Friday, 26 September 2014

ALDI - SAFEWAY

Assalamualaikum!

Sekarang dah dekat dua minggu tak kerja. Lamanya nak tunggu tinning. Ini la yang sakit kalau dah habis season. Nak tunggu kerja lain gap memang lama nak mampus. Sekarang semua terperap je la dalam rumah. hahaa

So, semalam En.Mon ajak pergi Safeway sebab dia bosan lama dah tak keluar nak ambik angin kengkononnya. Tapi sekarang aku suka keluar waktu malam, sebab macam tak ramai orang sangat lepas tu tak dak la selalu diorang ni tengok pelik ja. =.=

Ini dua tempat yang selalu aku beli barang.


dah malam baru keluar






Bagi aku aku suka pergi safeway sebab dia macam tak berapa nak crowded lepas tu parking senang. Servis pun laju walaupun tak dak kaunter self servis tapi still laju la. Bukan aku je suka datang sini En.Mon pun suka datang sini. Lepas tu Safeway pun harga barang dia boleh tahan la. Tak mahal sangat. So, memang ke sini je la kalau nak beli barang.



bila malam ada 3 kaunter je bukak



Tema sebenarnya nak cari anak pokok nak tanam. Kan aku tengah semangat nak tanam pokok kan. So, sesi menghasut En.Mon semangat sekali dengan aku pun berjaya akhirnya. Bhahahaa

Itu yang dia ajak aku pergi Safeway sebab haritu ada nampak jual anak pokok. Niat hati nak beli la kot2 ada pokok cili padi sebab melayu kalau tak dak cili rasa tak kena!. hahaa

Tapi malangnya pokok cili tak dak. Yang ada sayur- sayur yang lain je. So, memang tak beli lah! hahaa




anak pokok $3


anak pokok limau $15



Satu lagi sebab kenapa aku suka datang Safeway. Tadaa!

Ada halal meat section, tak la besar mana tapi memang kalau aku nak beli kambing steak aku suka beli sini. $3 dah dapat 2 ketui besar2 dan tebal. Kalau dekat afghan shop daging steak dia nipis sesangat weh! 

Nanti aku tunjuk ayam halal jenama apa kalau nak beli dekat Safeway. Aku selalu beli jenama tu je sebab memang ada cop halal semua. Aku lupa pulak nak tunjuk. Sorry!



Halal section



Daging kat sini memang akan cepat habis kalau start season nanti sebab ramai orang beli punya. hahaha. Sekarang ni nampak la penuh. Kalau sampai time season, tengahari je dah tinggal sikit2 saki baki je. hahaa




Memang En.Mon akan ambik 1 atau 2

Lepas tu En.Mon semalam teringin nak makan macaroni cabonara, aku nak makan macaroni chesse. So, aku campur chesse dalam cabonara. Ambik kau lemak berkrim! hahaa

Aku beli cendawan nak bagi banyak dalam kuah, sedaaaapppp!!!




cendawan ni memang cepat je tinggal sikit




Lepas tu beli satu tin kuah cabonara dia cakap nanti tak sedap kalau aku buat tak ada satu tin ni. FIINEEEEE! hahaa

Barang kat sini ada yang memang murah, then kalau ada "Everyday Card"lagi boleh dapat murah on certain barang sebab harga dia lain lah. Kalau ada tag warna kuning maksud dia memang barang tu sale hari ni. Kalau tag warna pink means barang baru or harga baru. Kalau tag warna orange tu everyday card. Kalu siapa tak ada card tapi ambik barang yang tag orange tu kena bayar harga asal la, tak ada discount harga murah. Pehe dop?








setin je. aippp!



kak bedah nak jugak



Cashier kat Australia bagi aku memang 5star. Walaupun letih nak mampus tapi still akan senyum dan say hello and thank you. Kalau kat Malaysia jangan kata hai. Senyum pun tak. hahaa.




kalau barang banyak En.Mon akan bayar by card. Kalau sikit cash je slalu



Rokok pun a bit murah berbanding Coles or Big W


suasana dari luar



tsg tobacco station



Untuk perokok tegar sekalian kalau nak beli rokok sila beli dekat sini sebab murah berbanding yang lain. Sebab datang lewat itu yang En.Mon beli dekat Safeway. Kalau selalu memang datang beli sini je. hhee


Lepas tu En.Mon ajak pergi Aldi pulak. Dia cakap lama tak jenjalan. hahaa. Aku layankan je.

Aldi ni memang ada barang yang murah dan ada jugak yang mahal eh. Tapi kat sini tak akan bagi plastic. Sama ada korang nak beli plastik dekat sini atau pegang je sampai masuk dalam kereta. hahaa

So, kalau nak beli bawak trolley masuk atau bebudak rumah ni bawak plastic Aldi yang diornag dah beli haritu.



dekat dengan Chemist



pintu kanan untuk masuk, pintu kiri untuk keluar ea




Aku kan kekampungan sangat masa datang sini, manalah aku tau ada dua pintu ni semua. Dulu aku masuk kedai semua 1 pintu je, mana tau sini ada konsep cengini. hahaa

Aku pun berdiri lah dekat depan pintu tu, "Eh, kenapa tak bukak2 ni.?" Lepas tu ada mat salleh ni tengok je aku pelik, lepas tu dia masuk pintu sebelah." Baru aku faham, so tutup muka sambil masuk pintu sebelah diam-diam. Bhahahaaa

Nak buat macamna memang kak bedah asal kampung. Mana nak tau. Dulu Minat kat kampung tu satu pintu ja. hahahaa



kecik sikit aldi ni



kak bedah tak boleh tengok snicker ni. hahaa



nak angkut sekatun pun boleh



ni model untuk section beauty and care. bahahaa



tempat sayur pun sikit je



selalu jugak beli ice cream dengan dessert dekat sini



bahagian tengah2 aldi, ada la barang lain jual.



Lepas tu masa nak bayar ternampak biji benih ni. Hahahaa. Kan tak jadi nak beli dekat Safeway kan. So, sebab dah nampak bijik benih ni. Nasib baik $99 cent je so aku ambik dua. Kalau tak hidup matik lah kena bebel dengan En.mon. hahahaa




ada biji benih bunga nak buat apa. hhaa


Masuk aldi semata2 nak beli wafers ni. nasib baik adabiji benih ni. ahhaa



Eh, wafer ni baru $85 cent tahu. Murah dan tersangat lah sedap. Aku tak tipu. Pret, daniel dengan apit beli satu kotak terus wafer ni. Ketagih kot sekali makan. Rasa macam tak puas je. Nak makan lagi je. hahaa



3 dollar pun ada balance. hehe



kak bedah agak gumuk di situ!



kawasan park luar Aldi



Balik rumah terus Maghrib dulu, masuk dapur sinsing lengan baju. Mari masak2. Tada!!!

Siap lag dinner untuk malam semalam. Buat banyak untuk satu rumah makan. Sedakah la walaupun sikit. :)



pekat, lemak, ber cheesy = gemok



Ini kisah semalam ea. Nanti aku update lagi

Terima kasih sudi baca.

xoxo
ladymonster

notakecik : susah memang susah. tapi dari susah tu la nk jadi senang. :)

No comments:

Post a Comment