Thursday, 15 January 2015

QUEEN VICTORIA MARKET - QVM

Assalamualaikum.

Ini pulak masa aku pergi ke  Queen Victoria Market, sebab masa mula-mula sampai ke Melbourne singgah ke Cash Converter kejap nak beli barang. Nasib baik ada. Lagi murah dari Cash Converter sini. hahahaa

Lepas beli barang ternampak pulak QVM ni. Dekat je jalan kaki 5 minit dari depan Cash Converter je. Alang2 before pergi beach beli sesiap la kudap2 kononnya. hahhaaa. Padahal aku memang suka masuk sini. Sayur dengan buah semuaaaa fresh2. hahahaa

Waktu operasi dia :

Selasa 8.00am - 2.30pm
Rabu 5.00am - 10.00pm
Khamis 8.00am - 2.30pm
Jumaat 8.00am - 5.00pm
Sabtu 8.00am - 2.30pm
Ahad 9.00am - 4.40pm

Dan closed pada hari ISNIN. Harap maklum eh!


Welcome to Queen Victoria Market!




                                      









Aku dari jauh dah nampak benda alah ni memang aku ambik port nak shoot sini dulu lah. hahaahaa. Memang ramai sangat yang berebut nak tangkap gambar dekat sini sebenarnya. Aku pun salah sorang lah kan. Berebut nak jugak. 

























 Yayayaya! Wednesday ada night market tap aku pun tak pergi lagi pergi. Sebab malam rabu haritu malam new year memang tak ada lah night marketkan. ahhaa

Aku teringin jugak nak pergi nak tengok macamna rupanya night market ni. Best ke idok? Banyak kedai bukak ke? Ada magic show ke? Sebelum aku balik nanti aku toray pergi. heheee








Dekat QVM ni ada pasar basah, jual2 cenderahati, ada coffe shop and ada jugak kedai2 lain. Boleh pusing2 sampai pengsan dalam tu. hahhaa. Aku pun sesat jugak pusing2 dalam ni. Memang cari signboard je. Itu pun banyak jugak yang tak sempat cover sebab nak pergi ke beach pulak. hahaa









Mula2 sekali aku pergi ke pasar basah lah. Aku kan mak mak sikit punya perangai. Nampak sayur je nak beli. Nampak buah je nak beli. Padahal belambak kat rumah tak makan pun. hahahaa. Eh! Tapi best okay bila tengok semua segar2 semua cantik2. Syiok je tengok. hahhaa




















 Macam2 ada. Dari macam-macam jenis buah sampai lah ke macam-macam jenis sayur. Sampai ke kacang, bunga, cheese, jam. Memang betul2 pasar tani lah. Tak ada jual ubat2, pisau potong, mee goreng macam dekat Malaysia. Kata pasar tani tapi semua benda ada. Asing2 kan lah baru kemas, teratur baru senang orang nak membeli.











Sebab malas nak bersesak kat dalam ambik jalan luar nak pergi ke area sebelah lagi. hehee







kulit bermacam kulit pun ada. hahhaa







botol kosong potong buat lampu



Ini dah masuk bahagian kering or bahagian cenderahati, baju lah. Nak beli kat sini pun kena pandai tawar menawar jugak lah kiranya. Aku tak beli pape pun kat sini. Nak balik nanti baru aku pergi beli. hehhee




nak beli tag kucing beli kat sini. Cepat dan comel


 Dari towel, key chain, mug, bag dan segala mak nenek ada jual sebagai kenagan dari Australia. Aku usha2 jugak pape yang best nak bawak balik nanti. ehehee




macam2 jenis towel ada







jacket2 dia semua geram je aku tengok


nanti nak buat giveaway lah. nak? :)



 Dekat sini busking pun banyak. Macam2 lagu ada. Aku macam pernah dengar lagu P.Ramlee time ni. Lagu jeritan batinku, tapi macam sure tak sure je. hehee








Time pagi memang ramai sangat orang datang beli barang basah dan jugak yang melancong. Kalau nak ke sini boleh naik tram atau jalan kaki tak lah jauh sangat dari town melbourne. Sejuk2 kalau berjalan ketibas pun tak. hahahaa. Sebab Melbourne ni petak. Pusing2 tempat yang sama jugak. hehehee








Kalau ke Melbourne ni tempat wajib datang. Rugi tahu kalau tak datang sini. Masukkan dalam checklist okay!

Nanti aku update lagi.

Terima kasih sudi baca

xoxo
borong stoberi tak ingat dunia.

notakecik : ada member aku cake kale nak belly barring dekat QVM jangan belly hari selasa sebab sedikit mahal. Itu aku tak sure. :)



No comments:

Post a Comment