Assalamualikum.
Hari ni aku update lagi. Sementara ada internet ni. Marilah berjemaah update. Haha
Nanti aku dah malas memang tak berupdate la jawabnya. Pemalas to memang dah tak boleh hilang. Hahha
Sekarang rumah aku ada madie, mat yie, hanan, mat ariz, aku dan en.mon. dah sekarang tambah lagi tiga orang. Dah berapa dah to? Sembilan orang dah. Sebenarnya mat ariz dah cakap ke latip rumah ni dah penuh, tapi dia nak jugak sumbat. Tengah kami dok lepak minum kopi, tengok-tengok dah sampai depan rumah dah. Semua macam, "erk, okay jemput la masuk." Hahaha
Dan yang masuk kali ni 3 orang lelaki pangkat pak cik-pak cik. Homaigod!! Pepagi je ada adegan yang meloya tekak aku. Dah la bilik aku dekat dengan toilet. Saba je lah. =,="
Lepas to isu semasa diorang politik, politik, politik. Aku macam nak cakap je. "Pak cik, kalau kat sini tak payah la bincang pasal politik. Buat sakit hati je. Balik malaysia kita sembang naa."
Suara macam nak sembang dengan rumah sebelah dah gayanya. Hahaha. Takpe lah pak cik. Layankan.
Sekarang keje aku hari-hari fikir nak masak apa. Mat yie, en.mon dengan hanan jenis makan kuah banyak. En.mon dengan mat yie makan ayam part tulang je. Sama dengan aku lah kan. Hahaa. En.mon kalau sardin tak makan, so aku kena goreng papadom kat dia. Kalau tak hanan punya sambal belacan. Cicah dengan ulam, hanan punya sambal belacan lazat boohhh. Aku makan sampai ratah saja, pedas, masin, masam cukup lah. Aku bagi 5 bintang!Yang lain semua okay. No problem!
So harini aku tak boleh tidur lepas subuh, layan jap upin ipin, oh! My ganu. Dekat pukul 10 something aku lupa ayam tak potong lagi. 2 ekor pulak to diorang beli bukan nak tolong potongkan sekali. Sobs sobs!
Aku kat malaysia potong ayam sekor tak pernah kot, sampai sini dia jadi pandai sendiri. To orang cakap, bila dah dok jauh ni pandai je berdikari. Nak hidupkan, mesti lah pandai cari jalan kan. Tetiba rasa macam chef sangat. Haha
Aku buat ayam masak merah + papadom + nasi minyak. Walaupun kurang masin tapi bagi aku berjaya doh to. Heee
Resepi nasi minyak
5 cawan beras **basuh dan buang air
Bawang merah sebiji **blender atau tumbuk
Halia sedikit **potong nipis
Kayu manis dan bunga lawang (bunga cengkih tak dak)
1 senduk Minyak sapi atau mentega/butter **aku guna butter
1 cawan susu cair @ susu segar

Cara-cara
Panaskan kuali dan masuk kan butter dan biar sampai cair.
Tumis bawang merah, kayu manis, halia dan bunga lawang sehingga naik bau
Kemudian masukan beras dan kacau seketika.
Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi. Tambahkan susu dan air 3 atau 4 cawan.
Perasakan dengan garam sedikit

-
Ayam masak merah
Ayam seekor atau setengah di potong
Bawang merah, halia, bawang putih **ditumbuk/blender
Kayu manis dan bunga cengkih
Tomato 2 biji
Sos tomato / sos cili
Sos tiram
Ayam seekor atau setengah di potong
Bawang merah, halia, bawang putih **ditumbuk/blender
Kayu manis dan bunga cengkih
Tomato 2 biji
Sos tomato / sos cili
Sos tiram
Cara-cara
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam. Gorengkan.
Kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk/blander, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan cili.
Bila sudah mendidih masukkan ayam dan tambahkan air biar seketika.
Masukan tomato yang siap dipotong
Perasakan dengan garam dan gula

Nampak?
Ada gaya karangan chef tak. Hahha
Aku berjaya la jugak untuk kali ni. Aku dah pernah buat nasi ayam, sup, nasi minyak, ayam masak merah, ayam masak kicap. Ayam goreng lemon.
Wah... aku dah boleh jadi chef ni. Haha
Tapi takdelah sesedap mama aku masakkan. Huhuu. Aku cuba masak macam mama. Kengkadang jadi. Kengkadang tak jadi. Hahaha. Usaha lagi. Yeah!
Okaylah, selamat mencuba!!
Xoxo
Ladymonster
Ladymonster
Notakecik : seronok bila kita masak orang makan berselera! Ayam masak merah aku banyak kuah sebab ada jenis yang makan kuah banyak.
No comments:
Post a Comment