Assalamualaikum.
Hati aku sedih dengan berita tentang MH370. Walaupun bukan kena dekat family aku, tapi aku tetap terasa. Baca news pun aku dah mengalir air mata. Sedih sangat.
Kat sini pun ada news tentang MH370. Masa PM Najib announce tu pun aku tengok. Ya Allah sebaknya. Untuk 2minggu lebih kita tertunggu2 tentang berita ni. Tapi itulah. Belum apa2 ramai sangat yang buat spekulasi bukan2.
Tak apa lah. Apa pun semua dah tertulis. Dari Allah kita datang. Kepada Dia jugak kita pergi. Allah lebih menyayangi mereka. Semoga doa-doa takkan putus mengiringi mereka disana. Selagi tiada apa yang ditemui semoga masih ada harapan. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan pencarian.
Tapi sebenarnya kalau ikutkan hati kecil aku. Aku masih berharap mungkin ada survive lagi. Tapi waallahualam. Kalau ada, ada la. InsyaAllah.
Lepas habis apa yang berlaku dekat Malaysia. Sekali lagi hati aku tersentak lepas baca news tentang Mesir. Ya Allah. Baru berapa hari aku tak dak internet. Macam2 yang aku terlepas. Sedih bila tengok apa yang terjadi. Tapi senyuman diwajah2 mereka tenang sebab syurga lah tempat mereka.
Mempertahankan islam dengan sepenuh hati. Jihad kerana agama. 529 orang dihukum mari. Tiada pengadilan kepada mereka. Syurgalah bagi kamu . InsyaAllah. Semoga berbahagia di sana. Amin
Nanti aku update lain. Harini biarlah post ini dulu.
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment