Salam jumaat! Lelaki-lelaki dah ke masjid, ya aku jadi raja di rumah. Haha
Hari ni aku masak nasi ayam itu pun last stock dah. Semalam dah tanya aku arini nak masak apa. Kesian pulakkan. Padahal aku tak plan pun nak masak nasi ayam. Sebab aku dah masak nasi. Lepak kat sofa then terus teringat nak masak nasi ayam. Nasi ayam + sup ayam + sambal belacan + ulam +papadom!! Aku tak sempat nak tangkap gamba. Lesapp! Lincin kot. Sekali dengan sup habis. Hahaha. Mission accomplish.
Okay kembali ke story yang asal. Masa aku dekat melbourne haritu aku ada pergi House of Parliament dan Melbourne Musseum. Itu pun masa bila aku dah tak ingat sebab aku tangkap gambar guna tab en.mon patutla aku rasa macam ada benda je yang kurang. Hahaa.
Tapi time aku sampai house of parliament tak boleh masuk. Kenapa entah. Eh geram aku, jauh boleh tahan aku jalan.
Disebabkan tak boleh masuk kami pergi la ke Melbourne Musseume. Time aku keluar to dah lewat jugak la. Aku keluar hostel dalam tengahari lepas aku sentap sebab en.mon tak nak keluar. Hahaha
Melbourne Museum ni agak jauh sebenarnya dan disebabkan nak jimat, aku jalan je kaki nasib baik sejuk angin kuat nak mampus. Aku nak pegang tengok map pun sejuk gila. Hehee
Masa aku sampai ni dah tak ramai orang dan time ni ada exhibition JAMES BOND 007. Apa lagi en.mon sengeh laa. Tapi yang tak bestnya kalau nak masuk next section keno bayor $10 per person. Hamboihhh saja buat aku sedih kan. So aku berguling2 je la dekat situ.
Tapi yang aku rasa excited datang sini bila tengok architecture dia. Cantik kot. Aku rasa nanti before aku balik aku nak pergi sekali lagi la.
Sebelah dengan Melbourne Messeum ada lagi satu musseum dan dah tutup. Sapa suruh datang lambat. Hahaha. Padan muka! Buat penat jalan je la jawabnya. So aku pun merayau jugak la dekat area museum to. Tapi dia ada park cantik, ramai yang bawak family duduk lepak, picnic, main bola la. Aku pun join sekaki lepak kejap. Hehee
![]() |
Ada binatang apa ntah. Macam musang. |
Dah habis pusing aku pun balik la. Muka letih semua ada. Tapi sempat jugak beli kebab before balik. Lapaq weii.
Itu sahaja untuk entry kali ini. Nanti aku update yang lain pulak k. Terima kasih sudi baca.
Xoxo
Ladymonster
Notakecik : walaupun sejuk time ni tapi aku tetap kena sunburn. Haha
No comments:
Post a Comment