Tuesday 25 November 2014

BARU INTRO. LEK LU!

Assalamualaikum.

Lamanya tak meniap. Rindu rasa. Kalau boleh nak update 24/7. Bahahaa

Alhamdulillah so far so good. Kembali bekerja dengan contractor aku yang lama. Walaupun kali ni adik dia pulak yang pegang. Tapi still cun. Gaji pun kali ni ohsem! Kalau ikut planning aku memang ngamlah kerja kali ni. Dan yang paling best. Aku dapat buat second tining. Sampai Christmass oiii. Mari sesama menyengih. Mihihii

Kali ni macam biasa lah sebelum petik kita tining dulu. Aku lega gila tak dapat farm yang last season. Hoih! Itu boleh membuatkan aku naik darah! Pokok tak nak mengunung tinggi pulak. 10kaki punya tangga tu. Nak bawak pun terhuyung hayang aku. Kali ni much better!

Eh! Ni baru mukadimah ni. Full entry nanti dah cukup gambar aku story k. Tak syiok la cita tapi tak dak gambr kan. Letih kot nak guna imaginasi tahap tertinggi je. Hehee

Doakan esok En.Mon tak hangin nak ambil gambar aku. Harini moody sikit. Haishh!

Nah aku kasi up gambar sikit. Baru macam semangat je korang nak baca kan. Tertunggu2 je esok. Ekekeee

Kalau aku mampu nak taip la esok. Kalau tak memang tunggu ahad la baru aku update eh. Jangan marah nanti cepat kertu uollss!

Nak tido dah. Esok dapat gaji. Eh!

Kbai.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Sambil taip sambil angkat kening!

Notakecik : Awak, awak tak dak perasaan serba salah ke? Aku pulak yang kopius sekarang ni. Haishhh









Sunday 23 November 2014

SEMBANG KAK BEDAH - JANGAN SUSAHKAN ORANG BOLEH?

Assalamualaikum!

Sorry sebab privatekan blog. Atas sebab yang tertentu so kena la privatekan untuk sementara waktu. Hopefully dah tak dak masalah lagi la. Kalau tak makin fening kepala kak bedah uolls.

Almaklumlah bila kita tolong orang. Orang pulak tak nak tolong kita. Susahkan. Daripada kak bedah pening kepala baik buat tak tahu je. Sonang keje kak bedah. Hehee

Sekarang kerja pun dah banyak. So memang berduyun duyun orang datang sini. Bulan 12 ni sure memang muka asian je lah. Tengok muka pun dah kenal orang kita. Heheee

Sebab bila dah banyak kerja. Orang pun mula lah beralih arah. Kejap nak kerja. Kejap tak nak. Boleh kalau tak nak kerja tapi jangan menyusahkan orang lain boleh? Tak pepasal pening kepala kak bedah. Tolong susah. Tak tolong pun susah. Haishh!

K la. Nanti kak bedah update lagi

Xoxo
Kak bedah

Thursday 6 November 2014

DAH SAMPAI!!!

Assalamualaikum!

Salam jumaat. Alhamdulillah semalam dah selamat sampai seorang lagi. Itu pun mula2 aku ingat dah tak selamat. T____T

Brader ni naik flight pukul 10.30pm kot. So, petang tu En.Mon call bagitahu apa yang patut semua. Sebab takut tak lepas immi. Almaklumlah sekarangkan dah nak musim kerja. Sepatutnya pukul 10am tu dah call dah. Tapi senyap je.

Aku tak cakap kat En.Mon, "Tak lepas apa brader ni? Senyap je. Lama sangat ni. Kalau flight delayed mesti dah sampai punya sebab dah pukul 2 lebih ni."

En. Mon kejap2 tengok whatsapp nak tengok bila last seen. Dia risau tak lepas je. En.Mon dah siap pesan delete semua email, whatsapp or ada kena mengena dengan kitaorang sebab diorang memang akan check handphone punya.

Sebab rasa macam lepas tak lepas je kitaorang pun keluar lah dulu merayau pergi CashConverter. Haritu aku ada beli Macbook Air tapi kan dia tak dak disc so semalam aku tengok ada murah pulak tu. So belilah. Terus semangat En.Mon nak main game. Merata ajak aku pergi cari game.




Ye betul $59













Game Dragon Age ii




Aku beli cerita $2 ni je kat Cash Converter lepas tu merayau dekat area Cotton On tu sebab ada kedai games. Harga asal dia $26.15 tapi sebab Christmass sale jadi $8 je. Tapi tak banyak game mac banyak game pc je. Bahahhaaa

Tapi En.Mon ni perangai dia sama macam aku. Sekejap je semangat dia lepas tu melalut lah. Semalam beriya main, harini main 20minit dah shutdown dah. Hahahaah









Lepas tu aku pergi BigW konon2 nak caei game la jugak, tapi haaroommm takdak. Masa aku baru nak keluar BigW tab En.Mon vibrate laju je aku tengok. Fuhhhhhhhh!!!! Alhamdulillah selamat rupanya. Aku dengan En.Mon punya lah risau, sampai En.Mon tak cakap banyak. En.Mon ni jenis kalau dia risau ke, ada problem or tengah fikir apa2 dia jenis diam tak cakap banyak lepas tu muka macam monyok macam cenonot je. Hahahaa

Brader ni cakap dia kena soal siap lepas tu siap kena punggah barang on the spot nak check bag semua bagai. Siap tanya nak pergi mana, berapa hari, bawak apa. Kenapa datang. Semua siap kena tanya. Aku ada pesan sabun dengan rokok En.Mon. Rokok dapat selamat dua kotak je. Sabun pun nasib baik dia tak rembat brader ni cakap. Hahaha

Dia ada reason kukuh sebab dia memang booked hostel untuk 3 malam lepas tu return ticket dia pulak 3 hari lepas tu. Memang ngam2 la. Satu lagi dia bawak camera DSLR.  Lega weh!!!!

So, dia pun on the way ke sini dah aku balik rumah bersiang ayam dulu. Makan simple2 je sebab aku memang maaalassssss sangat nak masak. Hahahaa. Pukul 4.30 macam tu dia dah sampai, so peegi ambik dekat train. Lega sorang lagi dah sampai.

So, sebab dia pun tak makan apa lagi. Pergi lah makan dulu dekat kebab shop.




Agak murah lah kedai ni.



Macam2 menu ada.







Menu semalam, lamb rice 2 sebab aku share dengan En.Mon dengan whole chicken (ayam bakaq sekoq). Sambil makan sambil sembang2. Tanya masa sampai macamna. Wohooo. Serius sungguh depa check. Aku yang dengaq ni pun kecut perut. Hahahaa





Lamb rice. Eh tersesat ayam pulak kat situ. Mihihii




Whole chicken. Itu pun tak habis. Hahaha. Bawak balik




Afghan bread




Roti ni memang dia akn bagi tapi as usually memang tak habis sebab kenyag gila kot. So tapau bawak balik la. Air holsten tu perasa cranberry. Air tu halal. Aku tak mabuk pun. Jangan ingat air lain pulak. Haipppp!!!



Kasi hai sikit orang mesiaa!!!




En.mon. ekekekee




Sememangya aku orang yang reply dekat email, tapi untuk direction dengan planning En.Mon yang akan urus sebab aku memang fail planning and map. Hahahaa

So, nanti before nak pergi tu En.Mon lah yang akan whatsapp explain semua. Aku just update on blog and email je. Harap maklum. :)

Aku dalam blog memang celoteh panjang dan sememangnya banyak mulut. Tapi macam biasala baru kenal aku memang sunyi sepi lah sikit. Teheeeee

Semalam dah bawak pergi beli barang, beli makan sikit. Rumah pun dah masuk. Alhamdulillah. 

Tapi ada benda yang penting sangat aku nak cerita. Kalau nak datang sini.

PLEASE. PLEASE. PLEASE. TOLONG. TOLONG. TOLONG LAH. DELETE SEMUA EMAIL. WHATSAPP. NOTE2 PASAL NAK DATANG KERJA. KALAU BOLEH DEKAT GOOGLE TU DELETE SEKALI HISTORY SEARCH PASAL BLOG AKU OR PASAL KERJA DEKAT BLOG LAIN. 

KALAU TAK BUBYEEEE!!! SELAMAT PULANG KE TANAH AIR KEMBALI. SEKIAN.

Please take serius.

Tu je aku update harini.

Terima kasih sudi baca

Xoxo
Hati wa ada senyum!

Notakecik : nak pindah rumah boleh?

Tuesday 4 November 2014

HOBI LA SANGAT!

Assalamualaikum!

Sekarang panas dah terasa. Ni kalau dapat Magnum petang2 ni. Ada habis sekotak aku bedal ni. Bahahaaa

Cuma dua hari lepas tetiba je hujan lepas tu sejuk nak mampos. Heater pulak aku dah simpan. Lepas subuh terus aku pasang balik. Beku hoi!

Esok insyaAllah seorang lagi akan sampai. Orang kedah jugak. Wahh! Ramai aih orang utagha kali ni. Meriah aku ada orang cakap utagha. Ceq dok sini kena cakap key ell, kalau tak depa tak paham. Puihh!
Yang paling over tak paham aku cakap En.Mon lah siap perli2. =.=

Semalam pergi Cash Converter sebab hujan so tak kerja lah. Sekali jumpa wan, liza, mimi, zai dengan asri. Jauh uolls datang dari Cobram ke Shepparton sojam jugak tu. Tapi nyembang kejap je lah. Semua bawak haluan masing2. Lupa nak cakap. Liza! Cantik sangat skg. :)

Lepas tu pagi tadi pergi merayau town. Tetiba En.Mon cakap nak bela ikan. Kata bosan kat rumah, at least balik kerja boleh tengok ikan pusing2. Dia ajak aku pergi ke Pet Store. So ke sana lah!

Tengok akuarium tertolan2 airlior aku! Tak beragak bedah oii. Hat kecik pun $89. Tengok ikan pulak, sekor $3. Makan lagi, batu2 dalam tu lagi, cholorine lagi. Hei hei hei!

Lepas tu ada nampak kucing dua ekor. Anak lagi. Comel nak mampos! Tapi dah sold! Geramnya!!!!!!!

Lepas tu dia tak puas hati ajak aku pergi kedai lain pulak. Harga sama je lah. Tapi dia nak jugak cari. Nampak kura2 kecik tu. Sekor $150. Apa ke mahal sangat ni?? Kat Malaysia sekor RM 6 je kot. En.mon pegang letak. Pegang letak. Ada hati tunak angkat sekor tu. Bahaaha. Tapi macam biasa kak bedah kasi jelingan maut sikit. Haipp!

Sebab tak puas hati dia cakap pergi kedai last sekali. Elok aku masuk kedai je. Anjing ni bapak besar lari datang ke aku. Anjing kedai punya. Nasib baik brader ni nampak dia cakap, "No! Sit down!". Elok je dia duduk depan aku. Fuhhhh!!!

Kat kedai ni ada la yang murah. Murah pun $69! T_____T

Tapi itu je lah paling murah, tengok ikan alahai kecik sesangat. Dapat ke aku tukang tukar air memang mati lah macam ikan2 aku dekat Malaysia tu. Hahahaa

Tapi alhamdulillah En.Mon sedor diri. Daripada perabih duit ke ikan yang seminggu je dia semangat lepas tu dia mesti suruh aku buang air. Baik dia beli barang makan. Hahaha

So, menu harini mee sizling! Ayam ada, cendawan ada, sawi pun ada. Tulur saja tak dak. Takpe. Janji kenyang dan sedap! Heheee

Gambar? Harini kak bedah malas nak pegang tab. Ini pun sebab merasa macam dah lama sangat tak update kat blog. Tehehee

Banyak benda aku nak cerita tapi malas nak menaip tu kuat sangat. Hahaha

Nanti aku update lagi k.

Terima kasih sudi baca.

Xoxo
Lega tak jadi beli ikan.