Assalamualaikum!
Cerita banyak sebenarnya. Tapi tak sempat nak update je. Mahap!
Meh nak story pasal Zuchinni pulak. Last sunday haritu sepatutnya En.Mon kerja, aku cuti sebab aku kerja isnin pulak. Tapi sebab Sam echuca tu gila suruh ambil gaji ahad tu jugak terpaksa lah aku ganti En. Mon kerja.
Mula2 aku tanya kerja apa. Dia cakap "buang pokok mati je conractor tu cakap."
Aku ingat replanting lah, kalau replanting okay la. Boleh lagi aku buat sebab semua lelaki aku je perempuan terconggok kat situ. bahahaaa
So, pagi tu En.Mon hantar kitaorang pergi farm. Dekat je pun farm dia, area moroopna jugak. Masa sampai farm aku nampak tong putih ni. Aku rasa bukan buang pokok mati ni, tapi petik zuchinni ni. Deng! Terus aku hilang mood!
Petik zuchinni ni macam petik tomato okay. Boleh patah pinggang kau. Aku memang tak mampulah. Tapi memandangkan aku dah sampai dengan rela paksa aku turun lah jugak kereta. =.=
![]() |
tong putih |
Tong putih ni panggil bucket. Mostly untuk picking tomato, tomatocherry, zuchinni memang akan guna bucket ni. Kalau contract akan di bayar ikut berapa buncket yang korang buat. Setiap bucket berbeza harga ikut buah apa yang kita petik.
Kalau petik tomato cherry, satu bucket dalam $7 ke $10 per bucket. Kalau tomato 34 bucket baru penuh satu bin. Satu bin tomato $70. Macam tu lah secara kasar kiraan dia.
Macam aku nasib baik lah ni hourly. Lega sikit hati aku. heh!
Ni lah farm yang aku petik zuchcinni. Besar jugak farm dia. Tapi baru 2 blok yang bukak. Yang lain dia baru tengah bajak tanah. Aku nampak farm dia ni memang semua zuchinni je yang tanam aku rasa.

Nak petik ni dia ada bagi sarung tangan, aku lupa yang zuchinni ni sebenarnya gatal nak mampus. Lepas petik baru perasan yang last season aku ada packing zuchinni. Hambek kau tak sampai 10 minit tangan aku dah merah2 gatal.
Padahal aku ada je bawak sarung tangan getah tu. Lepas smoko terus pakai sarung tangan getah lepas tu sarung yang kain punya.
Dekat batang dengan daun dia memang ada duri2 halus, so kalau petik tak pakai pape memang selamat bergatal lah. hahaaa
![]() |
daripada bunga ni la akan keluar buah |
Buah dia jenis tumbuh antara batang, boleh tengok gambar dekat bawah. Dia tumbuk secara menegak. So, cara nak petik dia just potong tangkai dia dekat bawah. Aku macam biasa lah sekali dengan daun2 aku potong. bahahahaa
![]() |
dia punya batang crunchy |
Semua dia akan bagi pisau sorang satu. Nampak gambar kat bawah ni?
Just potong dekat tangkai dia then letakkan dalam bucket sampai penuh. Dah penuh tinggalkan nanti bos akan ambil letak tepi untuk lorry datang pickup.
Tak semua size boleh potong. Dia nak size small and medium je. Medium large and large dia tak nak. Sebab large memang tak day market sebab tak berapa manis. One more thing, buah dia akan cep at membesar kalau kena cahaya matahari. Harini kecik je. Lagi 2 hari dah medium size dah. hahaa
Ni last bucket yang kitaorang buat sebab gembeng(ramai2) buat untuk 2 row. So, memang cepat je lah habis kan. bahahaaa
![]() |
bucket yang dah penuh |
Meh nak kasi selpie sikit aku masa tengah petik. bahahaha
Hari yang aku petik ni memang babeng panas nak mampos. Ada brader ni dah tak mampu nak buat dah. Habis je row dia terus duduk bawah pokok. Nampak gila dia dah pancit. Aku? Terasa melayang2 lah jugak kan. Sebab tengah panas. Tapi okay je lagi buat kerja cuma lambat lah.
![]() |
gemok? kbai |
Disebabkan En.Mon pergi ambik gaji, lepas habis kerja merasa lah tunggu dalam 10minit baru dia sampai. Balik tu nasib baik dah ada makanan. Legaaaaaaaa! Gaji pun dah dapat. Alhamdulillah!!
![]() |
machine bajak |
![]() |
plastic cover yang dah tak gina |
Balik je rumah mandi, makan, solat memang aku bantai tidur lah. Lepas tu merasa lah sakit habis peha dengan bontot. Haiyokk! Jalan pun dah macam penguin!
Terselamat En.Mon merasa ni. Ceit!!!
Aku sekarang kerja packing pear dekat sini jugak. Tapi dah nak habis dah. Nak tunggu tining pulak ni.
Nanti aku update lagi eh.
xoxo
Si penguin!
notakecik : Zuchinni ni macam timun la. Atau diorang panggil timun jepun. Sedap kalau masak sup, sayur campur atau buat sushi.
Salam, hai..baru je terbaca komen pasal keje petik buah kat Aussie. Lalu sampai le ke blog ni.. Boleh tak ceritakan camane cara2 untuk berkecimpung dalam bidang ni? Macam berminat je.. nak carik duit nk sambung belajar ni.. fiqahlee88@gmail.com
ReplyDelete