Friday, 25 July 2014

KERJA = MOOD RAYA

Assalamualaikum!

Ramai yang dah sampai kampung ke? 

Berhati2 masa drive tu, jangan bawak lelaju sangat. Kata nak balik raya kan. :)

Sedapnya dapat makan ketupat cicah rendang ayam. Lepas tu makan kuih raya kan. Sedapnya. Menjejes airlior  kak bedah. Sabar je lah. =.=

Ini nak cerita tentang kerja yang kak bedah buat haritu. Ini kerja paling senang pernah aku buat. Alhamdulillah ada rezeki kerja before raya kan. Kalau rendang tu insyaAllah la ada. yang lain kak bedah tak janji.

Kerja kali ni senang la. Hourly pulak tu. Alhamdulillah. Lega aku rasa. Lepas la duit rumah, duit barang dapur. Sebab barang dapur memang dah habis. Tinggal sardin je. =______=

Kerja aku koyakkan kotak2 kertas putih yang cover anak pokok tu je. Nampak tak gambar dekat bawah yang ada cover putih tu kan? Itu lah yang nak kena buang tu. Koyak je lepas tu masukan dalam bag plastik putih.

Kalau pagi2 best la koyak sebab dia basahkan. Kertas pun lembut je memang sekali tarik je dah koyak. Tapi bila dah sampai tengahari memang kelaut lah. Ya Tuhan liatnya kertas dia. Kertas dia keras and liat sikit. Bukan macam kertas biasa la. 

Time pepagi rilek je buat kerja. Tapi bila masuk tengahari memang sakit la jari2. Masa aku buat haritu sejuk nak mampos. Kertas pun berais. Beku kot. Memang susah sikit nak koyak. Lepas tu dia punya sejuk aku tak tau nak cakap macamna. 




kertas putih ni la yang kena koyak.



Lepas habis koyak semua kutip sekali cebisan2 yang kangaroo makan tu sebab dia suka makan kertas tu. Habis bersepah. Itu yang aku malas nak kutip sebab kena bongkok. hahahaa





ini yang dah siap bersih dan buang kertas tingal anak pokok je.




So, sepanjang blok tu jalan je kerjanya lepas tu angkut bag plastik habuan nak buang sampah tu nanti. Jalan dari mula sampai hujung. Kalau bag plastik penuh tinggal je tengah jalan sebab nanti kena patah balik. Nak patah balik nanti ambil balik bag plastik yang tinggal dah penuh tu.





Jalan lah sampai penghujung nu. hahaa


Masa tengah syiok2 buat kerja kan tetiba kangaroo datang buat lawatan sambil makan dan beraks. hahah

Banyak pulak tu. Aku tak tipu, banyak gila kangaroo time tu. Aku ada video tapi tak boleh nak upload. Lambat bebenor. Takpa, ada rezeki nanti update okay. heee









ada yang tengah makan. yang tengah beraks pun ada.









Sambung balik. Lepas habis angkut semua bag plastik sampah tu longokkan dekat depan balik sebab nanti sam akan datang collect letak dalam kereta dia lepas tu pergi buang. Selalunya En.Mon lah yang selalu ikot pergi buang sampah. Heaven kawan dapat pergi jenjalan jap. Aku ngan pejal yang letih sebab kena cover line dia. Hahahaa





ini baru sikit ni 




Kitaorang budget sehari buat sepuluh line sorang. So kira total sehari dalam 60 line. Okay lah. Itu pun sam kata cepat sangat. Aku rasa itu paling lambat and paling memain aku rasa. Kitaorang siap menyembang lah. Nyanyi lagu raya lah. Gossip pun sempat, lelaki pun kaki gossip uolls. hahaa

Lepas tu masa balik aku nampak farm ni penuh dengan bunga. Kuning je satu blok tu. Cantik sangat. Subhanallah. Aku macam nak suruh je En.Mon pergi masuk farm nak tangkap gambar. Tapi takut pulak nanti kang kena bebel. hahaha

Yang pejal pulak cakap dah macam cerita hindustan. Tajuk apa ntah yang bunga kuning penuh tu. Lupa daaaa!




cantik kan view dia. 




Raya hari isnin ke selasa? Aku pun tak sure. Semalam dah pergi beli barang rumah dekat safeway sebab aku dah dapat gaji. So, semalam total sorang $30 je. Cukup la bekalan kan.

Pejal ada beli plastik nak buat nasi impit. Aku terus tacing! Sedih terus, sebab dah rasa sangat rayanaya. Lepas tu dengan safeway ramai orang, memang macam suasana hari raya sangat. Semalam saja nak jalan2, so pergi ke safeway dekat Big W.

Lepas tu aku ajak pergi City Bag, amboi aku terbekenan pulak satu bag ni. Mahal nak mampos. Letak balik la. kbai. hahaa

Itu je aku nak bebel.

Terima kasih sudi baca

xoxo
ladymonster

notakecik : nak buat open house ke tak? hahaa

5 comments:

  1. tangkap je kangroo tu buat rendang...hahaa...selamat hari raya aidilfitri.

    ReplyDelete
  2. tangkap je kangroo tu buat rendang...hahaa...selamat hari raya aidilfitri.

    ReplyDelete
  3. ada lebih rendang kanggaroo tu meh la pos kat kami pulak haaa...

    ReplyDelete