Thursday 29 May 2014

-RASA-

RASA

_________________________________________________________________________________

Letih, 

Penat, 

Marah, 

Sedih, 

Benci, 

Sayang!


Itu semua rasa,
Yang kau dan aku akan rasa.

Kau mungkin boleh pilih yang mana kau suka,
Tapi,
Penghujungnya kau sendiri tak tahu apa yang kau akan rasa.

Derita?
Gembira?

Jangan terlalu mengharap pada bulan untuk jatuh ke riba,
Jangan terlalu mengharap pada kaki yang melangkah,

Salah,
Kalau melangkah belum tiba waktu.

Melangkah bila kau rasa kau ini waktu untuk kau melangkah. 
Keluar dari sesuatu,
Keluar untuk rasa semua!

Tapi,
Jangan terlalu mengharap.

Tapi,
Percaya pada hati.
Letak diri dalam semua situasi.
Nanti kau akan rasa sendiri.

Semua rasa.

Tapi kau takkan menyesal.
Kau takkan letih.
Kau takkan marah.

Sebab kau tahu semua rasa.
Kau akan rasa lebih KUAT!

Rasa yang paling kau suka.

Tunggu masa.
Dan melangkah lah untuk semua rasa.


xoxo
sang perasa.

_________________________________________________________________________________



Wednesday 28 May 2014

TIPS KERJA DI AUSTRALIA

Assalamualaikum.

Hari ni aku cuti. Harap maklum. hee

Harini aku nak cerita pasal scam kerja dekat australia. Aku tahu ramai yang datang sini baca dekat blog lah. Kata datang sini boleh buat duit. Memang boleh buat duit. Tapi itu ikut niat dengan kemampuan yea. Jangan ingat kerja sini macam kau duduk goyang kaki okay!

Ada aku blog walking tadi. Ada yang buat pengambilan kerja dekat sini. Haih. Ada yang boleh PERCAYA. Ada yang TAK BOLEH PERCAYA. Sebelum korang datang sini, makesure korang dah search dulu betul2.

Ada yang jenis percaya 100% dekat kontractor tu. Bayar sampai RM3000. Tapi bila sampai sini tak dak kerja. Tak pun kontractor tu hilangkan diri.

Aku ada kawan yang kena 'kencing' sampai RM5000 seorang. Bila sampai sini, kontractor tu hilang macam tu je. Kesian aku tengok. Duit semua habis. Kerja pulak tak dak. Ada yang bayar tapi alhamdulillah ada kerja, ada tempat tinggal.

Aku dulu pun datang tak kenal orang. Tapi alhamdulillah aku ada jumpa orang. Itu nama dia rezeki. Tapi yang les tipu kerja ni. Aku kesian pulak. Tak baik hoi!

Macam kawan aku ah hoong, dia bayar RM8000 kot. Tapi alhamdulillah dia ada kerja non stop, ada tempat tinggal. Tak dak la terkontang kanting je. Dulu dia dekat Brisbane, lepas habis kerja sana dia datang sini pulak kerja. Tu pun orang cakap rezeki.

Kalau dapat kontractor yang betul boleh bagi kerja, ada rumah, tak apa jugak. Jangan dapat yang suka kongkong, dengan tipu duit kita lagi, cakap benda yang tak bagi kau keluar dari dia. Sebab? Kalau kau keluar dari dia, nanti kau ada masalah la, immi datang nanti kau tak tahu pergi mana. Macam menakut2 kan kau. Be brave. Jangan terkongkong!

Kalau kita buat baik, takkan orang nak buat 'taik' kan. Tak ada kan. InsyaAllah.


There is a few of things that you should know before you pay to the contractor.

  1. Gaji kat sini macamna?
  2. Transport pergi kerja disediakan?
  3. Gaji akan dapat setiap hari apa?
  4. Tempat tinggal akan disediakan? Deposit rumah?

_________________________________________________________________________________


Gaji kat sini macamna?

CONTRACT
Kalau contract, ini kena ikut kemampuan diri sendiri. Sama ada kau boleh buat atau pun tak. Kena kuat dan jangan putus asa. Mula2 biasalah, tak pandai lagi, lama2 mesti dah okay kan. Jangan fikir negative.

Contoh : Kalau petik buah epal. Dia ikut farm, satu bin ada yang $35 ada yang $29. Kenapa? Sebab contrator dah makan sikit. Harap faham lah yea.
Sehari kerja dalam 8jam -10jam. Seorang boleh buat dalam 3 ke 5 bin.

Misalanya satu bin $29, kita ambik paling murah la.
Means sehari boleh dapat $29 x 4bin = $119
$119 x RM2.90 = RM 336.40.
Itu untuk seharilah.

Kalau dah biasa, mungkin boleh buat lebih. Tapi ini ikut atas owner farm. Kalau first pick mungkin susan sikit, sebab kena colour pick, size pick. Cerewet sikit. Tapi nanti akan ada all down. Time ni size tak kisah, colour tak kisah. Ini aku cerita lain okay.


Contoh bin. Ini tomato punya, tapi sama ja sebenarnya.

HOURLY
Sehari kerja dalam 8jam sehingga 10jam. Ini mungkin untuk yang first time bagus. Sebab bila bayar hourly kau boleh belajar buat dan tak payah nak terkejar sangat. Tapi still kena buat cepat okay.

Hourly ni akan dibayar ikut berapa jam kita kerja. Tapi still akan ada target bin per person yea.
Contoh 1jam $15.50.
8jam x $15.50 = $124
$124 x RM2.90 = RM359.60

Memang banyak. Tapi still ada pro and corns yea. Kalau hourly ada masa rehat dia sendiri. Tapi kalau contract boleh nak rehat ikut suka hati. Nak balik pun ikut suka hati. Hehe

_________________________________________________________________________________


Transport pergi kerja disediakan?

Sila tanya transport disediakan ke tak. Bukan apa. Kalau disediakan tanya berapa dia charge. Jangan sehari dia charge $12 kalau tempat tak jauh mana. Tak berbaloi.

Lagi satu kalau transport tak disediakan, nak pergi kerja macamna? Jalan kaki?

Nanti langsung tak boleh pergi kerja.

_________________________________________________________________________________


Gaji akan dapat setiap hari apa?

Selalunya gaji akan dapat setiap hari jumaat sebab market akan tutup hari jumaat dan sabtu. Tapi kadang2 terpulang lah. Kadang2 ada yang jenis tutup account lain2.

Lagi satu, kadang2 ada yang akan hold seminggu gaji. So, sill spend duit lebih sikit untuk survive okay.

Gaji dekat sini akan dibayar per week yea. Macam tu jugak dengan rumah. heee


_________________________________________________________________________________


Tempat tinggal akan disediakan? Deposit rumah?

Ada yang jenis contractor bagi rumah farm, ini maybe jauh sikit dari town dan maybe susan nap keluar beli barang la.

Ada jugak yang jenis dapat rumah dekat tengah2 town. Sila berhati2 okay. Jangan nak hyper bising sangat. :)

Rumah kat sini akan dibayar per week, so nanti bila dapat gaji terus bayar rumah. Kadang2 ada yang potong terus dari gaji. Macam2.

Normally rumah around $80 - $100 per week la. Per person yea. Dia jade mahal sebab kira per head bukan satu rumah. Itu yang mahal. Sebanarnya rumah hat sini sewa murah nak mampus. Aku tak tipu. Tapi sebab sewa bawah contractor so, dia akan kira per head.

_________________________________________________________________________________


Aku sekadar share apa yang aku tahu. Kalau2 ada yang nak datang sini. Beware dan jangan tertipu. Tu je aku nak pesan.

Jaga diri bebaik. InsyaAllah tak ada apa2.

Best of luck!

xoxo
ladymonster

notakaki : Ramai contractor yang mulut manis. Hati2.


Thursday 22 May 2014

MAJOR GROUP B

Assalamualaikum.

Rindu!
Aku rindu zaman diploma. Tapi aku makin rindu zaman degree aku.
Aku rindu kawan2 aku, Aku rindu kelas aku.
Aku rindu kelam kabut buat kerja.
Aku rindu nak pergi kelas.
Aku rindu kenangan.

Aku rindu semua wei!
Kalau la ada yang baca aku post ni. Aku nak cakap yang aku rindu korang!

Gambar ni masa sebelum degree show tak silap aku.

Aku rindu korang!
Dari kiri atas : immie, tikah, jojo, lala, ayu candy, aku, ecah, tasha, adam eh amir.
Dari kiri bawah : Baju hitam ni aku tak ingat. Sorry. Laila, fairus, ety, ika, sory tak ingat nama, yaya, fida
Taiko depan : zika, si ah pau(kamal)

Dulu masa part 3 aku tak rapat pun dengan diorang ni. Aku cuma rapat dengan paan and aiman je. Eh! Aiman dengan paan tak dak la dalam gambar ni!

Tapi aku kenal la diorang ni semua. Tapi tak rapat. Tapi lepas satu group dengan diorang final sem. Omak eh! Tergolak den sensorang bila ingat balik. Seriously, diorang ni sempoi, lawak, so supportive, active nak mampus, pandai, rajin dan tersangat lah kreatip. Mak jemah je tak kreatip!

Aku punya supervisor part 6, En Zakwan Harris. Aku tak ingat Harris tu bin ke nama penuh dia. Dulu kalau salah eja nama sure lah kena nanti =_____________=

Aku dengan bebudak ni pangil papa z. Wah ada nama gelaran uolls. Jangan memain dengan papa kitaorang. Gitu!

Papa z baik, garang, kelas memanjang ada, sharp on time, serius, tapi dia memang nak kitaorang jadi yang terbaik lah. Diorang memang terbaik. Aku je kelaut dalam sikit. heee
Masa tengah tunggu review tak silap aku
Fida, kamal, tikah, fairuz, ety, lala, ika, jojo, ayu, mek kot nama dia, laila, ecah dan aku

Aku, ayu candy, nina and ika. Masa ni dah habis assesment. Tinggal degre show je!

Yang makan sampai terjueh mulut tu la captain kitaorang. Nama dia Zainizam. Hahahaa. Bnyak kenangan ni!

Time ni tengah kemas class untuk degree show tai slap aku. rindu wei!!!

Karok session! Ety, ayu, zika, aku. Sumpah rindu!. 

MPG (Malam Pra-Graduan). aku memang selekeh sokmo! haha

memori ni wei. Baru lepas hantar thesis, pergi makan mee ketam. Ya tuhan sedapnya. papa z belanja. Lepas tu karok session. 
Banyak lagi yang aku nak cerita. Banyak sangat. Sangat!

Tapi otak aku tepu pulak.
Nanti aku update lagi k.
Tapi aku rindu korang.
Semoga korang sihat, bahagia dan insyaAllah kalau tak ada apa2. Kita jumpa lagi k.

Terima kasih sudi baca.

Jumpa lagi nanti.

xoxo
ajee

notakecik : kalau lah di pusingkan balik masa. Aku nak tidur je dekat fakulti. hahaa

Sunday 18 May 2014

BERKURUNG

Assalamualaikum.

Aku dah berapa hari duduk rumah je tak berani keluar. Sebab dalam 2 minggu ni banyak betul kes rush dekat farm lah, packing shed lah. Bahaya2. Tak bagus untuk kesihatan dan keselamatan. Hahaaa

Last week ada satu contractor ni dengan budak2 bawah dia semua kena tangkap. Ada la dalam 3 buah rumah. Satu rumah dalam 12 orang. Wohooo!!! Semua tu mostly Malaysia kot. Kesian orang kita. Nasib baik ah hoong tak kena sebab dia pun baik dengan contractor tu jugak. Agak bahaya lah sekarang.

Lepas tu ada kena tangkap dekat Coles and K-Mart kalau tak silap aku dalam 7 orang. Mostly memang asian lah. Confirm punya. Sepatutnya aku kerja esok tu, tapi sam call kata tak kerja sebab ada rush dekat dalam farm. Berapa orang kena tangkap aku tak tau la. Aku call balik sam esok tu, tanya kerja ke tak. Dia kata tak kerja sebab dia dah lari ke Melbourne. Boss call dia and sisca suruh lari pergi Melbourne. Sebab immi datang ke area tempat aku. Ohoi!!!!

Last two days, ada ken a tangkap dekat KFC. Bayangkan, tengah lepak makan pun kena tangkap. Makin bahaya pulak sekarang.

Pesanan aku kalau datang sini macam aku ni ;


  • jangan excited tak tentu hala sangat. Beringat sikit
  • kalau duduk rumah jangan gelak tak ingat dunia. Sebab mostly orang sini tak suka bising2. Kat sini kau tak pernah pun dengar orang memekak ke. Gelak kuat2 ke. Budak2 main depan rumah ke. So, gelak tu cover sikit.
  • jangan selalu keluar. Macam beli barang biarlah seminggu sekali. Macam rumah aku stok makan seminggu punya except untuk ayam la. Barang kering memang beli banyak2.
  • Duit kalau boleh jangan ada banyak sangat. Sebab kita tak tahu apa jadikan. Macam aku ada banyak sikit, aku akan transfer ke Malaysia.



Tapi, ada 3 benda yang paling PENTING.

  • Jangan cari pasal dengan orang lain.
  • Jangan ajak orang datang rumah
  • Jangan bagi alamat dekat orang
Kenapa 3 ni penting?

Sebab kita tak tempat orang. So, tak payah la nak tunjuk hero ke. Nak naik kepala ke. Just buat kerja dan jangan bagi orang sakit hati. Cukup.

Lagi satu, rumah ni la tempat kita berlindung. Kang ramai2 sangat mula lah bising. Kalau dapat housemate yang tak bising takpe. Dapat yang tak sedar diri. Mampus kena report. Lepas tu kalau kau suka hati je bagi alamat dekat orang. Maunye orang tu nak buat dajal dekat kau, kau buat dia sakit hati ke. Satu rumah la kena angkut nanti.

Asalkan kerja kita ikhlas. Tak cari gaduh. InsyaAllah selamat.

Tu je pesan kak bedah hari ni. Selamat minum petang.

eh!

Take care uolls!

Terima kasih sudi baca.

xoxo
ladymonster

notakecik : aku risau jugak nak kerja esok. Tapi mari cekalkan hati! Bismillah.

Saturday 17 May 2014

SELAMAT HARI GURU

Asslamualaikum.

Mahap kak bedah lupa yang kak bedah ada blog. Sampai lupa nak update apa2. kak bedah busy mengemukkan diri je sekarang. Almaklumlah. Dah nak masuk autumn and winter ni, bila sejuk je lapar. Bila sejuk je lapar. Nafsu makan, ya tuhan macam gajah, ke naga. Entah. hahaa

16 May 2014. Hari guru kan. hahaha. Banyak kenangan aku time sekolah sebenarnya. Tak boleh habis satu page je kalau aku cerita. hahaa

Masa aku tadika dulu, aku sekolah dekat tadika mama aku. Kiranya aku ni anak cikgu lah. Wah2. aku punya garang dulu, kalah mak aku kot. Kemain lagi garangnya. Sampai tukang pukul pun aku nak takeover. Dasar gila kuasa!

Ada sorang budak laki ni, nama nizam kot kalau tak silap aku. Dia ni kuat main lepas tu aku geram je. Aku tengok dia kecik besar, kecik besar je. lepas tu akak cubit diam2 je. Laju je aku cubit. hehee. Lepas tu, asal time nak baca doa makan mesti aku yang nak baca. hahaa. Aku dulu masuk pidato ada la sampai peringkat daerah je. Asal lepas makan je, aku kena berdiri atas meja bagi pidato. Muka rilek, tapi hati kecut wei. Aku ni nampak je gengster tapi padahal penakut ya rabbi!

Habis je sekolah tadika, aku masuk sekolah rendah jalan menteri. Aku ingat lagi motto dia, SISTEM IS POWER. hahaa. Sekolah ni la yang banyak kenangan dekat aku, banyak buat perangai, banyak cari hal. banyak buat kawan. banyak join aktiviti. ya. aku lincah dulu.

Aku minat seni dari tadika, so bila masuk sekolah rendah aku suka melukis lah. Lepas tu asal nak hias kemas je mesti aku nk join. hahaa. Aku dulu masa darjah 1 sampai darjah 4 kelas kedua. Kelas pertama indah, Kelas kedua Seri. Aku ni bukan lah bijok pun. Masa aku darjah 4, kelas aku tu asal akhir tahun je mesti kena bawak keluar kerusi meja sebab kelas aku tu akan jadi stage. Time tu la akulah Raja!

Aku selalu geng dengan budak laki, main aci ligan lah, aci duduk lah. buas wei. buas nak mampus. Yang aku ingat nama, asri, adhwa, arsyad. Yang lain aku tak ingat nama. Tapi memang stok lari tas meja lah, bawah meja lah. Meja tu sengaja bagi berselerak nak bagi trill kengkononya!

Aku pernah jadi ketua kelas masa darjah 4. Dia punya garang, fuh! Sampai batang penyapu pun boleh melambung. Hello ketua darjah je kot dulu. Tapi time tu pun dah kira hebat sangat lah. Kak long kawasan kan.

Masa darjah 5 dengan 6 aku masuk kelas indah. Memang selamat kena kekah lah kan. Pandai pulak aku nak lawan dengan budak bijak. Tapi wa buat muka rilek je. tapi otak dah get ready kalau exam markah kelaut. haha

Masa darjah 6 ada kisah paling aku ingat, sebab tu lah sampai sekarang aku geli nak mampus dengan cicak. Time tu kelas teacher chang, dia ajar matematik. Dia dah lah garang, sapa nak keluar kelas nak pergi toilet, sila tanamkan sahaja niat anda. haha

Aku duduk sebelah nini(syazwani sulaiman) then sebelah row aku ada budak lagi, nama apa aku dah tak ingat. Dia ada bagitahu aku."Wei, ada cicak kat kaki ang". Yang aku ingat dia ni kengkononya nak tipu aku la kan. Aku pun buat muka cool je. Sekali aku rasa macam ada benda jalan2 dekat aku punya betis. Sudah! Budak laki tu dah gelak2 dekat aku dah. siot je! hahaa

Aku terus ajak nini, "Wei, nini jom teman aku pergi toilet". Dia pun ikut je. sampai toilet terus bukak kain. eeeeeeeee. cicak tu dah putus ekor. omaigod! Masuk kelas muka merah je. hahaa

Masa sekolah menegah pulak aku masuk sekolah dato haji hussein. tak payah tanya kau punya UPSR berapa. Hahahaa. Harapan mama ku musnah. Sorry mama!

Sekolah menegah yang paling aku tak boleh lupa masa form 1 sampai form 3 kelas Quran dengan ustaz mat che pin. Memang ketaq lutut wei. Walaupun dia suka mencarutsss. Tapi dia baik okay. Aku sayang dia. Dia paling senang aku faham, cara dia buat aku selesa. Walaupun kena berdiri atas meja la. Berjalan itik keliling blok lah. hahaa

Then akupaling suka sejarah. Ada sorang nama cikgu tu, aku tak ingat nama dia, tapi dia paling sporting ajar sejarah. Aku paling suka dia ajar. Then ajar geo cikgu roshidi. Sporting nak mampus!

Masuk form 4 aku masuk aliran sains. Kelas bio, aku tak ingt nama cikgu tu. Tapi saya nak minta maaf cikgu. Saya memang tak minat sains. Dalam kelas dia aku dah get ready biskut, roti, air then story habuan nak menyembang. Tak pun spot nak tido. hahaa

Kelas kimia teacher shobana, cikgu amin. Mintak mahap. Hati saya memang bukan dekat kimia. Mata nak bukak pun tak lepas. hahaa. Ada kelas bi, Teacher apa ntah nama dia. Kesian dia. Aku paling kerap ponteng kelas dia. Geng kaki ponteng, aku, athie, shahida. hahaa. Klau aku keluar, mesti dua orang ni pun mengelupur je nak keluar. ahaha

Aku start serius seni masa aku form 5, cikgu ariffudin. Aku ambik lebih satu subjek SPM, dia banyak tolong aku. Masa aku dapat interview UiTM, dia bagi pinjam pencil. Contoh2 lukisan. Banyak dia tolong aku. Tak terbalas. Dia yang bukak mata hati aku, SENI TU APA?

Banyak yang aku tak cerita. Nanti lah kalau rajin.

Terima kasih untuk cikgu pertama aku. Mama aku sendiri. Cikgu aku dari rumah sampai lah dah besar panajang. Cikgu aku sampai bila2.

Terima kasih UiTM Terengganu. Sir Irwan, Puan Faz, Puan far, Puan ehe, Puan mas ayu, Encik Raja. Sorry aku tak ingat nama. Tapi ni semua yang banyak bagi tunjuk ajar pasal seni. Banyak betulkan apa yang silap tentang seni. Yang bentuk aku jadi pencinta seni dari kacamata aku sendiri.

Terima kasih untuk Lect UiTM Shah Alam. Sir Zakwan, En. Zamani, Cik Andrialis, cik hana, Mama j. Maaf tu je yang aku ingat. Short memory. Maaf. Tapi aku paling terima kasih dekat sir zakwan or aku dengan budak kelas aku pangil papa z. (harap dia tak baca blog aku lah). Sebab dia banyak tolong aku masa final year. Thank you so much sir.

Terima kasih kepada semua yang ajar aku tak kira lah apa pun. Tu pun dah boleh pangil cikgu tu. heee

Terima Kasih.

Terima kasih

dan

Terima kasih. Jasa kalian tak dapat dibayar.

Panjang betul aku bebel. Mahap. Hehee

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

notakecik : Sekarang keadaan agak merbahaya. sekian.

Monday 12 May 2014

HELLO


                                                        "Hello"
                                             By : Lionel Richie


I've been alone with you
Inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips
A thousand times
I sometimes see you
Pass outside my door
Hello!
Is it me you're looking for?
I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted
And my arms are open wide
'cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much
I love you

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again
How much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello!
I've just got to let you know
'cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely?
Or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying I love you

Hello!
Is it me you're looking for?
'cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely?
Or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying I love you



This is one of my favourite songs. Its too deep. I heared this song for the first time during English Subject in my diploma. Sir Amir, he is indian muslim and he teaching us with songs. Oh may god. I really missed him. He is so soft spoken. Always make jokes during the clases. He didnt want us to get bored.

 Oh ya, he is always with his radio. As i mention before, he is teaching us by songs. Hahaha

He not remembered us by name, but the places we come from. For example im come from selama perak. So he will call me 'selama'. Haha. Everytime he called me Selama, my head already flew to my hometown. Seriously, he makes us wanna go home. Suddenly homesick yah! XD

One thing that i really likes him, i loved how he teach us. He wants us to fluent in english. He always tell us that its hard to find Malay student to speak out properly. Either afraid of grammar or ashmed to speak in public. Never stop gives us advice and he always called someone to talk infront of the class. Public speaking. Yah! One of my favourite session in my class, i dunno why i really loves public speaking. Its gives me the fells of confident. Although my grammar is wrong! Hahaha. Never mind. Be brave! ^_________^

Thank you sir for teach, for you advice and all memory that you gives me. I really appreciate it. Either my grammar is not to good, but at least im trying my best to feel not ashmed infront of the people and try to speak out. Thank you sir, thank you so much. I hope you fined and insyaAllah one day we meet again. I really missed Diploma times. Really missed it!

Okay. Till we meet again. 

Thank you for reading.

Xoxo
Ladymonster

Notes : someone asked me to write in english so that he can read it. Sorry for the grammar and everything! =,=



Friday 9 May 2014

SAMMY AND FRANCISCO

Assalamualaikum.

Since from last two days. Im not posting any blog either in facebook or instagram. Only on twitter. Its become hard for me. Arghh. Just being silent.

Back to story.

Hello and hai. Meet my new friends here. Francisco and Sammy, both of them are working with me in the shed too. But they were coming from different country. Francisco from itally (on my wishing list), and sammy from Fiji which is im also interested to go. I dont know why. But it sound interesting. Because Fiji is same like Malaysia, the weather, the similar food but the different is the culture. Heee. One day i will be there.

Okay, lets start with Sammy. Tall man, with dark brown skin color, beautiful teeth and not talkative person for the first time he start working in cherry. He is silent and blur, he didnt know which one to start and which one need to do first.

But then, when we started to talk. Oh my gosh! He is so talkative and he likes to tease people around him. Make jokes and lets people to laugh and always helping others. When everyone was concentrated on work and not talking. He will start to throw something that can shock everyone. For example the tray or bucket. Hahaa

He is a sport teacher is Fiji but his parents are moving to australia. So now he is working here. But maybe on winter he will go back to Fiji and i want him to buy the product from Fiji. He tells me that the product is made up from coconut. For the facial wash and also body lotion. Now im really interested. And not to forgot the pearl. Yah. Pearl. ^______^

Hardworking? Totally hardworking. Help others and if Sam call him in 5 second he will be there. Heee. I like talk to Sammy, nice man with good things to disscuss. I hope to see you again next seasson. InsyaAllah (if God wills).

Francisco is itallian man. His accent more to itallian but still i can understand. He is not to high, with beard, white teeth and hazel eyes. He is backpacker that want the second visa. So he need to continue working in shed until he can get his second visa.

Not to talkative, he likes to talk sweet and a gentelman. When he see a girl carry something heavy. He will come to help. Soft spoken and he still in itallian romantic. Likes to talk about his future loves and always find someone. I hope you can find your another half. Best of luck!

Im not know much about him. Just a little bit. Because we're not talk to much. But he likes to know about asian. How we live, how our life is and what we believe. And yeah, before i forgot. He is itallian and he know a lot of delicious pasta, dessert. Itallian is heaven of pasta and pastry. Now im get a lot of recipe. I will try to make risotto. Heheee

Its good to know other people from others country. Eventhough im not good in english but at least im try to speking. Even my grammar is not good! =,=

Maybe we cant feel the culture but we can feel it through the person. Be friend with others and you will feels the culture.

Till then. See you next entry.

Xoxo
Ladymonster

Hello malaysian. Nanti aku update pasal ni pulak

Sammy, me, erina and also francisco

Now francisco learn a few malay words. And he keep saying to erina. Heee

Sammy and his caravan. He lives in caravan at shed. I duuno how i can lives in caravan. To cold.

Tuesday 6 May 2014

WAHAI PEMBAWA MULUT

WAHAI PEMBAWA MULUT

Susah kalau kita buat elok.
Orang pulak cakap belakang.

Kalau kita buat jahat.
Lagi la orang cakap.
Siap depan2 lagi.

Aku tahu mulut orang bukan senang nak tutup.
Tapi.
Manusia tu sendiri yang patut tahu kenapa dia kena tutup mulut.

Kenapa perlu nak bawak mulut benda yang dia tak tahu.
Kenapa mesti cakap benda yang dia tak pasti.

Kenapa.

Kan lebih baik dia tak bawak mulut.
Dia buat luka.
Dia buat sedih.
Banyak hati yang luka.
Banyak hati yang sedih.

Sudah lah wahai pembawa mulut.
Kerana mulut badan binasa.

Itu memang terjadi.
Bukan sahaja diri sendiri.
Tapi orang sekeliling kamu.

Sudah lah wahai pembawa mulut.
Sudah lah.
Aku sudah letih dengan kamu.
Kamu.
Dan kamu.

Hentikan.

Diam itu lebih baik.

Wahai pembawa mulut..


Xoxo
Si sengsara

Monday 5 May 2014

DIAM

Mungkin diam itu lebih baik,

Mungkin lari itu jalan terbaik,

Aku sendiri,

Aku belum hilang arah,

Sakit pedih luluh sedih,

Aku bicara sama hati aku,

Letak dua tangan agar seimbang,

Letak dua kaki agar selari,

Jangan pernah goyah,

Jangan pernah runtuh,

Tinggikan semangatmu,

Agar aku bisa pergi jauh.

-ajeerahashim-

Sunday 4 May 2014

HAPPY BIRTHDAY EQAH

SELAMAT HARI JADI EQAH!



Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Aku 3 beradik, ni adik aku yang no 2. Pandai. Cantik, tinggi, putih. Sekarang dia study dekat UM. Kos apa aku nak sebut pun tak pandai. Aku bengap sikit kos pelik2 ni. Bengap =,=

Aku memang berlaga angin dengan adik aku yang no 2. Tak boleh dekat langsung. Mesti ada je yang nak gaduh. Aku garang. Dia pun garang. Tak pernah berbaik.

Kalau dia balik cuti sem mesti bergaduh. Besaq2 punya gaduh. Aku pun tak tau kenapa. Macam anjing dengan kucing.

Adik aku yang no 2 memang sayang binatang. Dia paling suka beli kucing. Mostly kucing dekat rumah aku dulu semua dia yang jaga. Dia yang ambik bawak balik rumah. Dia bagi makan. Dia bagi mandi. Dia cukup sayang binatang. Kalau makan nak share dengan kucing pun no hal.

Dia suka masak. Kadang2 dia buat kek, muffin, biskut. Kalau dia rajin buat nasi minyak la. Ayam masak merah la. Sedap kot dia masak. Aku je tak pandai masak.

Dia rajin kemas rumah. Kalau raya pepagi lagi dah kemas rumah. Aku je yang paling pemalas, dasar kuat tido!

Dia dulu form 1 dah masuk MRSM PASIR SALAK. Lepas tu dapat masuk MRSM TAIPING. Then sambung pulak Asasi dekat UM. Then terus sambung dekat UM. Dia jadi contoh yang terbaik untuk adik aku yang bongsu. Aku bukan yang terbaik. Maaf.

Dia sayang keluarga. Dia study tinggi2. Nak bagi mama happy. Selalu balik rumah tengok mama. Tolong tengok adik meme.

Terima kasih eqah sebab tolong jaga mama dengan adik meme. Akak minta maaf kalau akak bukan kakak yang terbaik. Dan mungkin eqah dan meme rasa tak pernah ada kakak. Akak minta maaf.

Tolong jagakan mama yea. Belajar rajin2. Bagi pointer cantik je tau. Tahniah eqah. Sekarang dah besar. Semoga eqah bahagia.

Maaf kalau akak tak pernah wujud dalam hidup eqah dan meme. Tapi akak sebenarnya teringin nak rapat dengan adik2. InsyaAllah kalau panjang umur.

Terima kasih.

Xoxo
Kakak jeerah

Friday 2 May 2014

K.A.W.A.N

Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal kawan2 aku pulak.

Kat sini kau pekerja, aku pun pekerja. Kau kena hormat. Kau kena pandai fikir. Kat sini bukan malaysian people je. Ada Taiwanese, Hong Kong, Fiji, Papua New Geniue, backpackers dari Italy, vietnamese, thailanese and indonesianese.

Kita bercampur. Walaupun bercakap macam ayam dengan itik kadang2. Redha. Hahaa

Dekat packing sheet aku ada indonesia, taiwan, hong kong, and supervisor aku thailand. Alhamdulillah semua okay. Tak ada masalah. Keje pun okay. Senang berkawan. Aku selesa dengan diorang. Walaupun kadang2 aku cakap dengan cambodia tu kena guna isyarat tangan tanpa suara. Aku happy!

Tapi aku ada masalah dengan orang malaysia. MELAYU. Ya bangsa sendiri. Aku tak faham dengan cara diorang berfikir. Sel2 otak tak berhubung ke apa. Ya tuhan. Macam2 masalah.

Ada sorang akak. Akak ke? Mungkin pangkat mak cik. Tapi sebab hormat. Aku pangil dia akak. Nama dia aku tak ingat. Sebab kerja 2 hari je.

Dia datang kerja first day aku tak sempat nak tegur sapa. Sebab aku dekat second grader. Tapi dari gaya. Ya tuhan. Tak tegur langsung. Itulah melayu. Then ada 3 orang lagi. Dari malaysia jugak. Orang sabah. Itu memang okay. Umur laki bini dalam 30 lebih la. Then adik dia dalam 23 camtu. Muda lagi. At least tegur aku. Senyum. Senyum pun cukup.

Yang akak ni. Muka nak kerek. Dengan orang lain pun tak nak sembang. Sampai second day tu. Tak cukup orang. Then Sam pangil aku suruh tolong packing. Aku tolong la. Akak tu tanya aku macam2. Kenapa kerja susah la. Apa la. Aku explain la. "Akak, sini packing lagi senang dari akak duduk kat grader tu kot. Sini tangan akak tak ada lah sakit sangat." Penat aku explain. Dia buat lek je.

Sisca ada la tegur dia suruh cepat sikit. Sebab dia lambat. Satu2 ambik tengok buah. Lepas tu dia angin. Dia kata sisca ni tak hormat dia la. Apa la. Bagi aku biasa la tu. Dia supervisor. Memang tanggungjawab dia la nak bagi tak dak masalah.

Akak tu duduk tray yang sama tak gerak tolong mana2 tray pun. Padahal tray sebelah dia tu dah penuh tahap dewa dah. Dia buat dono je. Omaiguci. Kalau kau lambat nanti sama ada bos or sam akan fired kau. Sebab kau kena biasakan diri kau laju. Kalau lambat. Babai.

Aku dulu pun kena marah dengan sam, dengan sisca, bagi aku adat la kerja. Walaupun dia bangsa lain, negara lain. Tapi at least dia lagi banyak pengalaman. Dia marah sebab nak bagi pandai. At least dia cakap direct. Daripada dia cakap belakang. Kan.

Bagi aku, akak tu kena brainwash sebenarnya. Sebab dia still fikir yang orang negara seberang ni tak patut jadi kepala kat sini. Sini bukan malaysia kak oii. Kita sama2 cari duit. Padahal bangla pun sama kerja dengan kau. Even lagi bagus kot. Melayu je pemalas. Jujur aku cakap, bangsa lain memang kaw2 cari duit.

Sekarang tak pepasal akak tu dah kena stay home. Aku memang tak dapat tolong la. Mahap.

Panjang la bebel. Sesi luahan hati. Heee

Aku seronok keje sini. Aku tak tertekan. Kawan2 pun happening.

Kau tengok erina aksi dia. Tak masuk akal. Hahaha

Masuk air. Hahaa
Yang baju purple aksi paling gila ni nama dia ah hong. Asal Malaysia. Ini memang kaki buat lawak jugak. Kadang2 aku dengar dia cakap pun aku gelak sampai sakit perut2. Hahahaa. Dia selalu bawak makanan bagi aku. Siap tanya aku, kenapa aku tak makan cik bab. Hahaha. So prihatin. Thanks ah hong.

Ah hong ni bahasa inggeris dia tak ok sangat. So kadang2 bila dia cakap tu perkataan tu jadi lucu. Hahaa. Tapi dia suruh aku tegur kalau salah cakap dia. "Little more". Bukan little more. Little bit. Hahahaa

Tapi dia ni pelawak. Seronok kot. Mula2 dulu dia tak peramah. Masa mula2 keja. Sekarang bila dah lama dengan dia. Makin rapat pulak. Hee

Nampak lelaki yang pakai jacket warna kelabu yang tengok camera tu? Nama dia hanafi. Asal indonesia. Dia ni pemalu sangat. Nak sembang pun sikit2 je dengar masa mula2 kerja. Sekarang dah tak masuk akal. Pening kadang2 sembang. Pekat sangat jawa dia. Hahahadia cakap nak kawin dengan perempuan kelantan. Bila aku cakap kelantan. Pengong kawan tak paham. Ahhaha

Yang lelaki pakai sweater warna hijau tu nama dia terence. Asal taiwan. Ini lagi tak masuk akal. Tak clear langsung kalau speaking. Bersepah2. So aku dengan dia kebanyakkan guna bahasa isyarat. Haha. Dia paling suka main2 dengan erina. Itu pun guna bahsa isyarat. Hahaha


 Orang pangil aku dengan dia kembar. Heeee

Ni nama dia erina. Asal indonesia. Kepala dia sama dengan aku. Sama2 gila. Sama2 tak masuk akal. Walaupun kadang cakap macam ayam dengan itik sebab tak paham bahasa jawa dia yang pekat. Tapi aku suka kawan dengan dia. Dia cakap direct. Dan orang yang buat kerja kau2 punya. Tenaga dia memang macam lelaki. Fuh!

Aku belajar buat kerja laju daripada dia. Sebab dia buat kerja memang laju. Dia tak reti rasa penat. Dia memang happening je sokmo. Tak pernah sedih2. Lepas tu selalu share makanan dengan aku. Kadang2 aku share makan apa yang aku masak. Dah macam berkelah kot. Siap suap2 makan tak tahan tu.hahaa


                                       
Yang pengang tomato tu eika, indonesian. Baik. Lawak. Peramah sangat. Cakap pun sangat lemah lembut. Serius. Aku suka cakap dengan dia. Asalnya bali. Kalau aku pergi bali dia cakap nanti dia bawak pusing2 bali. Weeehuuu! Sekarang kawan bali dah ada, jakarta ada. Bandung pun ada. Shopping time. Eh! Hahahaa

Yang sorang lagi tu asal taiwan. Nama dia ah miu. Lagi dan tersangat lemah lembut. Aku tak pernah lagi dengar dia cakap or gelak kuat2. Mula2 dia ni sangat lemah lembut. Sekarang dah makin laju kot. Ini tak segila erina. Haha

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi masalahnya aku punya memory card aku dah rosak. Itu masalah dia. So mostly gambar aku tak dapat diselamatkan. Sedih kot.

Nak beli iphong 5. Eh! Hahaha

Nanti apa2 aku update lagi eh. Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : mohon gaji banyak nak beli iphong. Er. Ke sony. Eh. Tralalaaa. Hahaa