Assalamualaikum.
Sihat ke semua? Aku makin sihat je. ekekee
Sebelum mula cerita kasi kak bedah posing satu kali. Ammak!
Ni cerita semalam. Baju Koas Hiker dari Malaysia dah sampai. wehuu!!
Apa koas hiker ni? aku pun tak tahu dan tak pernah join pun. Ini group pejal, apit, daniel dengan pret dekat malaysia. Group hiking diorang. Haritu diorang ada buat baju, tanya kalau nak ke tak? Aku on je, so dah pos sampai sini. Sini kalau barang sampai, diorang akan post surat then kena pergi ambil dekat post office. Itu yang gambar nampak AUSTRALIA POST tu. ekekee
![]() |
dah nak masuk spring tapi still sejuk2 peti ais gitu. |
Sini ada banyak post office yang kecik2, tapi ini main branch dia la kiranya. Sebab semua barang2 boleh post dari mana2 post office tapi barang post dari mana2 tempat akan sampai sini dan boleh collect dekat sini sahaja. Aku pernah post barang jugak, itu pun post dari branch biasa je. Dari sini aku tak pernah lagi la. hehee
![]() |
nampak tu? parcel colllection |
Dari sampul surat sampai lah ke kotak, semua kena guna packaging yang dah sedia ada. Sebab memudahkan katanya. Lepas tu semua sepesen je. hahaha
Kalau nak post dari kotak sendiri boleh je, tapi kena balut kemas2 la. Then one more thing, kalau nak post barang dekat sini, dia akan check dulu barang apa yang kita nak post. Kena tunjuk kasi dia dulu.
![]() |
kecik je, tapi laju jugak dia punya servis. |
![]() |
dapat ni best boh! |
Lepas tu aku tunggu luar dengan En.Mon sebab macam sesak je nak tunggu kat dalam tu. ahahaa. Ada caravan ni park kat depan. Bestnya kalau dapat sebijik cam gini kan. Nak pergi travel pun best kot. Teringat pulak cite The Millers. hahaha
Dah settel semua tu aku ajak En.Mon pergi Art Gallery sebab cutikan, Pejal tak nak ikut, lepas drop pejal aku pun pergi sekali ada pak polisi. Cancel la ke sana. bahaya. hahaha
Pergi la ke park dia dekat sini, aku nak tangkap gambar dengan lembu pink tu. Tapi jauh pulak, lepas tu ada pak polisi jugak tengah round. Saje je kan tak bagi aku nak ambik mood sikit. grrr
So dapatlah berapa keping je gambo ni ha. hahaha
![]() |
ni tak lawa, telinga dia patah. hahaa |
![]() |
ini pun tak lawa. hahaha |
![]() |
En.Mon cakap apa ntah time ni, nak tergelak aku. ke dia kutuk aku? tak ingat. hahaa |
![]() |
pokok dah togel dah ni. Tunggu spring dengan autumn lagi sekali |
Lepas tu aku ajak En.Mon pergi jejalan dekat cotton on. Oh! harini ada karnival dekat situ. Nak pergi, tapi En.Mon kerja pulak. T_______T
![]() |
Cotton on dah bust sales dah. grrr |
![]() |
aku suka winter sebab jacket semua mengancam hahaha |
Lepas jalan En.Mon cakap lapar. Dia mula dah, baru jalan sikit dah lapar, Tipu sangat, so layankan je lah pergi ke Fish and chip. Aku kureng sikit isi ikan saja. Kalau goreng garing okay je lagi. Tapi layankan. Tapi sedap ya tuhan, aku tak tipu. Isi ikan dia fresh sangat, manis dah mampus. Sini kan payah nak dapat ikan. hahaa
![]() |
ini lah kedai dia, dekat dengan coles |
Gambar makanan mana? Tak sempat nak snap la. Sedap sangat. ahaha. Next time eh!
Tu je nak update, aku nak keluar tapi takut. hahaha
Nanti update lagi k.
Terima kasih sudi baca.
xoxo
ladymonster
kat sana macam mana nak pastikan makanan yang dimakan tu halal ye? contoh cam kdai fish n chips tu, memang tak perlu sembelih ikan..tapi cara dia masak, adakah dia gunakan bahan yg dijamin halal semuanya?
ReplyDeletekalau barang makanan lain pulak camana ye? daging2 or ayam ke..