Tuesday, 3 June 2014

OPTUS PREPAID

Assalamualaikum.

Ada benda lagi yang aku tertinggal nak cerita.
Nanti bila korang sampai sila pergi beli sesiap starter pack simcard eh!
Sebab nanti emergency ke, apa2 ke korang tak dak lah terkial2 nak cari public phone kan. heee

Aku cadangkan guna Optus Prepaid. Sebab murah, dan banyak rate plan. Ikut korang nak pilih yang mana pun. Heee









Optus ni macam celcom la aku rasa. Sebab murah. Line memana pun ada. Tapi kengkadang gila jugak. hahaa. Sila rujuk link Optus yang warna biru tu okay. Korang boleh tengok rate plan yang ada.

Macam aku guna $2 per day. Sehari $2 dia tolak, free sms, free call optus ke optus. Then 500mb data. Bagi aku cukup lah. Sebab data pun aku share wifi dengan En. Mon. Jimat la jugak.

Kalau korang sampai pergi cari center dia. Merata ada. Dunt worry. Lepas beli jangan lengang kangkung balik pulak. Suruh dia aktifkan terus. Sebab kat sini, dia punya sistem semua by online. Nanti korang balik, nak register online kan dah mengagau nak kena cari internetkan. Minta dia akatifkan terus. Dia akan minta nama, no passport tak silap aku.

Lagi satu korang boleh pergi beli simcard dekat Woolworths or Safeway. Simcard dia $2 je. Tak mahal pun. Then korang register online. Kalau tak boleh jugak. Sila call customer service. Sebab aku dulu2 pun bengong. Buat tak jadi, call je senang. Walaupun dia register nama aku salah. =,="




Contoh Starterpack Woolworths. $2 je tak silap aku.





Atau korang boleh pergi beli kat safeway jugak. Sama je.




Cuma bezanya, kalau korang beli woolworths ni korang kena register sendiri lah. Apa lah. Renyah la sikit. Kalau pergi Optus center semua dia tolong buatkan. Kalau dia tanya korang cakap lah nak duduk dalam seminggu lebih ke. Kan. heheee

Kalau tak jumpa center, korang boleh pergi cari dekat 7E. Kat situ pun ada. Tapi macam biasa lah. Register sendiri okay. Heehee

Kalau nak recharge korang boleh beli dekat Woolworths ke, 7E ke, sebab memang ada. Tak susah pun. Korang boleh beli dekat kaunter masa bayar barang jugak. Dia ada $10 sampai lah $50 tak silap aku. Bila korang dah ada account kat sini. Korang boleh la nak recharge by online je. heee

Okay lah. Tu je aku nak cerita. Nanti aku cerita lagi k.

Terima kasih sudi baca.

xoxo
Ladymonster

notakecik : Aku suka beli barang dekat safeway sebab murah. heee

1 comment: