan rumah aku. Kebetulan pulak time tu budak unisel tak dak. So dia duduk katil ikin. Means bawah katil aku la. Sebab katil aku double decker, aku duduk atas. Syiokk!

Malam2 before tidur aku pillow talk dengan najlaa dulu. Gossip2. Sembang2. Ada je story aku gossip dengan dia. Hahha.

Najlaa ni kira Exco Tertinggi GPMS, so dia memang rahjn nau join event la. Buat event la. Sampai aku pun dah jatuh hati dekat GPMS. Tak silap aku semua panggil dia najlaa tapi aku je selamba pangil lala. Marah kawan tu dengan aku eh. Hehehee

Aku dengan najlaa ni suka buat benda yang tak masuk akal kengkadang. Aku pernah tawaf 5 shooping mall dalam masa sehari. Apa benda aku dengan dia cari pun tak taw. Hahha. Gila! Lepas tu kalau nak shopping dua dua tak tak ingat dunia. Lepas tu mengucap sedor diri. Hahaha

Lepas tu port lepak makan minum pulak dekat khulafa seksyen 7. Hooii. Heaven hoii. Rindu nya nak makan situ. Sampai maple pun dah kenal aku dengan najlaa kot. Hahaha. Mana taknya kengkadang lepak sampai pukul 3 pagi la. Buat kerja situ la. Apa la. Rindukan?

Dia ni kira penyimpan mohor besar la. Sebab semua rahsia aku ada dekat dia. Dari A smapai Z dia tau kot. Haha

Bagi aku dia ni kakak(padahal tua setahun je), kawan, sahabat, penasihat, cikgu, kaunselor dan aku dah angap dia adik beradik aku.

I love you najlaa! Until jannah. Semoga persahabatan kita kekal. Amin.

Happy belated birthday!

Xoxo
Sahabatmu ajeerah

Notakecik : rindu nak sembang2, gossip2, nak lepak ngan ko. Rindu la gile!









Saturday 18 January 2014

SEDIH

Assalamualaikum.

Hari ni aku sedih gila. Entahlah. Tapi bagi aku kalau mama sendiri yang cakap mcam tu gila tak touchingkan.

Aku sedih bila mak orang lain selalu bagi semangat kat anak diorang. Tak kira la apa minat dia. Tapi kenapa mama aku tak macam tu? Aku bukan jenis yang bila ada masalah sikit nak ngadu kt mama. Sakit sikit nak ngadu kat mama. Aku lebih suka duduk sensorang. Layan diri. Cakap sensorang. Aku selesa macam tu.

Aku tau mama aku marah bila aku ambik keputusan nak fly aussie. Tapi kalau aku cakap elok2 before aku pergi pun bukannya dia nak bagi. Sebelum explain apa2 sure dah kena tiau. Sebab tu aku tak suka nak cerita apa2 kat mama aku. Aku tau dia risau, takut jadi apa2. Tapi sampai bila aku nak rasa takut, tak reti nak explore??

Masa aku bagitau mama yang aku datang sini mula2 terus kena marah2 letak phone terus. Then En.Mon call mama dia, mama dia cakap cool je. "Dah agak dah. Takpelah jaga diri kat sana. Jangan lupa solat. InsyaAllah kita dah usaha."

Touching gila aku rasa bila mama dia cakap macam tu. Munkin sapa yang baca entry ni cakap. "Eee, tak baik cakap macam tu taw!"
Aku tak kisah sebab ni luahan hati aku, ada orang akan kesian ke dekat kau time kau susah? Ada yang nak menangis ke time kau sakit? Bila kita tak ada kat tempat orang tu jangan cakap apa yang dia rasa sebenarnya.

Aku lebih rapat dengan orang lain dari family member sendiri? YES!
Aku belajar tak pandai, kos pun tak pandai.  Adik2 aku semua belajar tinggi2. Kos semua hebat2. Siapalah aku ni kan. Balik rumah semua tengok buku. Bila aku on ladtop nak buat kerja mesti mama marah cakap ladtop nak terbakar la. Membazir letrik la. Nk buat macam mana dah memang itu kerja yang aku minat. Bila aku buat kerja dulu adik aku cakap, "eleh kalau kerja melukis senang je kot." Sedihkan. 

Takpelah. Aku dah biasa.

Tadi aku call mama sebab dah lama tak call. Mula2 cakap elok je. Aku cakap la lepas ni aku kerja packing sheet dengan indon pulak. Tetibe mama aku sound, "yelah, pelariankan. Elok la tu. Mama tengok gambar dah macam pelarian kot. Orang suruh belajar tinggi2. Tapi jadi pelarian." Lepas tu dok ulang pelarian tu banyak kali.

Why? Kotor ke kerja yang aku buat ni? Aku bunuh orang? Aku jual dadah?

Mama aku jenis yang suka anak dia kerja office, pakai lawa2. Mama, tolonglah faham! Anak mama yang ni bukan jenis sopan santun nak masuk office pakai heels, pakai kain.

Aku jenis lasak. Nak duduk sopan santun memang tak la. Tapi tu lah. No one understand me. Nak buat macam mana. Adik2 aku? Malu katanya dapat kakak macam ni. Okay.

Malu kan dapat kakak macamni. Takpelah. Its okay. Aku dah biasa sorang2. Harap2 aku ada peluang lain kat sini.

When no one from your family member support you. Dont give up! Just prove to them that you can do it!

Kalau korang rasa aku ni menyampah nak kutuk2, silakan. Tapi aku yang merasa, bukan korang.

K lah. Aku memang tak dak mood langsung harini. 

Aku tak nak balik Malaysia boleh?? Grrrr

Xoxo
Anak perantauan yang sedih.

Friday 17 January 2014

BEBEL

Assalamualaikum,

Suhu harini 33·. Tak dak panas sangat, tapi rasa la jugak berbahang. Bilik berkuap je hoi. Tingkap bilik memang aku tak bukak kalau bukak haba panas masuk walaupun berangin. Angin panas! =,=

Harini semua tak kerja sebab cuti. So pepagi dah riuh kat hall. Pak cik2 ni semua port tidur kat depan sebab hall ada aircond. Tapi bagi aku tak sejuk sangat aircond. Hangat ada la. Tak rasa pun.

Harini En.Mon buat bekfass. Auww. Rajin sangat uollss. Yang tak tahan buat sandwish pulak tu. Sedap. Thumbs up babe! Aku baru semulut dia dah half. Mentang2 la aku memang spesis makan lambat. Entah aku rasa kalau makan tak kunyah habih rasa macam nak tercekik je tolan. Hoih tak sanggup. Biar aku makan berkunyah banyak kali pun tak pa.

Aku sekarang dah malas nak masak sebab kalau aku masak elok je aku kemas semua. Diorang kalau masak. Ya ampun kau bersepah2. Makan pun tak reti kemas. Lepas makan siapa yang habiskan lauk tu basuh je la kuali tu, apa yang susah sangatkan. Ini tak, biar je sampai kering kuali tu. Hadoii, sekarang lantak. Korang makan la kari yang pekat nak mampus tu. Aku malas!

Tapi disebabkan nak termuntah makan kari pekat nak mampus tu, harini aku decide nak masak. Tak lalu hoii. Kari mamak pun tak macam tu wei! Aku bisik kat En.Mon, "jom masak harini nak tak? Macam tak lalu je nak makan kari pekat lagi!. 

So harini aku pun masak la. Tapi yang ada sardin je. Aku kemas2 dapur dulu basuh segala mak nenek then masak semua. Sebab kejap lagi diorang nak pergi solat jumaat pulak.

En.Mon tolong masak harini. Sambal sardin + papadom + sambal belacan and timun potong. Baru la aku selera nak makan. Kalau tak satu senduk nasi pun tak habis. Ini baru selera. Gambar? Mahap kak bedah tak sempat nak snap dah lincin.

Petang tu lepas balik solat jumaat around 4pm En.Mon ajak aku dengan mat yie pergi beli barang kerja. Seluar En.Mon dah terkoyak kat celah kangkang. Belt pulak dah putus. Sekarang dia pakai belt aku kot. Aku dah tergelak2 sebab semacam je aku tengok. Hahaha

Pergi K-Mart sebab mostly barang, baju, barang budak2, bantal semua murah kat sini. Tshirt tak sampai $5 pun ada. Kasut yang $3 pun ada okay. Aku pakai okay je. Tak dak la terkoyak lagi kan. Hahaha

So beli la seluar kerja En.Mon dengan baju sehelai plus belt. Aku pulak beli seluar rumah dengan baju kerja. Aku beli seluar duduk rumah sebab seluar traksuit aku dah koyak,sekarang aku pakai jeans je duduk rumah. Hangat kot, tak sanggup aku. Nasib baik $5 je. Tak dak la rasa serba salah sangatkan. Cukuplah. The  pergi Coles sebelah beli barang sikit.

Malam aku dah kebulur nak masak nasi goreng, nasi pulak tingal sikit. So masak la lain, sementara nak tunggu masak tu. Mamat mulut kecoh datang. En.Mon dah jeling, tu tanda dia suh masuk bilik la tu. Dia tak suka sebab mamat tu suka tengok aku. Haha

Oh ya, aku start kerja packing sheet ahad ni. And im alone. Wawawaa. Sodih hati mak ni. Tak dak geng. Matiklah bosan. Redha je la. Harap2 aku boleh la get along kan.

Kalau aku dah makin jarang update to. Pepaham je lah yea. Hehee

Ni ada gambar masa aku pergi Coles. Tapi bukan harini punya tapi masa duduk rumah lama. Jadi lahkan daripada tak dak gambar. Heee

Jumpa lagi. Bubye

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : buat kari ayam tapi guna rempah kari ikan. Hoii aku dah la kureng bau2 ikan ni. Redha je la.



Masa duduk rumah lama nak keluar kena jalan kaki. =,=


Model Coles. Matiklah kalau En.Mon baca ni. Haa


Wednesday 15 January 2014

GREEN HOUSE BACKPACKERS : MASAK-MASAK

Assalamualaikum,

Harini suhu 41·. Ya Allah panasnya. Aku pun duduk la lepak kat hall, kena air cond pulak. Walawehhh. Nikmat donia betul.

Then En.Mon kata lapar. Dia suruh aku wat meggie sebab dia main card dengan hanan and madie. "Sayang buat meggie jap. Sebungkus je. Tak payah masak, awak rendam air panas pun okay. Lapar la."

Aku pun memang tengah lapar, so pergi la buat sebungkus. Masa nak tunggu kembang to sempat la aku basuh setimbun pinggan dalam singki. Ni la kalau jadi perempuan. Diorang main tinggal je dalam sink to. Sampai bertimbun. Aku pun kengkonon nak sedap lagi. Potong la bawang goreng2 then masuk dalam meggie. Fuh sedap!

En.Mon main card aku pun makan la dulu. Tengah2 makan sedap. Pluppp....aircond tak dak. Aahhh. Sudahh. Tak dak letrik macam semalam la tu. Mati la panas. Dah la tengah makan meggie panas2. En.Mon dah tak nak meggie. Aku la perabih. Hoi azab woi makan meggie tengah2 tak dak aircond musim panas pulak to. Aku cakap dekat En.Mon. "sayang kita makan meggie tak kena time la".hahahaa

Eh, panjang pulak mukadimah aku kan. Okay2. Back to story.

Masa aku dekat Melbourne haritu aku duduk dekat Green House Backpackers. Highly recommended kalau korang tanya nak duduk backpackers mana. Bersih, friendly, selesa, memang dekat town, dekat dengan train, sebelah balai polis, dekat 7e. Eh! Semua dekat lah senang. Cuma nak cari dia je la. Tengah2 lorong sikit.

Masa aku kat sana larat pulak nak makan kebab je hari2 kan. Dah la aku lama jugak dok situ. So ada haritu En.Mon dan aku pergi Victoria Market nak jenjalan then beli la periuk nasi nak masak. Sebab teringin kot nak makan nasi. Nasib la murah jugak dalam $12 je.

Balik to tahap bangang aku dengan En.Mon pergi nak beli barang dekat Coles. Tapi jauh dia macam Victoria Market kat utara, Coles ni dekat selatan sebab Melbourne ni kan macam petak je. Aku pun berjalan la dengan gigih dan jauhnya. En.Mon dah berleter dah. Sampai sana beli la sotong sikit, udang sikit, beras, tomato sauce, garam, oyster sauce then sayur sikit.

Dah siap membeli aku pun balik la jalan kaki dengan mulut terkumat kamit sebab penat. Elok je lalu depan 7e kat jalan Flinder Lane aku nampak perkataan Coles. Hoiiihhhhh!!! Penat tau tak aku jalan. Padahal depan tu je kot ada mini Coles. Tak kisah la mini. Janji semua barang ada. Ni jalan bangang jauh. #lempangmukasendiri#

Masa sampai kitchen aku dengan en.mon diam je. Letih plus sakit hati. Lepas tu masing2 gelak sebab kebongokkan sendiri. Orang lain tengok je. Hahaha

Aku pun selinsing lengan. Basuh udang, sotong, potong2 semua. Then perap dengan oyster sauce, sayur bubuh garam sikit. Perghh. Ohsem! En.Mon nasib beli aluminium foil tadi. So balut udang sotong tadi then bubuh dalam periuk baru! Wuhuuu!!! Wangi okay satu kitchen to. Chef masuk dapur ni!

Dah siap masak lauk, aku angkat je aluminium foil to letak atas pinggan. En.Mon masak nasi. Aku pulak buat air tea o panas2. Siap je, terus hidang. Ohoiii. Ohsem okay. Dah la sejuk nak mampus. Makan nasi panas2. Minum air tea o. Thumbs up bebeh!

Ini je gambar yang ada. Itu pun aku belek balik tab jumpa gambar2 ni. Hahaa. Ampun!

Ni la coles yang besar jauh nak mampus to.

Coles ni satu nerai dengan 7e, dan Southern Cross Station. So kalau korang turun dekat southern cros station keluar je pintu depan dia to belah kiri korang. Jalan dalam 5minit dah sampai. Berdepan dengan Coles ni ada Asian Shops. Segala mak nenek asian punya barang semua boleh jumpa kat sini okay. Keropok, ikan bilis, belacan, everything!


Ni la keadaan kitchen kat backpackers ni. 

Ni la keadaan kitchen dia. Yang reramai tu diorang tengah masak la. Ada yang tengah buat pasta la. Buat macam kuah kari la, eh, diorang pun makan kari ke? Tapi macam tak sedap je. Hahaa. Aku rasa mustahil diorang tak makan si kaki pendek tu kan. To yang aku beli periuk to. Pinggan mangkuk aku redha je la. Si sihat baju hitam tu dia kalau masak. Ya ampun kau mulut kalah chef wan. Aku sengeh jee.

Nampak tak fridge kat depan tu? Boleh simpan barang kat kitchen, so beli je beg $1 then bubuh semua barang dalam tu, tulis number bilik then simpan. Selama aku simpan barang kat sini tak dak la yang nak ambik barang orang. Semua ambik barang masing2. Dunt wory fridge dia ada lagi kat sebelah. Besar dan muat eh. Hahaha


Sesi perap! 

Sebenarnya kan sayur tu untuk buat salad sebab dia dah bagi mayonis semua bagai kot dalam plastik. Tapi sebab nak jimat kan. Satu lagi bag plastik besar baru $1.58, itu yang aku beli. Janji sayur. Yang lain macam aku tak berani nak beli je. Hahaha


Macam chef tak? 

Ohsem okay!

Nampak tak kesedapan dia! Time tu pulak dah around 6pm kot. Kebulur gila. Bila aku hidang nak makan je kan ada cina ke korea satu group, aku pun tak pasti. Dia tunjuk thumbs up kat aku dengan En.Mon. maybe sebab aku dengan En.Mon makan nasi kot. Well asian people kan. Pergi mana pun mesti cari nasi punya. Hahhaa

Malam tu kebulur, naik makan meggie je la. Itu pun around 11pm something sebab around 10.30 to 11pm akan ada cleaning kitchen. No one is allowed to enter. Dah la kebulur. Tunggu je la kitchen open. Hahaha

Okay itu je aku nak story. Nanti aku update lagi.

Terima kasih sudi baca.

Jumpa lagi

Xoxo
Lady monster

Notakecik : aku dah lama tak makan sotong, udang, ikan. Ikan tu makan la. Ikan sardin je la. Sampai muak aku rasa kadang2. Hahaha

Tuesday 14 January 2014

HOBI.

Assalamualaikum!

Sekarang dah masuk summer. Tapi masa awal2 bulan 12 to tak panas sangat. Rasa sejuk la jugak. Tapi sekarang memang panas gila. Suhu boleh cecah 43○. Itu memang dah panas kot.

Harini pulak memang panas 40○. Tiba2 letrik pulak tak dak. Panas gila. Sebab sini panas berbahang, berhaba kering. Macam nak pecah kepala. Tapi nasib baik kejap je. Kejap pun 20 minit la jugak. =.=

Back to story. Since aku diploma lagi lecturer aku selalu cakap make sure ada buku conteng. Tak kisah la pergi mana pun. Buku tu kecik ke. Besar ke. Janji ada buku nak conteng. And yup aku memang bawak buku habuan nak conteng2. Aku bawak pencil 1, pemadam 1, pen art 3. Jadi la habuan bosan2.

Satu aku tak nak bosan. Kedua aku nak tangan aku still boleh drawing. Tak nak keras lama tak drawing. Ketiga aku nak make sure otak kanan aku still boleh create something. Walaupun otak aku tak berapa nak creative. Hahaa.

Bosan2 aku drawing la. Aku google gambar apa2. Aku lukis. Sekarang aku tengah ketagih lukis doodles. Aish seronok pulak aku lukis, alah sekadar nak hilang ketagihkan. Hehe

Tak kan aku nak menyempit kat hall je nyembangkan. So better aku ada something nak buat. Walaupun masa nak datang to kena bebel dengan En.Mon.

"Ish! Buat apa la awak bawak buku tetebal ni. Buat berat je taw tak. Nanti tak lepas berat camne?"

Eleh lepas je masa nak naik flight. Hahaha. Aku tak kisah dia cakap apa. Nanti aku yang bosankan. So better aku bawak something.

Nak kata tak cantik bagi aku tahap kemampuan aku okay lah. Orang lain pro. Aku kan insan yang lemah. Tapi kira jadi bentuk okay lettew.

Aku belum sampai tahap boleh buat buku. Sebab otak aku ni kadang2 tak berapa nak function. Lemah pun yea jugak. Short memory pun ea jugak. Tapi aku memang teringin nak buat buku tentang travel, kenangan aku, hidup aku. Tapi itulah. Kalau ada rezeki, ada la kan.

Sila cuci mata ea, kalau tak cantik to. Erk! Layankan je. Ahhaha









Sebenarnya ni bunga. Tapi kenapa jadi kobis? =,=

Ehem! Kad kahwin kot.

Doodles nama En.Mon

Nama aku pulak yang tak cun. Ceit!



En.Mon marah aku kenapa gambar dia tak jadi, gambar pak cik to jadi? Erk!


Ni comey gila aku rasa. Perasan!

My fav!


Harap2 ada la yang sudi baca blog aku yea. Kalau rasa macam menyampah ke apa ke. Ermm. Cerita aku kan. So chill! :)

Sampai jumpa lagi.

Terima kasih sudi baca

Xoxo
Lady monster

Notakecik : people may say anything about you. But they didnt know what you've been through. So let them says what they want to say. Just be happy and be yourself!

Monday 13 January 2014

Tomato!

Assalamualaikum!
Salam Maulidur Rasul.

Bila dekat sini macam2 rindu Malaysia. Nak makan itu lah, inilah nak makan. Situ nak pergi, sini nak pergi. Macam2 sampai kalau boleh nak suruh orang pos daun limau purut dengan serai. =______="

Teringin okay nak buat tom yam. Paste ada tapi rasa mcam tak sedap je kalau tak dak daun limau purut. Ini namanya dugaan! Dan sila kuruskan diri anda. Memang tak la, hari2 bedal nasi. Haha

Okay berbalik pada cerita, kali ni aku nak cerita pasal tomato pulak. Kalau kat malaysia aku tak tau la pulak macamna cara jaga kualiti pokok dan buahkan. Sebab aku tak pernah tengok kat malaysia. Tapi kat sini memang diorang jaga kualiti bukan kuantiti. Jaga kuantiti to memang lah perlu. Tapi dari segi tanam, replanting, picking. Memang lain.

Under bos baru ni aku kerja buat tomato. Ada cleaning, ada planting, replanting and picking.

PLANTING
Kalau kat malaysia aku tak tau la macam mana planting tomato. Tapi dekat sini guna trektar. Ada orang bawak kat depan then ada tempat duduk kat belakang tayar. Siap ada tempat letak anak pokok dan tangki air. Sebab masak nak tanam pokok nanti air akan sentiasa bukak bagi tanah lembab dan terus siram la kengkonon.

Aku suka planting sebab tak payah jalan. Kau duduk je kat belakang lepas to cucuk je anak pokok kat dalam lubang. Lubang dia memang dah siap cucuk. Depan tempat duduk ada macam bulat tempat cucuk lubang. Bagi aku yang first time masuk ladang ni, macam. "Wow! Best gila buat macamni. Efficient gila kot." Okay fine. Jakun!

Untuk gambar planting memang aku tak dak sebab gila hang nak pegang handphone masa cucuk pokok. Jatuh kena lenyek dengan trektar naiya! Haha

First time aku buat planting aku buat dengan En.Mon. ada yang satu trektar 2 orang. Ada yang 6 orang sekali. Meriah gila baq ang. Aku masa buat to rasa macam tengah dok kayuh itik yang dekat kolam to. Yang kayuh guna kaki to. Sebab kaki nanti kita letak kat tempat dia. Macam melunjur la, buat memang steady. Kaki melunjur, badan sandar kat kerusi.
#korang boleh bayangkan tak macamna?# haha

Aku cakap dekat En.Mon, "eh, kita ni macam dating je kan. Buat kerja tapi nyembang2, gelak." Lepas to En.Mon jawab selamba badak dia buat muka tak bersalah. "Haah kan, rasa macam dah penat je tolong tanam anak pokok ni. Awak dok main cak cak pulak."
Masa nak cucuk to akan selang seli dengan patner. Alah satu dua je pun aku terlepas. Macam tangan aku dah cucuk pokok kat tempat to. Lepas to aku nampak En.Mon nak letak jugak the  aku tarik balik tangan aku. Padahal dah cucuk to. Maka kosong lah tempat itu. Hahaha. Minta mahapp. Tak sengaja. Itu yang En.Mon cakap aku main cak cak. Haha T___T


REPLANTING
Untuk replanting ni pun tak dak gambar. #sila guna imaginasi definisi tertinggi.#

Untuk replanting ni macam biasa la. Kita replant balik pokok yang tertinggal. Alah, yang aku tertingal time tanam guna trektar to. =____="
2 rolls akan ada dua orang buat. Sorang tukang pegang air yang tempat siram pokok bunga to. Sorang lagi akan cucuk buat lubang kat batas dan tanam anak pokok. En.mon bawak air aku bawak benih dan tanam.

Kalau rolls to tak banyak yang tertinggal dan mati senang la keje. Jalan lenggang kangkung je la sampai habis rolls. Kalau banyak mati. Itu yang lotih to. Hahaha. Nasib la siapa yang kena rolls aku nanti, hahaa.

Replanting ni untuk holes yang tak dak pokok dan pokok yang mati je. Senangkan keje dia.


CLEANING
Cleaning ni bukan cuci pokok lap dengan kain ke. Eh, bukan okay. Haha

Cleaning akan buat masa pokok dah besar sikit. Lepas planting dalam 2 atau 3 minggu akan buat cleaning. Dia macam cabut pokok2 dekat dalam holes atas batas. Means rumput2 yang keliling pokok to la. Tak kisah la rumput to baru nak tumbuh ke dah tumbuh ke. Cabut je.

The reason why sebab nanti kalau sembur baja rumput pun sedut sekali. Anak pokok kena struggle untuk hidup. Wah dah macam pakar sains dah aku. Hahaa

Alah time sekolah rendah dok belajar to la. Bila banyak pokok keliling, masing2 akan survive untuk hidup. Thats why kena buang semua rumput2. Eh, kat malaysia ada buat macamni jugak tak? Ke balun je janji ada buah? Hurmmm

Cara cleaning no 2 guna cangkul. Aku ada kenangan sikit dengan cangkul ni. Hahaha ^.^

Untuk satu rolls to korang jalan bawak cangkul and if ada rumput dekat tepi batas ko cangkul je. Nampak tak? Senangkan, dan kalau tak dak jalan je melengang sampai depan. Hahaha

Nak taw kenangan aku?

Setiap rolls akan ada paip atau saluran air start dari depan sampai la ke hujung batas. Paip ni akan ada bawah black canvas to. So memang tak nampak la kecuali kau selak canvas to. Dan kepala dia akan ada kat depan batas dan last dekat hujung. Tapi kat dekat last sekali penutup dia tak matikan. Tapi dia macam tutup.

#Erghh!!! Sila guna definasi tertinggi lagi#. Korang penahkan masa kecik2 jumpa straw nak buat gelang.? Tapi tak payah guna gam. Lipat hujung straw lepas tu sumbat masuk sebelah lagi. Pernahkan, haa macam to kat last paip. Phew! Jenuh nak explain. Haha

Masa to aku guna cangkul, ada la rumput bertenggek kat tepi paip to. Aku kengkononya rajin la. Cangkul la buang. Sekali terkena paip tu. Air dah terpancut2, ah sudah. Mati aku. Cangkul lagi, konon2 nak bagi tak keluar la. Bodohkan. Dah satu lubang kena cangkul, aku pergi lubangkan lagi. Banggang!

Aku muka dah panik. Nasib baik ada mamat afghan ni panggil latip suruh betulkan balik. Aku time to dah laju je jalan kedepan. Masa jalan to maki diri sendiri sebab bodoh sangat. Dah tau pecah sikit pergi pecahkan lagi. Dah macam paip pecah tepi jalan. Lencun mamat to. Haha. Kesian dia.


PICKING
Untuk tomato tak dak tining macam apple. Kalau tomato tining memang tak dak buah la sampai kesudah. Hahaa

Picking aku tak pernah buat sebab En.Mon tak bagi aku buat dah. Dia kesian dekat aku. Sebab kalau buat apple takpe lagi sebab tak rasa panas sangat. Ini dah la pokok kecik duduk bertenggek buat. Dah la kena duduk bangun, merangkak, jalan itik.

Tapi bagi aku perempuan memang tak elok buat ni sebab kena bercangkung je. Jatuh peranakkan. Ibarat kata cikgu aku. Haha

Aku masa buat cleaning, sampai merangkak la. Sakit lutut nak mampus. Sampai sekarang lutut aku sakit.

En.Mon je yang pergi picking tomato. Tapi dia cakap tak boleh buat duit sebab satu bucket sikit. Aku tak ingat plak harga dia. Itu pun balik muka dah monyok, dia kata letih nak mampus.

Picking dia akan ikut bucket. Bucket to besar tong cat yang besar to. Haritu En.Mon dapat 42 bucket. Kira hebat la to. #clap clap clap#

Kali ni ada gambar. Boleh layan. Hehe. Tapi tak dak la banyak sangatkan.

Ni la bucket untuk kutip buah. Bayangkan kalu 42 bucket. Phew!

Ini bin. Besar kan. Kalau menyorok dalam buah pun boleh. Haha
Fresh dari ladang. Macam lainkan dengan tomato Malaysia

Masa pagi before start kerja

Aku terfikir jugak malaysia ada ke buat cleaning, replanting ni semua? Kat sini diorang cari kualiti atau kuantiti atau dua dua sekali? Malaysia?

Kalau buah langsat aku buat tining agak2 besaq mana buah to nanti. Pokok apa yang sesuai kat malaysia? Nanti aku kaji. Haha

Okay sampai sini je. Nanti aku bebel lagi.

Terima kasih sudi baca!

Xoxo
Lady monster

Notakecik : teringin nak makan sate, tom yam, ikan bakar. Aku sampai tengok sardin pun pening. Hahaha

Saturday 11 January 2014

Cepatlah bulan 5!!

Assalamualaikum!
Ada yang rindu aku celoteh ke?  **poyo!**

Pejam celik pejam celik dah nak dekat 3 bulan aku kat bumi kangaroo ni. Aku pun tak sangka aku akan sampai sini. Padahal masa aku kat malaysia dok angan2 bila nak mai australia. Sama ada jalan-jalan tak pun kerja. Tapi rezeki aku dekat kerja. Cari pengalaman yang tak semua orang dapat.

Alhamdulilah selama aku dok sini, makan minum pakai semua cukup. Tapi kadang-kadang ada jugak yang tak cukup. Kalau yang follow aku punya post dari first aku ada cerita aku makan nasi dengan bawang goreng kicap. Itu memang tak cukup makan. Tapi alhamdulilah, ada jugak la bawang dengan nasi kan. Kat malaysia kita tak putus makan, tak putus rokok(bagi yang smoking la),tapi kat sini kita boleh putus makan, putus rokok dan mungkin putus saudara or kekasih. Eh! Pun boleh okay. Hahaa

Bila baca dari blog orang yang kata dok sini boleh buat duit. Boleh memang boleh. Tapi badan kita to, tahan ke tak? To je sebenarnya. Aku sendiri pun mengaku badan aku tak tahan. Ini pun dah rasa sakit badan dah. Tapi nak buat macamna. Alang2 dah sampai sinikan. Biaq sakit terus. Dan aku percaya pada rezeki.

Kalau ada sesiapa yang nak mai sini kerja, aku nasihatkan boleh mai tak dak masalah. Tapi make sure badan sihat, mental kuat, ada duit poket. Sebab kadang-kadang kena pindah randah itu yang sakit. Boleh jadi pengemis duduk sini. Kat sini jangan mudah percaya pada orang. Aku dah kena. So lagi bagus percaya pada diri sendiri. Duit, barang, makan jaga sendiri. Tak payah harapkan orang lain. Paham? Good!

Nak buat duit dalam season memang terbaik. Kot2 ada yang nak buat duit kawen macam aku ke. Almaklumlah malaysia sekarangkan barang semua naik, hantaran pun naik. Nak beli kereta pun tak mampu. Takkan nak buat loan lagi kan. Kalau target bukan juta2 boleh nak datang sini.

Kalau nak rasa manis kat sini masa korang dapat jumpa kawan-kawan yang best. Duduk satu rumah. Rasa macam kat malaysia sangat. Even korang kerja pun rasa seronok. Serius aku cakap. Then yang terpaling sweet masa dapat gaji la kan, time to memang merenyeh sampai telinga. Hahaha. Itu rasa manis dekat sini.

Pahit kalau korang kena kencing. Macam aku kena lah, itu sebab percaya dekat orang. Pahit sampai rasa kelat yang tak tahan to. Even nak dengar nama dia pun dah menyampah. Sampai menyumpah dalam hati. Kalau jumpa rasa nk penyet2. Hahaa. Salah aku jugak, percaya dekat orang sangat. Walaupun aku hormat dia macam abang sendiri.

Tapi alhamdulilah aku dok kat sini aku rasa seronok. Aku tak payah pikiaq hal kat malaysia. Aku tak tertekan macam masa aku kerja dulu. Hati aku senang sangat. Kawan-kawan pun okay. Masak pun dah macam chef sekarang. Eh! Hahaa

Memang orang cakap macam2 kat belakang. Macam aku tak tau je. "Eh, anak kau ni macam pelarian je. Hitam legam kalah manggis." Daripada aku jadi pelarian kat negara sendiri baik aku jadi pelarian kat negara orang. Kalau korang faham lah kan.

Kan. Macam tak dak orang cakap macam to. Tak pun dalam hati korang cakap, "eeee, keje ladang. Kotornya. Kenapa dia buat kerja to. Eeeeeyarkk!" Mesti korang ada cakap macam tu jugak kan. Hahhaa

Aku tak kisah apa orang nak cakap. Sebab aku memang jenis macam tu. Aku nak jaga mulut orang ke, aku nak jaga hati sendiri? Baik aku jaga hati aku, tak payah nak sakit hati ke susah hati ke. Janji aku selesa dengan diri aku sekarang. Bila orang tanya, "kau happy ke dok sana?" "Yup, im a happy girl!"

Tapi aku rindu malaysia sebenarnya. Aku rindu bau hujan. Aku rindu bau makanan sedap2. Aku rindu nak dengar lagu malaysia, zapin, keroncong, joget. Aku rindu nak dengar azan, kat sini nak dengar azan pun dari apps solat kat tab je la. Aku nak balik malaysia. Cepatlah bulan 5. Cepat lah!

Aku kena fikir kerja je sekarang. Harap2 cepatlah masa berlalu. Hahaa. Sadiskan.

Semoga yang pahit akan jadi manis!

Okay lah, nanti aku update lagi eh. Jumpa lagi nanti.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : kat sini aku tak jumpa kangaro dengan koala bear lagi. Hurmm

Azam 2014

Assalamualaikum.

Nampak tak tajuk dia. Orang dah habis cerita bab azam 2014 aku baru nak start buat azam. Ketinggalan. Hahha

Orang sibuk-sibuk buat azam, aku dari dulu kalau buat memang tak pernah pun tercapai. Satu pun tak. Kesiankan!

Satu sebab pemalas, kedua aku tak pernah ingat azam aku, last sekali aku rasa macam takkan tercapai je so aku abaikan. Hahha.

Tapi tahun ni aku kena ada azam la. Melampau kau kalau aku tak dak azam. Umur aku tahun ni dah masuk 24 tahun. Tapi perangai tak berubah-rubah dok perasan 19 tahun lagi. Oh mannn. Kartun tetap aku tak tinggal. Cemana to? =,="

Memang target aku 24tahun aku nak kahwin. InsyaAllah tahun ni aku akan berkahwin dengan My Man! En.Mon. yeay #clap clap clap#

Tapi to la. Aku kat sini, nak prepared barang semua kat sana. Cemana aku nak settle ni. Jgn kata katering, baju, aku tak cari lagi. Dengan kad-kad aku tak buat lagi. Hahaha. Mampus kelam kelibut la aku balik nanti.

Sepatutnya ikut plan mama aku nak buat before puasa bulan 6, tapi belah En.Mon pulak masalah sebab kakak and adik dia dekat sarawak. So nak balik pun hari raya la. Takkan akak dia nak ulang alikkan. Tak kelibut macam to. Kesian pulak, lagi pun memang semua tak prepared lagi. Aku dah bincang dengan En.Mon nak buat lepas raya. Biar smooth je tak dak la serabut sangat nanti. Tapi masalah dia camna aku nak cakap dekat mama aku. Hurmmm

Untuk tahun 2014 ni jugak kalau boleh aku dah nak start bisness aku sendiri. 99% rezeki daripada perniagaankan. So aku berpegang pada to. Kalau ada rezeki aku insyaAllah aku berjaya, kalau bukan rezeki aku mungkin kat tempat lain rezeki aku. Plan dah buat, tunggu masa nak jalan je. Balik ni aku akan start sikit-sikit.

Aku ada lagi satu azam yang dari dulu lagi aku teringin nak buat. Aku kan asal kampung. Mostly memang budak kampung tak terdedah sangat dengan seni. Aku kalau boleh nak sangat bukak workshop untuk seni. Macam every weekend akan ada drawing, canting, painting, coloring. Omgee. Aku nak sangat sebenarnya buat macam to. Aku nak lagi ramai terdedah dengan art. Dan kalau boleh aku nak buat dekat sekolah rendah, menegah. Biar diorang nampak apa sebenarnya seni ni. Lagi best kalau aku ada bengkel sendiri. InsyaAllah akan aku usahakan!

Untuk barang kecik-kecik to biasalah. Aku kan macam lelaki sikit. Nak boots la. Nak travel pack lah. Melampau kan. Geleng kepala je En.Mon dengan  aku. Ahaha

Tapi before aku start semua kerja ni aku nak pergi bercuti dulu. Aku nak pergi pulau. Aku nak snorkeling. Krabi ke, perhentian ke, tioman ke, pangkor ke, sipadan ke. Aku tak kisah. Janji pantai. Hehee

Itu je aku punya bebelan untuk entry kali ni. Nanti aku bebel lagi eh. Doakan aku berjaya dengan apa aku nak buat ni. Yeah!

Jumpa lagi. Bye!

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : ada bantuan ke kalau aku nak buat workshop seni macam to? Kalau sesiapa yang tahu tolong email ke ajeerahashim@gmail.com. terima kasih!

Lake

Assalamualaikum!
Ini ialah post lama yang dikepam didalam draft. Hahaa

Masa tu aku still dok rumah lama lagi. Kengkononnya nak pergi jalan la petang to. Riadah la kononkan. Itu pun si hanip ngn fuad yang ajak. Kalau nak harapkan aku dengan En.Mon memang tak lahkan. Hahaha

En.Mon kalau panas bukannya nak. Bayangkan kat malaysia dia pergi isi minyak je pun. Peluh macam lari 100meter. Bukan aku nak tipu, lencun. So, aku boleh agak la anak aku macamna nanti. Ahhaa

Disebabkan telah di ajak, maka aku dengan En.Mon pun mulakan misi pengembaraan. Poyo!

Diorang cakap nak pergi lake. Tapi aku tak pernah terbayang camne la yang diorang cakap lake to. Hahaa

Jalan punya la jauh kau. Aku rasa macam nak patah kaki pun yea. Jauh sesungguh wehh. Aku dengan En.Mon sumpah tak pergi dah. Dasar pemalas! Hahaa

Ni bukan lake, tapi macam more to park la. Pokok suma macam nak mati je aku nengok. Hahaa. Ramai jugak yang family petang jalan-jalan termasuk lah anjing. Kalau yang kecik comey2 to aku rasa macam nak penyet2 je. Comey gila. Ada yang bertocang lah, ada yang sampai tak nampak mata. Cemmana la kau jalankan. Hahaha

Tapi arito ada aku selisih dengan anjing hitam. Mak aih memang besau nak mampus. Tinggi dia takat pinggang aku, badan panjang gila. Nasib baik tuan dia pegang tali. Tapi aku rasa kalau dia lari, sekali dengan tuan kena heret. =,="

Lepas pusing lake to seround, ada dengar bunyi macam ada event. Punya la cari sekali tengok orang dah balik dah. Jauh to jalan. Hahaa

Yang bro fuat nak ajak balik malam. Tak sanggup den, ini pun macam nak terguling-guling aku rasa. Hahaa

Mohon jangan ada pengsan tengok gambar En.Mon eh. Dia memang macam to kengkadang. Layankan je la. Hahaa

Jumpa lagi.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : rupanya lake yang diorang cari to dekat dengan town. Pagi-pagi aku pergi keje guna jalan to. Itu lagi jauh kalau diorang nak pergi. Surrender!!!

Sunday 5 January 2014

Tambah orang / Menu sedap!

Assalamualikum.


Hari ni aku update lagi. Sementara ada internet ni. Marilah berjemaah update. Haha

Nanti aku dah malas memang tak berupdate la jawabnya. Pemalas to memang dah tak boleh hilang. Hahha

Sekarang rumah aku ada madie, mat yie, hanan, mat ariz, aku dan en.mon. dah sekarang tambah lagi tiga orang. Dah berapa dah to? Sembilan orang dah. Sebenarnya mat ariz dah cakap ke latip rumah ni dah penuh, tapi dia nak jugak sumbat. Tengah kami dok lepak minum kopi, tengok-tengok dah sampai depan rumah dah. Semua macam, "erk, okay jemput la masuk." Hahaha

Dan yang masuk kali ni 3 orang lelaki pangkat pak cik-pak cik. Homaigod!! Pepagi je ada adegan yang meloya tekak aku. Dah la bilik aku dekat dengan toilet. Saba je lah. =,="

Lepas to isu semasa diorang politik, politik, politik. Aku macam nak cakap je. "Pak cik, kalau kat sini tak payah la bincang pasal politik. Buat sakit hati je. Balik malaysia kita sembang naa."

Suara macam nak sembang dengan rumah sebelah dah gayanya. Hahaha. Takpe lah pak cik. Layankan.

Sekarang keje aku hari-hari fikir nak masak apa. Mat yie, en.mon dengan hanan jenis makan kuah banyak. En.mon dengan mat yie makan ayam part tulang je. Sama dengan aku lah kan. Hahaa. En.mon kalau sardin tak makan, so aku kena goreng papadom kat dia. Kalau tak hanan punya sambal belacan. Cicah dengan ulam, hanan punya sambal belacan lazat boohhh. Aku makan sampai ratah saja, pedas, masin, masam cukup lah. Aku bagi 5 bintang!Yang lain semua okay. No problem!

So harini aku tak boleh tidur lepas subuh, layan jap upin ipin, oh! My ganu. Dekat pukul 10 something aku lupa ayam tak potong lagi. 2 ekor pulak to diorang beli bukan nak tolong potongkan sekali. Sobs sobs!
Aku kat malaysia potong ayam sekor tak pernah kot, sampai sini dia jadi pandai sendiri. To orang cakap, bila dah dok jauh ni pandai je berdikari. Nak hidupkan, mesti lah pandai cari jalan kan. Tetiba rasa macam chef sangat. Haha 

Aku buat ayam masak merah + papadom + nasi minyak. Walaupun kurang masin  tapi bagi aku berjaya doh to. Heee



Resepi nasi minyak
5 cawan beras **basuh dan buang air
Bawang merah sebiji **blender atau tumbuk
Halia sedikit **potong nipis
Kayu manis dan bunga lawang (bunga cengkih tak dak)
1 senduk Minyak sapi atau mentega/butter **aku guna butter
1 cawan susu cair @ susu segar


Cara-cara
Panaskan kuali dan masuk kan butter dan biar sampai cair.
Tumis bawang merah, kayu manis, halia dan bunga lawang sehingga naik bau
Kemudian masukan beras dan kacau seketika.
Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi. Tambahkan susu dan air 3 atau 4 cawan.
Perasakan dengan garam sedikit


-


Ayam masak merah
Ayam seekor atau setengah di potong
Bawang merah, halia, bawang putih **ditumbuk/blender
Kayu manis dan bunga cengkih
Tomato 2 biji
Sos tomato / sos cili
Sos tiram


Cara-cara
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam. Gorengkan.
Kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk/blander, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan cili.
Bila sudah mendidih masukkan ayam dan tambahkan air biar seketika.
Masukan tomato yang siap dipotong
Perasakan dengan garam dan gula


Nampak? 

Ada gaya karangan chef tak. Hahha

Aku berjaya la jugak untuk kali ni. Aku dah pernah buat nasi ayam, sup, nasi minyak, ayam masak merah, ayam masak kicap. Ayam goreng lemon.

Wah... aku dah boleh jadi chef ni. Haha

Tapi takdelah sesedap mama aku masakkan. Huhuu. Aku cuba masak macam mama. Kengkadang jadi. Kengkadang tak jadi. Hahaha. Usaha lagi. Yeah!

Okaylah, selamat mencuba!!

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : seronok bila kita masak orang makan berselera! Ayam masak merah aku banyak kuah sebab ada jenis yang makan kuah banyak.

Friday 3 January 2014

Plum picking

Assalamualaikum,
Rajin nau aku hapdate sekarang eh. Heee

Sebenarnya aku dah lama save as draft. Sebab tak dak gambar, ini pun ciput je gambar yang ada. Ehsan dari madie. Haha

Aku kat sini dah start TIDUR means aku dah start cuti tunggu buah besar. Picking only start at the end of january, hambek kau! Dekat sebulan kau aku tak kerja. Ni mula garu kepala ni. Its not good!
Disebabkan aku dah start cuti, so aku dah start cari part time job. Aku start plum picking. Ni first time aku picking ni, aku tak pernah buat lagi sebab aku baru lepas buat tining je.

Aku, en.mon, madie, hanip and bro apat yang pergi kerja ni. Ni pun bro apat punya kawan yang info. Gary nama dia. Dia yang akan pickup esok pagi. Oh ya, he is indonesian.

Pukul 4.15 am aku dah bangun sesiap apa yang patut. Sharp 5.15am si gary ni dah datang dengan kereta subaru dia (macam aku kenal je jenis kereta. Hahaa). Si gary ni akan ambik 2 trip, first trip dia pickup aku, en.mon, hanip dan madie. Second trip dia ambik bro apat dengan budak lain la. Dari rumah aku nak pergi farm dalam 30 minit la naik kereta. Sampai farm dalam pukul 5.45am. Sunyi sepi tak dak sapa lagi mai. Kami 4 orang je yang tercongok kat depan farm. Hahaa

Aku buat contract untuk plum ni. Kiranya aku, en. Mon, hanip dan madie satu group. Bro apat dengan gary satu group. Diorang buat dua orang, depakan superman.

Group or individual ni akan bawak treaktar sorang satu untuk pergi line memasing. Masa nak kena bawak trektar to, hanip tolak madie, madie tolak en. Mon. Last sekali en.mon yang bawak. Lega aku rasa en.mon boleh bawak. Sebab aku rasa dia ja yang boleh bawak. Nak suruh aku? Mau satu farm musnah angkara aku nanti. Hahaa. Bila dah masuk line memasing, first sekali aku check berapa panjang line to.  Ya ampun kau. Panjang nau line dia. Sayup je aku tengok.

Aku picking bawah dan hanip and madie gilir-gilir, sian en.mon tak pepasal kena buat atas je. Huhuu. Sori bro! Terima kasih, heeee. Untuk picking plum semua ada picking beg or beg kangaro sendiri. Function dia untuk pick buah dan bila dah penuh akan transfer terus ke bin. Bin to pulak akan pecah ikot tray. Korang pernah tengokkan tray yang warna hitam letak buah? Haa cmto la. Satu tray dlm $3 dollar, dan dalam 1 bin kena ada 12 tray.

Buah kali ni aku rasa second pick ni sebab buah tak banyak langsung. Plus aku rasa memang tak boleh buat duit. Buah dia kecik sangat kot. Selalu plum besar buah tennis. Ini buah dia besar limau nipis, jenuh aku nak penuhkan buah dalam 1 tray.

Sebab aritu panas sangat. Pukul 12 dah suhu menggila, kami dapat 3 bin je. Means dapay 36 tray and total harga yang kami dapat $108 sahaja. Lepas to bayangkan kena bahagi 4. Berapa je yang dapat. Letih je lebih.

Ada sorang uncle india ni, dia kerja sini dah 4 tahun dan dah dapat PR sini kot. Keje tetap terus. Aku tanya dia macam-macam, dia kata sini dah xboleh buat duit. Tak macam dulu. Dulu sekali season picking dekat 2 bulan. Sekarang 3 minggu dah habis, sekali bawak turun orang picking ramai nak mampus. Maunye tak cepat habis. Xpela uncle. At least ucle dah kerja tetap dah. Saya ni terkontang kanting ni ha. =,='

Lagi 1 tips kalau nak tau kerja apa yang boleh buat duit, kerja apa yang tak boleh buat duit ialah kalau ramai cina malaysia kerja situ. Memang boleh buat duit. Kalau tak dak langsung, memang tak boleh buat duit. Sebab cina malaysia memang pandai cari lubang nak buat duit. Diorang takkan buat kerja yang sakit badan tapi untung tak banyak. Tapi tempat yang aku buat plum ni tak dak langsung. Banyak latin, south afrika, indonesian and korea. Dah paham sekarangkan.
Good!!

Balik je rumah tanya abang gee cmna kutip cherry. Dia kata satu tray $11. Tray dia sama dengan tray aku to. Then buah dia pun besar. Sehari dia boleh dapat 12 tray. Berapa dah to. Padahal time to dah ada orang ajak, tapi si apat tak nak pergi. Takpe lah. Ni nama dia pengajaran. Lepas ni dah paham oke la kan. Alhamdulilah..

Nanti aku update lagi eh. Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : kalau nak tau buah plum to manis ke tak. Cari yang warna kulit dia purple nak ke hitam. Kalau merah lagi. Masam sikit laa.


Time ni treaktar rosak. So kena tarik. Ni lah besar 1 bin. Dalam to semua buah.



Thursday 2 January 2014

Melbourne Musseum, House of Parliament.

Assalamualaikum.
Salam jumaat! Lelaki-lelaki dah ke masjid, ya aku jadi raja di rumah. Haha

Hari ni aku masak nasi ayam itu pun last stock dah. Semalam dah tanya aku arini nak masak apa. Kesian pulakkan. Padahal aku tak plan pun nak masak nasi ayam. Sebab aku dah masak nasi. Lepak kat sofa then terus teringat nak masak nasi ayam. Nasi ayam + sup ayam + sambal belacan + ulam +papadom!! Aku tak sempat nak tangkap gamba. Lesapp! Lincin kot. Sekali dengan sup habis. Hahaha. Mission accomplish.

Okay kembali ke story yang asal. Masa aku dekat melbourne haritu aku ada pergi House of Parliament dan Melbourne Musseum. Itu pun masa bila aku dah tak ingat sebab aku tangkap gambar guna tab en.mon patutla aku rasa macam ada benda je yang kurang. Hahaa.

Tapi time aku sampai house of parliament tak boleh masuk. Kenapa entah. Eh geram aku, jauh boleh tahan aku jalan.






Disebabkan tak boleh masuk kami pergi la ke Melbourne Musseume. Time aku keluar to dah lewat jugak la. Aku keluar hostel dalam tengahari lepas aku sentap sebab en.mon tak nak keluar. Hahaha

Melbourne Museum ni agak jauh sebenarnya dan disebabkan nak jimat, aku jalan je kaki nasib baik sejuk angin kuat nak mampus. Aku nak pegang tengok map pun sejuk gila. Hehee

Masa aku sampai ni dah tak ramai orang dan time ni ada exhibition JAMES BOND 007. Apa lagi en.mon sengeh laa. Tapi yang tak bestnya kalau nak masuk next section keno bayor $10 per person. Hamboihhh saja buat aku sedih kan. So aku berguling2 je la dekat situ.

Tapi yang aku rasa excited datang sini bila tengok architecture dia. Cantik kot. Aku rasa nanti before aku balik aku nak pergi sekali lagi la.









Sebelah dengan Melbourne Messeum ada lagi satu musseum dan dah tutup. Sapa suruh datang lambat. Hahaha. Padan muka! Buat penat jalan je la jawabnya. So aku pun merayau jugak la dekat area museum to. Tapi dia ada park cantik, ramai yang bawak family duduk lepak, picnic, main bola la. Aku pun join sekaki lepak kejap. Hehee


Ada binatang apa ntah. Macam musang.








Dah habis pusing aku pun balik la. Muka letih semua ada. Tapi sempat jugak beli kebab before balik. Lapaq weii.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Nanti aku update yang lain pulak k. Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : walaupun sejuk time ni tapi aku tetap kena sunburn. Haha