Assalamualaikum!
Selamat menyambut ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah, sekarang musim sejuk. Puasa tu tak lah terasa sangat letih bila kerja. Cuma cepat lapar dan dahaga. Tapi kalau bekerja boleh lagi la.
Hari khamis last week aku puasa sunat, nak try sehari camna kerja kalau puasa. Kot2 tak tahan masa kerja nanti ke. Alhamdulilah boleh lagi kerja. So, puasa kali ni tak dak alasan letih la. heee
Ada 2 orang kawan pejal, apit merangkap kawan En.Mon lah jugak datang hari sabtu haritu. Ngam2 ahad tu puasa. Merasa lah sahur sesama. Terasa lah ramai sikit. heee
Hari sabtu last week aku kerja half day sebab kerja dah tak banyak dan hari ahad cuti sebab first day puasa. So, malam sabtu tu pergi lah beli barang dapur. Ayam, maggie sekotak, sayur, gula, sardin.
Malam tu aku masak ayam masak kicap untuk sahur, tapi last2 aku yang tak bangun sahur. Minum air orange je segelas. Mengantuk! Konon nak tunggu bola, sekali bola tunggu aku. Ceit!
So, untuk berbuka makan lah sedap sikit. Kemain meriah rumah ni masa berbuka. Simpang siur tangan atas meja. Over! ahhaa
Aku masak ayam masak ros. Ni kalau mama aku yang masak ni sure sedap. Aku masak ada kurang la. Sebab ada benda special tu tak dak. Tapi rasa 80% dah sama! heeee
Lepas tu buat sayur goreng semangkuk, kuah ayam kicap pagi tadi then papadom! Benda alah ni wajib ada. Kalau tak, merepek la kat aku. Konon2 nak rasa kedai mamak kat Malaysia. Pun boooleehhh! hahaha
![]() |
Aku masak untuk 6 orang makan. Semua cukup. Ada lebih untuk sahur sikit. Untuk siapa yang nak makan nasi la. |
Selalunya berbuka memang semua makan nasi. Tapi sahur ada yang bedal nasi. Ada yang tak makan langsung. Macam aku, kengkadang roti 2 keping, susu segelas pun dah cukup. En.Mon magie goreng 2 bungkus. Yang lagi 4 orang ni ikut dan. Kadang2 time tengok bola dah bedal kebab. haha. Kadang2 makan maggie jugak pepagi. Nasi jarang la sahur.
![]() |
meja muat makan 4 orang je. Apit dan danial makan bersila kat bawah. hee |
Danial dan pret ni kawan diorang dekat seksyen 18. Kiranya kawan sekampung lah. Kata En.Mon lah, dulu geng sekali. Lepas En.Mon pindah diorang kadang2 je contact. Danial dengan pret ni kira geng rapat la dengan pejal dan apit. Sebab diorang selalu pergi hiking sekali kot. Aku pun tak ingat.
Lepas pejal dengan apit datang, diorang ajak 2 orang ni datang. Sebab nak cukupkan korum rumah. Dan sekarang tengah adjust transport nak pergi kerja pulak. Sama ada nak beli kereta atau nak tumpang orang lain dulu. Sebab sekarang transport tak dak. haaaissshhh!
![]() |
meriah kan makan ramai2. rasa macam dekat hostel pulak. heee |
Lepas berbuka maghrib, lepas tu lelakians pergi masjid untuk tarawih. Aku tak pergi sebab kereta tak cukup. So, marilah bertarawih dirumah sensorang. Alhamdulillah. Selesai jugak tarawih kan. Dah masuk hari ketiga dah. :)
Untuk hari kedua, turn pejal pulak masuk dapur. Aku berkurung dalam bilik je layan movie. Malas nak keluar. Hari bermalasan sebab subuh berjemaah ramai2 lepas tu semua tak boleh tidur layan movie kat tv. hahha
Pejal masak ayam apa ntah. Sedap jugak. Tapi pedas. Macam biasalah, ini semua cili kering punya pasal. ahhaaa!
Semangat okay En.Mon beli blender sebab nak blend cili. Almaklumlah dah nak puasa kan, senang nak masak kata dia. aku layankan je.
Ini pulak hari ni punya lauk berbuka sebab harini pun cuti. Pukul 2 lebih aku, En.Mon, pejal, danial dengan prek pergi beli ayam, sayur. Lepas tu pergi afghan shop nampak ikan bawal. Semua dah macam. "Eh! Sedapnya. Lamanya tak makan ikan." hahaha.
Pergi beli sayur dekat tempat sayur murah tu. Lepas tu nampak kailan. "Sedapnya kalau kailan goreng ikan masin. Tapi ikan masin tak dak. Takpa. Kita tukar goreng belacan. "
En.Mon cakap dia dah bosan makan sayur kobis je. Nak makan sayur lain pulak. Baiklah tuannnnn!
(ni semua penangan puasa ni. Aku tengok tembikai pun nampak sedaaap je. hahaa)
So, beli la 2 paket. Satu paket ada 7 ekor je tapi $12. 2 paket dah $24. Mahal betul! Nasib baik sebab dah lama tak makan ikan. Kempunan punya pasal.
So, menu harini. Ikan bawal sweet sour, kailan goreng belacan dan telur dadar. Settel!
Alhamdulillah, semua dah kenyang. Lelakians pun dah balik terawih, aku pun dah habis terawih. So, marilah update blog. Sebab esok aku kerja. Prek dan danial pun kerja. Rezeki diorang. Baru sampai dah ada kerja. Alahmdulillah.
Esok semua kerja. Siapa pulak nak masak berbuka ni? Sebab selalunya akan gilir2 cuti. Sebab ada kerja lain. Semua kerja, siapa nak masak esok? Sebab semua berbuka dalam kereta ja. Habis kerja pukul 4.30pm. Berbuka 5.14pm.
Hahaa. Mesti balik rumah semua kebulur nanti. Tengoklah. Nantilah aku masak sesiap. :)
Eh. panjang pulak celoteh. Sebab lama tak update blog kot. bahahaa
Terima kasih sudi baca.
xoxo
ladymonster
notakecik : selamat bekerja pret and danial. Mohon tak sakit2 badan. heee
rajinnn nye masakkkk..huhhuu..
ReplyDeleteHehehee. Kalau tak keje rajin la.
Delete