Saturday 30 August 2014

SEMBANG KAK BEDAH -

Assalamualaikum.

Selamat bersenang lenang di hari sabtu. Esok pulak ahad. Selamat beristirehat. gitu! Kak bedah agak moody beberapa hari ni. Susah nak cakap. hahhaa

Susah nak cakap kalau orang tak faham. Lagi susah nak buat kalau semua kata kita salah. Aih, terluah perasaan pulak. hahaa

Biarlah. Kak bedah malas nak cakap apa2. Kang cakap macam curahkan petrol ke rokok pulak. Baik lah duduk dendiam je. Tak gitu?

Sekarang kak bedah tengah google kos kalau nak shipping kereta dari sini ke malaysia berapa kos. Kak bedah bukanya duit ada berkepok2 pun. So, kalau murah nak shipping kereta yang ada ni ke malaysia. Tapi kalau kos berlipat kali ganda, kak bedah nak jual je lah kereta ni nanti.

Eh, kak bedah bukan nak balik besokkk. Laaaambaaaat lagi. Saje survey dulu. Kot2 la kan. Kot2. Nak survey lawyer nak apply PR sini kang kena jeling dengan En.Mon pulak. So tak payah. Kak bedah nak jadi PR sini, dia tak nak pulak. EEEEEEE. Susah nak bawak bertoleransi tau. Amboi, sekarang bahasa jiwa bangsa sangatttt! hahaha

Kak bedah dulu elok2 dah start diet makan sedap. En.Mon kasi hasutt makan semua tak sihat. Cemna ni? Esok jom pergi beli sayur balik!!!!

kak bedah sekarang mati akai sikit. So, kak bedah duduk dendiam untuk beberapa hari ea. Kalau ada apa2 nak tanya, cam biasa lah. Email je ke kak bedah.

Okay uolls, kak bedah nak google cerita SPAIN UOLLS. Macam best je. Gitu!

Nanti apa2 kak bedah update eh.

Take care semua.

Terima kasih sudi baca.

xoxo
kak bedah (kecelaruan identiti)

Tuesday 26 August 2014

LAST SUNDAY

Assalamualaikum!

Sihat ke? Aku senin dengan semalam kerja. Itu yang diam je tu. Semalam penat mencuci bin, ada la dalam 100 lebih jugak. Feenaaattttt!

Oh! ni cerita last sunday. Aku tak kerja last sunday, En.Mon je keje. Pagi tu macam biasa aku subuh lepas tu buat breakfast dekat dia sesiap. Lepas tu dia tanya. "Jom teman saya kerja harini nak tak? Bosan la. Pejal tak keje."

Pejal tak keje sebab jari dia terpotong masa pruning haritu. kena 5 jahit. So, esok la maybe dia dah boleh pergi kerja. Maybe lah!

Aku dengan tak mandi semua, gosok gigi, cuci muka, sarung baju. Siap! hahaah. Aku kan over sikit. Siap bawak buku, air kopi, makanan, jajan. Amboi macam nak berkelah kau. hahaa. Tapi memang pun, seronok wei. Memang la bosan sikit. Tapi enjoy!

Aku keluar rumah dalam 7.30am. So sampai sana dalam 7.45am. Start keje dalam pukul 8am lah jugak. Sampai2 je aku dah lepak atas port belakang trektar. Heaven siap baring lagi. Tapi bising bunyi enjin gun. =_________________________="




Nak start enjin kena kasi senget sikit badan. :p



Buku ni dah lama beli. Tapi baru nak baca. Best!



Nampak tak machine warna merah tu? itu lah macam generator ke apa ntah untuk gun. Sebab pruning pokok gedabak kalau guna gunting biasa tu sampai bila nak habis kau! Fengsan!

So, bila guna gun ni senang lah sikit. Cuma bahaya nya dia boleh putus jari wooo! itu yang pejal kena jari tu.




air kopi ni aku yang habiskan. hehhee



ni buku lama. so aku beli murah gila time ni. hehee



salah satu trektar yang diorang tingal sebab malas nak buat dah. hahaa



ni la trektar yang naik. Uzur dah. Nama dia Jim. Hye Jim!



Sambil baring. Renung langit biru. Tenang!



Pruning ni pokok pear so memang besar lah. Farm ni besar. Ada pokok lain jugak. Epal hijau dengan apa ntah. Itu dah buat tinggal pokok pear je yang belum pruning lagi. 

Dulu masa first time tengok pokok pear ni togel scary sangat. Macam pokok hantu. Lepas tu fikir camna la diorang nak pruning pokok hantu ni. Teruk sangat kau. Macam tak mampu nak togelkan dia. Sekali En.Mon dapat keje ni merasa lah dia togelkan pokok ni. Aku buat sikit je. hhee





berserabut betul.




ni rupa dia bila dah kena togel.



Aku ada ambik video En.Mon pruning tapi macam berat je nak loading. So aku tepek gambar je la eh. EEEEE....pemalas! hahaaa

Dulu En.Mon guna cherry picker. Tapi satu lagi tu rosak, lagi satu supervisor farm tu guna. So sekarang kena guna tangga la. Azab jugak weh! Aku nak try guna gun, En.Mon tak kasi. Dia cakap kang putus jari baru tau. bueekkkkk :p





satu pokok 30 minit wei. Kalau besar. lagi lama wei




pruning sampai clear k.



Lepas tu Ah kem yang supervisor tu datang nak check, dia nampak aku bosan kot. Dia kasi gunting kengkonon suruh aku try buat la. haha. Guna gunting ni mau patah jari aku. Keras dol walaupun ranting halus2 cengini. Aku buat 5 minit lepas tu dah malas. haha




Guna gunting kecik ni macam nak mati. hahaa



Ini lah gun yang En.Mon guna. Aku pegang yang ada dalam bin ni je. Yang tak guna punya. hehe. Nampak macam mainan je kan. Tapi sekali letak je potong terus kot. Tajamnessss niiii.





tapi bunyi dia potong aku suka. hehe



ni la rupa dalam bin. Makanan semua aku letak dalam tu.



ni masa nak balik. aku duduk sambil snap gambar




luas kot farm ni.



Balik dalam pukul 2.30pm jugak la. Aku nak masak En.Mon cakap tak payah. Sebab lambat. Dia lapar dah. hahaa. 

Aku tengok pizza ada lagi 2 box. Bukak satu, potong nugget ayam, potong capsicum tabur atas lepas tu letak cheese lagi. Nyummeh!!

Maaf cheat day hair ahad haritu. hahaa. Lepas tu makan dengan salad. kenyangnessss!






Walaupun nampak biasa. Sebenarnya best. Kadang2 bila duduk sensorang renung langit. Banyak benda yang aku fikir dan terfikir. Banyak benda yang aku muhasabah diri. Banyak benda yang aku ingat. Banyak benda yang congak balik.

Tu je.

Terima kasih.

Nanti apa2 aku update lagi k.

xoxo
pemalas girl

Friday 22 August 2014

CERITA SEMALAM

Assalamualaikum.

Sihat ke semua? Aku makin sihat je. ekekee

Sebelum mula cerita kasi kak bedah posing satu kali. Ammak!

Ni cerita semalam. Baju Koas Hiker dari Malaysia dah sampai. wehuu!!

Apa koas hiker ni? aku pun tak tahu dan tak pernah join pun. Ini group pejal, apit, daniel dengan pret dekat malaysia. Group hiking diorang. Haritu diorang ada buat baju, tanya kalau nak ke tak? Aku on je, so dah pos sampai sini. Sini kalau barang sampai, diorang akan post surat then kena pergi ambil dekat post office. Itu yang gambar nampak AUSTRALIA POST tu. ekekee




dah nak masuk spring tapi still sejuk2 peti ais gitu. 



Ini memang post office dia yang terbesar. 



Sini ada banyak post office yang kecik2, tapi ini main branch dia la kiranya. Sebab semua barang2 boleh post dari mana2 post office tapi barang post dari mana2 tempat akan sampai sini dan boleh collect dekat sini sahaja. Aku pernah post barang jugak, itu pun post dari branch biasa je. Dari sini aku tak pernah lagi la. hehee




nampak tu? parcel colllection



Dari sampul surat sampai lah ke kotak, semua kena guna packaging yang dah sedia ada. Sebab memudahkan katanya. Lepas tu semua sepesen je. hahaha

Kalau nak post dari kotak sendiri boleh je, tapi kena balut kemas2 la. Then one more thing, kalau nak post barang dekat sini, dia akan check dulu barang apa yang kita nak post. Kena tunjuk kasi dia dulu.




kecik je, tapi laju jugak dia punya servis.




dapat ni best boh!



Lepas tu aku tunggu luar dengan En.Mon sebab macam sesak je nak tunggu kat dalam tu. ahahaa. Ada caravan ni park kat depan. Bestnya kalau dapat sebijik cam gini kan. Nak pergi travel pun best kot. Teringat pulak cite The Millers. hahaha

Dah settel semua tu aku ajak En.Mon pergi Art Gallery sebab cutikan, Pejal tak nak ikut, lepas drop pejal aku pun pergi sekali ada pak polisi. Cancel la ke sana. bahaya. hahaha

Pergi la ke park dia dekat sini, aku nak tangkap gambar dengan lembu pink tu. Tapi jauh pulak, lepas tu ada pak polisi jugak tengah round. Saje je kan tak bagi aku nak ambik mood sikit. grrr

So dapatlah berapa keping je gambo ni ha. hahaha





ni tak lawa, telinga dia patah. hahaa



mendung je macam nak hujan




ini pun tak lawa. hahaha




En.Mon cakap apa ntah time ni, nak tergelak aku.  ke dia kutuk aku? tak ingat. hahaa



pokok dah togel dah ni. Tunggu spring dengan autumn lagi sekali



Lepas tu aku ajak En.Mon pergi jejalan dekat cotton on. Oh! harini ada karnival dekat situ. Nak pergi, tapi En.Mon kerja pulak. T_______T




















Cotton on dah bust sales dah. grrr



aku suka winter sebab jacket semua mengancam hahaha




Lepas jalan En.Mon cakap lapar. Dia mula dah, baru jalan sikit dah lapar, Tipu sangat, so layankan je lah pergi ke Fish and chip. Aku kureng sikit isi ikan saja. Kalau goreng garing okay je lagi. Tapi layankan. Tapi sedap ya tuhan, aku tak tipu. Isi ikan dia fresh sangat, manis dah mampus. Sini kan payah nak dapat ikan. hahaa




ini lah kedai dia, dekat dengan coles



tapi mcm biasa lah, seafood dia mahal sikit



simple gila kedai dia.




aku tukang oder. haha




bahan mentah pun ada.



Dia bukan jual ikan je, dia ada section untuk jual bahan mentah dan jugak jual fish and chips. Sebab tu kot ikan dia semua fresh2 je. hahaa. En.Mon pun cakap sedap, so nanti boleh layankan lagi. Portion dia pun besar, sampai kenyang aku nak habiskan. hahha

Gambar makanan mana? Tak sempat nak snap la. Sedap sangat. ahaha. Next time eh!

Tu je nak update, aku nak keluar tapi takut. hahaha

Nanti update lagi k.

Terima kasih sudi baca.

xoxo
ladymonster


Saturday 16 August 2014

KOS PERMULAAN BEKERJA DI AUSTRALIA

Assalamualaikum!

Lama menghilangkan. hehee
Okay I'm back. Meh nak kasi tips2 untuk first time nak kerja sini. Selalu orang tanya berapa duit pocket nak kena ada sebelum dapat kerja?

Memang mostly orang akan tanya soalan ni. =.=

Dan sebelum tu aku nak cakap awal2. Aku bukan lah agent yang bawak orang datang kerja sini. Aku bukan agent. Di ulangi, aku bukan lah agent! 

Aku just tolong orang yang nak tahu sedikit sebanyak kerja dekat sini. Bagi information and penerangan yang sebetulnya. Dan aku akan commit dengan orang yang betul2 dan bukan main2. Aku tak kena kan cas sebab aku pun pernah susah, tapi kalau ada yang nak bagi terpulang. $1 pun aku terima, itukan rezeki namanya. :)

- - -

Back to main issue. Untuk memula datang sini sila bahagikan duit kepada 6 bahagian. Ini yang aku praktikan lah. Sampai sekarang. :)

1 - Duit makan
2 - Duit barang
3 - Duit poket
4 - Duit rumah
5 - Backup money
6 - Duit selit

_________________________________________________________________________________


Duit makan

Untuk duit makan ni aku $100 = RM300 (kiraan secara kasar). Ini pun dah melebihi sebenarnya sebab duit makan dekat sini tersangat lah murah.

Basic yang kena beli : beras, bawang besar, sardin, roti, telur, gula, teh @ kopi, garam, serbuk cili atau cili kering.

Perkakas : tupperware, periuk nasi, water heater. Kadang2 ada rumah yang sediakan semua ni. Just beli backup sikit2.

So, bagi aku total tak lebih $100 pun.


_________________________________________________________________________________


Duit barang

Duit barang ni untuk barang kerja. Contoh seluar, boots kerja, stoking, baju dan topi. Semua ni bagi aku tak lebih $50 = RM150.

Sebab seluar kerja boleh dapat $9, baju lengan panjang $6, topi $3, sweater $9. Sport shoes $10, stoking $5.
Total semua $42.
(Untuk permulaan beli lah dulu sport shoes, dah dapat gaji beli lah safety boots.)

Kalau ada baju yang boleh dikorbankan untuk buat kerja jalan je dulu. Aku masa mula2 datang dulu aku pakai je apa yang ada, sport shoes, seluar jeans, baju. Semua aku guna dulu lepas tu baru beli barang sikit2. Susah mula2 tak apa. :)


_________________________________________________________________________________


Duit poket

Duit poket incase tetiba tak dak keja lagi, so barang makan dah habis dan kena bayar sewa rumah sebab dah habis last week punya sewa. $300 cukup untuk cover sewa rumah untuk 3 minggu. 


_________________________________________________________________________________


Duit rumah

Sediakan sekurang2 nya $200 = RM600. Ini untuk seminggu bond dan seminggu sewa rumah. Selalunya begitulah.


_________________________________________________________________________________


Backup money

Duit ni makesure ada dalam atm card. Aku dah pesan awal2, makesure atm card dah active kan untuk international cash out. Then pergi tukar limit pengeluaran dekat machine. Kang limit tak boleh bawak keluar lebih RM3000. Lagi pening. =____________="

Untuk duit ni terpulang lah berapa pun. Tapi kalau boleh dalam masa 2 minggu jangan lah kacau lagi duit dalam bank ni. hehehe


_________________________________________________________________________________


Duit selit

Ini memang patut korang semua praktikan. hahaa
Sebab aku memang dari dulu suka selitkan duit. Lepas tu lupakan yang ada duit selit sebab time kering tu la duit ni penyelamat. Selalunya aku akan selit $50 atau pun $100. Aku selit then lupakan. Kalau tak buat pun takpa, sebab dah ada backup money. Tapi believe me, it will saved you! hahaha


_________________________________________________________________________________


Untuk yang datang musim panas bagi aku tak payah lah beli sweater tebal2 sebab kerja time musim panas pakai sweater nipis untuk tahan panas pun dah okay. Then bagi aku kalau datang musim apa sekali pun bawaklah sleeping bag sebab jimat tak payah dah nak beli dekat sini. Nanti tak payah pening2 nak beli selimut lah, tilam lah. Kecuali rumah tu dah ada tilam lah. hehee. Tapi kalau tak dak, beli je lah dekat sini. Paling murah $20, paling mahal $80 - $100.

Masa mula2 datang tu jimat lah sikit, memang banyak dugaan. Nak makan sedap2 lah, nak beli baju lah. Sebab sini muuurahhhhh!!!! hahahaa

Makan lah apa yang ada dulu, then beli lah barang keperluan. Kalau ada yang boleh bawak dari sana bawak sesiap. Tapi jangan bawak barang kerja dari sana pulak. Melampau! hahaa

Dah dapat gaji jangan shopping lagi, simpan dulu untuk incase jadi apa2 boleh guna duit gaji tu. So, duit backup dan duit selit tak kan terguna. Kat sini kena pandai guna duit dan simpan duit. Walaupun kadang2 aku sendiri terguna tapi tidak lah sampai melampau. Paling limit aku shopping $50, itu paling banyak aku shopping. hehe

Selamat membuat pengiraan dan penyimpanan. bahagikan duit dan buat plan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Best of luck!

Itu je kak bedah nak bebel sebab kak bedah nak makan pods! menjejes airlio. ekekee ^___________^

Terima kasih sudi baca

xoxo
si penyelit duit

Wednesday 13 August 2014

SANG GAGAK HITAM

Tajuk : Sang Gagak Hitam

Runtun hati
Deras air jernih ini mengalir
Pipi yang kering kontang menjadi basah
Bibir yang merah menjadi pecah

Berombak dada tiada terkira
Menjerit jiwa berpecah rasa
Perit hati menanggung duka
Rentak kata resah tiada

Mengahnya si merak kayangan mendabik dada
Mengembangkan ekor beralih muka
Memandang si gagak hitam yang sedang berduka
Merasa hanya si cantik patut bahagia

Jangan di lupa megahnya merak tiada guna
Kalau hanya disimpan di jaringan istana
Punya sayap tak kemana
Hanya dicipta untuk ditanah juga

Terbang si gagak hitam dari pandangan
Pergi merata mencari kalangan
Biar di hina buruk dipandang
Asalkan terbang jauh tak pernah dipegang

Terbanglah sang gagak hitam
Bawalah hatimu yang sedang rawan

Biarkan si merak dengan megahnya
Asalkan sang gagak tak lupa dari mana asalnya ia.

Xoxo
Sang gagak hitam


Monday 11 August 2014

ORGANIC CARE | NATURE PRODUCT

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share satu product yang bagi aku berkesan. Sebab rambut aku ni cepat gugur, lepas tu pulak kulit kepala gatal. Nak kata ada scalp tak dak. So, memacam lah aku guna sebab nak bagi hilang balik gatal kulit kepala ni. Lepas tu, rambut aku kalau gugur dah macam pergi kimo. Teruk betul. Bergumpal2, kalau aku vaccum bilik lepas tu gelisah asal banyak sangat rambut gugur ni. =______=

Dari Malaysia lagi aku ada problem ni. So, last month shampoo habis ajak lah En.Mon pergi Safeway. Mula2 mencari jugak brand lain sebab sebelum ni aku pakai Pantene, tak okay pun. Aku suka bau dia je sebab bau susu. hehee

Then terpandang lah shampoo ni. Organic Care. Ia salah satu daripada range Nature Product. Then aku belek2, baca apa yang patut semua. Yang penting bau. Ok cun harumm bau macam bau bunga2 sikit, fresh dan relax.

Aku beli shampoo dengan conditioner sekali nak tengok kesan dia macamna. Alhamdulillah, memuaskan!

Organic Shampoo ni source dari tumbuh-tumbuhan contoh, kelapa, fruit extract, aloe vera, chamomile, flower extract dan jugak ginseng.

Yang penting sekali dia sesuai untuk membersihkan rambut untuk lembut, sihat dan bersinar setiap hari. And its work for me! :)

Untuk conditioner dia pun gunakan bahan yang sama. Rambut aku memang lembut, berkilat2. gitu!

Harga aku beli hari tu satu $3.99 so kalau convert dalam RM12 sebotol. Dua botol baru RM24. Murahkan? Semua organic pulak tu!

Dia ada due size botol, yang aku beli ni 400ml dan ada yang besar lagi punya. Lepas ni aku nak try facewash dia pulak. Mana tahu berkesan ke untuk muka yang macam jalan tar ni. haha

Banyak lagi range product dia boleh cekidaut dekat SINI


may fav!

Ini botol shampoo

ini pulak conditioner.


Sepanjang aku guna ni dah nak dekat sebulan lebih. Shampoo dah nak tinggal separuh sebab aku memang hari2 mandi kena shampoo. Kalau tak shampoo rasa macam tak mandi. =.=

Nanti balik Malaysia kena angkut bawak balik ni. hehee

Okay. nanti update lagi.

Terima kasih sudi baca.

xoxo
ladymonster

Wednesday 6 August 2014

WESTERN FOOD!

Assalamualaikum!

Apa habaq? Sihat ka?

Lama menghilang? Sebab aku tak tahu nak sembang apa dah. hahaa

Minggu ni aku tengah mood nak makan western, Sekali dengan En.Mon layan western. hahaa Tapi aku cuba untuk tak makan processed food lah, Macam kentang goreng, daging burger. Semua aku tak makan, En.Mon je yang bedal. Aku sekarang cuba balik makan sayur. Macam2 sayur aku cuba dekat sini. Sedap2. Aku paling suka brussel sprout. Nyums!

So, ni semalam punya, Chicken breast perap dengan olive oil, mixed herbs, gram sikit dan bbq sause. Lepas tu buat wedges sikit. Tambah pulak dengan salad. Sedap weh!

Lepas tu sekarang aku tengah ketagih makan asparagus. Rangup2, tawar2 pahit sikit. Sedap!

Aku masak dalam kuantiti yang banyak sebab aku buat prep meal untuk 3 hari terus. Tapi makan ni serius kenyang. Kenyang macam makan nasi.gituu!

Tapi kalau untuk makan sekali masak la, dalam 20 minit dah ready to serve. Kejap je kot. Mudah, senang dan berkhasiat. wah, macam jamie oliver! hahaha




Ini aku punya, 




En. Mon dia beli daging dekat afghan shop, beli roti dengan fries. Aku offer buat wedges tak nak. Tak sedap. Lantak awak lah. Saya nak sihat! Awak taknak sudah. lalalaa

Dia tak bagi aku buat, nanti tak sedap. fine! Dia buat sendiri, dengan telur lah, cheese la. Amboi, Sakan aih dia makan. Daging 2 keping okay. hahaha. Aku tengok je dia masak. hahaa

Lepas tu masa makan dia cakap. "Ni kalau dekat dekai ni RM20 dah ni. Special punya ni." lepas tu gelak sensorang. bahahha

Lepas tu bila aku cakap nanti gemok buat muka. hahha





Ini tidak sihat! haha



Haritu liza dengan wan ada kasi labu ke aku, So aku tak kerja, pepagi tu dah terbeliak bijik mata tak boleh tidur. Lets kemas rumah, tengah2 kemas dapur teringat labu. Eh, terbuat pulak labu caramel ni. Anyoyoyo. Sedapnya bedah oiii!

Rebus kasi lembut sikit then goreng tanpa minyak, Kalau nak bakar pun boleh, Aku buat seketul je ni melampau la nak guna oven bagai. haha

Kalau ada vanilla ice cream sedapnya!





simple tapi menjejes airlior!


Itu je laporan untuk minggu ini. hahaa

Nanti apa2 aku update lagi k.

Terima kasih sudi baca

xoxo
ladymonster

Friday 1 August 2014

INSTAGRAM

Assalamualaikum!

Dah puas ke makan lontong, ketupat, rendang?
Ada yang terkena cery bery ke? hahaa. Paling tak suka kena cery bery time raya. Azab!

I do love photography. And its my fault that i didn't bring my camera. padan muka. booooo! salah sendiri. =__________=

Sekarang guna samsung tab je. Itu pun mula rasa tak best sebab besar gedabak, mampu pulak nak berselfie degan tab kan. hahhaa

Kalau ada yang follow dekat instagram aku memang rajin post gamba. Sometimes gambar tu ada meaning yang orang lain tak tahu. There is story behind the picture. 

There is a few of picture yang aku suka. Aku bukanlah hebat, sekadar nak berkongsi je. 

Picture ni masa aku keluar misi jalan kaki haritu, time ni dah petang dalam pukul 5pm macam tu. Sinikan malam cepat. Haritu aku lalu tengok gereja ni bukak, tapi aku rasa dah tukar jadi cafe. Ramai je aku tengok yang pepagi datang lepak minum kopi. 
ni sebenarnya gereja aku rasa, tapi dah tukar jadi cafe.




Shepparton museum ni. Dekat bahagian luar masa aku tengah lepak dengan En.Mon. Aku suka tangga dia sebab dia punya batu bata tu nampak lama sangat. Classic! Mungkin rumah aku pun nak buat tangga camni nanti. Eh!





tanga ni dekat dengan shepparton museum.




First time merantau, first time rasa beku, first time rasa sejuk. Aku mungkin jakun tak pernah rasa. Tapi aku orang kg dot com. Bila rasa benda baru, perasaan excited tu tebal. Faham tak? ke tak faham? hhahaa. Biar aku sendiri je faham, takpe2. kak bedah terima. :)





Cuba bayangkan kalau betul2 salji tebal. woow!



Ini pun masa musim sejuk haritu dekat farm. Tapi aku suka gamba ni. Sebab ni first picture aku snap masa aku touching the ice. Sejuk, keras, putih. Semua tu aku terbayang lagi.

Please abaikan kalau annoying. ^______________^





one of my favourite. 


Sunrise or sunset? Dua2 aku suka sebab dia macam permulaan hari untuk cerita yang baru dan penutup untuk kisah harini. Tutup dan kemudian lupakan. Sebab esok akan mula cerita baru. Itu bagi aku lah. hahahaa



sunrise at the farm



sunset 



Berakhir kisah first season dalam hidup aku. Rasa susan, rasa senang, rasa marah, semua benda aku dah rasa. Mungkin orang kata aku buat kerja gila. Tapi aku dah rasa apa yang orang lain tak rasa. Aku tak menyesal. Tapi aku gembira bhaii!!!



Last day aku kerja packing shed. Boss aku saja rendahkan badan sebab aku dengan sam pendek. ceit!





Aku paling suka awan dekat sini. Sebab dia punya kepuk2 semacam. Subhanallah. Kat Malaysia pun ada cuma tak melampau macam sini la. Cantik dan langit dia nampak luas dan dekat sangat. :)






caravan dekat packing shed





good morning!




masa dekat melbourne!




Kasut ni bukan kasut aku, tapi sebab kasut ni buat aku rasa bersyukur sebab aku boleh usaha sendiri. Dia buat aku rasa rendah diri sangat. Sebab kasut ni buat aku pandai berterima kasih. :)












Ini gambar first farm yang aku kerja. Masa mula2 nak merasa kerja. Nak rasa susah, nak merasa menapak jauh beli barang, macam mana susah senang hidup dekat sini. Macamna rasa makan nasi kosong dengan bawang goreng. Semua tu kenangan aku. Semua tu yang buat aku jadi aku. Semua ni aku dah rasa, apa yang orang lain tak pernah rasa. 





Masa ni tinning apple, merasa lah angkat tangga 10kaki




rumah first masa aku pindah sini. Aku suka rumah ni sebab laman dia besar. shower dia tak suka



Ni pulak gambar masa aku dekat Melbourne. Bagi aku, aku suka melbourne lagi berbanding Sydney. Melbourne macam tenang sikit, rasa secure berbanding dengan Sydney. Tu pendapat aku lah. Aku suka architecture dekat sini, cantik dan still ada modern design dengan old design. Memang cantik!






dekat dengan backpackers yang aku suka duduk




simple




one of the mall dekat mebourne. Classic!



Graffiti street





one of my favourite. Aku suka architecture dia.



Tu je bebelan aku untuk harini. Nanti aku update lagi. 

Terima kasih sudi baca.

xoxo
ladymonster

notakecik : sini bundle dia lawa, cantik. Ada yang nak ke?