Wednesday, 13 November 2013

Bukan senang nak jadi senang!

Assalamualaikum,

Ewah, tengok tajuk pun dah seram. Over nyah!

Blog aku memang aku kekadang aku tak suplly maklumat yang detail. Example, gambaq tempat ke, gambaq tiket, map atau yang lain. Sebab aku hapdate melalui tab. Nak masuk gambaq ikut susunan pun bersepah-sepah. Tension je aku rasa. Haha. Aku minta maaf. Mana yang aku mampu masukkan. Aku selit k.

Ikut plan aku kat Malaysia la. Beli tiket, fly, samapi sini cari keje. Nampak memang senang word "CARI KERJA" to. Tapi, ha.... ada tapi ok. Bila dah sampai sini baru kau tahu suasana dia. Baru kau tahu live kat sini macamna. Baru kau tahu kekadang mat salleh disesetengah kawasan tak suka senyum, tegur, apatah lagi nak bagi kau keje.

Macam plan aku, jadi nanny pun ok la. Kalau tak dak kerja lagi. Diorang punya detail kot nak ambik pekerja. Kalau kau xde TFL, jangan harap la diorang nak kasi. Kalau kasi pun kalau dia memang nak ambik orang yang illegal. Sebab illegal ni gaji dia murah berbanding yang ada TFL.

Aku dah apply dalam Gumtree semua. Kalau ada rezeki. Ada la kan.
**Gumtree to ala Mudah la kat Malaysia.

Dekat sebulan aku dah ada dekat Australia ni. Masa aku kat Sydney, Melbourne memang dia punya people peramah, senyum, mudah mesra dan kalau kau nak minta tolong pun agak senang la. Berbeza pulak di luar dari Melbourne and Sydney. Kau nak senyum pun scary. Muka diorang masam sokmo. Senyum jangan cakap la. Aku senyum macam senyum kat tiang. Pfff..... mostly apa yang aku rasa ni memang dari pengalaman aku la. Sebab maybe diorang dah mula rasa tak secure dengan keadaan kawasan diorang sebab ni bukan kawasan pelancongan. Maybe!

Aku sekarang under contractor Bella, india dari Malaysia. Muda lagi, around 30 something la. Memang ramai budak under dia. Rumah aku 12, satu rumah lagi 15, lagi satu 8, lagi satu 10. Dan tak silap aku ada lagi. Bella dia dapat ladang paling besar sekali untuk kali ni. Thats way dia perlukan ramai pekerja. Kalau keluar je rumah pergi kedai akan nampak muka taiwan, vietnam, kemboja, hong kong, indonesia dan ya, akgir sekali, MALAYSIA!! Hahaa. Kerja insyaAlah akan berpanjangan sampai ke bulan april. Tak silap aku, ada apple, pear, tomato dan lain.

Tapi disebabkan musim hujan terpaksa la hold. Aku tak pernah lagi kerja ladang ni. Doakan aku. Panas boleh tahan otai-otai ni cakap, sejuk yang paling tak tahan. Nak buat kerja pun gigil, buah beku kot. Aku yang nak tidoq ni pun pakai 3 lapis baju, 3 lapis sluaq, 3 lapis stoking. Sejuk kot. Memang sejuk.

Bila orang cakap, alah senang je nak cari kerja. Pergi umah orang cakap kau boleh service kemas umah semua. Nyah! Maunye tetibe die report immegresen kna tangkap. Free je aku fly Malaysia. Sebab aku HOLIDAY VISA memang tak dibenarkan bekerja. Itu masalah dia. Cakap memang senang. Nak hidup senang to yang bukan senang.

Its oke. This is what we call learning process and gain an experience. The best teacher is experience. Aku akan buat yang terbaik. Nak lari balik? Aku dah sampai sini. Alang-alang baik aku teruskan je. Orang boleh buat, kenapa aku tak boleh kan.

Usaha+redha+tawakal. Amin. InsyaAllah

Notakaki : kat sini banyak ujian!

No comments:

Post a Comment