Thursday, 30 October 2014

BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA!

Assalamualaikum!

Harini baru semangat nak pergi kerja sekali hujan daa. Padahal pagi before pergi kerja aku dah cakap dekat En.Mon harini macam nak hujan je. Dah sampai rumah matyee baru turun lebat gila. No wonder lah semalam panas nak mampus. Dengan cooler rosak. Pffffff!

Semenjak dua menjak ni aku memang suka makan sup. Gila musim panas baru nak makan sup, time winter sejuk geding tak teringin pulak. Ceit!

Fishball satu pack $12, nasib baik la banyak. Tapi mahai nak mampuih. Lepas tu buat sup sayur makan panas2. Sedapnyaaaa!




aku makan ratah je




En.mon makan dengan meggie laaaa




Lupa pulak aku nak cerita, kan haritu aku ada cerita yang ada sorang brader ni akan sampai bulan 10 kan. Alhamdulillah dah selamat sampai dah pun. Sekarang kerja dengan latif. Kadang2 jumpa jugak dekat farm masa buat kerja.

Terima kasih orang malaysia tolong belikan tudung senang dengan rokok untuk En.Mon. Tak dak la aku pergi kerja tudung bau ikan masin lah, ayam goreng lah. Tehee!





nak masuk rumah








Sekarang ramai yang datang sini sendiri lah, agent lah. Aku tak kata salah kalau nak datang sendiri tapi make sure ko tahu nak pergi mana. Jangan sampai tempat lepas tu tak dak hala tuju. Kesian diri sendiri dengan nanti peningkan orang.

Ada orang call aku haritu cakap nak minta tumpangkan 2 malam sorang perempuan ni. Dia jumpa dekat train station tak dak siapa datang pick up. Aku okay je nak tumpangkan tapi aku tak kenal pun perempuan tu. Rumah aku nk bukan aku sorang je duduk. buatnya time aku semua pergi kerja dia rembat segala mak nenek dalam rumah ni mampos. Rumah aku ni dah la rumah unit. Kecik je hoiii!. Duduk 6 orang pun dah macam sardin. Hello! Manusia sekarang bukan boleh percaya.

Sini Australia. Sedangkan Malaysia pun boleh buat cerita sedih ini kan pulak Australia. Bukan aku tak nak tolong, tapi bahaya!

Kang dah tolong jadi lain tak pepasal satu rumah maki aku. Susah tahu bila jadi macmani. Aku pulak jenis kalau orang minta tolong jadi serba salah kalau tak tolong. Aisshhh!

Aku minta tolong sorang ni untuk tumpangkan rumah dia pun dia tak berani sebab tak kenal. See! Dia cakap kat aku jangan mudah percaya dekat orang. Kat sini macam2 boleh jadi. Banyak kes macam ni dah jadi dekat sini. Cakap kena tipu lah apa lah. Padahal nak merembat orang yang tolong tu. =.=

Aku nak pesan satu je. Kalau dah tahu nak travel, sensorang pulak tu. Sila lah prepared duit emergency. Boleh jugak tidur dekat caravan tak pun motel. Kalau dah jadi macam ni macamna? Sini bukan malaysia ko boleh lepak sampai 3 pagi kat train. Hurrmmmm!

Kalau perempuan nak datang lagi lah. Jangan lah assume semua orang akan tolong. Jangan selamber badak cakap $90 cukup untuk seminggu! Ya tuhan. Aku yang datang berdua ni pun dekat $2000 prepared. Punya takut nanti kalau jadi apa2 susah. Tempat tidur semua aku risau. Yang korang jangan datang belenggang relax je tunggu kat train. Bahaya tahu tak!!!!

Google sesiap kat mana nak cari motel kalau sampai tempat baru if tak dak orang datang ambil. Kalau boleh nak datang tu make sure ada link atau kawan. Korang tak takut ke kalau jadi apa2???

Aku dulu datang memang gamble gila datang nak cari kerja. Tapi at least ada jugak duit emergency if apa2. Yang lagi gamble duit bawak $90 je ni tak risau ke? Aku yang pening. =.=

Tu je aku nak bebel.

K bai.

xoxo
fening!

1 comment:

  1. Perghh gile hebat bwk 90aud haha... btl2 brani mati tu.. sebaik immi x cek duit, klo x, bai2 la jwbnye., huh akak pn x brani gamble smpi cmtu

    ReplyDelete