Assalamualikum!
Masak apa hari ni? Aku petang2 sikit lah masak. Sekali makan malam terus, senang!
Semalam dalam pukul 4pm En.Mon ajak pergi beli barang makan sebab haritu aku ada beli seafood dekat SPC ARDMONA ni. Murah gila. Satu pack baru $5, dalam tu ada isi salmon, ikan apa ntah dengan kepah. Untuk 2 orang makan cukup la untuk 3 kali makan. Banyak la tu. hehe
So, semalam pergi lah. Dekat sini murah kalau nak beli barang secara bundle. Macam maggie ke, makanan, jem. Aku rasa sini lagi berbaloi la.
Tempat dia dekat dengan coles. :)
![]() |
ini la kedai dia. dia bersebelahan dengan open 7days ni |
SPC ARDMONA ni kiranya kilang terbesar la dekat shepparton. Sebab dia pengeluar terbesar untuk jus, buah dalam tin, sos ke, pasta sos. Kilang dia memang banyak gila dekat sini. So, ini kira kedai dia la. Tapi ada jugak dia jual barang2 lain.
Harga dia pun murah berbanding dengan Coles dan Safeway sebab aku memang kalau nak beli jus, maggie, pasta memang aku akan datang sini sekarang.
![]() |
susunan dia memang mcmni senang nak capai |
Yang aku perasan, orang yang datang beli barang dekat sini semuanya beli secara bundle. Berkotak2 lah, ada yang angkut 3 tray sekali sos pasta. Untung beli dekat sini kalau ada bukak kedai bagi aku. Jimat banyak.
![]() |
nanti borong sekali banyak. senang. hehe |
Ini lah yang aku nak beli tu. Ocean selection. Satu pack $5,so aku ambik 2 pack terms. Simpan dalam fridge. Jimat untuk 2 minggu. Bedal la seafood sampai muntah. hahaa
Lepas tu aku kan sekarang dah macam mak2 gayanya. So, nampak la sponge ni. Itu pun aku beli, Eeeee. Tua sangat gayanya aku ni. hahaha
Semalam idok le beli banyak sangat, beli untuk makan je. hee
![]() |
kosong la sikit bakul aku. hahaa |
Lepas tu aku pusing belakang En.Mon hilang tengok2 dah pegang 2 botol dah jalan lenggang. Bhahaha. Mula2 kata tak nak apa2 konon. Sekali menyengih je kat kaunter eh. hahaha. Tapi memang murah pun, 2 botol 3 litter baru $5.
![]() |
konon2 aku tak nampak la tu? |
![]() |
Sihat sangat sekarang ni. =.= |
Lepas tu sebelum balik aku ajak dia pusing2 dekat satu area ni. Rumah besar2, Nedim pernah bagitahu dulu, sini kawasan orang kaya2. Macam doctor, lawyer lain2 lah. So, ini kira perumahan elite lah. Tapi memang cantik.
![]() |
cantik gila kawasan ni |
So, menu semalam tom yam seafood lah. Aku ada buat sambal belacan pemalas haritu. Dah habis satu bekas sebab aku buat banyak. En.Mon suruh buat lagi. Sebab dia kata sedap. Buat lah sebekas lagi semalam. Pagi tadi aku bukak fridge dah habis. Korang makan ke mandi ni? T______T
![]() |
ni En.Mon lah. heee |
Aku ada lah jugak sesaja tanam pokok. Pokok ke? Saja try tanam bawang dengan sayur sawi aritu. Kot2 lah hidup boleh la makan kan. Tapi hidup dia malu2 kucing lah. Sebab tanah pun sekangkan semut je. haha
![]() |
hidup lah jugak bawang aku ni. |
![]() |
sawi yang baru nak hidup. |
Itu je yang aku nak cite.
Terima kasih sudi baca
xoxo
penanam pokok hidup segan mati tak mahu
notakecik : nasi goreng cili padi sedap jugak ni.
No comments:
Post a Comment