Saturday, 23 November 2013

Apple tining

Assalamualaikum.

Agak lama aku tak post blog. Minta mahap sebab aku letih tahap dewa. Dah lama xrasa sakit pingang. Sakit bahu. Jari habis pecah2. Muka dah macam dayang senandung. Betis habis lebam-lebam. Sapa kata keja fruit picking or sama waktu denganya senang?? Boleh tahan kot. Aku tetiba rasa macam bangla and nepal yang keja kat Malaysia. Hahaa
Aku start keja hari rabu sampai hari jumaat. Baru 3 hari. Hari senin sambung balik. Sehari keja 8 jam. Sebab aku dapat hourly. Fuhhhh legaa aih. 

Aku dah bangon pukui 5.30am. Bangun cuci muka, gosok gigi, solat siap. Mahap aku memang tak mandi. Sejuk geding kot. Tak mampu aku nak basahkan badan to belum tambah kena angin sejuk kat luaq lagi kot. Hahaha

Aku akan sediakan makan untuk esok terus. So malam aku akan masak, tak kisah la nasi goreng ke, lauk ke. Tapi memang aku masak, makan memang tak banyak pun. Tapi aku memang akan bawak bekal. Perut melayu kan. Nasi tetap pulun. Hahaa. Ayaq aku bawak 2 botoi sebab memang dahaga teguling-guling. Termasuk sekali tisu lembab sebab muka ngan tangan boleh tengok hitam dia lagu mana.

Semua siap prepared tunggu kat luaq. Pukui 6.40am van akan datang ambik. Sehari tambang 6 dollar, lebih jimat kalau ada bawak keta sebab tak payah nak bayaq van kira tong minyak ja. Van memang ngam-ngam 12 orang. Hahaa

Dari umah sewa aku nak pegi farm tak lah jauh mana, dalam 15-20 minit cmto. Sampai farm pukul 7 dah start keja sampai la pukui 10am. Jap2 tengok jam sebab 10am time smoko. Smoko to means smoking time la. Akan rest 15 or 30 minit. Memang lega kalau sampai time smoko lepas habis nak sampai time lunch to yang azab. Memang time dah panaih gila2 dah. Memang buat keja tak bercakap. Tangan ja jalan. Lunch akan start pukui 1pm. Setengah jam dan akan sambung sampai pukui 3.30..

Benda yang paling best sebenaqnya time smoko, lunch and balik sebab supervisor akan jerit kuat-kuat. "SMOKO!!!!!"  "LUNCHHHHH!!!!" . Ayat yang paling di tunggu "GOOO HOOMEEE!!!" hahahaa. Terasa macam bangla sangat kau. Tapi oke la. At least aku dan merasa buat semua keja ni.

Balik je rumah semua akan queue nak mandi. Orang yang first sekali nak mandi brader apat. Berdesup masuk toilet. Aku pulak no 2, no 3 en.mon. hahaaa. Memang hari-hari macam ni. Sebab aku malas nak tunggu nanti lagi malas nak mandi kot.

Lepas mandi solat zohor semua aku akan makan nasi sebab memang kebuluq. Lepas to baru la rest dan tunggu asar. Malam pukui 10pm aku dah masuk tidoq sebab esok pukui 5 dah nak kena bangon. Tapi 3 hari aku baru start keja ni, aku memang tak boleh tidoq sebab risau. Hahaa
Nanti aku akan post gambaq k. Dan aku akan update issue terbaru. Hahaa

Notakecik : uncle yang umoq dekat 50 taon pun wat keja laju nak mampoihh weiii..

1 comment:

  1. Salam kak, saya teringin sangat na kerja australia. kalau saya nak kerja dengan akak boleh?

    ReplyDelete