Tuesday 25 March 2014

SEDIH

Assalamualaikum.

Hati aku sedih dengan berita tentang MH370. Walaupun bukan kena dekat family aku, tapi aku tetap terasa. Baca news pun aku dah mengalir air mata. Sedih sangat.

Kat sini pun ada news tentang MH370. Masa PM Najib announce tu pun aku tengok. Ya Allah sebaknya. Untuk 2minggu lebih kita tertunggu2 tentang berita ni. Tapi itulah. Belum apa2 ramai sangat yang buat spekulasi bukan2.

Tak apa lah. Apa pun semua dah tertulis. Dari Allah kita datang. Kepada Dia jugak kita pergi. Allah lebih menyayangi mereka. Semoga doa-doa takkan putus mengiringi mereka disana. Selagi tiada apa yang ditemui semoga masih ada harapan. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan pencarian.

Tapi sebenarnya kalau ikutkan hati kecil aku. Aku masih berharap mungkin ada survive lagi. Tapi waallahualam. Kalau ada, ada la. InsyaAllah.

Lepas habis apa yang berlaku dekat Malaysia. Sekali lagi hati aku tersentak lepas baca news tentang Mesir. Ya Allah. Baru berapa hari aku tak dak internet. Macam2 yang aku terlepas. Sedih bila tengok apa yang terjadi. Tapi senyuman diwajah2 mereka tenang sebab syurga lah tempat mereka.

Mempertahankan islam dengan sepenuh hati. Jihad kerana agama. 529 orang dihukum mari. Tiada pengadilan kepada mereka. Syurgalah bagi kamu . InsyaAllah. Semoga berbahagia di sana. Amin

Nanti aku update lain. Harini biarlah post ini dulu.

Al-fatihah.

Monday 10 March 2014

DIBERI NAMA KASUT

DIBERI NAMA KASUT
BY : AJEERAHASHIM



Diberi nama kasut.

Usang, lembik, berlumpur,
Tidak tahu warna asalnya,
Tidak ku ingat bagaimana asal rupanya.

Yang ku tahu,
Pagi2 akan ku sarungkan dikaki ku,
Sedang elok dikaki,
sedang elok mencari rezeki,
Orang mungkin caci,
Tapi aku selesa dengan cara sendiri.

Ya.

Aku selesa dengan cara sendiri. Aku selesa dengan diri sendiri.
Biarkan mereka kata.
Aku tetap dengan caraku.
Terima kasih kerana bersamaku.

Xoxo
Si peladang obersee

Friday 7 March 2014

AUTUMN IS COMING!

Assalamualaikum.


Harini dah 7 march kot. Aku baru nak Hello March. Apada! Haha

Suhu harini 18· dan cuaca sejuk2 aircond gitu. Duduk rumah pun bersweater bagai. Sejuk la katakan. Rasa obersee la sikit. Summer dah habis dah. Sekarang dah masuk spring.

Harini kak bedah cuti ea. Almaklumlah jumaatkan. Dan kak bedah baru je ambik gaji je tadi. Heee. Tapi kali ni tak banyak la. Sebab aku keje berapa hari je kot minggu ni. Tapi daripada tak adakan. Baik la ada sikit.

Dari minggu lepas lagi En. Mon cakap nak makan nasi lemak. Beriya suruh aku masak. Sekali aku keje direct minggu lepas, so tak sempat la nak masak. Sian mamat tu, dah beriya beli santan semua dah. Aih. Serba salah pulak.

Semalam aku kerja, pukul 8 baru balik. So sampai rumah around 8.40 pm macam tu. Tengok2 En. Mon masak nasi lemak. Vavava. Terkejut aku. Macam tak caya je. Hahaha. Teror betul mamat ni masak. Sambal dia sedap gilos babas. I tak tipu uolls. Sedap. Elok aku balik bawak zuchinni. Lagi kena la. Umphh!




Nasi lemak + sambal + ayam goreng + zuchinni.



Before nak mengidam nasi lemak ni, En. Mon mengidam nak makan nasi ayam. Nasib baik aku off hari tu. So boleh la masak kan. Sedap okay. Sedap. En. Mon makan habis. Sup dia hirup sampai lincin. Phew!

Nak resepi ke? Ni resepi pemalas sebenarnya. Kak bedah tak la pandai masak. Untuk remaja mudo mudi ni boleh la resepi express ni. Nanti kak bedah update resepi ea. Heee. Mudah dan senang. Angkat kening.^________^









So misi harini lepas dapat gaji pergi beli barang2 sikit. Aku selalu peegi afghan shop sebab semua barang halalkan. Kalau ayam ke, daging ke. Even nugget pun aku beli dekat sini. Murah la jugak dari Coles or Safeway. Nanti aku tangkap gambar asian shop pulak ea. Heee




Ayam sekor! Kasi potong haa.


Ada ayam, daging kambing, mince meat, hati, pedal, jantung. Semua ada. 


Roti afghan. $1. Sedap wei cicah kuah kari. 


Ada juai sayur2 dan buah2 jugak. Tapi mostly sayurdan buah kat sini yang no 3 punya la. Macam ada rosak sikit. Kecik2. Kalau kat Coles buah semua che ta punya size kan. 

Cashier. Budak ni comil je. Telur sepapan tu aku yang beli. Miahaa



Nanti aku pergi tempat lain aku cite lagi k. Kak bedah nak p masak bihun goreng sat. Nak bawak bekal esok. Esok keje tomato cherry.

Babai.

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : konpius sleeping bag aku ni. Awat sejuk sangat tak taw. Aish!

Thursday 6 March 2014

ARJUNA BETA

ARJUNA BETA
By : Fynn Jamal

Takkan ku biarkan walau ribut menyentakkan mu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri-
Tak terbayang mata
Bonda-
Takkan ada sentiasa
Nanti-
Moga kau tak lupa
Bonda-
Memujukmu anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Ngeri-
Tak terbayang mata
Bonda-
Takkan ada sentiasa
Nanti-
Moga kau tak lupa
Bonda-
Memujukmu anakanda

Xoxo
Arjuna

Saturday 1 March 2014

ICE WATCH - TERMIMPI-MIMPI

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni. Aku bukan malas nak update blog. Tapi aku agak kebizian. #propalebih#

Aku dari semalam lagi cuti sebenarnya. Hee. En. Mon pun tak kerja jugak semalam. Tapi kereta diorang guna. So petang tu sebab dah macam bosan. Tunggu richard call kot2 la nak dapat gaji ke. Tapi hampeh! So, misi mencari jam lah.

Hanan cakap dekat BigW ada kedai jam. So, zass ke sana. Belek punya belek. Aku berkenan dekat satu jam ni. Aku memang nak yang lasak sebenarnya. Tapi tak dak yang berkenan dihatikan. Ada pulak yang ni. Macam cantik je. Aku ada berkenan warna lain. Tapi dah habis. Baru je orang beli. I is sad!

So aku pun pilih warna pink uolls. Tak pernah2 seumur hidup aku beli warna pink. Kali ni aku beli warna pink. Homaigod! Kau kenapa perempuan? Bahahhaa. En. Mon lagi lah terkejut. Banyak kali dia tanya aku. "Sayang, awak betul ke nak warna pink ni? Betul? Tak menyesal pilih warna ni? Pelik pulak saya tengok awak ni."

Banyak kali okay dia tanya aku. Nak make sure aku tak menyesal kalau dah beli. Aloloo. Comel je. Hahaha. Aku pun tak percaya aku nak choose warna pink. Padahal banyak lagi kot warna cantik2. Pelik2. Tapi pink dia cantik kot. Stylo lah sangat. Phuii

Jam aku yang warna pink tu. Gugurl sangat. Euww!

Balik rumah lepas tu rasa macam menyesal tak ambik warna putih. Lagi satu punya design. Padahal beza berapa puluh dollar je. Damn! Sampai sekarang aku dok terbayang jam tu. Aish. Nafsu nak membeli pulak dah! Tak percaya? Nah tengok!

Cantikkan. Sabar sayang. Nanti i beli you okay. Ouchh! 

Like a rainbow. Banyak color. Termimpi2 aku. Haha
Sabar2. Nanti aku nak jugak warna putih tu. I dont care! En. Mon baca ni mati lah! Hahaa

Yang aku beli tu dia punya stripe rubber silicon. So, pakai memang sedap. Nipis je. Tak rasa macam pakai jam. Yang warna putih aku berkenan ni, ada yang silicon ada yang biasa punya.

Kalau kotor or apa. Just guna pemadam je. Senang nak hilang. Aku dah terbayang2 dah ni. Saiko! Hahaa

Hidup aku tak tentu arah dah ni bila tengok jam ni. Takpa2. Nanti aku beli. Lek lu!

Banyak lagi design yang memang superb aku cakap. I is not tipu2 uolls. Bole pigi check kat website diorang. Tersangat lah mendebarkan jiwa. Yang ala2 hipster tu. Sesuai lah kan warna candy camni. Harga pun bagi aku okay la. Affordable. Ada 2 size. For women and man. Tapi bagi aku, design dia ni unisex. Kalau lelaki pakai pun okay je.

Lepas beli terus snap pic. Berkobar balik rumah ea.

Kotak siap ber ribbon bagai. Ewah!

Warna pink tu box dia. Dan boleh tukar jadi tabung. Bukak je stripe kuning tu ada lubang masukkan duit. Nampak tak? Suh menyimpan beli lagi 1 la tu. Lalalaa

Terus berselfie. Heheee


Lepas beli jam, ingat nak masuk BigW la. Sekali richard call, suruh pergi K-Mart ambik gaji. Zass. Kelibut peegi. Sampai je terus call sam. Dia dah balik, tapi nasib baik tak jauh. Dia pusing hantar duit ke aku, thanks sam!

Then ke Coles saje lah ea. Beli ayam, asparagus, biskut sikit. Then ke asian shop. Aku sebenarnya dah lama teringin nak makan asam pedas. Nampak ada paste ready made. Laju je ambik. Hahaha.aku nak cari mana ntah bunga kantan kat sini. Omaigod! Tension!

Before balik, singgah safeway beli beras dan barang dapur sikit2. Ingat nak beli kebab, tapi sebab nak makan asam pedas punya pasal. Kansel!

Aku buat asam pedas ayam dengan asparagus goreng. Omai! Sedap nak mampus okay. First time makan asparagus. Agak jakun. Tapi sedap. I is loike!


Sedap sangat. Matiklah. Puji masakan sendiri. Bahaha

Sedap nak mampus! Bangga!

Harini aku masak, masak lomak ayam sebab En. Mon nak makan. Vavava. Lagilah vangga khenn. Iolls dah terror masak. Hahaa

Esok aku pergi part time picking apple. Semoga berjaya lah ea!

Okay lah. Aku dah habis bebel.

Jumpa lagi nanti. Terima kasih sudi baca!

Xoxo
Ladymonster

Notakecik : aku tengah dalam process nak mintak green light dari mama nak lanjut lagi sikit je. Sikit je. Doakan eh!