Friday, 24 October 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah semalam genap lah umur aku 24 tahun 1 hari. hhhaaa. Dah terasa dah tua dia hoii. Setahun bhai dah duduk sini. Merasa lah semua ranjau2 kehidupan backpackers ni. ekekee

Masa aku datang sini, flight aku 25.10.2013. Harini jugak 25.10.2014. Cukup setahun harini kerja dekat negara orang, hidup merantau paling jauh seumur hidup aku. Selepas birthday aku mula hidup baru. Dan sekarang aku merasa hidup baru untuk setahun. Harap2 tahun depan merasa umur baru dekat Malaysia lah. InsyaAllah. hehee

Semalam aku kerja. Macam tacing lah jugak kan bila kena kerja time birthday. So, macam biasa pagi tu dengan perasaan malas nak mampos aku bangun solat semua goreng roti canai 2 keping untuk bekal aku, meggie untuk En. Mon. Tetiba pusing belakang ada orang tutup muka untuk paperbag ni. Bahahaaa

Nasib baik tak terpelanting senduk kat muka dia. hehee. Siap ucap selamat hari jadi semua. Tengah2 seronok sedih pulak. hahaaa

Patutlah sehari sebelum tu semangat tanya aku macam2 pasal Pandora ni. Ada udang sebalik mee rupa-rupanya. hhaaa




taceh En.Mon




Ingatkan nak ajak aku keluar beli hadiah rupanya dia beli sesiap dah. Sweet sangat ni. Dah lama tak sweet2 sekali dia sweet kencing manis aku. hahaa

Sehari sebelum tu aku balik kerja lambat. En.Mon balik dulu, tapi bila sampai rumah dia tak dak pun. Aku call En.Mon cakap pergi ambik daniel, sebab sekarang memang En.Mon yang pergi ambil dia kerja. So, tak kisah lah. Tapi macam curious sebab masa sampai rumah dia macam kelibut. Rupanya sorok barang. hahahaa









Dah lama aku aim benda ni, tapi nak beli masa student dulu tak mampu. Budak2 tajaan Mara mampulah pakai mahal2, makan sedap2. Iolls ni makan meggie je hari2. bahahaa





siap berbalut




Lepas tu masa nak bukak eh, ada dua kotak. Wahhh. Baik sangat beli charm sesiap ni. Pandai jugak dia shopping eh.

Lagi semangat lah aku nak bukak. hahaaa










Lepas tu siap cakap, "saya janji before balik Malaysia gelang ni dah penuh dengan charm okay. Sebulan sekali kita beli satu."

Jangan dah dapat gaji tak belikan sudah lah. Memang terpelanting lah senduk kali ni. bahahaa. Eh!










Terima kasih En.Mon sebab kasi hadiah siap suweet2 lagi.

abeyu!

Owh! Aku ada kembar dengan kawan2 yang sama birthday sengan aku. Tak pun yang selang sehari je. hehee

Syafiqah birthday dia 22.10.2013. Aku tak jumpa pulak FB dia. Kawan aku dari sekolah rendah sampai lah sekarang.

Kalau raya jelah baru jumpa pun. Kalau tak memang payah betul nak jumpa. Balik Malaysia nanti lah baru jumpa balik eh. Dulu aku duduk setaman dengan dia. Rumah pun selang berapa je, tapi tak pernah pun main sekali. bahahaaaa



23.10.1990



Muhamad Faiz bin Supri (betul kot nama ayah dia.)

Ni kawan aku dari sekolah rendah sampai lah sekarang. Dulu rapat lah. Dah besar2 masuk U nak jumpa memang berzaman lah. bahahaa

Masa form 5 dulu aku sekelas dengan dia, kiranya kalau celeb birthday memang sesama lah. Aku panggil dia abang long. teheee

Aku paling ingat masa tu ada kem dekat pulau pangkor lepas tu kena bawak barang2 nak masuk hutan nak masak2. Tapi beg tu berat gila. Faiz ni lah yang offer nak tolong bawakkan beg. Memang berat kot, dengan nak panjang gunung segala bagai. Thanks faiz!

Selamat hari jadi kawan, semoga panjang umur murah rezeki. :)




24.10.1990



Nilah kembar aku! Syukri bin Osman. Atau nama gelaran dia Syux Maniac.

Mula2 aku kenal dia masa dekat Uitm Chendering. Masa tu dia tengah buat textile punya apa ntah. Dengan muka masam dia, senyum pun tak nak. Tapi lepas tu kamcing gila jangan cakap lah. hahaa. Sampai sekarang aku panggil dia kembo!

Masa aku pindah Uitm Shah Alam dia lah yang paling bosan sebab tak dak geng katanya. hahaa

Tapi lepas dia masuk Uitm Shah Alam, yihuuu aku ada geng balik. hahaa

Dia lah banyak tolong aku, bawak aku pergi library, kelibut teman aku pergi print gambar lah, aku tak sempat nak makan tolong tapau kan. Siap final aku pun dia tolong design kan tahu. hahahaa




syuk chan




Dia paling minat marathon ke, camping, hiking lepas tu paling minat jackie chan. Siap photoshop lagi. Kalau dia baca blog aku ni matik lah kena bebel. hahaaa

Sekarang dia ada bust group hiking GENG KAKI HENJUT. Tapi aku tak sure dah ada FB or Instagram ke belum.

Terima kasih kembo sebab sudi jadi kembo aku lain bapak lain mak. Terima kasih sebab memang banyak gila ko tolong aku, jaga aku, nasihat aku. Semoga berjaya dunia akhirat.

Sorry! not available. He is taken by someone! here




24.10.1990




Amalina aida a.k.a am a.k.a ayam. Nama ni dapat masa study Uitm Chendering dulu. hahaa

Dulu dia ni paling hardcore, kalau dengor lagu mesti yang jenis nak pecah gegendang telinga punya. Tapi baik hati, suka tolong orang and one more thing she is my kembar too. heee

Dulu masa study, amni memang paling hebat lah design so aku memang berguru lah dengan dia. Almaklumlah aku kan kekampungan sikit. Dulu nak buat email pun tahu! Sedih kan. hahaa

Dia paling suka binatang, kucing ke, arnab ke, guine pig ke. Segala mak nenek dia suka. Masa study dulu dia ada bela kucing dalam bilik. Lepas tu bela arnab dengan guine pig pulak. Siap beli makanan kucing bagi makan dekat kucing2 dekat hostel.

Sekarang asyik wassap je lah. Rindu nak pillow talk mek am weii. Tunggu aku balik kita lepak sesame eh. heheee.

I lap you am. Terima kasih sebab sudi tolong aku dulu, bagi nasihat macam2. Terima kasih kembar. heeee

Happy birthday semoga jump jodoh yang di cari. hiksss

----

Aku ada sorang lagi kembar. Same birthday 24.10.1990. Elya Marlina.

Satu kelas dengan aku start form 2 sampai form 5. Putih melepuk, geng kepala gila2. hahaaa

Kalau smbang dengan dia mesti nak gaduh je, ada je. Lepas tu kalau bab gossip pun hebat. hahaa. Dia ni paling bertahun aku tak jumpa ni. Hilang mana entah. Tapi nasib baik lah ada FB nasib baik aktif lagi. Ang dah kawen ke elya oii? hahhaa

Dulu masa add math aku dengan dia la paling gelojoh pinjam buku lee howe chong tiru jawapan. hahaaa

Aku dengan dia sesama menyampah math, add math, fizik, kimia dengan bio. Asal kelas bio je aku duduk dengan dia sembang2 tulis atas kertas lepas tu menguap tak ingat doniaa. hahaa

Elya! balik malaysia jumpa aku. hahaa. Miss you elya, selamat hari jadi semoga murah rezeki nanti aku kawen sponsor baju kawen eh. heee




28.10.1990



Najma Erni binti osman a.k.a cik naj.

Dulu aku memang tak sebulu langung sengan dia masa dekat Uitm Chendering. Gaduh toksah cakap lah. Ada je kes. Tapi kes tumbuk2 tu tak dak lah kan. hahaa

Dulu aku sebilik dengan dia, so ada sedih ada gembira lah. Dulu sebelum tidur dah tutup lampu semua mesti pillow talk lepas tu sampai semua tertidur. Najma dia paling suka kucing. kucing dekat hostel tu dah kira kucing dia dah. makan dengan dia, tidur dengan dia. Manja nak mampoih. hehee

Aku ingat lagi, masa tu ptptn memang dah surut. Setiap hari selasa ada pasar malam dekat depan Kampus. Selalunya aku pergi, sebab ritual mingguan lah. Lepas beli mesti makan sesama dalam bilik aku reramai. Disebab kan aku tak dak duit aku pun buat kerja dekat bilik lain. Sekali dia datang belikan aku nasi minyak fav aku. Tacing weh,

Terima kasih najma sebab sudi tahan dengan perangai aku. Sudi jadi kawan aku. Sesama gaduh, sesama gelak. Aku sayang ko!

Happy birthday in advance. heheee

Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


--

Well, happy birthday Scorpio-ians!!!!

Sambil update blog sambil mengenang kisah dulu2. Lawak ok. haahaa

Itu jelah cerita aku. Dah tua dah oiii, tapi perangai still macam budak2 matik lah. Bila nak berubah ni. hahaaa

Terima kasih sudi baca.

xoxo
birthday girl (walaupun dah lepas)

notakecik : aku nak kek harijadi, En.Mon malas nak layankan. hahaa

4 comments:

  1. Salam.. sama lak besday kite :P .. anyway, setelah 2 hari, br akak bjaya khatam blog awk ni.. sonok sgt baca hahaa.. akak pn penah keje farm tp 4 thn dlu al kesahnye la masa kt NZ.. mmg mcm2 pengalaman dpt yg x tnilai dan plg best rasa mcm makin jatuh centa ngan ptanian kan hihi..insyaallah ade pluang, teringin nk cuba oz lak...

    ReplyDelete
  2. Salam. yeke. Happy belated birthday. :)
    Best tak kerja dekat NZ dulu? Nanti mari lah sini pulak. Merasa picking balik. hehee

    ReplyDelete
  3. Itu ler, plan mcm nk redah bln dec .. tgk cmne... hehe

    ReplyDelete
  4. Nz best sbb x pns, almost spjg thn sejuk, angin kuat :D .. cuma dlu g sane pnh mrasa kje farm kjp, kje packhouse kt south auckland dan te puke, bay of plenty..yg kt auckland tu owner china, hari2 maki f*ck haha.. akk lak time tu wat grader onion, mmg pedih mata..pnh si china tu baling bwg sbb akk ade wat silap sket tp sempat elak hsha.. tp kje kt Te puke tu sgt best sbb owner omputih, supervisor sgt best.. cumsnye dlu g sn masa ade WHV la..best dpt kwn2 dr mcm2 negara

    ReplyDelete