Assalamualaikum.
Hati gue udah senang bangat hari ni dong. Hahahaa. Padahal tengahari tadi bukan kemain lagi marah eh.
Lepas aku mengamuk semua bagai tu. Aku malas nak masak. En.Mon yang masak untuk lunch. Sejukk macam ketui aih teruih hati den. Aishhh
Lepas aku bebel non stop macam kiah propa baru la En.Mon datang pujuk. Itu pun dah lewat petang dah. Then bro fuad call cakap nak datang rumah nak minta tolong En.Mon potongkan rambut dia sebab esok dia nak pergi Melbourne dah. Nak kerja kat sana. Dapat housekeeping. Aku? Masih disini. Erk!
Lepas potong rambut tu minta tolong bro fuad bawak pergi asian shop sebab nak beli barang sikit then nak pergi Big W nak beli rice cooker. Tapi sebab kawan dia bersembang lama nak mampus. Maka, aku dengan En.Mon cakap nak balik je. Panas kot tunggu dalam kereta tu.
Sampai je rumah diorang ni baru je balik. Laju je En.Mon ajak pergi Big W. Katanya dah lama tak dating. Auww. *silamuntahdarah
Terus google dan zassss dengan pantas. Rupanya dalam 15 minit je kot dari rumah aku nak ke Big W. Ceit. Sebab sebelum ni selalu pergi Coles or Safeway je.
Masuk je terus ke Big W. Sebab sebelah tu ada Woolworths besar. En.Mon nak beli singlet. Nak jadi orang Oz katanya, keluar rumah pakai singlet. Pun boolehhhh! Hahaha
Dia rembat satu. Then pergi melilau beli rice cooker. Yang kecik sekali baru $13. Homaii. Murah okay. Cun! Kasi angkat satu. Lepas tu pusing2 aku nampak mug besar. Sebab aku tak pernah ada mug lagi. Dan mug kat rumah ni kadang boleh tahap kulat. So aku beli satu $3.45, okay lah ka .
Settle semua, berangan En.Mon nak beli Tv dengan DvD. Sekali tengok harga terdiam kau. Sehari kerja punya gaji tu. Fengsan. Hahaa
Then keluar pergi beli air pepsi then lepak minum jap. Lepas tu misi ke safeway. Konon2 nak beli air orange homebrand $1 tu. Tapi tak dak. Habis lah pulak. Nampak Iced Coffe Latte. Macam sedap je.angkat satu. Hehee
Pusing2 dalam safeway teringat beli sabun basuh baju sebab dah habis. Homebrand jugak. Baru $2.75. Habis puaing2 marilah keluar pulang. Tapi termasuk kedai bag pulak. Damn! Aku memang ada masalah dengan bag dan kasut. Kasut boleh mahapkan lagi. Kalau bag. Aku memang tak boleh tahan. Nafsu shopping membuak2. Ahaha
Tetibe En.Mon bagi greenlight. "Ambik la satu. Awak pun tak dak pursekan. Saya bagi beli."
Terkesima den. Terua buat muka Puss in the Boot. Hahaa. Apa lagi nafau shopping tahap 9 terus. Tangan kanan pegang handbag, tangan kiri pegang purse. Lepas tu terus mengucap. Melampau betul. Aishh
Lepas bertenang aku pun ambik la purse ni selepas si tapis beberapa kali dan beberapa design. Hati aku tetap choose design ni. Kesian mak cik tu nak tutup kedai tapi tak boleh sebab aku dok sibuk pilih. Jangan marah mak cik. Duit ni duit. Ngeeee
Balik rumah terus sengeh sampai telinga kau. Tralalaaa. Happy!
Lepas tu terfikir. Ni nak pujuk ke ambik hati ni? Hehee
Apa2 pun thanks En.Mon. I lap you. Hehee
Jumpa lagi nanti.
Terima kasih sudi baca!
Xoxo
Ladymonster
Notakecik : esok aku kerja pukui 5 dah start. Hoi tidoq woi tidoq. Nite!
No comments:
Post a Comment