Saturday 17 January 2015

RUTIN HARIAN

Assalamualaikum!

Short update.

Sekarang aku dah start season. Alhamdulillah boss panggil aku kerja balik. Gaji pun sudah naik $13 per hour. Sekarang aku memang busy.

Mula kerja pukul 4 atau 5 pagi sampai 6 atau 10 malam. Paling lama last week 17hour non stop! Alhamdulillah rezeki kali ni. Panjang hour. Kerja best. Kawan best. Hati gembira. Gitu!

Aku patut tidur dah ni besok mula 4am. Kena bangun pukul 2pagi. Sekarang fah 10malam. Hahaha. Nite!

Dekat sini ikut rezeki, tak semua bernadib baik ada jugak yang bernasib malang. Aku alhamdulillah sebab rezeki murah walaupun sebelum ni macam2 jadi.


Thursday 15 January 2015

QUEEN VICTORIA MARKET - QVM

Assalamualaikum.

Ini pulak masa aku pergi ke  Queen Victoria Market, sebab masa mula-mula sampai ke Melbourne singgah ke Cash Converter kejap nak beli barang. Nasib baik ada. Lagi murah dari Cash Converter sini. hahahaa

Lepas beli barang ternampak pulak QVM ni. Dekat je jalan kaki 5 minit dari depan Cash Converter je. Alang2 before pergi beach beli sesiap la kudap2 kononnya. hahhaaa. Padahal aku memang suka masuk sini. Sayur dengan buah semuaaaa fresh2. hahahaa

Waktu operasi dia :

Selasa 8.00am - 2.30pm
Rabu 5.00am - 10.00pm
Khamis 8.00am - 2.30pm
Jumaat 8.00am - 5.00pm
Sabtu 8.00am - 2.30pm
Ahad 9.00am - 4.40pm

Dan closed pada hari ISNIN. Harap maklum eh!


Welcome to Queen Victoria Market!




                                      









Aku dari jauh dah nampak benda alah ni memang aku ambik port nak shoot sini dulu lah. hahaahaa. Memang ramai sangat yang berebut nak tangkap gambar dekat sini sebenarnya. Aku pun salah sorang lah kan. Berebut nak jugak. 

























 Yayayaya! Wednesday ada night market tap aku pun tak pergi lagi pergi. Sebab malam rabu haritu malam new year memang tak ada lah night marketkan. ahhaa

Aku teringin jugak nak pergi nak tengok macamna rupanya night market ni. Best ke idok? Banyak kedai bukak ke? Ada magic show ke? Sebelum aku balik nanti aku toray pergi. heheee








Dekat QVM ni ada pasar basah, jual2 cenderahati, ada coffe shop and ada jugak kedai2 lain. Boleh pusing2 sampai pengsan dalam tu. hahhaa. Aku pun sesat jugak pusing2 dalam ni. Memang cari signboard je. Itu pun banyak jugak yang tak sempat cover sebab nak pergi ke beach pulak. hahaa









Mula2 sekali aku pergi ke pasar basah lah. Aku kan mak mak sikit punya perangai. Nampak sayur je nak beli. Nampak buah je nak beli. Padahal belambak kat rumah tak makan pun. hahahaa. Eh! Tapi best okay bila tengok semua segar2 semua cantik2. Syiok je tengok. hahhaa




















 Macam2 ada. Dari macam-macam jenis buah sampai lah ke macam-macam jenis sayur. Sampai ke kacang, bunga, cheese, jam. Memang betul2 pasar tani lah. Tak ada jual ubat2, pisau potong, mee goreng macam dekat Malaysia. Kata pasar tani tapi semua benda ada. Asing2 kan lah baru kemas, teratur baru senang orang nak membeli.











Sebab malas nak bersesak kat dalam ambik jalan luar nak pergi ke area sebelah lagi. hehee







kulit bermacam kulit pun ada. hahhaa







botol kosong potong buat lampu



Ini dah masuk bahagian kering or bahagian cenderahati, baju lah. Nak beli kat sini pun kena pandai tawar menawar jugak lah kiranya. Aku tak beli pape pun kat sini. Nak balik nanti baru aku pergi beli. hehhee




nak beli tag kucing beli kat sini. Cepat dan comel


 Dari towel, key chain, mug, bag dan segala mak nenek ada jual sebagai kenagan dari Australia. Aku usha2 jugak pape yang best nak bawak balik nanti. ehehee




macam2 jenis towel ada







jacket2 dia semua geram je aku tengok


nanti nak buat giveaway lah. nak? :)



 Dekat sini busking pun banyak. Macam2 lagu ada. Aku macam pernah dengar lagu P.Ramlee time ni. Lagu jeritan batinku, tapi macam sure tak sure je. hehee








Time pagi memang ramai sangat orang datang beli barang basah dan jugak yang melancong. Kalau nak ke sini boleh naik tram atau jalan kaki tak lah jauh sangat dari town melbourne. Sejuk2 kalau berjalan ketibas pun tak. hahahaa. Sebab Melbourne ni petak. Pusing2 tempat yang sama jugak. hehehee








Kalau ke Melbourne ni tempat wajib datang. Rugi tahu kalau tak datang sini. Masukkan dalam checklist okay!

Nanti aku update lagi.

Terima kasih sudi baca

xoxo
borong stoberi tak ingat dunia.

notakecik : ada member aku cake kale nak belly barring dekat QVM jangan belly hari selasa sebab sedikit mahal. Itu aku tak sure. :)



Friday 9 January 2015

ST. KILDA DAN LUNA PARK

Assalamualaikum!

Last entrykan aku pergi ke Brighton Beach. Tapi sebenarnya sebelum tu aku pergi ke St. Kilda Beach dulu. St. Kilda dekat jugak dengan Brighton Beach dalam 20min la kalau drive.

Mula-mula sampai St. Kilda town dia memang busy, banyak jugak cafe, pub, hotel, mall pun banyak jugak. Kiranya bukan town kecik lah. Tram dari Melbourne sampai ke St. Kilda pun ada. No worries!

Boleh check dekat sini Public Transport atau Yarra Trams

Tujuan nak pergi ke St. Kilda bukan nak tengok laut pun, sebenarnya nak pegi LUNA PARK ni. hehehee. Sebelum ni asyik tengok dekat tourist brochure je. Teringin jugsk nak merasa sebenarnya. 









Untuk masuk ke dalam ni free. Cuma kalau nak main2 dalam tu lah kena bayar. Aku tak tengok pulak berapa. Sebab ajak dua dua tak nak main. Eeeeeeeeee. Sabar je lah. hahahaa















Dalam ni tak dak lah besar sangat macam genting. Permainan dia pun tak banyak sangat. Ada satu atau dua je yang betul2 best. Ada satu roller coster yang besar punya tapi tak bukak then benda alah ni. Yang lain semua light2 punya mainan lah. hahaaa. Aku tercabar nak naik yang bawah ni. =.=




















Masa aku datang ni hujan renyai2. Itu yang langit mendung je tu. Sejuk yang buat rasa nak terkucil je. Tensi tahu kalau nak terkucil dekat town Melbourne ni. Susah nak jumpa public toilet. Dalam mall pun susah. Kalau dekat mall Malaysia setiap level, setiap junction ada toilet. Ini sebesar2 mall ada dua level je yang ada toilet. =.=

Tapi BERSIH!
















Baru pukul 10 lebih time ni tapi dah lapar serupa tak makan sehari. Nampak ada stall laju je beratur nak beli. Aku dok sini setahun churros pun tak pernah makan. Ni baru first time aku makan ni. hahahhaa. Jakunessss!






kalau bab makan dua2 laju!












jangan memain. aku tukang oder. hahaa



Ini dalam train yang aku ambit gambar dekat atas tadi. Train warna hijau tu. hahahaa











Dah puas pusing2, dan dah puas aku pujuk main sorang pun tak nak. Grrrrr! So, gerak terus ke Brighton Beach. =.=



























Eh! Silap2. Pergi ke tepi laut kejap nak ambik angin. Sebab parking ada lagi 30minit. Parking dekat australia ni mahal! Tambah2 kalau dekat town. Ini dekat St. Kilda ni sejam $5 kalau sehari pulak $11. Memang sebelum datang melbourne kumpul duit syilling je lah kerjanya. hahahaa


Ini bangunan teater aku rasa. Tapi dalam proses baik pulih kot sebab bertutup bagai. Tapi one day aku nak jugak pergi tengok teater dekat sini. Walaupun slang aussie susah nau nak paham. Takpa kak bedah nak toooorayyy dengor! 











Bangunan ni betul2 bersebelahan dengan Luna Park. Lepas tu boleh berjalan terus ke pantai. Memang betul2 belakang Luna Park ni pantai. Itu yang sejuk dia lain mahcaiammmm!












Welcome to St. Kilda Beach bebehhh! Walaupun summer still sejuk2 aircond dekat beach. Catnip je pokok2 dia tanam. Jalan raya sangat bersih, lepas tu penjalan kaki juara. Kereta kena berhenti kalau orang berjalan. Kalau kat malaysia, orang jalan kaki kena berhenti. =.=




















marilah melintas dengan hati yang riang!










Air laut idok lah sebiru yang disangka. Kelabu ceroi macam PD jugak. Aku tak pergi pun sentuh air. Sejuk beku nak sentuh air pulak. Memang tak lah bro!. hahhaaa

















Benda wajib kalau aku yang kena tangkap gambar. Jump shot. Tapi yang lawak kali ni kalau zoom gambar ni nampak iphone matyee terbang sekali dan jatuh sekali. Padahal dia baru je beli seminggu. Cover pun tak beli lagi. Tapi nasib baik lah tak dak apa2. Itu pun sadis jugak lah kawan. Dugaannnnn!










Oh! dari Melbourne ke St. Kilda ni dalam 30min ke 40min tak silap aku. Tapi kalau jalan kaki berdarah lah jugak kan. hahhaaaa

Nanti aku update lagi okayy.

Terima kasih sudi baca.

xoxo
nak churrosssssss!

notakecik : kalau ke St.Kilda bawak kereta hati2 sebab jalan dia share dengan tram. :)

Wednesday 7 January 2015

BRIGHTON BEACH

Assalamualaikum.

Lepas penat travel ke Great Ocean esok tu Boxing Day. Pascal Boxing Day nanti aku cerita. On 26th tu jugak balik sebab 27 tu kerja. Then repeat balik holiday ke melbourne on 31th dec. Mehehheee~

Dari rumah direct terus ke Melbourne tapi memang dah aim nak pergi beach sebab tak pernah lagi pergi beach dekat sini. Saja nak jalan2 ambik angin, nama pun holiday. hahahaa

First pergi BRIGHTON BEACH. Sarah satu tempat tarikan pelancong jugak. Ada a few area yang sesuai untuk surfing, berkelah, lepak2 dan until water sport. Aku madam biasa lah sebenarnya nak cari rumah warna warni ni atau sebenarnya small storage untuk simpan barang surfing dan lain2. 

Serius memang cantik sangat! Dari jauh aku mencari je sebab dia agak terlindung sikit. 




brighton beach




 Dekat sini memang ramai pelancong datang, then ada jugak yang bawak family jalan2 dekat sini. Banyak chalet dekat area Brighton Beach ni. Aku pun mengidam jugak nak tidur hotel menghadap beach ni. Hamboiiiii! Berangan tak nak kalah! hahahaa






twins




Aku dah lama tak ambik gambar Black and White. Lama sangat! Last yang aku ingat masa final year last project photography aku. Tu je lah yang aku ingat pun. hehehee





macamna lah dunia ni kalau semua black and white je kan?

















Matyee memang melayan aku tangkap gambar. Then aku pun kena melayan dia posing sakan. Aksi melompat 25kali jangan cakap lah. hahhahaa. Tapi dia snap gambar aku tak jadi. Sabar je lah! hahhahaa























Sebenarnya aku nak tangkap gambar dekat sini. Yang ada benda Australia ni. Tapi kawasan sini memang penuh la. Ramai gila yang tunggu turn nak ambik port. En.Mon macam biasa malas nak ambik gambar. Dia ajak balik terus. uwawaaaa T______________T











Walaupun summer tap bagi aku still berangin sejuk jugak. Aku memang spare sweater tapi nipis je lah bukan yang tebal punya. Tapi nasib baik lah bawak. Haritu hujan renyai2 angin pun sejuk. hehehee
















Dekat sini air laut dia tak sebiru dekat Great Ocean. Matyee cakap ni air laut geng PD je ni. hehhee


















Sakan!










Untuk aksi melompat ni berpuluh kali kena buat. hahaha. Sampai letih aku rasa! Matyee tak reti nak aim snap time bila. hahaha. Yang aku pulak letih melompat. hahaha




























Memang sangat dicadangkan datang ke sini sebab memang ohsem! Kawasan dia dekat jugak dengan St. Kilda. Nanti aku cerita yang tu eh!

Selamat mencari rumah kotak warna warni. hehee

Terima kasih sudi baca!

xoxo
si pencuri kotak