Assalamualaikum,
Rajin nau aku hapdate sekarang eh. Heee
Sebenarnya aku dah lama save as draft. Sebab tak dak gambar, ini pun ciput je gambar yang ada. Ehsan dari madie. Haha
Aku kat sini dah start TIDUR means aku dah start cuti tunggu buah besar. Picking only start at the end of january, hambek kau! Dekat sebulan kau aku tak kerja. Ni mula garu kepala ni. Its not good!
Disebabkan aku dah start cuti, so aku dah start cari part time job. Aku start plum picking. Ni first time aku picking ni, aku tak pernah buat lagi sebab aku baru lepas buat tining je.
Aku, en.mon, madie, hanip and bro apat yang pergi kerja ni. Ni pun bro apat punya kawan yang info. Gary nama dia. Dia yang akan pickup esok pagi. Oh ya, he is indonesian.
Pukul 4.15 am aku dah bangun sesiap apa yang patut. Sharp 5.15am si gary ni dah datang dengan kereta subaru dia (macam aku kenal je jenis kereta. Hahaa). Si gary ni akan ambik 2 trip, first trip dia pickup aku, en.mon, hanip dan madie. Second trip dia ambik bro apat dengan budak lain la. Dari rumah aku nak pergi farm dalam 30 minit la naik kereta. Sampai farm dalam pukul 5.45am. Sunyi sepi tak dak sapa lagi mai. Kami 4 orang je yang tercongok kat depan farm. Hahaa
Aku buat contract untuk plum ni. Kiranya aku, en. Mon, hanip dan madie satu group. Bro apat dengan gary satu group. Diorang buat dua orang, depakan superman.
Group or individual ni akan bawak treaktar sorang satu untuk pergi line memasing. Masa nak kena bawak trektar to, hanip tolak madie, madie tolak en. Mon. Last sekali en.mon yang bawak. Lega aku rasa en.mon boleh bawak. Sebab aku rasa dia ja yang boleh bawak. Nak suruh aku? Mau satu farm musnah angkara aku nanti. Hahaa. Bila dah masuk line memasing, first sekali aku check berapa panjang line to. Ya ampun kau. Panjang nau line dia. Sayup je aku tengok.
Aku picking bawah dan hanip and madie gilir-gilir, sian en.mon tak pepasal kena buat atas je. Huhuu. Sori bro! Terima kasih, heeee. Untuk picking plum semua ada picking beg or beg kangaro sendiri. Function dia untuk pick buah dan bila dah penuh akan transfer terus ke bin. Bin to pulak akan pecah ikot tray. Korang pernah tengokkan tray yang warna hitam letak buah? Haa cmto la. Satu tray dlm $3 dollar, dan dalam 1 bin kena ada 12 tray.
Buah kali ni aku rasa second pick ni sebab buah tak banyak langsung. Plus aku rasa memang tak boleh buat duit. Buah dia kecik sangat kot. Selalu plum besar buah tennis. Ini buah dia besar limau nipis, jenuh aku nak penuhkan buah dalam 1 tray.
Sebab aritu panas sangat. Pukul 12 dah suhu menggila, kami dapat 3 bin je. Means dapay 36 tray and total harga yang kami dapat $108 sahaja. Lepas to bayangkan kena bahagi 4. Berapa je yang dapat. Letih je lebih.
Ada sorang uncle india ni, dia kerja sini dah 4 tahun dan dah dapat PR sini kot. Keje tetap terus. Aku tanya dia macam-macam, dia kata sini dah xboleh buat duit. Tak macam dulu. Dulu sekali season picking dekat 2 bulan. Sekarang 3 minggu dah habis, sekali bawak turun orang picking ramai nak mampus. Maunye tak cepat habis. Xpela uncle. At least ucle dah kerja tetap dah. Saya ni terkontang kanting ni ha. =,='
Lagi 1 tips kalau nak tau kerja apa yang boleh buat duit, kerja apa yang tak boleh buat duit ialah kalau ramai cina malaysia kerja situ. Memang boleh buat duit. Kalau tak dak langsung, memang tak boleh buat duit. Sebab cina malaysia memang pandai cari lubang nak buat duit. Diorang takkan buat kerja yang sakit badan tapi untung tak banyak. Tapi tempat yang aku buat plum ni tak dak langsung. Banyak latin, south afrika, indonesian and korea. Dah paham sekarangkan.
Good!!
Good!!
Balik je rumah tanya abang gee cmna kutip cherry. Dia kata satu tray $11. Tray dia sama dengan tray aku to. Then buah dia pun besar. Sehari dia boleh dapat 12 tray. Berapa dah to. Padahal time to dah ada orang ajak, tapi si apat tak nak pergi. Takpe lah. Ni nama dia pengajaran. Lepas ni dah paham oke la kan. Alhamdulilah..
Nanti aku update lagi eh. Terima kasih sudi baca.
Xoxo
Ladymonster
Ladymonster
Notakecik : kalau nak tau buah plum to manis ke tak. Cari yang warna kulit dia purple nak ke hitam. Kalau merah lagi. Masam sikit laa.
![]() |
Time ni treaktar rosak. So kena tarik. Ni lah besar 1 bin. Dalam to semua buah. |

hi. awak boleh guide ke kalau syaa nak ke sana? sekadar bertanya
ReplyDelete