Friday, 1 November 2013

Malam yang Sehjuk!

Assalamualaikumm

Suhu sekarang 16○c. Sejuk gila!

Sambungan lepas aku check out dari hostel kat area King Cross, aku menapak pulak cari tempat nak tuju. Kengkononya nak pegi jengjalan atau nak pegi cari hostel lain la. Sydney memang best dan sangat sejuk. Tapi bagi aku sesuai kalau untuk yang nak pegi jimba dan muda mudi ka. Pub, disco, live band memang banyak. Dari bilik aku pun bole dengar live band dekat bawah. Ada yang sedap to, layan jugak. Haha

Aku beli simcard Telestra harga 30aud. Dan free 500mb data. Macam tak cukup je untuk aku yang memang kaki online ni. Hahaa

Melantak makan kebab semalam depan Subway, beli coke sebotol. Bincang lepas bincang.Kami decide nak pegi ke central sebab situ banyak hostel jugak. Melilau cari tiket bus. Sebab aku dah masuk kawasan pub. Hahaa

Beli tiket bus ke central sebab dah konfiden sangat nak ke Griffith. Kejadah aku nak sebut benda alah ni payah bebenor. Asyik salah je. **kalau lidah dah makan sambal belacan, memang payah laa. Haha

Otw dalam bus ke central, aku terpaksa berdiri dengan en.mon sebab beg yang lagi besar dari orang. Haha. Tengah dok berdiri kaki tahan kekuda dah. Ada makcik ni tegur, tanya aku. "Are you Indonesian?". Yang en.mon muka dah nak tergelak2 dah. Kejadahnya aku indonesian. Mentang-mentang aku pakai tudung saruk time to. Laju je die tegur aku. Hahaa

Sembang punya sembang, dia story mana dia nak pegi, lepas to mana aku nak turun lepas ni. She is so kind. Lemah lembut. One thing yang aku rasa bangga yang mak cik ni cakap. "Malaysian people is so nice and lovely". Wah. Wah. Wah. Kembang bontot aku kejap. Haha

Sampai kat Central Station, duduk hilang penat. Beli tiket ke Griffith. Terus en.mon cakap nak survey bilik. Sebab dia tak mau lepak dekat Central. Menapak la cari hostel around to, memang xdak. Sebab esok to Holloween. Dan suma da fully booked. Weekend pulak to. Ohsem.!

Masa dok pusing ke Paddy's market to aku belikan siap buah just bekalan untuk makan. Kot2 kebuluq. En.mon ni makan boleh tahan. Kang ada yang pengsan, tak larat aku. Hahaa. Buah memang murah. Nak beli sourvenior bole beli sini. Banyak pilihan dan boleh tawar menawar.

Amaran : sila guna definisi imagination tahap tertinggi.

Cuba korang bayangkan stroberi 3kotak macam kat Cameron to 4aud. Homai-homai. Aku dah macam hilang kewarasan dah time to. Haha

Aku beli pisang sesikat, buah lai 2bijik besaq nak mampos. Baru dalam 7aud. Memang bayak barang dekat situ.

Mostly yang aku tengok, yang berniaga kat pasar, kedai phone sume chinese. Dan yang jual benda lain ni bangla or nepal. Dah macam Malaysia aku rasa. Haha

Lepak kat Central baru la si Nik ni reply msj. Dan terus tukar tiket ke Melbourne. Dan paling bodoh sekali tak tanya petang to ada ke tak tiket ke Melbourne. Konfiden ckp nak esok. Tup-tup petang around pukul 7 lebih elok je train sampai. Bangang diri sendri. Mohon sepak muka sendri lelaju.

Maka berkampung untuk sehari. Suhu time to 16○c. Sejuk ya amat, sampai aku gigil gila. Dan paling best. Waiting room berkunci oke, BERKUNCI. Beku aku tungu kat luar. Hahaaa

Sampai la kepagi esok. Haih...

Mohon tunggu next update ea, terima kasih

Notakecik : aku bawak botoi ayaq p masuk toilet. Depa tak guna ayaq kencing ka berak. Geli woiii


No comments:

Post a Comment