Assalamualaikum!
Eh! Terlama pulak aku menghilang. Sekarang badan dah rasa tak sedap sikit. So memang membuta je la aku. Semalam balik kerja pukul 2pm tidur sampai pukul 6pm. Then pukul 8pm aku bantai tidur balik sampai lah pagi besok. iaitu ini hari. Bangun tadi pun mengantuk lagi. hoih!
Ini hutang entry aku. Aku dah bayar dah ni eh!. hehehee
Selalunya pokok buah dekat sini memang akan tinning. Mostly apple, pear, nectarine, plum dan lain2 lah. Sekarang ni dah musim stone fruit. Stone fruit ni buah yang biji dia keras lah kiranya. Contohnya plum, nectarine, apricot dan lain2. Untuk musim apple dengan pear bulan 1 nanti baru start.
Sebelum tu meh nak tunjuk farm aku kali ni. Last season aku tinning farm lain, sekarang farm lain. Tapi farm ni sangat lah syiok. Pokok dia rendah sikit dari pokok farm last season. Farm last season maki2 aku. hahhaa
Tangga dia pun idok lah 10 kaki punya tangga. Dulu kalau bawak tangga pun aku dah terhuyung hayang. hahahaa
![]() |
| aku suka farm bersih macam ni. |
Aku cukup tak berkenan kalau farm yang rumput panjang dah sampai lutut. Takut oih. Aku selalu bayang yang bukan2. Al maklum lah, sekarangkan dah masuk summer kot2 lah ada binatang Allah yang nak berjemur jugak. Tapi alhamdulillah selama aku kerja farm tak pernah jumpa lagi la. Kalau boleh tak payah jumpa pun takpa. =.=
![]() |
| renek kan pokok dia. =.= |
Mula2 tinning pokok Gala dulu. Banyak jugak pokok gala. Satu row 2 orang means sebelah sebelah la, kiri kanan. Aku selalunya dapat belakang badan aku menghadap matahari. Berbelang badan aku. =.=
Aku lega farm ni sebab tak secerewet farm last season. Dia nak zig zag puny buah la dekat 1 dahan. Lepas tu tak nak itulah, inilah. Muka cengee (garang) jangan cakap lah. Say "Hai" pun tak, kalau dia tegur pun sebab ko tertinggal banyak buah je. Sadis tahu! T______T
Manager farm ni memang ok la, peramah terlebih la pulak. hahaa
![]() |
| ni pokok Fuji. |
See? Rendahkan tangga dia? Kiranya 4 step je lah nak sampai atas. So tak dak lah gayat sangat. Tapi sebab aku pernah nak terjatuh last week so agak fobia la sampai sekarang. Nasib baik aku sempat grab dahan pokok. Kalau tak ibarat nangka busuk lah aku jatuh. hahaha
Masa ni aku buat Fuji, pokok still kecik dah renek. But! Buah dia Ya Rabbi banyaknya! Nak menangis aku rasa buat pokok ni. Serius weh! Buah dia kadang2 aku rasa macam buah langkat ke dukong ni? Banyak nak mampus. haha
One more thing yang aku perasan. Kalau pokok Fuji dia akan tanam sepokok sepokok. Kalau pokok lain dia akan tanam dalam susunan V.
![]() |
| nampak tangga dia kan? |
Susunan V tu macam ni la. Satu row akan ada dua pokok kiri kanan dan kita boleh masuk tengah2 between the trees nak buang buah dari belah dalam. Dan pokok dia akan zig zag antara kiri dengan kanan. Korang boleh bayangkan kan? Tak boleh? Abaikan. hahaaa
![]() |
| V shape |
Mula2 masa tinning akan buat belah bawah dulu, lepas buat belah bawah buat belah dalam then baru buat belah atas. Selalunya aku lambat belah atas la sebab tak nampak buah yang tersorok belah atas tu. Tapi kadang2 aku laju jugak. Cuma this week aku slow sebab belakang aku sakit.
Satu row tu akan ada panel ni. Kiranya siap buat satu panel sampai siap belah atas then baru masuk panel baru. Satu panel ni kadang2 ada 10 pokok. Kadang2 ada lebih jugak. Satu row panjang maybe ada dalam 10 or lebih panel la. Aku pun tak sempat nak kira. hahhaaa
![]() |
| ini la panel dia. Nampak kayu ni dah tahu lah sampai panel. heee |
![]() |
| rendah je kan pokok dia. heee |
Nindia buah pokok epal. See? Setangkai ada dalan 5 biji kadang2. So buangkan tinggal sebijij je. heeee. Tak silap aku ni pokok Gala.
Kalau untuk Granny Smith (apple hijau) tinggal setangkai 2 biji. Sebab apple hijau tak besar sangat.

Tinning tu amende?
Tinning tu proses membuang buah supaya dapat mengekalkan standart size buah. Wah! skemanya ayat mak jemah uolls!. hahhaaa
Kiranya dia nak jaga size buah supaya tak kecik la, dia nak standart size. Sebab farm yang aku tinning ni memang company yang besar jugak eh.
Contoh setangkai ni ada 3 biji buah.
Then buangkan 2 biji untuk tinggalkan sebiji je setangkai.
Lepas tu jangan tarik sekali tangkai dia sebab nanti buah yang tinggal sebiji tu tak kuat sebab dah tertarik sekali dia punya belah bawah. Kalau boleh buangkan sekali dia punya tangkai ni ha. Baru betul. Tapi aku kengkadang ada je buang sekali tangkai. Sakit jari hoih nak putuskan dia punya tangkai dari buah tu. Kalau pagi okay lagi lah sebab tak berapa liat sangat, tapi kalau dah masuk lunch merasa lah sakit jari2. hahhaa
![]() |
| ini ada tangkai kan? buangkan dia jangan bagi bos nampak. hahaa |
![]() |
| biarkan togel cenggini! |
Bila dah siap tinning satu row mesti akan nampak penuh je row dengan buah dekat between row ni. Dah madam sawah apple aku cakap. Tapi baik2 japan atas ni. Lincin hoih. hahha
![]() |
| sawah apple |
Selalunya aku akan bawak beg dalam row terus sebab malas nak lunch or smoko dekat kereta. Jauh hoi nak keluar daripada row ni ha. hahahaa
So, memang akan berkelah je lah dekat dalam row bawah pokok. hahhaa
Paling best haritu En.Mon nak makan nasi ayam okay dekat farm. Melampau gila aku rasa bawak bekal nasi ayam dekat farm. hahahaa. Tapi layan jugak. :)
![]() |
| nasi ayam versi orang paling pemalas |
En.Mon jenis kalau makan nasi suka makan dengan benda2 keropok. Kiranya macam side dish la. Dulu memang stok papadom banyak gila. Sekali goreng dia sorang je 6 keping. Aku sekeping kadang2 tak habis sebab rasa dia pelik sikit. hahahaa
Keropok ni aku paling suka, Sweet Thai Chili. Masam2 manis sikit, sedap weh. Kadang2 aku makan keropok lagi banyak dari nasi. hahhaaa
![]() |
| kalau sale satu $1.50 or $1.20 kengkadang |
Haritu je smoko dekat kereta sebab dah sampai hujung row malas nak angkut bag. Sebelum ni aku ergi dengan kereta matyee cuma sekarang lah aku pergi kereta sendiri sebab daniel dah tak guna kereta nak pergi kerja.
![]() |
Kadang2 kalau aku malas aku beli je sesiap pack makanan yang reasy made punya. Halal okay dari Malaysia siap ada cop halal. Tapi mahal la jugak. 2 pack for $5, kalau masak pun jimatkan. Tapi sebab kadang2 malas dia semacam je so benda ni lah paling senang sekali. heheee
![]() |
| hokkien mee with chicken teriyaki |
Minggu ni memang sokmo hujan je. Aku kalau hujan ni memang seronok. Rasa nak balik je, tapi nanti bila dapat gaji mula lah nak menagis. hahhaha
Ini pukul 11.45am dah turun shower or drizzle tapi melampau kot package sekali guruh, kilat semua. Tapi tak lama pun. Ngam2 habis lunch dah stop. Elok je matahari terpacak atas kepala. hahhaaa
Cuaca dekat sini tak menentu, kadang2 dalam farm lebat. Tapi keluar gate farm kering macam tak pernah hujan pun. hahahaa
![]() |
| indo mee. Maggie goreng paling senang. hahaa |
Disebabkan haritu hujan lebat sampai ke pagi. Esok tu pergi kerja aku lupa bawak baju spare. Memang terbaik lah. Pokok memang still basah dengan air hujan semalam tambah pulak dengan sejuk beku. Between row pulak berlecak gila. Baju aku basah macam baru lepas mandi sungai. kalau bawak shampoo kira boleh mandi lah. T__________T
Sebab berlecak bagai, so masa lunch tu memang selamat jemur kasut lah dengan stoking bagi kering sikit. Sebab aku tak bawak stoking spare. Lepas tu aku memang tak suka sikit kaki basah sebab tak nak kena kulat kaki tu. Kering sangat tu tak lah tapi better lah dari basah lencun tu. hahaaa
![]() |
| aku memang pakai 2 lapis socks sebab kasut ni keras lagi. |
Last season aku dah merasa sakit keting aku sebab berlanggar dengan tangga. Kali ni i wear protection! Leg guard. Bahahahaaa. Pelik je cashier sport shop tu tengok aku beli guard ni. hahaaa.
Lantaklah janji keting aku tak berlekuk tahan kaki dekat tangga. Sakit dia jangan memain. Kalau korang merasa baru tahu. Macam nak menagis tahan sakit. huhuhu
![]() |
| air ketul ais tetap ada walaupun baru lepas hujan. hahaaa |
![]() |
| nama dia suzy |
Farm ni ada dua ekor anjing sekor nama suzy sekor lagi nama jackie. Aku tak suka sangat jackie dia punya ramah sampai aku naik takut. hahhaa
Kalau suzy ni aku suka. Kalau aku panggil je mesti datang duduk tunggu bawah pokok aku buat kerja. Dia paling suka En.Mon sebab En.Mon suka melayan dia main. Ala baling buah apple je pun. Baling buah lain tapi dia kutip buah lain. Janji kutip buah balik bagi dekat En.Mon. hahahaa
Lepas ni tak boleh la jumpa suzy lagi. sedihnya!
Tu je.
Nanti aku update lagi k.
terima kasih sudi baca
xoxo
rindu suzy





















No comments:
Post a Comment