Tuesday, 6 January 2015

GREAT OCEAN ROAD

Assalamualaikum!

Last year (padahal baru 7 hari) on 25th dec En.Mon dengan matyee tetiba ajak pergi holiday lah kengkononya. Tetiba okay! Petang 24th tu baru tetiba plan lepas tu suruh aku menggila cari hotel. Nasib baik lah ada kosong. Tapi mahal sikit lah sebab aku ambik apartment. Senang sikit sebab boleh masak semua. hehehee

Bertolak dari rumah pukul 5am lepas subuh, dari sini ke Melbourne dalam 2jam lebih la. Untuk yang first time nak drive sendiri pergi ke sini boleh sewa kereta then dapatkan information dari internet atau pergi ke information centre dekat federation square tu. Macam2 tempat lah rasa nak pergi nanti. hehhee

Inilah rupanya. Nanti pergi ke Federation Square nampak benda ni silah masuk eh!




by google



Masa on the way ke sini akan ada RnR lah dekat situ pun akan ada information centre jugak.

Geelong and Great Ocean Road iSign Small ATBA Logo Small
Princes Hwy
Little River, Victoria 3211

Kalau yang nak pergi by agent at group pun boleh. Banyak tourist agent yang but lawatan macam ni. Dan akan berhenti di steep checkpoint. No worries!


Sebelum tu. Welcome to Great Ocean Rd!!

Great Ocean road ni tarikan dia ada banyak sangat sebenarnya. 


****PENTING : Setiap jalan dekat Great Ocean Rd ni adalah berbeza had kelajuan kalau boleh sila ikut had kelajuan yang ditetapkan. Untuk makluman saman dekat sini sangatlah mahal!!!!



Ni gambar sebelum sampai ke apollo beach. Kawasan pantai sebenarnya tak cantik sangat dan sangat lah berbatu!






ini baru permulaan ni. hehee



Masa ni semua orang dah turun bawah nak tangkap gambar kengkononya background dia ombak lah. Aku tak mampu nak turun sebab cerun sangat. Lagi satu lincin gila. Aku tengok dari atas je lah walaupun sebenarnya jeles nak mampos! hahaa








Sebelum tu meh aku nak tunjuk map, so boleh lah bayangkan macamna JAUH-nya perjalanan dia! Bermula dari Tourquay perjalanan sejauh 243km untuk sampai ke penghujung. Dan tambah lagi 100km dari rumah aku nak ke sana. Then tambah lagi 243km untuk perjalanan balik. Seriusly badan letih sangat. Aku sampai tertidur dalam kereta. Ada member satu kereta lagi siap mabuk sebab jalan dia bengkang bengkok! hahaa







Satu checkpoint ke checkpoint lain sangatlah jauh. Paling jauh bagi aku dari Apollo Bay nak ke Twelve Apotles. Memang aku tidur je sebab memang jauh sangat!!!!

Untuk yang datang nak menginap dekat sini pun boleh je nak booked apartment atau hotel dekat sini. Tapi cadangan aku tempat paling best nak lepak ialah dekat LORNE dan APOLLO BAY. Pantai dia sangat bersih, cantik, banyak kawasan untuk caravan park dan ada town lah. Memang best kalau dapat lepak tengok pantai kalau nak mandi pun lagi selamat dan ramai jugak yang surfing dekat area ni.







Kalau datang sini susah sikit nak tengok bangunan tinggi2 sebab mostly bangunan 2 tingkat je dan banyak chalet atau rumah yang di sewa. Caravan park ada jugak untuk sewa tapak tapi kena ada caravan sendiri lah. Tambah2 kalau musim cuti memang penuh!








cantikkan rumah dia, berdepan laut



Stop dekat sini tak lama pun sebab nak gerak ke tempat lain pulak sebab jauh plus aku tak cukup tidur sebab malam tu aku tidur lambat sebab buat breakfast sesiap. Melampau sampai suruh aku buat sandwich bagai. Sabar je lah!









 Lets ke Twelve Apotles!







Sebelum tu singgah dekat kedai kejap sebab lapar. Yang lain beli roti and muffin aku beli air je sebab nanti nak cari kedai memang susah lah. On the way nak pergi ke 12 Apotles memang banyak farm dan ladang hay je. Kedai dan rumah orang memang dah tak banyak area ni. Maybe dah jauh dari town kot. 







Bila sampai checkpoint 12 Apotles memang akan parking between nak jalan kaki atau nak naik heli. Aku ikut hati teringin jugak nak naik heli ni. Dia akan pusing dalam 15min so kita dapat tengok dari atas lah. Cantik mesti punya. Tapi aku tak mampu nak pergi tengok harga. Aku jalan kaki redha lagi. hahhaaa



information centre


nindia tempat heli. berdepan je dengan information center ni.



Kawasan dia memang cantik, laut biru, angin kuat. Kalau datang sini sila lah bawak jacket atau sweater sebab sejuk sangat. Aku kengkonon tahan lah tak bawak jacket dah sampai tepi laut sejuk weh. =_____=









Jalan sampai ke penghujung tu baru nampak batu batu dengan jelas. hehehee

Semua batu2 dekat sini ialah natural limestone dan terjadi akibat hakisan dari air laut dan ombak. Sebab tu lah batu tu terpisah dari tebing dan tingal sensorang jauh. Dan ada yang menghakis jadi London bridge. Macam berlubang lah batu tu dekat tengah. kalau sampai ke sini cari lah London bridge eh. hehee

Selamat menjamu mata yeah. Banyak sangat gambar sampai aku tak mampu nak tempek semua. Kang kata aku syok sendiri pulak. hahaha








pokok2 atau rumput2 otw nak pergi ke hujung



































Terima kasih sudi baca.

Doakan aku rajin lagi nak update eh!. hehee

xoxo
nak makan nasi ayam!

notakecik : kalau nak jalan2 ke Great Ocean rd ni aku cadangkan kosongkan jadual sehari baru puas hati nak jalan2 dekat sini. Kalau nak datang dalam 4 jam je. Tak payah lah. Jauhhhhh!!!!!!!!!

2 comments:

  1. ajeeeee update lagiiiii..heheheehh..mau dengar lagi kamu membebel...hahhahahaahha

    ReplyDelete
  2. ajee..nanti kalo free2 check email awk tau..terima kasih

    ReplyDelete