Lupakan yang lepas mulakan kisah baru. Eceh!
This entry special dedicate to Najlaa. Kalau ko baca ni sila sengeh sampai telinga na.. ^____^
![]() |
Happy belated birthday Najlaa |
Sebenarnya birtday dia 1 january haritu. Bangun pagi tu aku rasa macam ada birthday someone harini. Tapi aku tak ingat siapa. Tapi asyik teringat si mok cik ni. Terus aku whatsapp segala mak nenek. Sembang2, gossip apa yang patut. Then tetiba aku baru teringat. Hoi harini birthday dia. Patutla aku teringat mok cik ni je. Hahhaa
Selamat ulang tahun kelahiran. Semoga panjang umur, murah rezeki, hidup di berkati. Bahagia sokmo. Jangan lupa aku. T____T
Aku pelik jugak macamana la aku boleh rapat dengan si najla ni. Padahal dulu aku geng lain. Hahha
Aku fast track dari diploma terus ke degree. Tapi aku ni bangang jugak. Tak pandai mana pun. Hahaha. Aku masa tu masuk part 2 Uitm Shah Alam, aku tak satu class sekali dengan dia. Tapi time pendaftaran masuk to. Aku dengan budak2 lain kena kumpul dalam class. "Mak aih garang betul budak ni. Kerek gila". Aku cakap dalam hati. Sebab time tu masa berkumpul dia tak senyum pun. Ceit. Aku tak pernah story kat ko lagi lala. Hahaha
Then masa part 3 aku rasa aku ada satu class dengan dia. Aku tak ingat apa. Tapi yang pasti class photo untuk minor memang aku satu class dengan dia. Duduk paling depan or 2 baris dari depan. Almaklumlah, aku ni kan jenis cepat mengantuk. Kalau duduk dengan geng diorang ni memang duduk depan. Merasa la menguap dia tahap dewa. Haha
Time class photo aku tak berapa rapat sangat. Rapat sikit2 je la. Then bila masuk part 4 aku dah tukar group. Sepatutnya aku group B. Tapi entah aku gatai sangat nak tukar group A. Sebab group B ni mostly group budak fast track dan budak lepasan politeknik. Dan budak group A ni mostly budak lepasan STPM. Then class yang selainnya class budak lepasan Diploma. Kiranya aku tersesat lah kan. Tapi syiokk. Enjoy aku rasa.
Time part 4 ni aku dah rapat dengan najla. Bila buat kerja group pun aku dah satu group. Pergi shoot mana2 pun pergi sekali. Tapi still tak berapa close laa. Aku kan jenis malas nak ambik port sangat. Lagi satu dia ni jenis ambik berat pasal hal2 akademik. Macam jadual ke, tarikh last isi pengecualian ke. Ada event ke. So aku banyak benda jugak tahu. Kalau ikot pemalas aku memang tak kemana la. Hahaha
Then dah masuk part 5 baru betul2 close. Dia tidur rumah aku. Sebab aku sewa luar. Dia pulak budak hostel. So kalau balik lambat berdesup sampai rumah aku. Hahaa
Satu lagi yang aku rapat dengan najlaa time tu nak praktikal. Aku dapat sama tempat dengan najla then dia sewa sebulan rumah aku. Kebetulan pulak time tu budak unisel tak dak. So dia duduk katil ikin. Means bawah katil aku la. Sebab katil aku double decker, aku duduk atas. Syiokk!
Malam2 before tidur aku pillow talk dengan najlaa dulu. Gossip2. Sembang2. Ada je story aku gossip dengan dia. Hahha.
Najlaa ni kira Exco Tertinggi GPMS, so dia memang rahjn nau join event la. Buat event la. Sampai aku pun dah jatuh hati dekat GPMS. Tak silap aku semua panggil dia najlaa tapi aku je selamba pangil lala. Marah kawan tu dengan aku eh. Hehehee
Aku dengan najlaa ni suka buat benda yang tak masuk akal kengkadang. Aku pernah tawaf 5 shooping mall dalam masa sehari. Apa benda aku dengan dia cari pun tak taw. Hahha. Gila! Lepas tu kalau nak shopping dua dua tak tak ingat dunia. Lepas tu mengucap sedor diri. Hahaha
Lepas tu port lepak makan minum pulak dekat khulafa seksyen 7. Hooii. Heaven hoii. Rindu nya nak makan situ. Sampai maple pun dah kenal aku dengan najlaa kot. Hahaha. Mana taknya kengkadang lepak sampai pukul 3 pagi la. Buat kerja situ la. Apa la. Rindukan?
Dia ni kira penyimpan mohor besar la. Sebab semua rahsia aku ada dekat dia. Dari A smapai Z dia tau kot. Haha
Bagi aku dia ni kakak(padahal tua setahun je), kawan, sahabat, penasihat, cikgu, kaunselor dan aku dah angap dia adik beradik aku.
I love you najlaa! Until jannah. Semoga persahabatan kita kekal. Amin.
Happy belated birthday!
Xoxo
Sahabatmu ajeerah
Notakecik : rindu nak sembang2, gossip2, nak lepak ngan ko. Rindu la gile!
No comments:
Post a Comment