Mintak ampun minta maaf sebab baru nak update. Berzaman aku tak update. Ada yang rindu aku tak? Hahaha
Apa macam hari korang harini? Aman makmur tenteram bahagia sentosa sentiasa?
Aku?
Harini hidup aku aman tenteram. Kalau tak haru biru jugak. So far harini aku dapat bertenang sikit. Sikit je lah tapi. Hahaha
Nah kali ni aku nak update pasal aku pergi Melbourne Zoo masa aku pergi dulu-dulu. Sementara aku ingat lah ni. Tu pun ada jugak yang aku tak ingat. Kalau hilang ampunkan lah diriku ini yang tak berapa nak banyak GB ni.
Masa ni cuti so memang dah lama aku plan nak pergi dengan Sue. Memula nak pergi Puffing Village eh betul ke? Tapi last end up pergi Zoo sebab biasalah lelaki bukannya nak pergi pun dia kata bosan. T___T
So bangun lah pepagi bersiap semua nak pergi. Aku macam biasalah gaya mak cik-makcik sikit siap berbekal sekali. Eh, biarlah! tahu tak lapar tetengah jalan sambal makan bekal ni boleh menjimatkan duit simpanan untuk masa hadapan? mati lahh kena cop kedek!
Mula tu ajak Pak Billy pergi sekali beriya aku ajak tapi harommm nak join. Last2 pagi tu dia bangun cakap nak join jugak. Memang kena bamboo lah dengan aku dalam sejam dua. Sapa suruh belagak memula tak nak pergi. XD
Gerak keluar rumah dalam pukul 7.00 am lebih jugak sebab biasalah janji nak keluar awal memang kelaut je sebenarnya last2 lambat jugak.
Sampai Melbourne dalam 10.00am lebih jugak. Sebab aku pergi berempat so naik la kereta. En.Mon yang bawak. Pak Billy orang suruh bawak tak nak.
"Ngak mahu lah. Kau saja yang bawa, nanti kalau aku bawa laju kalah Ferari. Mati kau nak bayar saman nanti."
Lepas tu dia gelakkan En.Mon sebab kena bawak. Sebenarnya dia malas nak drive sebab semalam dia balik lambat lepak rumah member dia dulu. cehhhh!
Kalau drive tu macam biasa lah korang kena hati-hati sikit jalan kat sana memang kena ikut had limit bukan bawak macam Malaysia. Kalau drive nah google je yang ni memang sampai ke depan parking terus.
Elliott Avenue, Parkville 3052
Dan bagi yang nak naik tram la ikut pergi dekat mana2 station yang dia dah tetapkan. Tunggu je dekat situ lepas tu terus naik tram. Nah ni dia punya station dengan time sekali aku kasi. Tapi copy and paste je lah. :)
By Tram
Tram 55 runs from William Street in the city centre every day, stopping directly outside Melbourne Zoo.
_________________________________________________________________________________
Kalau nak naik train pun boleh. Ni salah satu cara dia nak naik pergi ke sana. Bagi yang naik V/Line trains untuk Victoria Regional ni station-station dia. Korang boleh refer dekat sini lepas tu boleh la nak tengok2. Siap ada free untuk kids tau kalau siapa yang ambik Family Traveller ticket. Bagus kan. Jimat pun jimat. :)
By Train
Trains run from Flinders Street Station on the Upfield line every day, stopping at Melbourne Zoo’s own Royal Park Station.
V/Line trains run from Geelong and Warrnambool, Ballarat, Maryborough and Ararat, Bendigo, Swan Hill and Echuca, Seymour, Shepparton and Albury, as well as Traralgon, Sale and Bairnsdale
_________________________________________________________________________________
Bagi yang nak lagi jimat boleh la naik bus. Tapi bus no 505 tau.
By Bus
Bus route 505 from Moonee Ponds to Melbourne University stops outside Melbourne Zoo.
Untu maklumat lanjut korang boleh tengok dekat sini www.ptv.vic.gov.au untuk apa-apa update terbaru atau program yang diorang sediakan.
Dia punya tiket sehala $10 seorang. Tak payah booking punya.
_________________________________________________________________________________
Satu lagi yang interesting kalau kita jadi visitor dekat Aussie ni dia punya servis memang best. boleh naik hop-on bus 10 kali setiap hari servis dia. Korang cuma nak kena tahu pukul berapa bus dia jalan pergi lepas tu korang budget pukul berapa nak balik naik bus.
Sehari punya tiket kira 24 jam la dewasa $35 dan bebudak $15. Lepas korang pergi Zoo korang boleh pergi tempat lain lagi tau dengan bus ni kan 24 jam. hehee
Untuk maklumat lanjut atau korang nak bebetul plan korang punya time boleh call atau email.
Contact Melbourne City Sightseeing
Website: www.citysightseeing.melbourne/en/home.htm
Email: info@melbournecitysightseeing.com.au
Phone: 0432 379 322
Ni pulak dia punya tiket untuk pengetahuan korang. Ini yang latest punya tau.!
Adult | Every day | $31.60 |
Child (0-3 yrs) | Every day | FREE |
Child (4-15 yrs) | Sat, Sun, public/school hols* | FREE |
Child (4-15 yrs) | Mon - Fri outside holidays | $15.80 |
Concession | Every day | $24.20 |
Seniors | Every day | $28.40 |
Haaaa...... Lagi satu hat paling best punya dekat sini freeeeee untuk bebudak bawah
16tahun setiap weekend. :)
Cukup tak maklumat yang aku kasi ni? hehehe
Nak update lagi ke tak? ke korang nk part2 pulak?
Lagi sekali lah ea.. Aku macam dah letih menaip je. hehee. Janji esok aku update yang second punya. :)
xoxo
kakbedahlicious
hahahaa
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
ReplyDeleteUNTUK LENGKAP SILAHKAN KLIK-> PESUGIHAN TOGEL DAN PELARI USAHA