Tuesday, 29 October 2013

Ive choose this way

Assalamualaikum,

Melbourne sekarang pukul 2.00am. Malaysia mungkin dalam pukul 11pm.

Ayat kemain lagi kau jah. Omputih. Hilang belacan lekat kat gigi. Over! Hahaa

Aku nak berkata tak bergaji. Gaji boleh tahan. Nak kata keja xdak. Alhamdulilah, aku dah keja. En.mon pun keja jugak.

Client executive gaji bagi aku cukup la untuk sara hidup, bagi kat mama aku sikit, beli barang. Kira oke la. Tambah pulak gaji en.mon. Ada la dalam around 5k. Tapi bila tolak segala benda. Alih2 hat duit nak kawen to pun kena tolak ke tepi. **aku dah lap peluh dah.

Time check acc awai gaji, tudia. Semangat. Check balance lepaih to. Aku nk tengok baki pun tutop dengan tangan. Kengkonon ada lagi duit la. Piirahhh... mimpi la. Haha

Lepas aku sembang dengan afad. Kawan aku a.k.a penasihat obersee aku. Aku mmg nekad nak bawak diri. Hello. Bukan kes cinta tak restu oke. Kes nak cari duit lebih. Tapi rezeki yang halal, mohon paham betoi2 naa.

Tak semua orang taw pasai aku nak p ni. Family aku dan family en.mon pun tak taw yang kami plan. Bukan tak mau bagitau. Once aku dah lepas bawak diri, aku dah dapat keja. Aku akan gtw family masing-masing.

Memang ramai yang cakap. Aku tak bulih survive. Rezeki masing-masing. As long as aku cari dengan cara yang betoi, aku kerja kuat, insyaAllah.

Bukan aku kata Malaysia to tak elok ka apa ka. Hoih. Aku ni patriotik tinggi wei. Dalam wayang before tengok movee kna nyayi lagu negaraku. Aku bangon. Tegak. Nyanyi tetap nyanyi. Bior le nak kata aku jakun ke. Hormat aku tetap hormat. Hahaa. Tengah dok ramai-ramai. Aku sensorang je tercongok bangun nyayi lagu negara aku. **sila bayangkan dengan definisi tertinggi. Hahaa

Sekarang dengan kos sara hidup tinggi, aku nak pegi tempat keja pun naik moto. Punya nak jimat. Itu pun banyak je benda nak kena tolak. Padahal belum kawen anak pinak lagi to. Aku tak nak pinjam loan. Muda-muda dah pinjam loan. Kalau boleh aku tak biasakan diri. Dah kawin nanti nak bayaq mula la mengelupoq.

Ini sebab kenapa aku nak keje sini. Aku nak kumpul duit. Nak senangkan family aku. Nak make sure apa yang aku plan ni berjaya.

Kalau aku dah berjaya. Dan sesapa yang baca blog aku ni teringin nak buat apa yang aku buat. Tunggu next entry. Nanti aku akan update apa yang patot oke.

Jumpa nanti.

Notakecik : sekarang dah nak masuk musim summer. Tapi suhu still around 20○c -16○c. Sehjuk wei.

No comments:

Post a Comment